|
[Tempatan]
Update #64, 24 kakitangan perubatan positif Covid-19. Update 72#, Confirmed bebe
[Copy link]
|
|
Ya Allah....kesiannya....semoga dipermudahkan urusan mereka...aminnnn...
TQ for the update uols...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by EJALTI at 21-3-2020 03:13 AM
Kisah dari baris depan 'perang' melawan Covid-19
https://www.malaysiakini.com/news/515837
M Fakhrull Halim
Diterbitkan Hari ini 10:02 am
Dikemaskini Hari ini 10:28 am
Kes jangkitan Covid-19 di Malaysia akhirnya melepasi angka seribu, semalam.
Ketika kebanyakan operasi perkhidmatan diarah tutup bagi mematuhi perintah kawalan pergerakan yang diumumkan 18 Mac lalu, buat petugas kesihatan, perang melawan Covid-19 menjadi semakin genting.
Banyak perkara perlu dikorbankan.
Bagi Dr Nur Sa'idah, 32, seorang doktor perubatan (MO) di sebuah hospital di Kuala Lumpur, pengorbanan itu bermakna dia dan pasangan - seorang jururawat - harus akur untuk tidak bertemu untuk jangka masa yang lama.
“Saya dengan suami saya, dua-dua standby (siap sedia) untuk Covid-19. Kami interstate (tinggal berlainan negeri), saya di Kuala Lumpur, dia di Johor. Jadi terpaksa ikut perintah, tak boleh buat perjalanan rentas negeri.
“Tapi untuk beberapa bulan lepas, saya memang cuba, kalau boleh setiap minggu bila lapang saya akan jumpa dia, atau dia datang jumpa saya.
“Kami dah boleh agak situasi ini akan jadi,” katanya ketika dihubungi dalam nada sebak.
Kata Sa’idah, keadaan lebih sulit buat kakitangan yang perlu dikerahkan ke tempat-tempat lain, kerana jika selama ini mereka tinggal bersama keluarga tercinta, kerahan itu selalunya bermakna mereka akan tinggal berpisah sehingga beberapa minggu.
Setakat tengah hari semalam, Covid-19 telah menjangkiti 1030 orang dan meragut tiga nyawa. Sebanyak 26 kes kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Selepas kes Covid-19 semakin merebak, banyak tindakan diambil pihak hospital bagi memastikan tenaga kerja mencukupi di satu-satu tempat, dalam masa sama mengurangkan risiko jangkitan kepada petugas kesihatan dan pesakit di dalam wad.
Antaranya, hospital tidak lagi menerima pelawat.
Dr Azhar, 33, seorang MO di sebuah hospital di Terengganu menceritakan bagaimana hospital kini hanya membenarkan seorang penjaga untuk pesakit di wad, dan pengawal keselamatan pula dikerah bagi mengawal pelawat yang masih lagi datang untuk melawat.
“Hospital dah batalkan pembedahan-pembedahan yang bukan kecemasan.
“[...] Laluan masuk ke bangunan hospital pun banyak dihadkan, cuti semua staf dibekukan, dan MO kontrak dah kena tarik untuk bekerja di Hospital Sungai Buloh,” katanya yang menjelaskan di hospitalnya, keadaan setakat ini masih terkawal.
Kerja lebih masa
Menurut Hidayah, 25, seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Negeri Sembilan, keadaan di hospital di swasta juga tidak banyak berbeza,
Kata Hidayah, jika sebelum ini hospital memberi rawatan untuk semua kes, kini setiap pesakit yang datang perlu melalui banyak proses saringan ketat, menyebabkan banyak kes yang ditolak kerana bimbang Covid-19 merebak kepada orang awam.
Jururawat sepertinya juga terpaksa berkorban untuk bekerja lebih masa kerana kekurangan tenaga kerja.
“Keadaan di hospital terutama di unit kecemasan agak tak terurus, kerana kita tak pernah jangka siapa yang positif Covid-19.
“Kalau sebelum ini, lebih kurang sembilan jam setiap syif (kerja), tetapi sekarang kena kerja sampai dua syif (seorang) sebab kekurangan anggota, dan dah ada anggota yang dikuarantinkan,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Sa’idah, sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, bilangan MO bertugas di hospital awam pada satu-satu syif dikurangkan untuk mengurangkan risiko jangkitan, bagi mengelakkan berlaku kurangnya tenaga kerja dalam kes Covid-19 yang terlepas saringan.
