|
Ikut Suami Ambil Syabu Lepas Seminggu Bersalin, 5 Anak Dibiar Hidup Melarat
[Copy link]
|
|
Baby bf mummy
Mummy last amik syabu baru lg
Ya Allah... Kesian anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Masa aku kerja dekat nicu dulu, ada satu baby ni mak ayah penagih heroin. Ada hepatitis. Anak ada lung problems. Ada berapa adik beradik tah.
Si mak tak pernah dtg jenguk. Sampai kena call polis, datangla kejap, lepas tu tak nampak muka dah. Nak proceed dgn jkm susah sbb call je tak datang2.
Serius kesian dekat anak. Laki bini bukan keje apa pun. Penoreh je. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 1-5-2020 02:19 AM
Sebab tu aku sokong anak2 penagih diambik dan jaga under JKM.. Kita x boleh selamatkan penagih tapi ...
dlm bab ni undang2 mat salleh lg bagus
anak adalah tanghungjawab gomen bukan mak pak
mak pak akan hilang hak kalau perangai mcm dlm kes ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 1-5-2020 07:15 AM
dlm bab ni undang2 mat salleh lg bagus
anak adalah tanghungjawab gomen bukan mak pak
Yap.. Aku setuju sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
bambimo replied at 1-5-2020 06:31 AM
Baby bf mummy
Mummy last amik syabu baru lg
Ya Allah... Kesian anak2
Adoi ada effect tak kat baby sbb minum susu ibu?ke tak breastfeed? |
|
|
|
|
|
|
|
akk sedih dan kesian tgk anak2 yg malang dpt mak bapa mcm ni..anak2 jd mangsa keadaan siap beranak pinak sampai 5org..hdp anak2 tak teratur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn berumahtangga kalau nak mendadah!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu Akbar
hmmm........awat laaaa pi makan syabu.....
tapi percayalah yg depa ni diuji dengan ujian yg paling berat...dan ujian untuk di sekelilin yg terdekat dn kita juga ya...
so cara dia nak relieves the stress tu , ( i tatau laa jika mak ni ada postpartum depression ke tak - eloklah depapantau mak budak ni....sebab takut takut laaa...)
actually di mana punca kemelaratan ni ?
pada peringkat mana
pendidikan
hidup dia dan komuniti dia ka lagu mana
sebab bila upaya diri masih terbatas dari pelbagai aspek...dan kemudian ambik keputusan nak berumah tangga ( alangkah mudah hidup ni bagi nya bukan??) maka....apa kesan???
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya tgk..kesian anak2 x berdosa..mcm manalah family suami isteri ni membiarkan anak2 mereka kahwin dan beranak pinak,sedangkan dia org tau anak2 ada masalah dadah.. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 1-5-2020 07:29 AM
Adoi ada effect tak kat baby sbb minum susu ibu?ke tak breastfeed?
Entah la chuols iols xtau apa effect dia..masa bf kan xbileh consume jamu takut baby panas.. Ini kan pulak syabu..
Scary wei |
|
|
|
|
|
|
|
dah tau makan dadah gigih beranak mcm tikus. susah kalau org otak tak center ni. org2 sekeliling tu pun smpai anak dah 5 baru nak report polis. |
|
|
|
|
|
|
|
Tlg la slamat kan bdk2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 1-5-2020 08:52 AM
dah tau makan dadah gigih beranak mcm tikus. susah kalau org otak tak center ni. org2 sekeliling tu ...
Kdg2 polis taknak amek case pun uols, contoh terdekat dgn aku, report polis, polis ckp die xde buat hal pon bia je la nk isap dadah diam2, nk report ke aadk, aadk ckp kene ade report polis, polis pulak taknak campur sbb die xde kacau org. Gtu la ssh org dadah kene tgkp masuk jel. |
|
|
|
|
|
|
|
nipskacang replied at 1-5-2020 09:51 AM
Kdg2 polis taknak amek case pun uols, contoh terdekat dgn aku, report polis, polis ckp die xde ...
lorrr pulak. nampak sgt menyusahkan org lain penagih ni. dah la jenis x reti birth control.sian kat anak2 tu je akan mewarisi peel makayah dia la kalau tak ditolong. |
|
|
|
|
|
|
|
Cara nak selamatkan budak2 ni adalah JKM kena ambik dan letak budak2 under jagaan JKM.
