Kredit foto: Facebook DG Noor Hisham Abdullah
Sehingga kini, Sabah terus mencatatkan peningkatan kes. Maka, Kementerian Kesihatan Malaysia terus menghantar Pasukan Bantuan Kesihatan Awam ke sana sejak 23 September lalu bagi membantu mengekang penularan COVID-19.
Seorang pengguna akaun Twitter berkongsi momen di mana staf dari Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, Kelantan digerakkan ke Sabah, baru-baru ini.
Menerusi video ini, dapat dilihat suasana sedih menyelubungi sekitar acara pelepasan itu yang dimulakan dengan ucapan disusuli doa, seterusnya azan dilaungkan oleh pegawai agama jabatan mengiringi enam kakitangan JKNK ketika keluar dari lobi.
Ada dalam kalangan mereka yang cuba menahan sebak dan ada juga yang sudah berlinangan air mata sambil ditenangkan rakan setugas.
Ciapan ini mendapat perhatian warga maya dan rata-rata mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Perang yang mengerikan, musuh tak nampak...
Allah sahaja yang tau perasaan dia...
Syahdunya...
Kredit foto: Twitter
Untuk inf, pasukan-pasukan ini bakal membantu dalam siasatan kes, pengesanan kontak, pengambilan sampel, active case detection, penguatkuasaan Akta 342 dan aktiviti disinfeksi.
Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.
Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan rantaian COVID-19 segera berakhir. - CARI
|