CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: duri_durians

Ekonomi rumah tangga

[Copy link]
Post time 16-3-2017 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko duduk area mana? Kalau klang valley suruh ayah bawak uber/grab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2017 01:34 PM | Show all posts
zeed replied at 16-3-2017 01:28 PM
Ko duduk area mana? Kalau klang valley suruh ayah bawak uber/grab

bapa aku bukan di klang valley. dulu dia kerja sini tapi dah balik kampung.

kalau ada pun di sini aku yakin dia takkan buat kerja tu. dia kata dia sakit belakang tak suka drive apa semua.

entah la perangai bapa aku ni. balik kampung sebelah mak aku pun liat.

aku macam nak burukkan bapa aku pula kan? tapi tu lah yg aku nampak dari kecil sampai tua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 04:53 PM | Show all posts
sabarlah tt. trylah hint2 bapak ko.

inilah yang aku takut dgn kwsp ni. duit sekejapan je boleh habis. macamanalah aku suatu hari nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 05:17 PM | Show all posts
onexox97 replied at 15-3-2017 05:59 PM
mak tt keje apa, kalau dia nak bantu org bgth dia jgnla pencen lagi
pencen la genap 60 tahun
keje  ...

kerja pendidik..

aku tak pasti dia nak bersara cepat sebab penat atau sebab nak guna duit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 05:17 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-3-2017 03:48 PM
kalau dorang nak putus sedara sebab awak tegur pasal pinjam duit menyusahkan orang lain, awak rasa ...

ok aku faham. thanks babe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 05:18 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 15-3-2017 03:43 PM
Pelbagai hutang itu hutang apa? Rumah? Kereta?
Itulah pentingnya perancangan kewangan masa muda.
...

hutang rumah dan kereta, personal loan dan macam2 lagi.

masa adik beradik aku nak kahwin dulu ada buat loan untuk renovate rumah.

aku pernah tulis thread kt sini dulu.

entah lahh rasa nak nangis pula aku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-3-2017 05:20 PM | Show all posts
aciklola replied at 16-3-2017 04:53 PM
sabarlah tt. trylah hint2 bapak ko.

inilah yang aku takut dgn kwsp ni. duit sekejapan je boleh h ...

bapa aku jenis tak boleh ditegur. dia rasa apa dia buat tu betul dan bagus. dan tak pikir panjang sangat benda2 di masa hadapan.

adakala aku rasa perangai aku pn lebih kurang macam dia.

dan aku takut sangat hidup aku jadi macam dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 05:34 PM | Show all posts
duri_durians replied at 16-3-2017 05:17 PM
kerja pendidik..

aku tak pasti dia nak bersara cepat sebab penat atau sebab nak guna duit.

mak sy cikgu sekolah rendah, pencen umur 56 sebab stres keje nak layan budak2 bising, darah dia naik
tapi lepas pencen dia buat aktivitimenjana duit walapun tanggungan dia hanya seorang sahaja lagi anak yang masih belajar, tupun dapat JPA, so pencen dia solid masuk bank, langsung tak terusik dan dia enjoy

cuma utk mak tt ni kalau nak pencen risau dia lagi stres bila dh biasa dapat duit banyak tetiba duit sikit
tanggungan banyak lagi
suami aka bapa tt tak berperanan
so takut apa yg didambakan tidak kesampaian
tapi siapalah kita utk menidakkan hasrat mak ayah kan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 05:47 PM | Show all posts
Edited by Genkidesuka at 16-3-2017 05:49 PM

Assalammu'alaikum TT,

Kalau perkara melibatkan mak ayah ni, umpama menarik rambut dlm tepung.  TT cubalah bantu mana yg boleh.  Kumpul semua dan bincanglah elok2 dgn lapang dada.  Elakkan pergaduhan dan perpecahan.  Alangkah indahnya kalau semua ahli keluarga bermuafakat.  Ajaklah ahli keluarga bersedekah.  Sedekah ada mcm2 cara, bukan dgn duit saja.  

Jenis-Jenis Sedekah berdasarkan hadis:

    Sedekah harta.
    Senyum, berwajah ceria atau menyenangkan.
    Mendamaikan orang yang bertikai/bermusuhan.
    Membantu orang dengan tenaga.
    Berkata baik.
    Melangkah untuk mengerjakan solat.
    Membuang sesuatu berbahaya/rintangan di jalan.
    Tasbih --mengucapkan Subhanallah (Mahasuci Allah)
    Tahmid --mengucapkan Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah)
    Tahlil --mengucapkan Laa ilaaha illallah (Tiada Tuhan selain Allah)
    Istighfar --mengucapkan Astaghfirullaahal 'azhim (Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung).
    Menyuruh/mengajak kepada kebaikan
    Melarang/mencegah kemungkaran/kemaksiatan.
    Hubungan intim suami-isteri yang sah.
    Menolong orang yang memerlukan.
    Menolong orang yang teranaiaya/dizalimi
    Menahan diri dari perbuatan buruk/dosa/maksiat.
    Nafkahkan harta terhadap diri, keluarga, anak, dan pembantu.

