Perkhidmatan KTMB ETS sememangnya popular dan menjadi pilihan orang ramai berikutan servisnya yang pantas dan boleh dipercayai akan ketepatan waktunya. Maka tidak hairanlah tahun lepas sahaja, KTMB telah merekodkan bilangan pengguna seramai 3.91 juta bagi servis tren eletrik tersebut.
KTMB telah mengumumkan satu berita baik melalui laman instagram mereka @ktmbofficial bahawa mereka akan melancarkan servis terbaharu iaitu ETS 2 bermula Oktober ini. Apa yang lebih istimewa ETS 2 dilengkapi dengan perkhidmatan business class yang menjanjikan lebih keselesaan kepada penumpang yang mengutamakannya.
Memetik sumber daripada instagram rasmi KTMB, @ktmbofficial berikut adalah fasiliti istimewa yang bakal dinikmati penumpang business class:
Kerusi penumpang yang lebih luas & lebar serta boleh diputar
Ruang dalaman koc business class ETS 2 yang dilengkapi kerusi penumpang yang lebih luas & lebar Foto- remaja.my
Setiap kerusi dilengkapi reading light, port usb,power socket & AVOD service. Penumpang juga boleh menikmati WiFi percuma dan menerima travel kit istimewa.
Tonton filem kegemaran sambil menikmati makanan yang disediakan Foto- Facebook KTM Berhad
Penumpang akan dilayan oleh pramaguri & pramugara yang bertugas
Barisan ramugari & pramugara yang akan melayan anda sepanjang perjalanan Foto-Facebook KTM Berhad
Bersempena dengan pengenalan servis terbaru ini, KTMB turut menawarkan tiket promosi berharga RM50 untuk dewasa bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Ipoh manakala RM112 untuk perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar, untuk tempoh antara 11 Oktober dan 30 November 2019.
Adakah anda teruja dengan servis ini? Jadi apalagi, tempahlah tiket anda sekarang. - CARI
|