Post time 24-12-2016 10:16 AMFrom the mobile phone|Show all posts
adakah bas tu badi sumpahan org ramai sbb bw mcm haram?
sapa2 penguna highway mest pnh merasai kenderaan brt yg tiba2 tkr ke lorong kanan kat dpn kita. Padahal ms tu kita tgh bw laju. Dgn pantas kita buat brek emergency sbb nk elak merempuh beliau. Dlm hati menyumph2 celaka punya lori/bas.
Post time 24-12-2016 10:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Drivernya pun maut jugak kan..+ ada kanak2 jugak..takziah pd kluarga yg trlibat..Atas jalanraya ni kena tawakal ajelah..doa yg baik2..kdg yg jln kaki pun boleh accident @ maut sbb kenderaan lain pnya cuai..
nilah jadi nye bila ramai bekas mat rempit atau indon jadi driver
toksa ckp bas dan lori .... ambulance spital kerajaan, driver nampak pakai baju putih bagaikan nurse-jantan, padahal juga bekas mat rempit, tempo ari sedara masuk spital iols nampak dgn terang2 perangai driver
negara makin x selamat bila byk bidang amik stok camni keje apa boleh buat yer
MUAR: Seorang lagi mangsa nahas bas ekspres yang terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi ini, meninggal dunia.
Maklumat terbaru daripada pihak Bomba dan Penyelamat itu menjadikan keseluruhan mangsa korban adalah sejumlah 14 orang.
Terdahulu, dilaporkan 13 maut manakala 17 lagi cedera dalam kemalangan tersebut.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ia melibatkan tujuh wanita, lima lelaki termasuk pemandu bas serta seorang kanak-kanak perempuan.
Beliau berkata, bas yang membawa 30 penumpang dari Johor Bahru ke utara tanah air itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam cerun sedalam 20 kaki.
Katanya, kesemua mangsa yang maut dan cedera telah dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kira-kira 7.40 pagi tadi.
Azman berkata, sehingga kini pihaknya masih belum dapat menghubungi pihak pengurusan syarikat dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 45 minit kemudian.
"Seramai 27 anggota bomba dari tiga balai iaitu Muar, Yong Peng dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian," kata Mohd Yusof ketika dihubungi di sini.
Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada 7.10 pagi.