CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hussaini4675

Komik Putar Belit Fakta Sejarah Diedar Di Sekolah, Netizen Gesa Tindakan Tegas K

[Copy link]
Post time 18-10-2019 03:45 PM | Show all posts
Maszlee menari ikut rentak Najib, kata 'Superman'
News  |  Diterbitkan Hari ini 12:54 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 12:54 tengahari

Penulis komik kontroversi berkenaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Hew Kuan Yau mengkritik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kerana mengharamkan komik itu di sekolah.

Hew yang juga kurator Muzium Kebudayaan dan komik Asia di Pulau Pinang
mendakwa menteri itu menari mengikut rentak bekas perdana menteri Najib Razak.

Meluahkan rasa tidak puas hatinya di media sosial, Hew berkata dia merangka dan menerbitkan komik itu dalam tiga bahasa untuk meningkatkan pemahaman rakyat terhadap BRI.

"Untuk menggalakkan pelajar untuk lebih tahu tentang BRI, (kami) menghantar komik itu secara percuma di setiap sekolah. Tidak wujud soal mencuci otak murid dan menyemai komunisme," katanya yang lebih dikenali dengan gelaran 'Superman'.

Bagaimanapun bekas ahli politik DAP itu berkata Maszlee segera mengarahkan sekolah agar tidak menerima komik itu - bertajuk Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama - sebaik selepas Najib membangkitkannya dan mendakwa DAP mengancam orang Melayu.

Dia bertanya sama ada Maszlee mengamalkan double standard dengan membangkitkan universiti awam yang dibenarkan menganjurkan Kongres Maruah Melayu baru-baru ini.

"Dia (Maszlee) membenarkan universiti menjadi tempat mencuci otak tetapi mengharamkan komik di pustaka sekolah. Inilah menteri pendidikan yang saya kenal," katanya yang juga ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan China-Malaysia (JBC).

Pada Rabu lalu, Najib bertanya kepada Maszlee sama ada kementeriannya membenarkan komik itu diedarkan di sekolah.

Dia juga mendakwa Muzium Kebudayaan dan komik Asia didanai kerajaan Pulau Pinang dan menyebarkan propaganda di sekolah.

Selain itu, Najib berkata komik itu merendah-rendahkan dirinya dan keluarga, serta kerajaan BN.

Versi Bahasa Melayu komik itu diedarkan secara percuma di sekolah menengah vernakular dan kebangsaan.

Maszlee berkata kementeriannya tidak pernah mengeluarkan kebenaran mahupun kelulusan untuk pengedarannya.

"Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik ini daripada mana-mana pihak atau pembekal.

"Sekolah merupakan institusi pendidikan yang neutral dan tidak seharusnya menjadi medan penyebaran propaganda politik," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka maskot komik tu.. comel
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 03:55 PM | Show all posts
dino replied at 18-10-2019 03:44 PM
level bm paling busuk. penggunaan perkataan ‘dan’, ‘hanya’ berulang2 dlm satu ayat.

mmg be ...

Aku kena kaw2 kat fb pasal isu ni.
Biasalah gang2 rba. Freedom of speech.
Betul atau tidak, fakta atau tidak, diaorg bukan kira pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 04:03 PM | Show all posts
Yang tak tahan tu siap hadiahkan komik ni kepada Presiden Negara China. Yang tukang sampai pulak Aturk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 18-10-2019 03:55 PM
Aku kena kaw2 kat fb pasal isu ni.
Biasalah gang2 rba. Freedom of speech.
Betul atau tidak, fakt ...

freedom of speech konon haha
hbis vc tu p program maruah melayu lun freedom of speech apa haha

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 04:17 PM | Show all posts
dino replied at 18-10-2019 04:07 PM
freedom of speech konon haha
hbis vc tu p program maruah melayu lun freedom of speech apa haha

...

hehe, skrg ni apa apa yang berkaitan melayu akan dianggap rasist.sedangkan yang diaorg buat plak freedom of speech.
Sedihnya, ramai org kita yang jadi pengkhianat, si buang dan kitul cukup ramai sekrg ni.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hitam_manis at 18-10-2019 10:26 PM

Dasar sepet sial. Sabar tunggu PRU15.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:38 PM | Show all posts
Nak kawal Cina ni kena apply undang2 dengan tegas. Tengok pentadbiran di Singapore. Yang mentadbir Cina, jadi depa tau perangai orang Cina macam mana. Sebab tu undang2 sana tegas & ketat.

