CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hearty_Winter

BALAI POLIS LAMA JALAN GOMBAK

[Copy link]
Post time 17-5-2017 11:00 AM | Show all posts
aku pernah suruh adik aku cari balai polis gombak tu.. dia cakap x pernah jumpa kt mana balai tu.. pastu kt mana mimaland pon dia ckp xtau mana pintu masuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 11:36 AM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 16-5-2017 11:55 AM
sejak bila gombak ada hutan siap ada rimau segala? ke memang ada tapi i je yang tak tau?

dekat hutan simpan batu 12 (ada lagi ke penempatan org asli tu?) kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2017 11:41 AM | Show all posts
stryder_cats replied at 17-5-2017 11:00 AM
aku pernah suruh adik aku cari balai polis gombak tu.. dia cakap x pernah jumpa kt mana balai tu.. p ...

husshh.. biar betul???
baca dlm blog rata2 diorg cakap ada dkt pedalaman...bedekatan dgn penempatan org asli bagai. tak kan la plk takde. Scary pulak ehhh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 11:46 AM | Show all posts
Ipo replied at 17-5-2017 12:21 AM
Rasanya ada terbaca cerita pasal ni di thread surfinv.

kalau x silap I ada dalam blog mazidul yg paranormal 666 tu..rasanya la..dah lama x jenguk blog dia sejak dia sakit
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 12:00 PM | Show all posts
Hearty_Winter replied at 17-5-2017 11:41 AM
husshh.. biar betul???
baca dlm blog rata2 diorg cakap ada dkt pedalaman...bed ...

mungkin ada tp lokasi xtau.. pernah gak sekali gi bentong ikut jalan lama.. aku tanya kt mana dia kata orang pon xnak ckp kt mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2017 04:25 PM | Show all posts
tempat tu mcm dirahsiakn kan dr pengetahuan umum. aku rasa mmg betul la tmpt tu scary.. korang rasa??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2017 10:15 PM | Show all posts
Hearty_Winter replied at 17-5-2017 03:25 PM
tempat tu mcm dirahsiakn kan dr pengetahuan umum. aku rasa mmg betul la tmpt tu scary.. korang rasa? ...

Mmg scary lh tgk gambar gambar balai tu pon...
Lokasi dia macam tersorok gitu...
TT nk pergi tengok balai ni ke ??.
Tanya pernah nampak board balai ni ke x ??.
Cari signboard dia ehh ??.
Maksud cari alamat/lokasi gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 10:47 PM | Show all posts
Aku ni sangatlah tension untuk semester ni,so aku tak ada tempat nak release tension,jadi semalam,leader team wujud message aku yang team dia nak pergi balai polis gombak lama.Aku pon rasa macam dah lama tak buat benda camni,jadi aku pon nak jugak follow dieorang sebab aku pernah jugak cari balai polis gombak lama ni,tapi tak jumpa.Walaupun aku duduk dekat gombak,aku dah cari balai polis lama ni,tapi tak jumpa,rupanya setiap kali aku lalu situ,setiap kali aku terlepas pandang balai polis gombak lama ni sebab aku terpedaya dengan signboard ni

Semalam,aku dan housemate aku,Fiza,bertolak dari shah alam pada jam 11 malam dan yang menyakitkan hati aku adalah dah malam-malam pon jammed gila dekat highway.Yang aku nak sakit hati ialah kereta aku manual.so bila dah jammed kaki aku akan kejang,Memang nikmat rasa itu.Aku sampai di wangsa maju jam 12.20 tengah malam,Kiteorang jumpa team wujud disana.Sebelum bertolak,Leader team wujud iaitu Seth,suruh kiteorang pakai kasut sebab dia cakap tempat tu hutan and takut ada pacat.Lebih kurang jam 1 pagi,Kiteorang gerak ke balai polis lama gombak,dalam kereta Seth banyak cerita tentang pengalaman dia sepanjang jadi paranormal team.Balai polis gombak lama gombak terletak di jalan lama nak ke bentong.Tau dak?Ala jalan yang akan bertembung dengan genting sempah tu?Jalan yang nak ke mimaland?taktau jugak?carilah sendiri kalau ada masa.*hehe

