CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

[Tempatan] Hukum anak derhaka

[Copy link]
Post time 3-2-2019 01:36 PM | Show all posts
weezerfan replied at 3-2-2019 12:39 PM
Aku percaya parent yg taguna akan end up dpt anak yg taguna. Konsep kifarah gitew.. Selama ni kita d ...

aku setuju.            

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayah dok bagi duit kat anak-anak dak apa pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya betul.. Kengkadang kena tgk jugak camne mak bapak didik anak2.. Konsep anak derhaka ni kalau mak bapak jaga ko tip top, end up ko abaikan i setuju. Zmn dolu2, anak2 di ajar secara keras, never say NO tu your parents. Salah sikit, kena hukum. Plg sadis kalo dpt bapak yg barab, sikit2 libas dgn tali pinggang, tampar anak walaupun kesalahan tak setimpal. Ujung2 bila anak tak rapat dgn ko ari tua, senang2 jah nk label anak durhaka...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 3-2-2019 01:25 PM
masuk matrik pun anak menggelupur puasa, nanti masuk U kena hibernasi untuk survive. lepastu nak dem ...

Dah di ajar jd bangsa subsidi...nak buat camna
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
anak-anak cerminan mak bapak..
kalau semua anak tak menjadi, cermin kan didikan mak bapak dulu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy penah jumpa...seorang bapa tunggal...almost 80...xde anak..so dia bela anak angkat since baby..anak dia berjaya persuade pakcik ni to transfer all his money to her account sampai pakcik ni nak mkn xder duit.lps tu paksa transfer tanah pusaka tu atas nama dia...mmg jahat yer pompuan tu...so..if ada akta ni..mmg bagusss..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2019 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya baca ibu bapa dah berusia kena fight balik hak sebab anak2 kejam tak kenang budi mohon mereput anak2 mcm ni aniaya parents sendiri.

Lain la kalau diorang tu boleh dibuktikan kaki dera ke apa ke, tapi still kena juga layan yg wajib.bagi je duit sikit bulan2 pastu jarakkan je hubungan just jangan la larikan diri terus. Tergamak betul

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm
Hal makpak derhaka pun xde buat apa sgt
Dera la abai la bunuh rogol liwat anak
Ramai terlepas

Skrg nk hukum anak
Good luck
Mohon siasat dulu la kenapa anak tu derhaka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2019 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
weezerfan replied at 3-2-2019 12:39 PM
Aku percaya parent yg taguna akan end up dpt anak yg taguna. Konsep kifarah gitew.. Selama ni kita d ...

I agree so much
Karma
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Try la..nk derhaka ke nk dpt saiz 7 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 08:13 AM | Show all posts
rospinki replied at 4-2-2019 07:53 AM
Try la..nk derhaka ke nk dpt saiz 7 ni

hahaha

pijak dulu waktu kecik-kecik (maksudnya diajar dari kecik lagi)

ni dah tua, belajar tinggi.

perangai hazab.


tengok dalam artikel tu.

bukan cikai-cikai otak dorang. belajar tinggi. keje bagus.

siap lecturer lagi.

tak malu ke ngan student?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 08:41 AM | Show all posts
Syd replied at 3-2-2019 09:31 AM
Eksklusif: Pastikan anak tak lepas tanggungjawab

Oleh Osman Lisut dan Halina Mohd Noor
Banyak baca baca tentang isu ini ..
samada dari pihak anak-anak atau orang tua

Ada yang akan kata ..sejahat mana pun .. tetap mak ayah kita .. takde mak ayah .. takde lah kita.
Rasa nya ramai setuju..

tapi tak kurang juga ada yang berpendapat ..

macam mana pula ..
Jika .. anak anak membiarkan orangtua memasing kerana deraan emosi dari kecik?
- mak ayah ada "anak emas" dan all support untuk si anak emas tu dan mengabaikan anak - anak yang lain ..dan anak emas tu pula dah berhijrah jadi warganeraga lain nya?

- mak ayah ada "anak emas" dan anak emas tu pula mendadih? - tak mampu nak jaga orangtua.. jangan kata nak jaga orang tua .. nak jaga sendiri pun tak dapat.
- mak ayah tak peduli dengan pelajaran anak-anak.. pentingkan hiburan sendiri.. sampai pelajaran / pendidikan terabai .. nak tanggung mak pak tak mampu.. cukup cukup makan sendiri / untuk keluarga


Bagaimana pula..
anak tunggal .. mak ayah benci sesangat dengan menantu .. tak boleh ngam .. nak hantar ke rumah kebajikan orang tua berbayar .. tak mampu .. mak ayah pun takmo.. nak jaga kat rumah .. mau stress hari2 ada ja komplain dari dua2 pihak


FC setuju dengan komen komen .. anak anak selalu nya cerminan mak ayah ..

kalau mak ayah memang rapat dengan anak anak dari kecik.. rasa nya anak anak yang akan berebut nak jaga orang tua



Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 09:12 AM | Show all posts
weezerfan replied at 3-2-2019 12:39 PM
Aku percaya parent yg taguna akan end up dpt anak yg taguna. Konsep kifarah gitew.. Selama ni kita d ...

agreed...

lagi satu, cer tgk sejarah mak pak yang diabaikan nie...mesti dolu2 penah mendera anak2 baik physical atau mental atau seksual....

nie bukan utk mendisiplin, lebih kepada nak lepaskan napsu...

jenis yang beranak tinggal beranak tinggal pun byk....

blm lagi beri makanan yang syuhbah kepada anak2...cth menipu dalam timbangan, meminta suapan...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam agak sukar nak implement.
Mostly memang ade sebab orang tua dibuang anak sendiri.
Korang rajinlah pegi bertanye dekat umah orang tua sane.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat negara yang ada law parental act ni pun susah nak buat, ramai jer masih mak bapak terabai. Biasa orang tua tak kan nak report pasal anak dia kan.
Klu Malaysia ni lagi lah. Dah report, by the time nak tunggu enforcement, dah k.o.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2019 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan kaji wujudkan undang-undang pengabaian ibu bapa

Oleh Rohaniza Idris
[email protected]

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan akan membuat kajian mengenai pelan tindakan warga emas dalam usaha memastikan golongan berkenaan tidak diabaikan oleh anak-anak.

