Tiga hari lepas, di waktu pagi saya menerima panggilan telefon daripada ibu dan kemudian panggilan telefon daripada boss Rusa Music pula; mengenai kes ini. Sebagai seorang anak, saya tidak mampu untuk mengatakan "saya taknak masuk campur". Diturutkan juga hati yang berat ini, untuk turun ke pejabat urusan Rusa Music dan membantu apa yang saya mampu. Saya perlu bersikap neutral dan tidak berpihak pada sesiapa kerana dua2 memohon bantuan saya.
Satu fakta yang kamu semua patut tahu bahawa Julia dan Saleem sebenarnya yang membawa Syafiq dan memperkenalkan dia kepada syarikat rakaman Rusa Music/Music Valley.
Saya mohon untuk semua hentikan kata-kata yang tidak baik, kasihani dan sayangilah dia. tiada lain yang mampu untuk saya ungkapkan melainkan maafkan lah ibu saya dan doakan buat kami yang baik-baik.
Benar, dia merupakan seorang yang tidak pandai menyimpan perasaannya melainkan diluahkan sahaja apa yang dirasa.
Tapi yakinlah, kamu hanya melihat dia pada satu waktu sahaja -- dalam keadaan dia tertekan dan emosi.
Walau bagaimana serong dan tersalah tanggapan orang lain terhadap dia, tetap saya tidak malu untuk mengaku bahawa dia seorang ibu dan isteri yang baik. Sudah banyak pengorbanan dia yang saya saksikan sendiri, tanpa perlu publisiti dan simpati.
Cukuplah buat masa ini, setelah beribu-ribu kata nista dan dusta dilemparkan, yakinlah bahawa dia seorang manusia yang tidak lari dari berbuat dosa dan hanya Allah yang mampu memberi hidayah buat kita semua.
Jika kalian tidak mampu lagi untuk bersangka baik dan berkata yang baik-baik terhadap dia, alihkanlah semua itu kepada saya, kerana tidak sanggup lagi untuk saya melihat dia "diluka" dan "terluka".
Percayalah bahawa dia diuji dalam keadaan yang sebegini, cuma caranya sedikit berlainan. Kasihanilah dia, sayangilah dia.
Kita semua manusia biasa yang ada saat melalui naik turunnya iman. Tidak adil jika kita menutup sepuluh kebaikan, apabila ternampak hanya satu keburukan.
Di mata saya, NurSyafiq Farhain seorang anak dan adik yang baik. Begitu juga, Juriah Bachok merupakan seorang ibu dan isteri yang baik.
Cuma, cacat cela dan kekurangan mereka, biarlah ia menjadi urusan antara mereka dan Allah. Doakan baik-baik -- jangan putus pengharapan dari rahmat Allah Subhanahuwa Ta'ala.