CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8863|Reply: 40

Jangan Buang Hampas Teh Kalau Nak Wajah 'Flawless'

[Copy link]
Post time 1-8-2017 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin ramai tahu manfaat hampas teh yang bagus untuk merawat kulit. Namun, ramai tak yang mempraktikkan penggunaan hampas teh dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit?








Mungkin jika anda tahu apa dia manfaat sebenar hampas teh seperti dilaporkan portal Vemale, anda tidak akan membuangnya begitu sahaja tanpa memanfaatkan khasiatnya terlebih dahulu.


Teruskan pembacaan jika mahu tahu lebih lanjut!




1. Awet Muda


Foto: Women Health Blog




Setiap wanita pasti berasa takut wajah kelihatan tua sebelum usia. Bertenang! Hampas teh mampu membuat kulit anda lebih tegang.


Caranya mudah sahaja, hanya perlu sapukan hampas teh yang masih lembab ke serata wajah dan biarkan ia kering. Kemudian, bersihkan dengan air suam.


Kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh membantu menegangkan kulit serta melawan tanda penuaan kulit seperti garis-garis halus dan kedutan.




2. Menghilangkan Mata Panda!

Foto: wikiHow





Lelah bekerja seharian di pejabat boleh menyebabkan timbulnya kantung mata seperti mata panda! Selain krim mata, kandungan antioksidan dalam teh dapat megurangkan pembekakan di sekitar kawasan mata.


Celupkan kantung teh ke dalam air sejuk dan tekap pada mata, biarkan beberapa minit, lalu dibilas dengan air bersih.




3. Jerawat Muncul? No Hal Lah!


Foto: AOL.com





Daripada membazir hampas teh begitu sahaja, apa kata anda campurkannya dengan sedikit air dan oleskan pada kawasan berjerawat. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam sehingga bersih.


Lakukan setiap hari supaya jerawat mengecut lebih pantas. Kandungan katekin dalam teh dapat melawan bakteria penyebab jerawat.




4. Mengawal Kulit Berminyak


Foto: makeupandbeauty.com





Selain mengurangkan jerawat, hampas teh bermanfaat mengatur keseimbangan kadar gula yang mempengaruhi penghasilan kelenjar sebum, sekali gus menyebabkan minyak berlebihan.


Caranya sama seperti kaedah merawat masalah jerawat, tetapi disapukan ke seluruh wajah.




5. Boleh Dijadikan Skrub Muka!


Foto: Internet




Tektur hampas teh yang kasar boleh dimanfaatkan untuk megelupas sel mati selain menghapuskan kotoran dan debu pada wajah. Malah, ia sangat bagus dalam menghaluskan kulit wajah serta mencerahkan.


Caranya sama macam skrub muka dan urut sekitar 5-10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Tapi ingat! Jangan terlalu rajin sampai buat lebih dari dua kali seminggu ya. Ini bagi mengelakkan lapisan kulit menipis.




Bagi mengelak masalah kulit, elakkan daripada menggunakan hampas teh yang sebelumnya bercampur dengan bahan lain seperti gula, susu dan lain-lain.


Mudah saja, bukan? Murah pula tu. Semoga berjaya! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2017 01:49 PM | Show all posts
boleh la guna teh expired dalam lemari tu..
mujur lom buang
klu teh ada perasa tu boleh guna tak?
mint tea, english tea etc etc?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari2 buat teh tarik buang jr hampas tu..pasni aku tonyoh kat muka pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 02:23 PM | Show all posts
kalau pakai kat opis mau kena hencap dgn opismet ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca KT internet hampas teh pun bagus utk tsnaman....aku bubuh hampas teh kat pokok kesum aku....terus meninggal....

Hampas the hijau lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 03:06 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 1-8-2017 02:44 PM
Aku baca KT internet hampas teh pun bagus utk tsnaman....aku bubuh hampas teh kat pokok kesum aku... ...

kalau nak taruk baja hampas kopi atau teh, orang kata letak keliling pokok tu..
bukan atas dia/batang dia kaka..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2017 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 1-8-2017 03:06 PM
kalau nak taruk baja hampas kopi atau teh, orang kata letak keliling pokok tu..
bukan atas dia/ba ...

Akk letak sekeliling le babe....ppkok kesum akk dlm pasu blm di pindah ke tanah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 03:19 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 1-8-2017 03:16 PM
Akk letak sekeliling le babe....ppkok kesum akk dlm pasu blm di pindah ke tanah

ada jenis tak boleh kot dengan baja kopi/teh..mujur sy tak pernah tabur..
tapi tak tabur pun mati gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2017 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
housemate iols suka simpan hampas teh dlm fridge.masalahnya byk pastu 1 teabag 1 bekas.semak peti ais. {:yameteh
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 03:50 PM | Show all posts
dh penah buat tp M>A>L>A>S so x dpt tgk hasil mcmne.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 04:14 PM | Show all posts
di jamin menjadi ek.. nk try lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by armin at 3-8-2017 11:14 PM

Dulu rajin buat lama2 lupa. Buat dlm seminggu tu dua tiga kali utk buang sel kulit mati, campur dgn plain yogurt utk lembabkan kulit. Memang kulit jd cerah sikit sbb habis tanggal sel2 kulit mati. Sebelum letak mask tu, wap dlu muka dgn air panas. Dah terbukak liang2 roma tu, baru letak mask yogurt+hampas teh. Dah kering dalam 10 minit, scrub muka tu dengan hampas teh yg korang buat jadi mask tu. jadilah cantik. kalau rajin amalkan memang kulit muka glowing dan apa2 produk yg korang letak kat muka jadi lebih berkesan sbb dah tanggal sel kulit mati tu. meols selang seli dgn mask honey dalam seminggu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 05:06 PM | Show all posts
armin replied at 1-8-2017 04:16 PM
Dulu rajin buat lama2 lupa. Buat dlm seminggu tu dua tiga kali utk buang sel mati kulit, campur dgn  ...

menarik...first time dengar hampas teh n yogurt.
kalau guna yogurt berperisa takpe ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 05:18 PM | Show all posts
Dulu rajin wat guna hampas teh hijau

La ni kemalasan melanda, hampas tu buang gitu jer
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tried.. Muka rasa halus ja.. Tp malas la nk buat sllu {:run
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak cuba la lps ni..selalunya buang je hampas teh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2017 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Info bagus ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 12:12 AM | Show all posts
mujur carly dah cantik jelita, x payah la guna hampas2 ni dah... tonyoh dgn berus sabut aje... mulus je rasa kulit....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 09:29 AM | Show all posts
kena rajin je
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 09:29 AM | Show all posts
kena rajin je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.072703 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list