Dengan depa (bangsa kiasu ni) jangan dok ajaq lembik tengkok. Jenis bangsa suka ambil kesempatan atas kebaikan, budi bahasa & budi bicara orang lain.

Jenis kurang empathy. Tak pernah, tak kisah dan tak peduli untuk memahami kesusahan/keperitan/permasalahan  orang lain. Yang penting, diri sendiri saja. Umpama dunia berputar ni semata-mata untuk depa.

Naik jelik dan menyampah dengan kerajaan sekarang ni. Takdak teloq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
CinnamonR replied at 18-10-2019 02:40 PM
Lawak kampus tu kartunis sama ke yg buat??

Bukan. Lawak Kampus tu, Keith yang lukis. Lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lulong replied at 18-10-2019 02:58 PM
Alamak..anak akk mmg penggila komik ni..nk kena boikot la mcm ni

Takda maknanya. Pelukis komik ni pompuan. Lawak kampus tu pelukisnya lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Melorqe replied at 18-10-2019 03:04 PM
sama la
my kids pernah beli, tapi i warning tak bg baca
dengan bahasa yg tak betul, lawak pun mc ...

Lawak Kampus, pelukisnya Keith. Lelaki. Komik ni pelukisnya Tomato, pompuan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik lukisan komik tu...Kat Mana nak beli????

Mcm komik jepun
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Dolu2 iols ingatkan dap ni pro-chinese. Tapi lepas tgk sikit ni dan previous posts on dap, iols rase dap pro-komunis dan anti-chinese. Kalau anak2 muda tak dididik tentang sejarah mesia dgn baik, makin ramai la yg jadi communist sympathizers mcm dap ni. Ke dap ni mmg komunis?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah mula dah nak ubah sejarah..

Angpa kalau tak sedar lagi aku tak tau la kan.

Nak hapuskan sesuatu bangsa bukan pembersihan kaum. Hitler dah buat tapi tak berjaya.

Nak bersihkan bangsa adalah buat generasi muda bangsa tersebut lupa tentang sejarah bangsa sendiri..

Aku harap angpa semua ajar la anak2 angpa ttg sejarah bangsa dan keturunan angpa mcm mana arwah tok dan tokwan aku ajar anak cucu depa dari kecik ttg sejarah dan keturunan kami.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 18-10-2019 11:38 PM
Nak kawal Cina ni kena apply undang2 dengan tegas. Tengok pentadbiran di Singapore. Yang mentadbir C ...

Aku setuju bab kurang empathy tu.. Sbb aku bil tak suka seeorg2 mmg seluruh keturunan kalau jadi yg buruk aku buat bodoh saja..so dna cina aku bab2 empathy tu betul..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
CinnamonR replied at 18-10-2019 02:40 PM
Lawak kampus tu kartunis sama ke yg buat??

Tak rasanya. Lawak Kampus pelukisnya lelaki. Komik ni pelukisnya perempuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Menang nak cuci otak budak2. Cuba tengok cara mata LKS dan bangnon yang dilukis dalam komik tu. Mata depa dilukis jatuh ke bawah nak evoke perasaan belas dan suci. Aku tgk pun jadi terharu. Sedangkan dua2 manusia ni mata depa nmpk evil ja....penuh agenda haloba kuasa. Phui!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 19-10-2019 02:10 AM
Dolu2 iols ingatkan dap ni pro-chinese. Tapi lepas tgk sikit ni dan previous posts on dap, iols rase ...

