CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wunan88

Hikmah Covid19: Pasar Borong Selayang Kini Milik Warga Tempatan

  [Copy link]
Post time 10-5-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jelas Mohd Zulkifli, pihaknya juga mendapati ‘gangster’ yang ‘menjaga’ kawasan pasar itu mengutip wang perlindungan daripada warga asing untuk memastikan keselamatan mereka daripada warga tempatan dan pegawai kerajaan.

Ini ujarnya, menambahkan lagi pengaruh dan kuasa warga asing dan menjadikan mereka ‘untouchable’ di kawasan Pasar Borong Selayang.

Siap ada gangster lagi. Bagus la dah atasi masalah ni. Dengan penuh hormat, set-set Rakhine pulanglah memulakan hidup baru di Myanmar/Bangladesh/Marikh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur. Harap kerajaan bersungguh-sungguh tangani masalah PATI ni. Jangan putus asa push gelandangan untuk bekerja di sektor2 yang dimonopoli bangsa asing/PATI ni. Ngo2 bengap pun jangan mudah sangat nak buat macam2 program bantuan percuma kat diorg ni. Biar diorg berdikari cari duit sendiri untuk sara diri dan keluarga diorg

Rakyat biasa pulak WAJIB boikot semua jenis perniagaan PATI atau yang ada kena mengena dengan PATI/warga asing (sama ada pakai nama rakyat tempatan atau laki bini rakyat Malaysia). Elakkan juga bagi sedekah tunai lat warga asing ni. Bagi barang je barang keperluan asas macam makanan atau pakaian.

Kalau kita semua boleh buat benda ni. Masalah pati ni insya Allah boleh kurang dan diorg pun mesti dah tak minat nak dtg Malaysia lg.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Chow kit bila lg ??dh jd mini jakarta/bandung sejak sekian lama!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:18 AM | Show all posts

Hampir 20 Tahun, Pasar Borong Selayang Akhirnya 'Dikembalikan' Kepada Rakyat

Dewan Perniagaan Monoriti (DPM) menyambut baik keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan membebaskan Pasar Borong Selayang dari cengkaman warga asing dan mengembalikannya kepada rakyat, lapor MalaysiaGazette.





Foto: Thetulars






Menurut Setiausaha Agung DPM, Mohd Zulkifli Abdul Fattah, Tan Sri Annuar Musa berjaya menyelesaikan isu lambakan pekerja asing di pasar berkenaan yang  berlarutan hampir 20 tahun lamanya.


Beliau mengarahkan supaya pengambilan pekerja asing di pasar borong di seluruh negara dihentikan segera susulan laporan terdapat lebih 1,000 pekerja asing di Pasar Borong Selayang ketika ini.


"Kami merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Annuar dan timbalannya serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mula mengambil tindakan drastik bagi membebaskan Pasar Borong Selayang daripada dibolot warga asing dan mengembalikannya kepada rakyat," katanya dipetik dari MalaysiaGazette.


Katanya, majikan sudah mula mengiklankan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan mendapat sambutan menggalakkan termasuk yang menganggur dan gelandangan.


Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa rakyat tempatan tidak pernah memilih pekerjaan, sebaliknya peluang pekerjaan mereka selama ini dirampas warga asing.


"Warga asing yang pada mulanya bekerja sebagai pekerja am di pasar Borong itu berjaya memonopoli kawasan itu dalam jangka masa singkat, berpunca daripada pemegang lesen mencari jalan mudah dengan menyewakan lot kedai mereka kepada warga asing demi mengaut keuntungan 'atas angin'," katanya dalam kenyataan kepada media Sabtu lalu.






Foto: Thetulars



Jelas Mohd Zulkifli lagi, pihaknya juga mendapati kehadiran 'gengster' yang 'menjaga' kawasan pasar berkenaan dan mengutip wang perlindungan daripada warga asing.


