- ia bukan soal politik pun, tapi salah satu kaedah memperkasakan syiar syariah Islam.
- Hukuman yg diberikan terlalu bawah taraf sehingga org yg melakukan kesalahan tu ngaku , je , sedangkan hukum Islam lebih kepada mendidik bkan menghukum, so nak mendidik ni kena bagi satu bentuk penegasan pembentukan akhlak tu.
i am told that dalam menilai keilmuan sesuatu tokoh tu - kita kena tengok pentauliahan seseorang guru tu. you tengok extensive learning experience he has. belajar secara berguru tu ...itu yg i tengok tokoh tokoh tu .....ini penting tau dalam proses learning , grooming tu i think ( i think jelah )
Kehidupan beliau semasa menyambung pengajian di Madinah dan Syria dimanfaatkan secara keseluruhannya untuk mempelajari ilmu-ilmu secara formal mahupun tidak formal. Selain kelas-kelas formal di Universiti, beliau juga giat mengikuti pengajian para ulama' tersohor di sana secara sistem talaqqi. Antara gurunya adalah:
Syeikh Muhammad Ali al-Thani (Imam Masjid Nabawi)
Syeikh Abd al-Muhsin bin Hamad al-Abbad
Syeikh Rusdi Bin Salim Qalam (Imam Masjid Abdullah Bin Rawahah, Damsyik, Syria)
Syeikh Dr. Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Al-Shanqiti, (Mantan Pensyarah Universiti Islam Madinah dan Lajnah Kibar Ulama’ Saudi)
Syeikh Sadiq Habannakah
Syeikh Al-Muhaddith Abdul Qadir Al-Arnaut
Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abd Latif Soleh Al-Farfour (Ahli Majlis Mujamma’ Al-Fiqh, Rabitah Al-`Alami Al-Islami)
Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin
Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Bouti
Syeikh Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhayli
Bersama dengan mereka, beliau sempat mempelajari pelbagai jenis kitab daripada pelbagai lapangan ilmu antaranya:
Akidah, Fiqh, Usul al-Fiqh, Ulum al-Hadith dan Tasawwuf. Antara kitab yang sempat beliau pelajari bersama guru-gurunya adalah:
dan thesis PhD beliau pun on institusi mufti - so i yakin insya Allah he is THE man for the job lah kira yg tahu apa yg beliau sampaikan dalam kematangan memberi dan menyampaikan ilmu - dalam konteks , cakupan konteks ...
ni:
Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989 - 1993). Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994 - 1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002 - 2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa : Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan [4].
Post time 20-2-2017 02:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
mbhcsf replied at 20-2-2017 01:35 AM
i am told that dalam menilai keilmuan sesuatu tokoh tu - kita kena tengok pentauliahan seseorang g ...
no doubt.. on his.
i think, pemerkasaan boleh jadi lebih effective, menyeluruh bukan hanya kpd rakyat marhaen.
contoh: alternative, memperluas retail convenience store patuh syariah sedia ada bg menggantikan pekerjaan mereka yg terlibat dgn perkara yg diharamkan.
mungkin merangkumi penjual, pengedar, pembina, peminum, penghisap, tukang print, tukang design, tukang sain, tukang lulus, etc..
PADANG MERBOK, 18 Feb – Alhamdulillah, bersyukur kerana dapat berkumpul pada hari ni dengan kehadiran lebih dari 300 ribu peserta sebagai isyarat kepada ahli Parlimen agar bersetuju untuk meminda akta RUU355 ini, ucap Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia dalam pidato malam tadi berkata, mereka yang enggan menerima akta ini adalah mereka yang dimomokan, silap faham berkenaan beza hukuman ke atas muslim dan non muslim, ujar Dato’ Zainul Rijal.
Tambah beliau lagi, menurut jadual 9, Enakmen Mahkamah Syariah, Akta 355 disebut secara jelas bahawa undang-undang ini hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.
Malah kata beliau, empat pertubuhan yang terlibat secara langsung dalam Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah turut menyokong untuk memartabatkan undang-undang Syariah ini.
Empat pertubuhan yang terlibat ialah Persatuan Peguam Syariah Malaysia, Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Persatuan Pegawai Agama Malaysia.
“Keempat-empat pertubuhan ini turut menyokong. Jadi, kenapa masih ada lagi yang ragu? soal tegas Zainul Rijal ketika berucap.
