CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: olezzeli17

Selalu rasa tapi tak pernah nampak

[Copy link]
 Author| Post time 15-7-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan..

    Saya jd panik. Hairan kerana rakan2 lelaki semua trbaring d tanah seolah2 pitam. Saya menghampiri rakan d depan saya dan cuba bkomunikasi dgnnya. Setelah dia agak ok, saya tanya apa yg trjadi? Dia kata tiba2 pening semacam dan mata tak nampak apa2. Tau2 je dh trbaring kat tanah. Saya hairan kerana semua rakan2 lelaki saya mengalami situasi trsebut sedangkan saya elok saja duduk melihat kelibat Marina bjalan mlintasi barisan kami.
    Tak lama kemudian, dr kejauhan saya trdengar sayup2 bunyi suara seseorang menangis teresak2. Ehh.. Itu kan.. Prsoalan cuma brlegar2 dlm hati saya. Tak trucap dgn kata2. So, mana satu Marina ni? Saya tak puas hati. Saya bangun dan bjalan sambil menghitung rakan2 dlm team saya. Eh, kenapa lebih ni? "Orang" yg dlm kedudukan no 5 iaitu Marina yg datang gelak2 pd awal tadi sebenarnya saya telah trkira skali. Sebab bila saya ulang kira skali lagi, kiraan saya betul, takde yg lebih. Rahsia tu saya simpan sampailah kami plg ke sekolah. Kat sekolah baru saya buka cerita tentang kisah "Marina" dan kisah rakan2 yg pitam dgn team saya. Semua trkejut tambah2 lagi Marina ori sampai dia kata dia taubat nk masuk hutan takut ada hantu menyamar jd dia lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2019 04:33 PM | Show all posts
lagi dek tt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2019 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
jue10 replied at 16-7-2019 04:33 PM
lagi dek tt.

Mlm sikit saya update cerita lagi k. Apa2 pun, terima kasih sudi baca.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in dulu....tt jangan lupa sambung cerita yea...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2019 12:30 PM | Show all posts
Dik tt yg comel, nnt smbg cerita lagi  ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2019 12:38 PM | Show all posts
menunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-7-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf semua, ingatkan mlm td nk update cerita. Tapi kerja tak siap lagi, tpaksa siapkan dulu coz pagi ni ada meeting penyelia. Hehehe.. Ok, saya sambung k.

