|
Wanita Cina Bunuh Diri Dalam Kereta Tak Tahan Tekanan Hidup?
[Copy link]
|
|
driver masuk kembali ke kereta...cuba pasang enjin kembali...masih meragam..lagu cina masih berputar...driver hanya menunggu dalam kereta bertawakal...adakah wanita yang melambai2 tangan ke arahnya hanya ilusinya sahaja...driver tersebut mengingat kembali..driver tgk kembali cermin belakang..tengok depan...syukur tiada...dalam hati menyesal membeli used car...
|
|
|
|
|
|
|
|
mata.kail replied at 29-11-2019 09:30 AM
driver masuk kembali ke kereta...cuba pasang enjin kembali...masih meragam..lagu cina masih berput ...
Keesokan harinya Driver pergi ke syarikat used car tu kembali utk berjumpa salesman yang jual kereta tu. malangnya salesman yang menjual kereta tu di temui mati gantung diri malam kelmarin. Sebelum gantung diri ada nota tulisan cina bertulis : "Jangan kacau aku" |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah aku seterusnya jadi mangsa selepas salesman tersebut??? driver tersebut ingin trade in used car tersebut dengan kereta lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
mata.kail replied at 29-11-2019 05:52 PM
Adakah aku seterusnya jadi mangsa selepas salesman tersebut??? driver tersebut ingin trade in used ...
Namun, cerita seram kereta used car dia telahpun tersebar kat porem cari. Dlm kesedihan kerana tiada sesiapa mahukan kereta berhantunya, dia mula merakam setiap kali hantu ahso memunculkan diri. Semua video ditayangkan di youtube, dan diwarwarkan di instagram dan twitter.
Tak pasal2, dia menjadi instafamous kerana memiliki posting yg original. Berduyun2 followers mengikuti siaran live dia utk melihat hantu ahso. Setelah menjadi jutawan, dlm biografinya, dia berterima kasih kpd hantu ahso. Kini, keinginannya utk memiliki kereta firsthand, tiada halangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kini hantu itu menjadi rakan kerja dan berbagi upah 30% untuk hantu dan 70% untuk driver...dari ketakutan, membeli used car menjadi rahmat kepadanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
mata.kail replied at 30-11-2019 11:39 AM
Kini hantu itu menjadi rakan kerja dan berbagi upah 30% untuk hantu dan 70% untuk driver...dari ke ...
Ahahaha..
Hantu ahso tertanya2 apa yg boleh dibeli dgn kekayaan baru ini. Hantu ahso tidak pernah merasai kenikmatan ni semasa hidup. Namun, kehadirannya di KLCC dan Pavillion menakutkan pembeli mahupun penjual. Hantu ahso mulalah menggugel di mana ada menjual wang hantu cina. Jauh di hatinya, mahu juga mencari suami dan keluarga yg ditinggalkan.
Di sebaliknya, driver yg sudah menjadi jutawan ni sudah dikelilingi cikpet dan ciknek yg ingin berkongsi harta.. eh, silap, berkongsi bahagia... siapakah gerangan yg bakal menggumbirakan hati driver?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah jadi thread citer hantu pulak korang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahha astagfirullahhhh dah kenapa bersambung2 menulis cerpen hantu ahso |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh kerana driver telah dikelilingi yg hanya mendekatinya kerana dirinya telah menjadi jutawan...diri driver tersebut sakit2 dan x bermaya...tambahan lagi hantu ahso kini semakin rapat dengannya dengan memberi hint, tambahan lagi % yang dijangkiti aids yg tertinggi adalah dari kalangan yg melakukan hidup sonsang dan seterusnya bertukar pasangan...driver tersebut membacanya dari porum care...driver itu bertanya kepadanya "ahso x tak takutkah engkau pada diriku?" |
|
|
|
|
|
|
|
commercial break:
cucur adabi yang enak
minum milo anda jadi sihat dan kuat
hebat hebat rasa meggi cukup rasssssaaa
kopi kapal api.....mei secheweenn
mangkuk jamban bersinar??? gunakan Harpic |
|
|
|
|
|
|
|
mata.kail replied at 1-12-2019 08:42 PM
Oleh kerana driver telah dikelilingi yg hanya mendekatinya kerana dirinya telah menjadi jutawan... ...
Back from commercial break.
Tika itu, driver sedang memandu pulang ke kampung halaman. Sakit badannya kian menjadi2. Harapan driver sesampai shj di kg, agar dapat berjumpa dengan bomoh. Mahu ditanya apakah sakit yg membelenggunya semenjak dua menjak ini. Cuti rehat seminggu diambil agar dapat berubat di kampung.