Meskipun hujan lebat ketika ini, peserta Himpunan Akta 355 dilihat tidak berganjak dari tempat mereka dan setia menunggu ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga habis acara himpunan.
Foto oleh : Krew Lensa Haraki @ Team Fotografi JITP ©
Norhayati Kaprawi
18 February at 09:00 ·
Kalau nak pinda Rang Undang-undang Jenayah Islam sangat pun, pindalah supaya ada Akta dalam RUU itu untuk Hukum PENGUASA AGAMA SENDIRI - iaini Penguasa-penguasa dan pegawai2 Agama yang tidak amanah dan tidak jujur, yang menyalahgunakan kuasa, yang membazirkan duit zakat, yang menular waktu kerja, yang SONGLAP DUIT ANAK YATIM dsb.
Begitu juga, kalau nak pinda RUU - tuliskan kat situ satu Akta untuk mengenakan hukuman QAZAF, iaini 80 kali sebatan pada kesemua pegawai2 agama yang menuduh sesiapa berzina tapi gagal membuktikannya.
Kalau PAS semua ni betul2 nak ikut ajaran Islam, seharusnya malah amalan buat 'serbuan khalwat' ini dihapuskan. Ia kerana, kalau ulama PAS baca al-Qur'an, ada ayat yang jelas, terang dan nyata HUKUM atau PERINTAH TUHAN (HUDUD?) :
“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu masuk rumah yang bukan rumahmu sebelum kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.” (An-Nur 24: 27)
Padahal, boleh saja cukup sekadar sunnah atau hadith Nabi untuk ajar umat Islam tentang adab pergi ke rumah orang. Akan tetapi, Allah swt sendiri mahu menekankan tentang HAK PRIVACY setiap umat Islam atau malah setiap manusia. Oleh kerana itu, AYAT TENTANG HAK PRIVACY itu dimasukkan dengan jelas DALAM AL-QUR'AN.
Tapi, itu pun, agamawan Islam tak nak ikut. Bukankah patutnya siapa yang ingkar dengan ayat An-Nur di atas boleh dihukum (hudud)?
Kalau ikut sejarah Islam juga, Rasulullah s.a.w TIDAK PERNAH MENGARAHKAN para sahabat untuk pergi skodeng rumah/bilik orang, nak check ada orang berzina atau tidak. MALAHAN, ada orang yang berzina MENGAKU pun, kalau boleh Nabi tak nak dengar pengakuannya.
NABI MUHAMMAD S.A.W TIDAK OBSES UNTUK HUKUM ORANG APATAH LAGI UNTUK ARAH SKODENG RUMAH/BILIK ORANG.
Begitu juga, ada riwayat tentang Sayidina Umar yang akur dengan teguran 'si pembuat maksiat' sendiri agar jangan skodeng rumah orang.
Dari Ihya Ulumuddin karangan Imam Ghazali ada menyebut riwayat tentang kisah ini "Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar.
Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah Taala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya.
Allah berfirman: (Maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam manamana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya "
Kalau rajin, silalah google tulisan Dr Asri tentang bab serbuan khalwat ini. Saya petik sedikit beberapa hasil penelitian beliau di sini:
- Al-Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya ‘Ulum berpendapat :
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta‘ala telah melarang hal ini..."
- Tokoh ulama semasa seperti al-Qaradawi telah menyebut perkara yang hampir sama. Beliau dalam bukunya Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam telah menyatakan:
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya.
Mentaliti yang suka benor serbuan khalwat inilah juga yang ghairah sangat dengan RUU 355...
well, seperti yang saya katakan semalam - kalau cara Islam dilaksanakan di Malaysia ini menjadi semakin sadis, maka lambat laun umat Islam di Malaysia ini akan menjadi seperti umat Kristian di Eropah yang akan jadi sekular dan menolak institusi2 agama.
Norhayati Kaprawi
18 February at 09:00 · Kalau nak pinda Rang Undang-undang Jenayah Islam sangat pun, pindalah supaya ada Akta dalam RUU itu untuk Hukum PENGUASA AGAMA SENDIRI - iaini Penguasa-penguasa dan pegawai2 Agama yang tidak amanah dan tidak jujur, yang menyalahgunakan kuasa, yang membazirkan duit zakat, yang menular waktu kerja, yang SONGLAP DUIT ANAK YATIM dsb.
