|
Palajaran 1
Muzik ada 12 not.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
C C# D Eb E F F# G Ab A Bb B
Do re me fa so la ti
1 2 3 4 5 6 7
baris 1 atas adalah angka bilangan not muzik sebenar
baris 2, nama not muzik disebut dengan huruf
baris 3, nama not muzik disebut dengan perkataan 'do re me'
baris 4, nama not muzik disebut dengan angka
skil natural:
walaupun muzik ada 12 not, tetapi dalam mainan selalunya dimainkan pada not-not tertentu sahaja. Pembahagian atau perselangan not-not ini dikenali dengan nama skil.
Peringkat awal ditunjukkan skil natural. (skil C/Am)
iaitu C D E F G A B
berpandukan carta di atas, terdapat not yg diselang dan not yg tidak diselang. jika dilihat antara C dan D, pertengahannya adalah not C#.
bersambung (minta maklumbalas). |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajaran 2
Apakah '#' (Sharp) dan'b' (flat)
Not yg berada di tengah, antara 2 not. contohnya:
C - C#/Db - D - D#/Eb - E
not selepas 'C' boleh disebut 'C#' atau boleh juga disebut 'Db' sebab berada sebelum 'D'.
dalam ertikata lain, flat (b) adalah not sebelum dan sharp (#) adalah not selepas |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajaran 3
Octave (Not kelapan) satu jarak not kelapan dalam skil natural.
sila perhatikan pelajaran 1, dalam skil natural, ada 7 not
dari C hingga B, atau dari 'do' hingga 'ti'.
not kelapan sebenarnya ada ulangan nama not pertama dalam skil natural tapi pada kedudukan nada atas, dan jarak antara C bawah dan C atas itu disebut 'satu octave'. |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
wahh..bagus :clap::clap:
teruskan paler...:tq: |
|
|
|
|
|
|
|
kittie suke... kittie slalu kagum ngan org yg reti & terer muzik ni... tp kittie hampeh pun tak tahu... teruskan... bleh kittie faham ckit2... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by paler kembang at Mon 23rd Aug 04 23:54:
Apakah '#' (Sharp) dan'b' (flat)
Not yg berada di tengah, antara 2 not. contohnya:
C - C#/Db - D - D#/Eb - E
not selepas 'C' boleh disebut 'C#' atau boleh juga disebut 'Db' sebab berada ...
kesimpulannya paler, C# dan Db adalah sama ek?
fuyooo!! ada bakat mcm student tak aku? hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Remy_3D at 26-8-2004 02:45 AM:
kesimpulannya paler, C# dan Db adalah sama ek?
fuyooo!! ada bakat mcm student tak aku? hehehe
ya!... sama
Yg selalu disebut dan (yang jarang disebut):
Bb (A#)
F# (Gb) |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajaran 4
Tone = jarak not yg berselang di tengahnya satu not lain.
eg.
1. A ke B (di mana di tengahnya adalah not A#/Bb)
2. C ke D (di mana di tengahnya adalah not C#/Db)
3. E ke F# (di mana di tengahnya adalah not F)
4. Bb ke C (di mana di tengahnya adalah not B)
'semitone' = separuh dari 'tone' = jarak berdekatan not
eg.
1. F ke F#
2. A ke Bb
3. B ke C
4. E ke F |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan tone & semitone
semitone:
pada gitar; jarak antara fret gitar
pada piano; jarak antara mata piano, dengan matahitam piano juga diambil kira).
tone: 2 semitone.
matahitam piano adalah not sharp '#' atau flat 'b'. perhatikan, dalam pengiraan not, not '#' atau 'b' hendaklah diambil kira kerana nilainya sama dengan not mataputih piano.
perhatian: jarak dari F ke F# = semitone
jarak F ke G = tone
[ Last edited by paler kembang on 26-8-2004 at 04:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
echosoundz This user has been deleted
|
hehehehhee......
bagus.......sekalung tahniah...heheheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
err..tak paham
wakakak..aku bace jek aahh..
nanti watlah test..
nengok memurid paham ke idak cikgu ajo nih |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi... kite suke betul la thread ni... |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
Originally posted by Remy_3D at 26-8-2004 02:45 AM:
kesimpulannya paler, C# dan Db adalah sama ek?
fuyooo!! ada bakat mcm student tak aku? hehehe
sebenonya dlm terms muzik ada beza..
kalau ko berada di kedudukan not C..ko naikkan semi tone..dia akan jadi
C#
beza pulak............
bila kau berada di not D..ko turunkan semi tone..dia akan jadi Db
(C# jugak)
tapi bezanya disini ialah macam..sharp(#) utk increase dan flet(b) utk
decrease
[ Last edited by 蝯z坞悬衻 on 3-9-2004 at 11:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
echosoundz This user has been deleted
|
[quote]Originally posted by 蝯z坞<ETH> |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajaran 5 - Scale (Skil)
(dengan susulan balas dari forumer... bertambah semangat sesama kita untuk berkongsi pengetahuan muzik ini).
Walaupun not dalam jarak semitone berjumlah 12 not. (lihat Pelajaran 1).
tetapi dalam permainan, ada perselangan tertentu yg ditetapkan. Perselangan bunyi ini disebut 'scale' (skil).
Dalam pelajaran ini, saya akan tunjukkan beberapa skil tertentu sahaja utk dijadikan contoh. Dengan kaedah yg saya akan berikan, bolehlah sesama kita memahami nanti kedudukan skil-skil yg lain.
(bersambung) - Skil |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan - skil.
Skil Natural.
Ada 2 skil natural yg menjadi asal kepada pemuzik.
1. skil major (natural)
2. skil minor melodic (natural)
SKIL MAJOR. - Perselangan dikira seperti berikut, jarak perselangan ditunjukkan dalam kandungan () iaitu (tone) dan (semitone)
bermula dari not 1 (tone) 2 (tone) 3 (semitone) 4 (tone) 5 (tone) 6 (tone) 7 (semitone) 1+
contoh diberikan dalam skil natural C major, jadikan not no. 1 sebagai not C.
atau lihat contoh di bawah;
SKIL MINOR MELODIC
Contoh diberikan dalam skil A minor melodik.
bermula dari not 1 (tone) 2 (semitone) 3 (tone) 4 (tone) 5 (semitone) 6 (tone) 7 (tone) 1+
cuba jadikan not no. 1 sebagi A, jadikan susunan skil A minor melodik.
bersambung - skil |
|
|
|
|
|
|
|
cuba tetapkan kedudukan skil pada piano atau gitar mengikut pelajaran 5.
1. skil D major natural
2. skil C minor melodic
3. skil G major natural
4. skil G minor melodik
Mana-mana forumer yg sudikan pastekan susunan skil yg dibuat sendiri ke sini, amatlah dialu-alukan. |
|
|
|
|
|
|
ikegami This user has been deleted
|
hmmm cuma cadangan....kalo teori ngan praktikal seiring bau leh masuk kepala...hehe kalo setakat teori payah skit nih....apa kata kita buat klass...cadangan jer...penah blajar tp separuh tiang...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
teori di sini, praktikal sendiri di rumah... bagi yg ada keyboard atau gitar. he he he
bagi yg dah ada basic muzik, boleh main sikit-sikit, rasanya tak ada masalah untuk mengikuti secara pelan-pelan... pasti faham punya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|