Aku tengok byk anak penagih jadi penagih.. Dan byk juga anak penagih jadi manusia yg berjaya bila dipisahkan dari mak bapa penagih dadah.
Kat rumah aku.. Mostly penagih dadah ada yg mula dari umur 12 tahun.. Puncanya pengaruh rakan sebaya selain ada tokan dadah yg edarkan kat kanak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada pusat pemulihan,sekarang kalau kena tangkap penagih nie kena penjara..max 6 bulan.bebas. tu yg macam biar kan jerlah letih kejar penagih,letih family yg ada penagih dalam rumah tu nak jaga. .masyarakat pun letih,barang selalu hilang.tapi semua letih siapa yang bertindak.mcam dah tak tau nak buat apa. Dan golongan ini makin membiak dalam masyarakat,ada seusia sekolah rendah.Nak kata mati,hidup tapi hidup menyusahkan..boleh ke nak dibunuh? |
|
|
|
|
|
|
|
duit2 bli ddah tu klau dkumpul bleh bt sara ank2 bg khidupan yg lbih baik tp pilih utk layan nfsu sndri. bodoh ape lah dh tau hdup xleh kwal nfsu nk mndadah nape ggih nk mmbiak. ke dorang ni mmg automatik jd nk ngesek je 24/7 xleh kawal tu yg asyik beranak je.
kesian ank2 lahir2 hdup dlm 'kotoran & njis'. kot la tgh high tu dsentuhnya ank2 kecik yg xbdosa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Awat la depa p beranak?
Kesian la kat budak budak
Kejam la mak ayah ni
Dah tau penagih jgn la membiak
Buat aniaya kat anak ja |
|
|
|
|
|
|
|
Sudahlah suami isteri menagih dadah, malah dibiarkan kelima-lima anak hidup melarat tanpa penjagaan sewajarnya.
Penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat seolah-olah menjadi duri dalam daging dan ternyata telah menjadi musuh nombor satu dalam negara sejak azali lagi.
Baru-baru ini, pihak berkuasa serta Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Dr Zaki Zamani telah membuat lawatan mengejut di Kampung Padang Hang, Alor Setar Kedah di sebuah rumah yang ternyata mendedahkan kepada umum mengenai betapa seriusnya masalah dadah dalam kalangan masyarakat kita.
Lawatan yang diadakan di Fasa PKP pada 29 April lalu dengan kebenaran pergerakan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut disertai pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), ketua-ketua Balai Polis Anak Bukit dan Alor Janggus, Pelindung Kanak-Kanak, Kaunselor JKM dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar.
Kredit foto: Dr Zaki Zamani
Dalam lawatan tersebut, dua buah rumah telah dilawat dan didapati satu pasangan suami isteri terbabit dengan dadah.
Difahamkan, mereka mempunyai lima anak. Dua daripadanya tiada surat beranak, anak kedua tidak pernah bersekolah, manakala yang bongsu baru sahaja berumur seminggu.
Bapa kepada anak-anak tersebut bersama saudaranya telah didapati positif Methamphetamine dan telah dibawa ke pejabat AADK. Manakala, si ibu kini berada di rumah keluarga kerana berpantang bersama empat anaknya yang lain.
Kredit foto: Facebook Dr Zaki Zamani
Sungguh mengejutkan apabila si ibu mengaku baru sahaja mengambil syabu kali terakhir pada kelmarin. Kata Dr Zaki, AADK akan memantau si ibu sehingga habis berpantang.
Katanya, kebajikan anak-anak seperti pendaftaran persekolahan akan diselesaikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tamat tempoh PKP. Buat masa ini, anak-anak berkenaan di bawah jagaan datuk mereka kerana lebih selamat.
Dr Zaki dalam penulisannya di Facebook kesal kerana tidak dapat membayangkan keluarga berkenaan yang boleh hidup dalam keadaan sedemikian rupa.
Menurutnya, ini bukan masalah kemiskinan semata-mata, tetapi disebabkan pengaruh dadah yang ternyata mampu melenyapkan kewarasan dan fungsi sosial manusia yang waras.
Jauhi dadah, laporkan kepada pihak berkuasa jika ada kes sebegini berlaku di kawasan tempat tinggal anda. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|