“Ada pesakit yang terlepas, bila dah masuk wad baru kita tahu dia positif. Jadi semua staf yang secara langsung merawat dia, memang kena kuarantinlah. Di situ kita dah kekurangan kakitangan MO,” katanya.
Sama seperti hospital-hospital lain, hospitalnya juga mengurangkan bilangan pesakit tidak kecemasan, malah hanya satu pintu keluar dan satu pintu masuk dibuka, sedangkan pintu-pintu lain semuanya ditutup.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah memaklumkan 15 petugas kesihatan disahkan dijangkiti virus tersebut- 12 dariapadanya merupakan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan tiga kakitangan kesihatan swasta.
Salah seorang kini dirawat di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.
Buat orang ramai, Hidayah dan Sa’idah mereka memberi pesanan senada, agar rakyat akur perintah kawalan pergerakan bagi membendung wabak Covid-19, dan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya mereka dinasihatkan untuk membuat saringan kesihatan.
“Tolong faham kerja kami. Kami juga ada keluarga yang menanti untuk meluangkan masa bersama,” luah Hidayah.
Sa’idah turut menasihatkan orang ramai jangan pergi ke jabatan kecemasan untuk kes-kes ringan, kerana di situlah kebarangkalian tinggi terdedah Covid-19, terutamanya dari pesakit yang tidak sedar mereka sebenarnya pembawa wabak itu.
Bagi Azhar pula pesanannya ringkas sahaja: We stay at work for you, please stay at home for us. (Kami tinggal di tempat kerja untuk anda, anda duduk diam di rumah untuk kami).
Bukan Azhar sahaja yang berpesan sedemikian, malah kempen kesedaran ‘we stay at work for you, you stay at home for us’ itu disertai ramai petugas kesihatan yang memuat naik gambar mereka di tempat kerja, manakala rakyat diminta tidak keluar rumah.
Antaranya pakar buah pinggang terkenal, Dr Rafidah Abdulah dan ramai lagi doktor, jururawat, pembantu petugas kesihatan dan kakitangan-kakitangan kesihatan yang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Agensi berita Ansa Itali melaporkan kematian dua doktor di pekan Como di barat Bergamo menjadikan jumlah kematian petugas perubatan akibat wabak itu mencecah 13 orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.... Yg suspek positive tu tlg LA tampil buat saringan. Keluarga pulak kena jujur. Ada SBB Kkm tny ITU INI. X rasa bersalah ke. |
|
|
|
|
|
|
|
setiap hari berdoa untuk frontliner KKM ni
kakak meols antara nya..semoga dia dengan team tak burn out dan sentiasa dilindungi Allah |
|
|
|
|
|
|
|
May Allah bless their souls.
They made the ultimate sacrifice.
They are our heroes.
Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Aminnnnn..... mereka sangat diperlukan....kerja mereka sangat2 dihargai oleh marhein macam iols nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by EJALTI at 21-3-2020 03:45 AM
Selayaknya la makian Diva AA untuk porumer I.am.PH lahanat tuh yg kasi info2 negative vibe yg tak berfaedah di saat2 gomen dan rakyat mencuba sebaik mungkin meminimumkan penularan Covid-19. Bangsat sangat pangai bahalol porumer I.am.Ph tuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
EJALTI replied at 21-3-2020 11:38 AM
Aminnnnn..... mereka sangat diperlukan....kerja mereka sangat2 dihargai oleh marhein mac ...
ameennn2..jom sama2 doakan dorang2 ni
macam kakak meols dia update gamba pakai PPE segala memang siap senyum buat sign peace bagai tapi dengan kes yang makin meningkat ni kita tatau team dorang boleh handle camne
alangkan kita yang keje opis 10,11 jam pon balik rumah letih sangat, apatah lagi dorang keje nak kena handle pelbagai jenis manusia..
memang doa je la banyak2 supaya sentiasa dilindungi Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga mereka dan semua keluarga mereka selamat. Jasa mereka sangat besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
semoga semuanya selamat. amin ya Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberi kekuatan buat semua.
Semalam 2 staff hospital selayang dijangkiti covid. Wad pedi |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah peliharakan keselamatan mereke yg bertugas ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang paling kita takuti ialah team frontliners kita mula burn out. Mula kepenatan, mula hilang semangat dan keletihan melampau.