   Ni peristiwa yg brlaku kat junior saya. Saya macam biasa la, suka ronda2 asrama sebelum tdo. Mlm tu saya tdo agak lewat lebih kurang jam 11.45 mlm. Katil saya kedudukannya sebelah tingkap. Kalau tengok dr tingkap, saya boleh nampak blok B d sebelah. Nk d jadikan cerita, saya baru je trlelap. Ingatkan tgh mimpi coz sayup2 dgr ada suara panggil nama saya. Bila saya buka mata, suara tu masih lagi kedengaran. Saya buka tingkap dan nampak pengawas asrama B sedang mlambai2 saya. Saya tanya kenapa, pengawas trsebut mengatakan ada pelajar sakit dan minta saya dtg ke asrama B. Saya cuma jawab Ok dan minta tunggu sekejap sementara bkemas. Baru je nk buka pintu, entah kenapa tiba2 saya rasa tak sedap hati. Saya brpatah semula dan kejutkan seorang lagi rakan pengawas. Saya bagitau ada pelajar sakit kat asrama B. Nasib baik la rakan saya ok je dan turut menemani saya pergi ke asrama B wlupun waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 1.15 pagi.
    Dlm prjalanan menuju ke asrama B, saya perhatikan bulan sedang mengambang penuh. Tp cahayanya suram agak jingga warnanya dan kedudukan bulan pun agak pelik. Seolah2 terlalu berat, nampak rendah seperti nk mencecah bumi. Saya dan rakan saya cuma mendiamkan diri sepanjang prjalanan menuju ke asrama B. Sebaik saja kaki saya melangkah dlm gate asrama, tiba2 bunyi salakan anjing entah dr mana melolong bsahut-sahutan. Hati saya makin rasa tidak tentu. Dlm hati, saya tak putus2 baca ayat Qursi.
    Bilik yg menempatkan pelajar yg sakit tdi agak unik sedikit kerana biliknya d tingkat paling atas (tingkat 3) manakala bilik kiri dan kanannya pula kosong. Saya pun kurang pasti kenapa biliknya trpisah drpd bilik2 lain. Bila saya masuk saja dlm bilik trsebut, saya dapati ada sorang pelajar yg sedang trbaring d lantai sambil anggota badannya d pegang lebih kurang 8-10 orang pelajar. Manakala 2 orang pengawas sedang membaca Al-Quran d tepi kepalanya. Pelajar yg sakit tu takdelah besar, kecik saja orangnya tp dpt dilihat tenaganya semasa meronta2 sangat kuat. Sesekali trdengar suaranya merintih minta dlepaskan.
    Saya tanya dgn sorang pengawas, apa sakitnya dan bila start sakit. Pengawas trsebut mengatakan bhwa semasa ptg tdi (Maghrib), pelajar yg sakit tu ada trnampak lembaga hitam melambai2 ke arahnya dr sebalik pintu bilik. Dia ada menceritakan peristiwa trsebut dgn rakan2nya, tp rakan2nya hanya mengatakan bahawa tiada apa2. Selepas itu, dia hanya mendiamkan diri sehinggalah plg dr kelas mlm. Masuk ke bilik dan terus tarik selimut. Tak lama lepas tu dia meracau2 dan kemudian senyap dan kemudian meracau lagi. Tangannya pula tak henti2 menunjuk ke arah muka pintu.
    Saya nk kata pandai ubat orang, takde la. Tp waktu tu saya cuma ikhtiar nk sembuhkan dia je. Nk pergi ke kuarters guru, jam dh trlalu lewat. Hampir pukul 1.30 pagi. Saya minta pengawas teruskan bacaan Quran, kemudian saya arahkan beberapa orang pelajar utk sediakan gunting dan pengetip kuku. Saya minta mereka memotong sedikit rambut dan kuku kaki serta tangannya. Saya pula pergi ke arah kaki kirinya dan memicit ibu jari kakinya sambil membacakan Al-Fatihah, 3 Qul dan ayat Qursi. Ketika saya memicit ibu jari kakinya, tiba2 pelajar trsebut menjerit memarahi saya dgn suara yg garau. Pelajar2 lain yg sedang memegangnya semua melepaskan pegangan kerana takut. Saya arahkan mereka utk pegangnya kembali kerana takut dia tiba2 brtindak d luar kawalan , contohnya terjun asrama dan lain2 lagi yg boleh membahayakan nyawanya.
    Saya pergi ke arah kepalanya. Saya baca ayat Qursi dan kemudian bertanyakan soalan kpdanya. Saat dia membuka mata, saya agak trkejut kerana matanya sangat merah dan dia memandang saya dgn pandangan yg tajam dan mendengus seperti kuda. Saya kemudian meminta sebotol air bersih drpd pengawas. Saya asingkan diri drpd pelajar2 lain dan mula membacakan ayat2 suci sebanyak 7 kali setiap surah dan akhir sekali saya brdoa dgn penuh tawakal meminta kesembuhan dgn Allah Ta'ala utk pelajar trsebut. Saya arahkan seorang pengawas utk menyapukan air trsebut ke rambutnya dan ke seluruh anggota badannya dan lebihan air tadi dberikan kpd pelajar trsebut utk d minum. Setelah lebih kurang sejam lebih kami berusah memulihkannya, akhirnya pelajar trsebut kembali sedar.
    Dia cuma menangis teresak2. Sebelum pulang, saya sempat brpesan kpdanya supaya sentiasa membaca ayat2 suci sebagai pendinding diri. Lebih kurang pukul 3 pagi barulah saya dan rakan pulang semula ke asrama kami. Sehinggalah saya habis sekolah, saya takde dengar pelajar trsebut trkena serangan histeria or trnampak bayangan lagi. Tp selepas saya tamat prsekolahan, cousin saya yg masih brsekolah d situ ada bagitau penyakit pelajar trsebut berulang kembali dan semakin kerap brlaku sehingga tpksa d bawa berubat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
    Ok, lupa nk bagitau. Masa saya start sekolah menengah ni, sekolah ni baru je lagi. Saya ni kira batch pertama d sekolah trsebut. Pd permulaan, pelajar2 dtempatkan hanya d asrama A sahaja. Kemudian, tahun demi tahun setelah kemasukan pelajar semakin meningkat, barulah asrama B dan C dibuka.
    Dulu, semasa hanya kami sahaja yg ada d situ (asrama A), saya selalu perhatikan ada ular besar brwarna hitam yg menyusup masuk ke dlm asrama B. Paling ketara sekali ketika hujan panas. Saya tak pasti la ada ke tidak sesiapa yg jumpa ular brsarang kat dlm asrama tu masa mereka bersihkan asrama (sesi penerimaan pelajar baru awal tahun) tapi saya memang kerap nampak ular hitam menyusur dlm tandas dan juga ke tingkat atas asrama mlalui tangga d hujung blok asrama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
    Ok, peristiwa ni pulak saya kena masa ikut perkhemahan unit beruniform. Berkhemah kat hutan sebelah asrama sekolah je. Wlupun dekat tp hutan ni byk simpan cerita menarik tau. Antaranya dulu2, hutan ni merupakan salah satu tempat mayat askar Jepun @ komunis yg terbunuh d buang @ d tanam. Kemudian, selalu ada kelibat polong (sejenis hantu) yg terbang dan trhempas d situ. Bunyi macam lucu tp polong ni sebenarnya pantang d tegur sebelum sampai ke tempat @ mangsa d tuju kerana ianya akan jatuh dan pecah. Mksudnya sihir yg d hantar tidak menjadi.
    Saya ikut program perkhemahan ni selama 3 hr, kebetulan minggu tu bukan minggu balik ke rumah pd hujung minggu utk bebudak asrama. Program bermula pd hr Jumaat dan tamat pd hr Ahad. Pd mlm pertama, kami perlu mengikuti aktiviti cina buta. Aktiviti cina buta ni kami dkehendaki brjalan d hutan dlm satu barisan, kemudian apabila bahu d tepuk dr belakang, d situlah kami perlu duduk dan tunggu sehingga fasilitator datang mengambil kami semula.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 04:14 PM | Show all posts
olezzeli17 replied at 19-7-2019 09:58 AM
Ok, peristiwa ni pulak saya kena masa ikut perkhemahan unit beruniform. Berkhemah kat hutan sebe ...