Agak menarik pendapat Tinot7 ni. Pro komunis tu mmg obvious la. Tang anti Chinese tu, boleh huraikan lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
hidup komunis dap. Yeah.

mmg ini yg org melayu nak sbb tu dulu sokong ph. Sokong ph bererti sokong dap.

majulah dap utk negara.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Jiddin replied at 19-10-2019 09:50 AM
Agak menarik pendapat Tinot7 ni. Pro komunis tu mmg obvious la. Tang anti Chinese tu, boleh huraik ...

Iols rasa pemahaman komunis dgn org cina berbeza.
Iols kopi pes drp blog org tentang komunis chin peng.
Pastu acik kena baca gambar2 yg diuplod TT. Bukan cerita semua. Bab bunuh ramai org masa zaman komunis, kenapa tak dicerita? Kenapa dap dijaja anti-cina? Bab bg gula2 kat skolah cina skang ni, itu gula2 sblm matlamat akhir. Apa agenda  dan matlamat akhir mereka sebenarnya? Acik tau ke? Sbb iols taktau, iols tanya ni.

Kenali Chin Peng, Ketua Parti Komunis Malaya Dari Sitiawan

www.orangperak.com

Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak dengan nama sebenar Ong Boon Hwa dan meninggal dunia pada 16 September 2013 di Bangkok, Thailand. Beliau adalah merupakan seorang ketua Parti Komunis Malaya dan juga merupakan seorang bangsa Cina berketurunan Kantonis yang didakwa lahir di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon dibenarkan masuk Malaysia, beliau gagal mengemukakan sijil kelahirannya. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China yang kecewa akibat kemelesetan ekonomi.

Semasa kecil, Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai-shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung. Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Chiang Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Namun, buku kecil On Protacted War yang dikarang oleh Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.

Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Beliau turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun. Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti-Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang tentera Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Service dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Selepas Perang Dunia ke 2, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal dalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA. Ini kemungkinannya MPAJA sebenarnya sedang menilai kejayaan tindakan sedemikian. Membiarkan tindakan ahlinya bermaharajalela membunuh dan menyeksa penduduk sekali gus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan tersembunyi dari para pemimpin MPAJA.

Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Kiai Salleh Karim dari Batu Pahat, Johor. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa, malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu. Cubaan MPAJA untuk menguasai pentakbiran ini dari pemerintah sebenar menyebabkan mereka dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya diharamkan dan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya ditangkap.

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal Order of the British Empire kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya. Di bawah pimpinannya, Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu, ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.

Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan atiesme. Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di Tanah Melayu pada waktu itu ialah mereka mengamalkan prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh PKM iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama Islam walaupun di dalam hutan semasa berjuang. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi, malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.

Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit dengan melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis.

Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan daripada masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah. Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.

Cubaannya untuk kembali ke Malaysia telah menerima sokongan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan parti DAP. Chin Peng tidak pernah menyatakan kesal memimpin Parti Komunis Malaya dalam perperangan mereka menentang kerajaan malaysia, malah bangga dengannya sebagaimana yang ditulis olehnya dalam bukunya, “Setiap generasi membina impiannya. Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil.”

Chin Peng pernah membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Namun, penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk anggota polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggungjawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng. Persoalan ini dicetuskan tanpa memikirkan bahawa Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya. Tawaran pengampunan yang diberikan semasa perjanjian damai di Hadyai, Thailand pada 1 Disember 2009 yang lalu, adalah dengan syarat pihak PKM membubarkan parti serta ideologi komunis mereka.

Chin Peng telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 90 tahun, di Bangkok, Thailand pada jam 6.20 pagi 16 September 2013. Sebelum kematiannya, dia tinggal dalam buangan di Thailand dan masih tidak dapat kembali ke Malaysia, ini didakwa sebagai percanggahan kepada satu syarat yang telah dipersetujui dalam Rundingan Damai Haadyai 1989. Pihak kerajaan pula memutuskan bahawa Chin Peng tidak termasuk dalam golongan ini kerana tidak pernah melepaskan perjuangan parti dan ideologi komunisnya sebagaimana yang disyaratkan dalam Rundingan Damai Haadyai tersebut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.063536 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list