Begitu juga, kalau nak pinda RUU - tuliskan kat situ satu Akta untuk mengenakan hukuman QAZAF, iaini 80 kali sebatan pada kesemua pegawai2 agama yang menuduh sesiapa berzina tapi gagal membuktikannya.
Kalau PAS semua ni betul2 nak ikut ajaran Islam, seharusnya malah amalan buat 'serbuan khalwat' ini dihapuskan. Ia kerana, kalau ulama PAS baca al-Qur'an, ada ayat yang jelas, terang dan nyata HUKUM atau PERINTAH TUHAN (HUDUD?) :
“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu masuk rumah yang bukan rumahmu sebelum kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.” (An-Nur 24: 27)
Padahal, boleh saja cukup sekadar sunnah atau hadith Nabi untuk ajar umat Islam tentang adab pergi ke rumah orang. Akan tetapi, Allah swt sendiri mahu menekankan tentang HAK PRIVACY setiap umat Islam atau malah setiap manusia. Oleh kerana itu, AYAT TENTANG HAK PRIVACY itu dimasukkan dengan jelas DALAM AL-QUR'AN.
Tapi, itu pun, agamawan Islam tak nak ikut. Bukankah patutnya siapa yang ingkar dengan ayat An-Nur di atas boleh dihukum (hudud)?
Kalau ikut sejarah Islam juga, Rasulullah s.a.w TIDAK PERNAH MENGARAHKAN para sahabat untuk pergi skodeng rumah/bilik orang, nak check ada orang berzina atau tidak. MALAHAN, ada orang yang berzina MENGAKU pun, kalau boleh Nabi tak nak dengar pengakuannya.
NABI MUHAMMAD S.A.W TIDAK OBSES UNTUK HUKUM ORANG APATAH LAGI UNTUK ARAH SKODENG RUMAH/BILIK ORANG.
Begitu juga, ada riwayat tentang Sayidina Umar yang akur dengan teguran 'si pembuat maksiat' sendiri agar jangan skodeng rumah orang.
Dari Ihya Ulumuddin karangan Imam Ghazali ada menyebut riwayat tentang kisah ini "Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar.
Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah Taala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya.
Allah berfirman: (Maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam manamana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya "
Kalau rajin, silalah google tulisan Dr Asri tentang bab serbuan khalwat ini. Saya petik sedikit beberapa hasil penelitian beliau di sini:
- Al-Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya ‘Ulum berpendapat :
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta‘ala telah melarang hal ini..."
- Tokoh ulama semasa seperti al-Qaradawi telah menyebut perkara yang hampir sama. Beliau dalam bukunya Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam telah menyatakan:
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya.
Mentaliti yang suka benor serbuan khalwat inilah juga yang ghairah sangat dengan RUU 355...
well, seperti yang saya katakan semalam - kalau cara Islam dilaksanakan di Malaysia ini menjadi semakin sadis, maka lambat laun umat Islam di Malaysia ini akan menjadi seperti umat Kristian di Eropah yang akan jadi sekular dan menolak institusi2 agama.
KUALA LUMPUR 20 Dis. - Himpunan Rang Undang-undang (RUU) 355 di Padang Merbok semalam amat bermakna untuk menyalurkan suara umat Islam berhubung pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 ke peringkat Parlimen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perhimpunan itu dianggap sebagai isyarat kepada kesemua 222 ahli Parlimen mengenai hasrat umat Islam di negara ini untuk meminda Akta 355.
“Sebelum ini, ada pihak yang mempertikaikan perhimpunan ini. Kononnya tidak memberi sebarang makna kerana pindaan undang-undang bukan dilakukan di Padang Merbok sebaliknya di Parlimen.
“Namun, saya tegaskan perhimpunan ini amat bermakna untuk menyalurkan suara umat Islam ke Parlimen agar 222 ahli Parlimen dapat mendengar suara umat Islam bagi meminda Akta 355,” katanya ketika menjadi panel dalam Forum Himpunan Solidariti Ummah di sini, malam tadi.
Yang turut hadir ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.
Forum tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Profesor Datuk Mahamad Naser Disa.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas merangkap Pengarah Himpunan RUU 355, Nasrudin Hassan menjelaskan, perhimpunan berkenaan diadakan untuk kepentingan agama Islam dan bukannya bermotifkan politik menjelang pilihan raya umum akan datang.
