ada hafiz hamidon pernah sama gedung pakaian Kamdar sbb ada kain tu guna nama hafiz hamidon
Saya tidak tahu pun adanya penjualan fabrik menggunakan nama saya sebagai jenama di gedung tersebut. Peminat saya yang memberitahu saya mengenai perkara ini. Mereka memuji kualiti kain tersebut dan saya dimaklumkan, fabrik tersebut mendapat permintaan tinggi dan sering habis dijual.
Saya melakukan penyiasatan dan mereka menggunakan nama Hafiz Hamidun yang dicetak sebagai nama dan label fabrik tersebut. Pihak peguam memberikan notis 14 hari kepada gedung tersebut untuk selesaikan perkara ini, namun begitu tiada sebarang respon dari pihak mereka. Saya akan mengambil tindakan undang-undang dan bakal memanjangkan perkara ini ke mahkamah.
|