|
[Tempatan]
Tanah Runtuh Di Pulau Pinang : 20 orang dikatakan dikebumi hidup hidup
[Copy link]
|
|
'Tak sampai 1 minit pun...semua tertimbus'
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -punsemua-tertimbus
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2017 @ 12:26 PM
Rudy Syareme Sheriffudin
[email protected]

MOHD Bachu, 30, kata dia mahu memulakan kerja memasang besi di kawasan tapak pembinaan bersama rakan, pada kira-kira 8 pagi. FOTO Rudy Syareme Sherifuddin.
“SAYA tidak sempat buat apa-apa. Kejadian cukup pantas. Tak sampai satu minit," kata mangsa terselamat dalam tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown.
Warga Bangladesh, Mohd Bachu, 30, berkata, dia baru hendak memulakan kerja memasang besi di kawasan tapak pembinaan bersama rakan, pada kira-kira 8 pagi.

ANGGOTA penyelamat menemui mayat dalam runtuhan di tapak pembinaan Lembah Permai, Tanjung Bungah. FOTO Danial Saad
Menurutnya, ketika sedang bekerja dia diminta rakannya ntuk pergi mengambil besi di kawasan tapak pembinaan tidak jauh dari tempat runtuh itu.

FOTO Danial Saad
“Tidak sampai satu minit tiba-tiba tanah runtuh dan terus menimbus hampir 20 kawan lain termasuk saudara saya, Nur Alam, 35.
“Saya lihat semua sudah terperangkap bawah runtuhan. Tak sempat buat apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

FOTO Danial Saad
Difahamkan, antara 15 hingga 20 pekerja tertimbus dalam kejadian itu dan dua sudah diselamatkan.
Kerja mencari dan menyelamat kini dijalankan membabitkan pelbagai agensi. |
|
|
|
|
|
|
|
'Belum tau punca' kata Datuk Bandar Penang
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... datuk-bandar-penang
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2017 @ 1:04 PM
Rudy Syareme Sheriffudin
[email protected]

FOTO Danial Saad
MAJLIS Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan kerja pembinaan dihentikan serta merta untuk siasatan.
Datuk Bandar, Datuk Maimunah Mohd Shariff berkata, pihaknya mengeluarkan arahan untuk hentikan kerja pembinaan sehingga siasatan selesai dijalankan.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila dua mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan tanah runtuh antara 9.55 dan 10.43 pagi.
Katanya, kerja mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan sehingga kesemua mangsa dikeluarkan sepenuhnya.
“Punca kejadian sebenar masih belum diketahui kerana masih disiasat," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sah 14 tertimbus, 3 dah jumpa
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... rtimbus-3-dah-jumpa
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2017 @ 2:12 PM
Shamsul Munir Safini
[email protected]

FOTO Ihsan Bomba dan Penyelamat Malaysia
TIGA mangsa disahkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan sudah dikeluarkan manakala 11 lagi pekerja masih tertimbus.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Moktar berkata, kesemua 14 pekerja tertimbus dan bukannya lebih 15 seperti maklumat awal.
Katanya, sepanjang kira-kira 35 meter itu menimbus 14 pekerja yang sedang bekerja di bahagian bawah di kawasan pembinaan bangunan itu.
Menurutnya, tiga mayat mangsa yang sudah dikeluarkan termasuk dua lelaki Indonesia seorang lagi masih belum dikenalpasti.
Saadon berkata, pihaknya mengalami kesukaran ekoran keadaan tanah yang basah dan berlumpur dan sedang berusaha mengesan baki mangsa yang tertimbus.
“Difahamkan, 12 mangsa yang tertimbus berada di kawasan dekat cerun manakala mayat tiga mangsa yang dikeluarkan berada berjauhan dari cerun,” katanya.
Kejadian tanah runtuh sebenarnya di kawasan pembinaan rumah mampu milik di Tanjung Bungah, Georgetown. Projek bangunan 50 tingkat itu masih di peringkat awal pembinaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
memangla malang tak berbau.. tapi kena la buat post mortem punca berlaku supaya dapat dicegah di masa depan... dan tanggungjawab bawah pihak berkuasa berkenaan... jgn la buta hati sngt bila kena pemimpin kesayangan sendiri, keluarla alasan tempat lain pun jadi juga... kesimpulan nya takde beza sape pemimpin nye kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Cameron highlands tu aku sgah br ni ms blk dr perak masih sama je..kedai tepi jalan yg ada tiang elektrik tgh bumbung pun ada lg.yg xdenya karam singh walia..kena buang keje agaknya sbb kecoh psl ni. |
|
|
|
|
|
|
|
pulauturtle terkambus tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...sian nya yg jd mangsa...tgh kerja kot...smoga dpt lah pampasan ke apa yg patut |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada waris2 mangsa. Semoga ada pampasan untuk mereka.  |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nyaa..dala keja memg teruk..haihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian sgt derang ni. Hari tu bom kuno meletup, ni plak tanah runtuh. |
|
|
|
|
|
|
|
penduduk dah bantah dah projek ni awal-awal. tapi berjalan jugak projek ni, maka selayaknyalah. |
|
|
|
|
|
|
|
dodifarid replied at 21-10-2017 01:29 PM
Rumah mewah dan apartment di cerun bukit area batu feringgi tunggu masa je nak kena sapu tanah runtu ...
Jgnlah doa macam tuuuuuu. Kisah highland tower tu sampai ni trauma tak hilang, uols. Tapi memang scary lah tgk condo selamba buat dekat lereng2 bukit. |
|
|
|
|
|
|
|
akibat pembinaan tak terkawal..
takziah je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat yang kehilangan. Developer nohorom mohon beri pampasan! |
|
|
|
|
|
|
|
Projek bangunn 50 tngkat. Mak oii tinggnya. Ke i slh tgk |
|
|
|
|
|
|
|
klau island sesak sgt, sila migrate ke tanah besar la |
|
|
|
|
|
|
|
Kerakusan kerajaan DAPigs meluluskan projek di cerun-cerun bukit mungkin menjadi punca berlakunya tanah runtuh...ingatkan kerajaan BN je yang tak pandai memerintah  |
|
|
|
|
|
|
|
Sian. Hidup2 kena timbus dengan tanah  |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat bangunan 100 tingkat pun kt cerun bukit mmg xde masalah..teknologi pembinaan skang mmg blh buat. Cuma kontraktor kena ikut method of construction yg engineer bagi dengan strict la..x leh cut corner langsung. Klau tgk project2 construction kat china ngan jepun lagi mcm mustahil blh buat tapi dpt buat gak. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah hendaknya
mohon mangsa saman kontraktor/ketua projek juta2 terus |
|
|
|
|
|
|
| |
|