CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: MoFirdaus

Jangan Tengok Orang Nikah, Kau Pun Nak NikahJuga - Noorkhiriah

[Copy link]
Post time 17-5-2019 08:45 AM | Show all posts

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan.

Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak." Semalam Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya.

Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal.

Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran.

Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA. Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook.

Jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.

TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..

Pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor / Fatin Liayana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul apa dia kata
X kira lah siapa dia
Tapi betul lah
Jangan kata muda belia
Walau kau dah tua nak mampus
Tetapppp
Kalau kau x tau apa itu tanggungjawabbbb
Sila single seumur hidup
Kurang masalah penderaan mental n fizikal
Kurang dna haprak membiak

Org kawin kau nak kawin
Org beranak kau nak beranak
Org berskandal kau pun nak join

Lepas tu menyusahkan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cakap secara general. Mungkin sebagai peringatan untuk diri sendiri ataupun sedara mara dan adik beradik. Namun, saya terasa pedasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 06:50 PM | Show all posts
Bagus apa yang dia cakap tu.. Takde la membongkak ke apa.. Terima je la.. Dia cakap benda betul tu.. Ambil pengajaran.. Termasuk untuk diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bisingla khiriah kepam nih
dgn tudung labuh smpi ke dagu tp gedik lg nk belakon bagai
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ckp btul tp klu 24 jam mbebel kt ig... lama2 jd cemuih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2019 09:20 AM | Show all posts
betul la apa dia cakap tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 01:42 PM | Show all posts
Betul lar apa dia ckp, tu kita tgk trend kahwin awal tpi cerainya pun awal. Bukan nk suruh org tak nak kahwin tpi kalau kahwin sbb tak nk ketinggalan, takut panggil andartu lepas tu hidup sengsara. Baik kau jadi cat lady je woi, kan xpasal2 dpt laki tak guna dh kena bela biawak hidup,

Waktu kawan kahwin dulu asyik tnya meols bila nk kahwin. Tpi skrg ni diaorg plak dok up2 cerita sedih. awal2 tinggalkan kawan sbb bahagia dgn en.somi, skrg ni pandai plak cari kawan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2019 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah apa yang dia cakap. Jangan sebab menyampah dengan dia korang nafikan benda yang betul plak. Ramai kawan aku duk berlumba nak kahwin nak ada anak. Sampaikan buta tengok bakal pasangan perangai macam apa entah semata mata nak kejar status kahwin.

Aku ingat lagi aku suruh kawan aku tinggal jer pasangan dia sebab pasangan dia tue layan macam sampah tapi dia boleh reply sapa lagi nak kahwin dengan aku kalau tak dia. Sedihnya demi status kahwin sanggup jer kahwin dengan orang yang layan dia macam tue.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ata replied at 20-5-2019 01:42 PM
Betul lar apa dia ckp, tu kita tgk trend kahwin awal tpi cerainya pun awal. Bukan nk suruh org tak n ...

Samalah.. ramai kwn2 iols yg kawin awal skrg ni dah duda/janda. Tu blm lagi yg text iols bila nmpk iols p travel & mkn sedap2. Ada jgk yg nasihat, stay single & bila sampai jodoh nanti kawin lah.. bunyinya mcm myesal kawin awal. Huhuhuhu
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.854581 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list