Pukul 12 tengah malam. Jalan ke rumah arwah ibunya kegelapan. Tiada lampu jalan menerangi jalan bertanah merah. Lorong memasuki kebun getah gelap gelita. Samar2 dalam kegelapan dipancarkan lampu kereta, kelihatan bayangan pepohon getah berlenggok2 dan berdansa. Dalam kesunyian itu, hanya hantu ahso menemani driver sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman. Mata merah hantu ahso melirik ke arah driver yang bertanya kepadanya. Senyap2, driver menyesal bertanya soalan tersebut. Apakan daya, terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak bertanya soalan malam2, inilah padahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Di rumah bomoh...mulut bomoh berkumat-kamit di depan kemenyan yang dibakarnya sebentar tadi...bomoh membuka matanya dan menyedari di halaman rumahnya ada sebuah kereta used car yg dibawa oleh driver yang kini menjadi fevret driver tersebut walaupun beberapa buah kereta mewah yang terletak di parking lot rumahnya yang tersergam indah.Bomoh meneruskan bacaan doanya...driver menutup pintu keretanya dan memberi salam kepada bomoh di kampung halaman ibunya...
Bomoh menjemput driver masuk dan duduk di depannya..."kenapa sanggup datang malam2 mcm ni" bomoh bertanya kepada driver..."kan bomoh ni bomoh, takkanlah x tau apa hajat saya datang ke sini" kata driver pla berdalih.." Eh...bila jumpa doktor, doktor terus tau ke apa sakit awak?" driver mengerutkan keningnya..."kan dalam movie bila jumpa bomoh, kan da tau apa hajat nak datang" driver bermonolog dalam hati..."awak boleh baca hati saya ke?" kata driver dalam hati..." Tak tau apa yang awak cakap dalam hati..." kata bomoh..."sah memang bomoh ni boleh baca dalam hati..."kata hati driver lagi. Dan sebenarnya, memang bomoh tersebut x boleh baca fikiran maupun apa yang difikirkan oleh orang lain.."Sebenarnya bomoh, saya ada partner dalam business..tapi yalah nak katakan syirik..entahlah saya pun tak tau..."driver bermukadimah dan menceritakan dari awal sampai kesakitan yang dialaminya kini...
|
|
|
|
|
|
|
|
mata.kail replied at 1-12-2019 11:25 PM
Di rumah bomoh...mulut bomoh berkumat-kamit di depan kemenyan yang dibakarnya sebentar tadi...bomo ...
Setelah mendengar cerita driver, bomoh mengangguk2 kepala tanda mahu memulakan upacara pemanggilan khadamnya. Keris sakti kuno milik arwah moyangnya diasap2kan dengan kemenyan yg sedang membara dalam pasu tembikar.
"Nyong gara, nyong guri.. siasah nyong bersilih ganti. Marilah jumpa tuanmu ini..." puja bomoh berulang2 kali.
Bayu dingin melepasi tingkap. Langsir di belakang driver terselak mendedahkan sekujur tubuh yg berdiri tegak.
"Masuk dia," arah bomoh, "dan cari punca sakit itu!"
Kaki driver ditahan oleh bomoh. Tiada tempat utk melarikan diri. Terasa dari belakang jari jemari berkuku panjang memegang lehernya. Nafas sejuk menghampiri tengkuknya dan terasa seperti sesuatu menyelinap ke dalamnya dari belakang.
Hantu ahso duduk di dalam kereta. Tiba2 kedengaran driver menjerit dalam keheningan malam. Rumah bomoh tercegat sebuah di tengah2 estet getah. Tiada rumah yg berdekatan dalam 5 kilometer. Tiada harapan untuk sesiapa menjenguk sekiranya menjerit sekuat hati.
Adakah kisah mona fandey akan berulang kembali? |
|
|
|
|
|
|
|
Hantu ahso terkejut mendengar teriakan driver....dia terbang melayang ke rumah bomoh ingin mengetahui apa yg telah terjadi...dilihatnya ada sosok di belakang driver sedang mencengkam leher driver...hantu ahso memukul sosok kepala yg mencengkam leher dengan kepalanya sendiri...berlaku la pergelutan di antara mereka berdua...driver terbatuk2 dan mengambil nafas selepas sosok tubuh itu melepaskan leher yang dicengkam...Bomoh terus melayangkan kerisnya ke udara dan mengambil keris tersebut dan membuka matanya...Dilihatnya ada 2 mahkluk yang sedang bergelut di depannya sambil bertarik rambut masing2...tambahan lagi panjang mengurai dan kusut..dah la kusut...tambah kusut lagi...dan itu bukanlah khadamnya yang diseru olehnya sebentar tadi..
