Nampak gayanya kehidupan peribadi mengenai hubungan cinta usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hajah Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida terus menjadi perhatian netizen.
Sebelum ini heboh diperkatakan mengenai hubungannya dengan Ahmad Iqbal Zulkefli yang juga merupakan pekerja Datuk Vida sendiri. Namun ramai yang terkejut apabila mendapat tahu bahawa pemuda yang berasal dari Pasir Mas Kelantan tersebut sebenarnya telah dipecat serta-merta pada 1 Jun yang lalu.
Ahmad Iqbal (Foto: Carian Google)
Terbaru, timbul pula desas-desus yang mengatakan bahawa Iqbal telah dipecat gara-gara kehadiran 'orang baru' yang seringkali muncul dalam beberapa video yang dimuat naik oleh Datuk Vida ke akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang dikenali ramai. Betul ke jejaka ini ada hubungan istimewa dengan pelantun lagu 'I am me' ini?
Putra Amaris (Foto: Carian Google)
Menurut laman Hangat.com, jejaka atau pelakon yang dikenali sebagai Putra Amaris atau nama sebenarnya Muhammad Amran Ismail ini kerap muncul di kaca televisyen untuk beberapa buah drama.
Apakah hubungan Datuk Vida dan Putra Amaris?
Putra Amaris dikatakan sudah pun berkahwin pada 5 Januari yang lalu dan kemunculannya dalam beberapa siri video Datuk Vida adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai pekerja.
"Hubungan saya dengan Datuk Vida biasa saja, seperti keluarga. Saya pun mula rapat dengan keluarganya apabila terlibat dalam pembikinan muzik video Lavida Go Bola tempoh hari," ujar aktor tersebut seperti yang dipetik dari laporan Utusan Online.
Tambahnya lagi, disebabkan dia bekerja dengan Datuk Vida, maka tidak hairanlah wajahnya kerap kali muncul dalam muzik video yang dimuat naik tersebut.
"Setakat ini saya tidak ada masalah bekerja dengan Datuk Vida dan jadual saya dalam bidang lakonan pun tak terganggu kerana semua itu boleh diatur," jelasnya sambil memberitahu yang dia tidak peduli dengan pandangan netizen yang mempersoalkan kehadirannya di sisi usahawan kosmetik sejak akhir-akhir ini.
Alahai netizen pun, mengalahkan penyiasat persendirian. Tidak semestinya rapat tu bermakna mempunyai hubungan istimewa kan? -CARI |