Beliau memberitahu, dalam perhimpunan semalam, puluhan ribu umat Islam tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik hadir bagi menunjukkan sokongan.
“Tiada (politik pilihan raya). Kita buat perhimpunan itu untuk kepentingan umat islam.
“Semua umat Islam tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik hadir,” ujarnya yang juga ahli panel forum berkenaan. - UTUSAN ONLINE
Perkasa mahkamah syariah elak diperlekehKUALA LUMPUR 19 Feb. – Himpunan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) di Padang Merbok di sini, semalam yang dihadiri ribuan umat Islam menunjukkan mereka mahu institusi mahkamah syariah diperkasakan dan diletakkan di kedudukan tertinggi supaya dihormati serta tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, kejayaan perhimpunan itu juga merupakan petanda yang rakyat mahu pelaksanaan hukum Islam diberikan keutamaan dalam memelihara keamanan negara.
“Perhimpunan tersebut me-nyaksikan ummah bersatu dari pelbagai latar belakang parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu dalam soal undang-undang Islam.
“Himpunan RUU 355 menjadi lakaran sejarah yang memperlihatkan pengorbanan dari semua pihak yang mahu syiar Islam terus tegak di atas bumi tercinta ini,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya di sini hari ini.
Perhimpunan anjuran Pas tersebut turut mendapat soko-ngan kerajaan dan dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat.
Sementara itu, Nas-rudin yang mewakili Jawatan Ku-asa Penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan himpunan berkenaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memberi kebenaran untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.
Menurutnya, momentum bagi memartabatkan agenda Islam dan syariatnya mesti dite-ruskan dan ia merupakan tanggungjawab bersama termasuk masyarakat bukan Islam.
SEBELUM ini sekurang-kurang-nya sebanyak lima kali Kuala Lumpur ‘dikotori’ oleh perhimpunan haram Bersih yang kononnya mahu menuntut pilihan raya bersih dan adil, tetapi ia hakikatnya hanyalah ‘kuda tunggan’ bagi melunaskan agenda politik pembangkang khususnya DAP.
Dan kelmarin satu lagi perhimpunan diadakan dan turut melibatkan penyertaan parti politik, namun ia jauh lebih murni, bersih dan aman. Selain itu memberi isyarat dan menjadi bukti bahawa penyatuan antara umat Islam bukanlah satu perkara yang mustahil.
Himpunan 355 di Padang Mer-bok, Kuala Lumpur yang bertujuan menyokong Rang Undang-undang 355 (RUU355) yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada November lalu menghantar mesej jelas kepada puak-puak tertentu supaya ja-ngan terlalu melampau mencampuri urusan hal ehwal umat Islam.
Mesej tersebut perlu disampaikan kerana ada dalam kala-ngan mereka begitu celupar menentang rang undang-undang berkenaan, walaupun ia hanya melibatkan orang Islam. Atas sebab itu usah terganggu dengan provokasi dan usaha memperlekeh himpunan berkenaan.
Apa yang lebih penting, Himpunan 355 melambangkan solidariti ummah dalam mempertahankan kepentingan dan kesucian umat Islam. Ini memandangkan mereka yang hadir mengetepikan kepentingan politik.
Pemimpin-pemimpin daripa-da pelbagai latar belakang termasuklah daripada UMNO dan Pas bersedia berada sepentas. Bukan atas tujuan politik tetapi demi memastikan mana-mana pihak jangan terlalu mencabar kesabaran umat Islam.
Tidak perlu kita mengkategorikan sama ada yang datang itu penyokong Pas atau UMNO, semua itu tidak penting kerana apa yang lebih utama mereka turun ke Padang Merbok dari seluruh pelosok tanah air atas semangat ukhuwah Islamiah.
Inilah semangat yang amat diperlukan umat Islam ketika mereka diasak kadang kala dalam keadaan cukup biadab oleh pihak-pihak tertentu yang semakin ‘naik tocang’ kerana merasakan umat Islam kini lemah akibat berpecah belah.
Tetapi mereka terlupa apa juga tindakan mesti ada hadnya, begitu juga dalam soal RUU355, tindakan kelompok tertentu yang terus menggugat perkara berkaitan dengan agama Islam telah menyebabkan umat Islam akhirnya bangkit untuk mene-gaskan, ‘cukup setakat ini’.