Bomoh mengetahui sosok tubuh yang seperti dikenali...mcm pernah dilihat di tv, surat khabar...adakah dia mon...bomoh menghentikan pergelutan kedua2 hantu itu.."Apa yang kau x puas hati terhadap driver ini?" kata bomoh..hantu berkuku panjang itu mendengus dan menyikat rambutnya menggunakan kukunya yang panjang..." Dia telah membeli used car yang pernah ku jual dulu..." kata hantu itu...Bomoh itu menyangkal.."bukan..itu bukan kereta yang kau jual dulu"..."kau bomoh jangan cuba cuba menipu aku..." hantu itu datang hampir ke bomoh cuba mencengkam leher bomoh...bomoh berkumat-kamit dan menghunus kerisnya ke jantung hantu itu..."AAArrrghhhh...." sebelum hantu itu berkecai..."aku akan datang kembali....."sambil sayup2 hilang suara hantu itu dan kelibatnya..."aku akan pastikan kau xkan datang kembali..."kata bomoh itu lagi sambil mencuci kerisnya dengan air hirisan limau.
Hantu ahso pergi ke tempat driver...sebelum hantu ahso ke tempat driver...bomoh menghunuskan kerisnya ke arah hantu ahso...driver yang melihat kejadian itu, x pasti sama ada ingin bomoh terus membunuh hantu ahso atau melarang bomoh tersebut dari meneruskan tindakannya...
|
|
|
|
|
|
|
|
mata.kail replied at 2-12-2019 07:52 PM
Hantu ahso terkejut mendengar teriakan driver....dia terbang melayang ke rumah bomoh ingin menge ...
Jauh di sudut hati driver, "Akhirnya semua duit akan masuk poketku!". Namun setelah berfikir sejenak, driver menyedari tanpa hantu ahso, siapalah dia. Hasil views yg byk2 tu semuanya disebabkan hantu ahso.
Apakah yang driver akan menyelamat hantu ahso?
Commercial break... |
|
|
|
|
|
|
|
ubat gigi darling...
syampoo menjadi rambut cepat panjang...
minum soosoo jadi tinggi macam model...
pencuci muka hilangkan bulus muka..
handphone model pishang tahan bateri 7 hari tanpa cas...
|
|
|
|
|
|
|
|
Selepas commercial break....
Tetapi driver masih lagi berfikir....."ahsoo adakah aku perlu menolong engkau?" driver masih berfikir dan berfikir sehinggalah commercial break berulang kembali...
|
|
|
|
|
|
|
|
mata.kail replied at 6-12-2019 09:58 PM
Selepas commercial break....
Tetapi driver masih lagi berfikir....."ahsoo adakah aku perlu meno ...
Alamak, iols tak tgk tv sgt la.. dah tak tau apa commercial break terkini..
Haruslah pakai yg iols tahu je..
Full moon, half moon, total eclipse..
Cap cap cap, kicap kipas udang. Lepas makan, kita berkipas.
A pet is not just for Christmas. A pet is for life.
Ntah betul tak commercials tu.
Berbalik kpd citer hantu ahso dan driver.
Driver terpinga dan tertanya, "Adakah berbaloi untuk menyelamatkan hantu ahso?". Dalam kemelut jiwanya, tiba2 bomoh menerjah ke arah hantu ahso. Hantu ahso terkejut dgn terjahan bomoh dan mengelak. Tidak semena2, driver ditusuk di bahu dgn keris bomoh.
Apakah yang akan berlaku seterusnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Bomoh serta-merta menarik kembali keris yang cuba ditusuk ke arah ahsoo...dada driver sedikit tertusuk dengan hujung keris bomoh itu...tetapi masih boleh sembuh dalam masa beberapa hari...walaupun begitu perlu dibaca dengan mantera sebab keris tersebut sangat berbisa untuk manusia..
"hehehehe, aku selamat" kata ahsoo
"Pandai awak elak ye!!!" kata bomoh itu kepada ahsoo..."mestilah nak elak, beloom mau mati ma" kata ahsoo lagi " saya baru kecapi kekayaan begini, saya mau hidup lagi...hehehehe" kata ahsoo sambil melambai2 tangannya dan lesap kembali ke kereta..
" driver...rasanya, awak masih nak simpan ahsoo awak tu..."driver hanya mendiamkan diri sambil menekap tangannya ke dada yang terasa sakit ditusuk sedikit keris bomoh itu..bomoh merawat luka driver dan membaca mantera agar luka itu cepat sembuh..
"bomoh...saya belum tahu apa yang saya nak dalam hidup saya...yang saya tahu saya masih perlukan ahsoo untuk kejayaan yg saya kecapi pada saat ini..." bomoh hanya berdiam diri dan menggelengkan kepalanya...adakah bomoh hanya akan membiarkan keputusan yang dibuat oleh driver atau memberi saranan yang lebih baik untuk driver...?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|