Dalam jam 1.30 pagi kiteorang sampai dekat balai polis gombak lama,tiba-tiba dekat ada sami india datang dengan kawan dia.dan dia cerita pasal kawasan ni,dia cakap baru-baru ni,ada orang korea hilang dekat kawasan ni,tak jumpa lagi,kereta orang korea tu ada kat apartment,tapi orangnya tak ada.Lagi satu dia cakap dulu ada orang junggle tracking dekat hutan kawasan ni and tak jumpa jalan balik.Wallahualam.Lagi satu cerita,team wujud cakap,dulu berdekatan dengan kuil india,ada orang indonesia mati dibunuh and pada waktu malam salah sorang team wujud pernah nampak seorang perempuan duduk ditengah jalan,dipercayai orang indonesia yang mati tu,Sami tu pon cakap yang dia pernah nampak hantu dekat kuil dia sendiri.

Selepas dengar cerita sami tu,kiteorang baca ayat kursi,ayat 3 qul dan surah al fatihah,barulah kiteorang masuk,Seth cakap dekat situ banyak pontianak.Balai polis gombak lama ni dibina  bagi mengawal kawasan di zaman komunis,Lama jugak kan balai polis ni?Jom tengok gambar yang telah aku snap.Seth and the geng ada nampak benda dekat kawasan hutan.Kiteorang terus snap gambar macam biasa.Lepastu  pada jam 2.30pagi, team wujud tinggalkan akuFiza dan Rara dalam balai polis gombak lama selama setengah jam bertemankan lilin,walkie talkie,pengesan haba dan satu torchlight.

dan dan je kau nak gtau yang kau nak melepak dekat tingkap kan

Ehem memang seram tempat ni,selama setengah jam kiteorang decide untuk 

jalan sekitar balai polis ni,ada rak kasut lama,ada tangga buluh,tulisan dan contengan jangan cakapla kan.Memang banyak,lepastu kiteorang pergi ke kawasan belakang balai polis untuk tangkap gambar kawasan hutan bersebelahan balai polis,tiba-tiba aku rasa dekat ada benda perhatikan kiteorang dekat belakang aku,benda tu disebalik dinding.entahlah mungkin perasaan aku je kot.

Kiteorang masuk balik dalam bilik yang ditinggalkan tadi,kiteorang dengar ada satu bunyi,yang mengekek-ngekek.Aku cakap mungkin binatang?Fiza yang tak puas hati terus buat bunyi sebanyak 2 kali dan sekali tu sebijik benda tu balas balik bunyi yang fiza buat,bukan gema,tapi jelas kami dengar yang benda tu mengajuk bunyi yang dibuat fiza,bunyi ketawa,Kalau haiwan,kenapa kawasan hutan tu tak bergerak?Statik je,pokok tak bergoyang langsung,sebab dari situ kiteorang dengar bunyi tu.Bila team wujud turun untuk tengok kiteorang dan Fiza lagi sekali buat bunyi yang sama,tak ada lagi balasan dari benda tu.Kiteorang pon tak berani nak lebih-lebih sebab tempat benda tu kan.

kiteorang round lagi kawasan balai polis gombak,tengok tempat latihan polis zaman dulu,ala aku dapat snap sikit je,mungkin yang lain dah musnah kot,oh tak silap aku ramai yang mati di kawasan balai polis ni,Lepas dah puas hati,kiteorang naik dekat atas dan dieorang nak pergi kawasan kuil pulak.Masa kiteorang tengah lepak kawasan kuil,boleh pulak seth and kawan dia,nampak benda tu atas pokok dan kejar benda tu.Hadoi,aku yang tengok aku yang gelabah sambil tu aku ikut sekali sebab aku nak tengok amende,tapi tak dapat sebab benda tu hilang serta merta,team wujud ni memang suka bab kejar-kejar hantu ni.


Aku nak pendekkan cerita boleh?Kiteorang lepak dekat satu tempat ni dan kiteorang jumpa satu kereta dalam gaung.Ala penatlah nak habiskan cerita ni.Ending  cerita ni macam filem hindustan,last-last inspektor sahab a.k.a polis dan bomba datang untuk menyelamatkan keadaan.