Sudah pasti kejayaan Himpunan 355 akan meletakkan parti-parti tertentu dan portal-portal berita protal propembangkang berada dalam resah gelisah dan gundah gulana. Sebelum ini mereka begitu berharap agar himpunan itu tidak menjadi kenyataan apatah lagi apabila hasrat awal untuk berhimpun di Dataran Merdeka tidak menjadi kenyataan.
Mereka cuba mencari sudut negatif perhimpunan berkenaan, tetapi itulah sikap bagaikan ‘ayam jantan berkokok tetapi ekor bergelumang najis’! Himpunan 355 jauh lebih aman, beradab dan tertib berbanding perhimpunan haram Bersih.
Himpunan 355 bukan sahaja mendapat permit polis mengikut Akta Perhimpunan Aman, malah sama sekali tidak berlaku perbuatan biadab atau kurang ajar menghina pemimpin, memaki hamun kerajaan, mempromosikan LGBT dan berunsur politik. Sebaliknya himpunan itu me-nyaksikan umat Islam berkumpul dengan sopan untuk mendengar penjelasan mengenai RUU355.
Kesimpulannya, perhimpunan itu telah berjaya bukan sahaja menyampaikan mesej tetapi juga peringatan bahawa dalam keadaan apa sekalipun, apabila tiba masanya umat Islam pasti akan bersatu, Himpunan 355 te-lah membuktikannya!.
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Himpunan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) yang dihadiri kira-kira 20,000 orang semalam boleh dianggap sebagai peringatan kepada mana-mana pihak supaya tidak cuba menyentuh atau mempermainkan kesucian Islam.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, solidariti yang ditunjukkan itu juga membuktikan umat Islam di negara ini boleh bersatu padu dalam soal menegakkan syiar agama.
“Ini adalah satu usaha menegakkan (syiar) agama dan hukuman yang dipinda dalam RUU 355 sebenarnya menepati kehendak syarak. Justeru, sesiapa yang menentang adalah berdosa kerana cuba menentang hukum Allah.
“Himpunan ini juga memberi kesedaran bahawa soal agama Islam tidak boleh diusik. Lihatlah apabila tiba-tiba dicabar, umat Islam akan bersatu mempertahankan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Himpunan RUU 355 yang bertujuan menyokong pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 diadakan di Padang Merbok di sini, semalam.
Dalam pada itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad memberitahu, semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh ribuan umat Islam dalam Himpunan RUU 355 menandakan aspek agama mampu menyatupadukan masyarakat.
“Setiap umat Islam yang hadir dalam perhimpunan tersebut mempunyai keazaman untuk mempertahankan agama dan ternyata ramai yang tidak memandang ringan terhadap isu RUU 355.
“Ini soal maruah agama dan tiada sebab untuk orang Islam tidak menyokongnya,” katanya.
IPOH 19 Feb. – MCA menjelaskan parti itu tidak berniat untuk campur tangan dalam hal ehwal agama Islam melibatkan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang disifatkan sebagai sangat sensitif.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan mendakwa, biarpun peruntukan itu tidak melibatkan masyarakat bukan Islam, namun pihaknya tidak berdiam diri apabila menerima maklumat mengenai kekhuatiran yang disuarakan oleh komuniti tersebut termasuk daripada golo-ngan muda.
“Apabila MCA menyuarakan pandangan, kita telah dikatakan sebagai anti-Islam atau campur tangan dalam hal ehwal agama Islam. Saya pun minta maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung perasaan.
“Apa pun, niat MCA adalah baik iaitu untuk melihat rakyat negara ini hidup dalam keada-an bersatu padu serta aman dan damai. Pada kita, kepentingan negara adalah lebih pen-ting daripada segala-galanya.
“Oleh itu, kita harap semua parti politik dapat menumpukan kepada topik-topik yang mempunyai kebersamaan serta mempunyai nilai universal se-perti pembangunan ekonomi dan pendidikan. Sekiranya kita tumpukan perkara yang boleh menimbulkan kekhuatiran, ia boleh membawa kepada pecah-belah,” katanya.
Beliau demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Wanita MCA Perak di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie. http://www.utusan.com.my/berita/ ... pur-tangan-1.446782