Semoga Allah permudahkan urusan TT dan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 05:47 AM | Show all posts
Genkidesuka replied at 16-3-2017 05:47 PM
Assalammu'alaikum TT,

Kalau perkara melibatkan mak ayah ni, umpama menarik rambut dlm tepung.  TT ...

Kalau perkara melibatkan Mak Ayah, umpama menarik rambut dalam tepong Nee, manak rasa mungkin hanya terpakai untuk jenis Mak mak macam ummi jerk kot???? Anak buat silap sikit..ummi ambik hati...terus sumpah Anak jadik kapal titanic...cam giteeeewww kah  ummi????




Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 09:11 AM | Show all posts
maaanaakautau replied at 17-3-2017 05:47 AM
Kalau perkara melibatkan Mak Ayah, umpama menarik rambut dalam tepong Nee, manak rasa mungkin hany ...

Assalammu'alaikum Manak,

Tk baik sumpah anak.  Rugi mak yg mcm tu, Manak.  

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 10:14 AM | Show all posts
Genkidesuka replied at 17-3-2017 09:11 AM
Assalammu'alaikum Manak,

Tk baik sumpah anak.  Rugi mak yg mcm tu, Manak.

salam ummi,
Kalau dah  semua orang tahu , termasuk ummi, Tak baik sumpah anak  , masakan ada perutukan perumpamaan Yang menyebut , kalau mencarik bulu dari dalam tepong tuh ummi???





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2017 10:20 AM | Show all posts
Genkidesuka replied at 16-3-2017 05:47 PM
Assalammu'alaikum TT,

Kalau perkara melibatkan mak ayah ni, umpama menarik rambut dlm tepung.  TT ...

terima kasih., baik nasihat kau.. bila diri tak berapa baik, rasa susah sangat sebab rasa terbeban.. kena muhasabah diri jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2017 10:22 AM | Show all posts
onexox97 replied at 16-3-2017 05:34 PM
mak sy cikgu sekolah rendah, pencen umur 56 sebab stres keje nak layan budak2 bising, darah dia na ...

faham tu kalau dah tak larat layan budak2 sekolah.
bukan nak kata bapa tak berperanan. dia ada buat bisnes sendiri tapi bergantung pada keadaan alam, kalau byk hasil alhamdulillah.

terima kasih anyway.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 10:49 AM | Show all posts
maaanaakautau replied at 17-3-2017 10:14 AM
salam ummi,
Kalau dah  semua orang tahu , termasuk ummi, Tak baik sumpah anak  , masakan ada peru ...

Assalammu'alaikum Manak,

Peribahasa tu maknanya hati2 bila deal dgn org lain especially mak ayah.  Hati2 tu maknanya ckp elok2, jgn bagi org sentap.  Jaga hati org dgn maki org tak sama, Manak.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 11:02 AM | Show all posts
Genkidesuka replied at 17-3-2017 10:49 AM
Assalammu'alaikum Manak,

Peribahasa tu maknanya hati2 bila deal dgn org lain especially mak aya ...

Salam ummi,

Ummi jenis hati tisu kotak  kleenex Kah??? Kalau tidak, then Tak terpakai peribahasa ini utk ummi Kan????


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2017 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 17-3-2017 10:22 AM
faham tu kalau dah tak larat layan budak2 sekolah.
bukan nak kata bapa tak berperanan. dia ada bu ...

faham lah ayah tt ni mcm kebanyakan suami yg ada sekarang, ddia xmampu berfikir mcm org puan berfikir, kalau xcukup kena la usaha tambah, bukan dibebankan pada isteri , tapi tulah bersyukur itu lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 11:59 AM | Show all posts
maaanaakautau replied at 17-3-2017 11:02 AM
Salam ummi,

Ummi jenis hati tisu kotak  kleenex Kah??? Kalau tidak, then Tak terpakai peribaha ...

Assalammu'alaikum Manak,

Di situlah dtg konsep redha dan memaafkan.  Mak2 yg bijak, dia takkan berdendam, bersedih.  Anak2 buat hal, lepas tegur elok2, dia tmbhkan lagi doa utk anak2 dia.  Tak keluar pun kata2 kasar utk anak2 dia.  Kita kena jd gitu la, Manak.  Aku ni pun tgh berusaha utk jd gitu.  Semoga Allah ambil kira usaha aku ni, Manak.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 12:03 PM | Show all posts
Genkidesuka replied at 17-3-2017 11:59 AM
Assalammu'alaikum Manak,

Di situlah dtg konsep redha dan memaafkan.  Mak2 yg bijak, dia takkan  ...

Salam,
Would you say the key word we can derived dari post hang Nee  is EDUCATION????

Bukan sahaja Anak Anak harus dididik utk berlaku baik pada orang tua ??? Tapi juga orang tua macam hang????

Supaya berLapang dada dgn Anak Anak???





Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 01:17 PM | Show all posts
maaanaakautau replied at 17-3-2017 12:03 PM
Salam,
Would you say the key word we can derived dari post hang Nee  is EDUCATION????

Assalammu'alaikum Manak,

Haaa gitu la maksud aku.  Terima kasih summarize-kan straight to the point.  Minta maaf byklah.  Aku ni dari dulu sampai sekarang tak reti nak karang2, express opinion aku.  Ckp pun suara mcm keluar tak keluar.  Tu la antara flaws aku.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.184544 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list