Staff KKM ada yang bekerja sehingga 18 jam sehari. Pulang rumah mandi, letak kepala 2 saat terus tertidur. Berapa ramai pula yang tidur di tempat kerja.
Ada suami/isteri yang menghantar makanan buat pasangan mereka yang bekerja di hospital menangis melihat pasangan mereka. Mereka menangis sungguh-sungguh lihat pasangan mereka kepenatan yang amat.
Anak-anak di dalam kereta memandang dari jauh ibu yang melambai tangan tengan esakan tidak henti-henti.
Bahkan cleaner hospital menangis melihat doktor dan staff KKM lain yang kelesuan.
Kita sangat risau jika barisan paling hadapan dan paling penting ini tumbang. Sangat risau.
Tetapi malangnya, kita yang sihat dan diberi cuti ini ada yang tidak menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka.
Ada yang membuat video mempersendakan arahan kerajaan supaya duduk di rumah. Ada yang update ke pasaraya beramai-ramai. Ada yang keluar berkelah di tepi pantai. Ada yang bawa anak ke taman mainan.
Dan lebih teruk. Ada yang degil dan menipu.
Yang ada kontek terus dengan pembawa COVID-19 enggan mengakui. Datang ke hospital tidak jujur bercerita.
Dan setelah mereka disahkan positif COVID-19, menangis nurse dan doktor merawat mereka. Kini mereka pula kena kuarantin.
Ada nurse yang mengandung menangis teruk selepas ada kontek terus dengan seorang pesakit luar yang kononnya demam biasa. Kononnya tiada hubungan dengan pembawa COVID-19.
Namun selepas semuanya berakhir baru bercerita. Allahu, kasihannya kat nurse dan doktor yang cuba membantu, tapi mereka pula terkena jangkitan akibat pesakit yang menipu dan tidak jujur begini.
KKM mengumumkan 15 orang dari sektor kesihatan dijangkiti virus COVID-19. Ini semua banyaknya datang dari sikap yang tidak jujur sebahagian pesakit. Yang tidak berterus terang ada hubungan terus dengan pembawa COVID-19.
Staff KKM adalah hero dan heroin yang tidak didendang. Mereka berkorban segalanya untuk kita. Dan kita sanggup mengkhianati dan mempersiakan pengorbanan mereka?
Kawan-kawan...
Hargai pengorbanan mereka. Entah berapa banyak tangisan, berapa banyak air mata tumpah kerana pengorbanan mereka.
Ada staff yang menangis tidak dapat lagi solat awal waktu. Ada yang menangis tidak dapat baca Quran seperti selalu. Ada yang menangis tidak melihat kawan-kawan yang lesu.
Kita yang masih sihat, kita yang diberi rehat, tolonglah faham dan peduli. Tolonglah kawan.
Kita patuhi semua arahan dari kerajaan. Kita duduk di rumah diam-diam. Dan jika perlu dapatkan rawatan, tolong jujur dengan mereka.
Ucaplah terima kasih pada hero dan heroin tidak bernama ini.
#StayAtHome
#MFS
. |
|
|
|
|
|
|
|
EMERGENCY ALERT
Hospital Shah Alam, Selangor memerlukan sukarelawan untuk menjaga anak2 kakitangan yg bertugas bagi kes Covid19(Tanpa bayaran)
Maklumat adalah seperti berikut :
Shif 1 : 7am hingga 2pm
Shif 2 : 2pm hingga 9pm
Sekiranya berminat puan boleh tinggalkn butir2 diri puan spt:
Nama
Umur
Alamat
No hp
Adakah memerlukan penginapan:
Kami akan hubungi nnti.
Terima kasih kerana sudi membantu anggota perubatan kementerian kesihatan.
Sila berikan feedback anda pada Pn. Rasimah +60133915140
Silakan share |
|
|
|
|
|
|
|
tuberoses replied at 20-3-2020 05:59 PM
sedihnya, penting frontliner ni tp masih lagi ada manusia2 yg amik mudah....contoh manusia bebal bod ...
Takyah la upload tgh bersukaria sedangkan petugas berperang dlm hospital.... |
|
|
|
|
|
|
|
kasihan.. semoga mereka semua kuat.. kalau mreka semua tumbang.. kitaa.. kita harus turun mmbantu |
|
|
|
|
|
|
| |
|