Ini menjadikan mereka 'kebal' di kawasan berkenaan dan terlindung daripada penguatkuasaan dan warga tempatan. Tinjauan yang dilakukan juga mendapati kebanyakan warga asing di kawasan tersebut adalah pemegang kad UNHCR, selain Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)





Foto: Thetulars



Terdahulu, isu pemilikan dan monopoli perniagaan milik warga asing di ibu negara telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet. Kebanyakan mereka resah dan tidak selesa ekoran dari kebanjiran warga asing tersebut yang menimbulkan pelbagai implikasi negatif terhadap penduduk sekitarnya.


Rakyat mengharapkan inisiatif yang dilakukan Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL ini akan dituruti dengan penguatkuasaan yang gigih dan amanah. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Parashit!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni tengku tipu kan menteri KL?dia buat apa ye sampai senang je PATU2 membiak kat KL
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2020 11:38 AM | Show all posts
monsterwife replied at 11-5-2020 11:34 AM
Sebelum ni tengku tipu kan menteri KL?dia buat apa ye sampai senang je PATU2 membiak kat KL

Tu pasal marah bila kantoi aset cecah 1b hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 11-5-2020 03:34 AM
Sebelum ni tengku tipu kan menteri KL?dia buat apa ye sampai senang je PATU2 membiak kat KL

Dah leluhur heshe pun dari sana, jaga kaum la. Bini pun org sana, takda maknanya melayu asli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2020 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 11-5-2020 11:34 AM
Sebelum ni tengku tipu kan menteri KL?dia buat apa ye sampai senang je PATU2 membiak kat KL

Tengku mana ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 11-5-2020 12:11 PM
Tengku mana ni

Tengku nan kot..yg suar tertanggal tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 01:06 PM | Show all posts
Ada juga sedikit kebaikan disebalik musibah covid-19..semoga berterusan..mgkn kjaan dh sedar betapa ssh nak uruskan PATI ni klu xde dokumen..yg lari dr pusat kuarantin tu ntah dh tangkap ke belum
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
That long huh. Hujung2 warga negara merempat di bumi sendiri 20 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 11-5-2020 06:41 AM
Chow kit bila lg ??dh jd mini jakarta/bandung sejak sekian lama!!!

Tolong report. Please
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 10-5-2020 03:57 PM
Bukan tu sbbnya. Gaji pekerja,asing ko igt murah, sama jgk gji minimum. Xde epf to kne byr levy la ...

Yg ni betul..

Jgn kata kt pasar borong, kt pasaraya besar mcm aeon semua pun pakai bangla kerja potong ayam, siang ikan etc. Mmg muka tu le je tiap kali aku pegi beli ayam ikan. Xpernah ganti org lain membuktikan mereka ni kerja tanpa cuti. Kalau ada pun mgkn 2-3hari je setahun kot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
hahaha ..  Bodo punya menteri . KO ingat dgn hantar balik pendatang ni dah selesai masalah ??  Akai letak kat buntut . Patut bagi pemutihan . Sektor 3D kalau takde pendatang yg bekerja jangan mimpilah . Budak2 tak nak de kerja sektor Gini . Baik depa bawak grand food atau bawak grand car . Takpun dah ramai kena simpan kat pusat2 pemulihan . Jadi merancang , bekerja kena bijak . Tradisi Bodo keturunan .
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau iols jd peniaga tempatan pun takut pati2 ni siap ada gengster2 kot. Baik sewakan je. Elok kerajaan buat mcm ni biar ramai org tempatan situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2020 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
#BMF kan rangkaian borong, bahan mentah dan barangan pengguna lain

syabas
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu pasar borong selayang jaman 90-2000
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bilangan penganggur sbb covid dah makin meningkat..bagi la diorg kerja..betul la pekerja msia manja sikit sbb mmg org msia kan kg,family semua kat sini gak.. jgn la kerah kerja mcm lembu. Org asing mana pikir nak cuti bukan ada family ngan kg kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 04:29 PM | Show all posts
Kerapkan lah buat serbuan... supaya dorang ni x berani ..Cari .gangster tu klu dpt kasi hukum max
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.075990 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list