you nak ai sambung ke deq non?cerita terbengkalai setahun bersawang habis dah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2020 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 17-3-2020 04:14 PM
you nak ai sambung ke deq non?cerita terbengkalai setahun bersawang habis dah ni

Hahaha.. Hari tu ada plan nk sambung.. Tp masa menaip ada kena gangguan kat rumah.. So saya stop dulu.. Bila stop, ok plak.. Bila start je naip, dtg balik gangguan.. Seram.. Hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 04:18 PM | Show all posts
olezzeli17 replied at 17-3-2020 04:16 PM
Hahaha.. Hari tu ada plan nk sambung.. Tp masa menaip ada kena gangguan kat rumah.. So saya stop d ...

ooo kesahnya...best tp sedikit leceh sbb pjg2 perenggan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 17-3-2020 04:18 PM
ooo kesahnya...best tp sedikit leceh sbb pjg2 perenggan...

1st time.. Hahaha.. Kalau jumpa depan2, mau sampai esok pagi tak habis citer ni.. Hahaha.. Pastu saya pulak jenis tak pandai nk pendekkan cerita jd padat dlm satu 1 perenggan.. Hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 06:41 PM | Show all posts
olezzeli17 replied at 17-3-2020 04:25 PM
1st time.. Hahaha.. Kalau jumpa depan2, mau sampai esok pagi tak habis citer ni.. Hahaha.. Pastu s ...

eh...sedap aja baca..elok susunan ayat cuma perenggan pjg2 hahaaa...kita sembang sini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 06:46 PM | Show all posts
kalau org yg badan dimasuki jin-kan...apa yg jin tu ckp benarkah?sbb yg dirasuk tu mmg tak tahu pun benda yg dickpkn itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 17-3-2020 06:41 PM
eh...sedap aja baca..elok susunan ayat cuma perenggan pjg2 hahaaa...kita sembang sini ke?

Boleh.. Takde masalah.. Kang kita hijack thread orang lain, lagi susah.. Hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 17-3-2020 06:46 PM
kalau org yg badan dimasuki jin-kan...apa yg jin tu ckp benarkah?sbb yg dirasuk tu mmg tak tahu pun  ...

Mainan syaitan je tu.. Kan tugasnya utk menyesatkan umat manusia.. Selalu kita dengar orang yg kena rasuk ke apa, kalau kena ubat, dia bagitau orang ni la orang tu la yg kenakan dia.. Tak boleh percaya tu.. Lebih kpd nk memecah belahkan antara satu sama lain..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 07:38 AM | Show all posts
olezzeli17 replied at 17-3-2020 11:16 PM
Boleh.. Takde masalah.. Kang kita hijack thread orang lain, lagi susah.. Hehehe

aii bkn reti sgt rules hahahaaa...mlm td ok ke? kuarantin skali yg rasa tp tak nmpk tu kohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 07:40 AM | Show all posts
olezzeli17 replied at 17-3-2020 11:20 PM
Mainan syaitan je tu.. Kan tugasnya utk menyesatkan umat manusia.. Selalu kita dengar orang yg ken ...

ow...gitu...baik-baikcuma kn yg kena rasuk tu tak tau sehabuk pun...yg kena sihir tu pun tak cerita pd sesiapa yg jd kat dia...

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 07:59 AM | Show all posts
olezzeli17 replied at 14-7-2019 09:50 AM
Masa saya skolah menengah agak banyak cter pelik yg saya hadapi selain peristiwa2 dari rakan2 dan  ...

Polong ni sama tak dengan balan balan? Penanggal?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.064699 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list