Copy paste dari blog dya...
Ambik part part yg berkenaan je sbb byk jgk part yg blogger mengomel.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 10:58 PM | Show all posts
Ada byk pic kt entry dya tu tp aku xreti nk tepek.

Mmg usang habis lh balai tu..
Tgk pun mcm dekat ngan hutan lepas tu jalan pun kecik je..
Kiri kanan belukar...
Dari zaman komunis katanya mana xnaik hutannye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2017 10:57 AM | Show all posts
Felycya replied at 19-5-2017 10:58 PM
Ada byk pic kt entry dya tu tp aku xreti nk tepek.

Mmg usang habis lh balai tu..

betul ya wujud? so, citer scary tu pun mmg wujud ke beb???
hmm..still tanda soal kan... sebab ada yg cakap citer misteri tu mmg wujud cuma tak tau citer sebenar..masih tegantung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2017 11:00 AM | Show all posts
Felycya replied at 19-5-2017 10:15 PM
Mmg scary lh tgk gambar gambar balai tu pon...
Lokasi dia macam tersorok gitu...
TT nk pergi ten ...

uishh...tak lah. nak buat apa. cuma nak tau kebenarannya je. sebab ramai sangat blogger2 & kwn2 cakap ramai yg masuk situ tak keluar. means still misteri tmpt tu..berhan**...

so, tanya sebab nk tau kebenaran je. klau betul, share la citer sebenarnya.. nak juga tau. huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hearty_Winter replied at 22-5-2017 09:57 AM
betul ya wujud? so, citer scary tu pun mmg wujud ke beb???
hmm..still tanda soal kan... sebab ada ...

Misteri aka berhantu tu maybe sbb tempat (balai) tu dh lama terbiar kot...
Since zaman komunis kn balai tu..
Lepas tu khabarnye ramai yg terkorban kt situ...
Hantu jin syaiton ni mmg wujud berada disekitar kita ni..
Dorang ni pon mmg suke nau jadikan umah umah bangunan bangunan terbiar ni jadi port lepak dorg.  
Free of charge...
Xyah dorg nk bayar sewa maupun kuar modal menukang umah.  

Kikiikiiikiiikiikkk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hearty_Winter replied at 22-5-2017 10:00 AM
uishh...tak lah. nak buat apa. cuma nak tau kebenarannya je. sebab ramai sangat blogger2 & kwn2 ca ...

Ohhh...
Tapi xsemua yg pegi situ hilang ataupun xjumpe jalan keluar...
Bukan kt balai gombak ni je kalo pi xjumpa jalan keluar...
Kt gunung gunung pon sama...
Tp xsemua lh sesetengah kes je..
Mcm gunung panti salah satunya..
Misteri gunung tu...
Keras @ Angker....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2017 11:43 AM | Show all posts
Felycya replied at 22-5-2017 04:43 PM
Ohhh...
Tapi xsemua yg pegi situ hilang ataupun xjumpe jalan keluar...
Bukan kt balai gombak ni  ...

oh..

thanks thanks coz sharing..

so, ada lagi tak sesiapa nk share tntg citer misteri ni?

sila sila....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak mat pit dadah sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2017 09:46 AM | Show all posts
kucim replied at 25-5-2017 05:06 PM
Banyak mat pit dadah sini

berani diorg kan...hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2017 12:57 PM | Show all posts
ala, x de ke gambar nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2017 04:34 PM | Show all posts

Gambar apa watachiwa?

apa maksud watachiwa tu? wa tak kecewa ke?

gurau ya...hiburan di ptg hari sementara tunggu time balik buka pose... yeehhhuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 03:41 PM | Show all posts
Hearty_Winter replied at 5-6-2017 04:34 PM
Gambar apa watachiwa?

apa maksud watachiwa tu? wa tak kecewa ke?

watachiwa = saya

lebih kurang la..
hashtaq #wajarangkecewa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2017 10:08 AM | Show all posts
watachiwa replied at 6-6-2017 03:41 PM
watachiwa = saya

lebih kurang la..

hahahaha

aku pulak #watarakpecaya   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.322503 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list