CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4102|Reply: 45

Khalid bersara jawatan KPN

[Copy link]
Post time 23-8-2017 10:54 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan persaraannya bulan depan, selepas mengetuai pasukan keselamatan itu selama 4 tahun.

“Tempoh jawatan saya tamat pada usia 60 tahun,” kata Khalid yang akan meraikan ulang tahun kelahiran ke-60 beliau pada 5 September ini, kepada FMT hari ini.

Kekosongan yang ditinggalkan Khalid akan diisi timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

“Buat masa ini, timbalan ketua polis negara akan ambil alih,” katanya.

Noor Rashid, 59, dilantik sebagai timbalan ketua polis negara pada Disember 2014.

Khalid sebelum ini mendiamkan diri apabila ditanya sama ada kontraknya akan dilanjutkan.

Anak kelahiran Seremban itu menyertai pasukan polis pada 1976 sebagai inspektor dan sepanjang menjadi ketua polis negara ke-10, beberapa perhimpunan pembangkang dan pro-kerajaan berskala besar diadakan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Khalid turut dikritik menggunakan Twitter untuk mengumumkan siasatan ke atas catatan berunsur “hasutan” di media sosial.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 11:02 AM | Show all posts
dah 60 dah ko lid
selamat berehat
terima kasih diatas segala jasa2 kepada negara
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 11:04 AM | Show all posts
selamat bersara tan sri...


dia pernah bagi talk kat tempat saya dulu
g toilet ada sorang escort
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 11:13 AM | Show all posts
Alaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 11:14 AM | Show all posts
selamat bersara tuan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 11:41 AM | Show all posts
Selamat Bersara . Jasamu dikenang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2017 11:44 AM | Show all posts
confirm tak dapat extend la ye..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 11:45 AM | Show all posts
60 tahun...rasul pun hidup 63 tahun shj...

saki baki kehidupan lebih baik tumpu kpd ibadah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok juga tak extend.   Beri peluang orang2 muda menimba pengalaman yang luas terbantang bak sawah ladang dan gunung ganang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 11:47 AM | Show all posts
x sbr nak tunggu..after bsara wajib...urusan pencen semua dah selesai....pendirian dia mcm mn pula..

adakah dia akan sekapal ngan warga pencen lain...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 11:48 AM | Show all posts
timbalan dia pun dah 59 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 11:55 AM | Show all posts
dlm masa 4 bulan lg, join pembangkang.
pastu keluar mcm2 stetmen
"sy tahu la sbb dulu sy ketua pulis"

ntah2 lebih cepat dari tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 12:16 PM | Show all posts
selamat beristirehat
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 12:48 PM | Show all posts
jgn xde kuasa nnti bru nk dedah sana dedah sini ya
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 01:31 PM | Show all posts
sumbangan terbesar:
berjaya mempromosikan twitter
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 02:06 PM | Show all posts
babai.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 02:09 PM | Show all posts
Selamat menempuh usia emas tuan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 02:29 PM | Show all posts
dia ni merendah diri betul.. duduk taman area umah aku..tiap pagi  ngan ptg polis berderet escort...

bini dia aman2 jaa joging pagi2 ssubuh sorang2... aku lak yg risau...


terpk.. KPN takde umah rasmi ka?.. awatlaa duk area umah sini...bukan elite2  pun...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 03:59 PM | Show all posts

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Sah Bersara Pada 5 September Ini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bakal pada bulan September ini.


“Ya, saya bersara wajib pada bulan September ini, saya cukup 60 (tahun),” kata Khalid.


Memetik laporan Malaysiakini, tarikh persaraan Tan Sri Khalid telah disahkan pada 5hb September yakni merupakan tarikh sambutan hari kelahirannya yang ke-60 tahun.


Khalid mula menyertai pasukan polis sebagai Inspektor di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada 5 Dis 1976 dan mula memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013.


sumber : internet



Difahamkan, jawatan beliau akan dipangku Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim buat sementara waktu.


Manakala Tan Sri Noor Rashid, 56, yang berasal dari Yan, Kedah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Malaya, memulakan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP).


Beliau mula berkhidmat sejak Januari 1984 dan antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua Siasatan Jenayah Daerah Sungai Petani, Kedah, Pegawai Turus Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan Timbalan Pengarah III, JSJN, Bukit Aman.


Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah II, (Logistik/Teknologi Maklumat), Jabatan Logistik Bukit Aman, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan Pesuruhjaya Polis Sabah.


Beliau telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara pada 1hb Januari 2015.- CARI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2017 04:08 PM | Show all posts
dh boleh remove account Twitter
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.118382 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list