Timbalan Perdana Menteri, berkata kajian menyeluruh dikenali sebagai Kajian Diagnostik Model Penjagaan Warga Emas itu bagi merangka aspek penjagaan golongan berkenaan untuk jangka masa panjang.

Katanya, kajian itu bagi memastikan ibu bapa tidak diabaikan anak-anak, sekali gus memastikan golongan berkenaan dilindungi kebajikan mereka.

“Undang-undang khusus berhubung isu ini juga akan dibentuk supaya penjagaan warga tua ini dilaksanakan secara menyeluruh dan mapan,” katanya ditemui media selepas merasmikan Pusat Jagaan dan Latihan Pekerjaan Tasputra PERKIM di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengenai cadangan penggubalan undang-undang khusus bagi melindungi warga emas daripada pengabaian atau penderaan emosi dan fizikal.

Cadangan itu dikemukakan beberapa pihak berikutan pendedahan BH mengenai pengabaian ibu bapa oleh anak-anak sehingga ada yang terpaksa mengemis dan ditinggalkan keseorangan di rumah tanpa penjagaan.

Difahamkan undang-undang berkaitan tanggungjawab dalam aspek penjagaan ibu bapa sudah dilaksanakan di Bangladesh, China, India dan Singapura sejak 1990-an dan terbukti berkesan untuk melindungi hak warga emas.

Di Singapura, anak wajib menanggung ibu bapa berumur 60 tahun ke atas dengan membayar sejumlah wang setiap bulan atau secara sekali gus mengikut undang-undang dikenali Parental Maintenance Act 1995.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kajian itu penting sebelum undang-undang khusus mengenai penjagaan warga emas dapat diperkenalkan.

Katanya, kerajaan mengambil maklum bahawa aspek tekanan hidup dan masalah ekonomi juga antara sebab anak-anak mengabaikan ibu bapa.

“Justeru, tumpuan kajian bukan hanya melihat kepada aspek hukuman saja kepada anak-anak yang mengabaikan ibu bapa tetapi aspek lain.

“Hukuman saja akan menyebabkan bebanan kepada institusi penjara, jadi kita kena tangani isu ini secara menyeluruh membabitkan semua aspek berkaitan,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2019 08:45 AM | Show all posts
Segerakan undang-undang hukum anak abai ibu bapa

Arfa Yunus dan Firdaus Azil, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 20, 2019 18:54 MYT




CHEE HENG: Saya tak tahu kenapa dia tak sanggup ambil mak dia. - Astro AWANI/Shahir Omar

SEMENYIH: Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih Kuan Chee Heng menggesa kerajaan segerakan undang-undang menghukum anak-anak yang mengabaikan ibu bapa.

Chee Heng yang lebih mesra dipanggil 'Uncle Kentang' pada Rabu berkongsi kisah sewaktu beliau memandu van ambulans membawa seorang pesakit yang sedang nazak.

Menurut Chee Heng, anak kepada pesakit itu enggan bertemu dengan ibunya walaupun sudah tahu ibunya pada ketika itu dalam keadaan tenat.

“Saya minta alamat rumah anaknya tetapi dia (anak) bagi saya alamat yang bukan-bukan. Saya ke Klang dan mak dia sudah nazak dan nak mati.

“Hasrat dia bukan untuk minta duit, cuma nak berjumpa untuk kali terakhir,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Tambah Chee Heng, beliau terkejut apabila dia tiba di rumah anak pesakit itu, kerana melihat kehidupannya yang mewah.

“Saya tak tahu kenapa dia tak sanggup ambil mak dia. Dia kaya raya, dengan beg golf, kereta Mercedes, rumah besar,” katanya lagi.

Ini bukan kali pertama Kuan berdepan dengan peristiwa sebegini dan disebabkan itu beliau meletakkan harapan terhadap kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Katanya, undang-undang menghukum anak-anak yang mengabaikan ibu bapa amat penting bagi menjaga kebajikan mereka yang sudah tidak lagi terdaya menjaga diri sendiri di usia tua.

“Saya harap kerajaan akan lihat perkara ini dan buat satu undang-undang di mana kita boleh, sebagai contoh, menyita harta anak-anak atau apa-apa cara lain.

“Kerana kita sebagai anak, selepas ibu bapa dah besarkan kita, tetapi tiba-tiba bila ibu bapa (sakit), buang air kena pakai lampin kita tak mahu mereka lagi,” tambahnya lagi.

Pada 3 Feb, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ia akan berbincang dengan pihak berkepentingan untuk mengesyorkan penggubalan akta baharu lindungi institusi keluarga.

Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh, dilaporkan berkata rundingan itu akan dibuat dengan kumpulan sasar iaitu wakil warga emas, keluarga, masyarakat, ahli akademik serta kementerian dan agensi kerajaan berkaitan.

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial), P Waythamoorthy mahu cadangan mewujudkan undang-undang hukum anak yang abai dan dera ibu bapa dikaji dengan terperinci terlebih dulu sebelum dilaksanakan.

Beliau berkata ini kerana kini sudah ada undang-undang berkaitan mengikut Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu nk buat akta ni kena juga at same time buat akta yg mmbolehkn parent didakwa kerana xbrfungsi sbgai ibubapa. Baru adil.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.062334 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list