Sumber Foto: Azrelismail.com
Impian Azrel ismail untuk berlakon bersama 'kembarnya' akhirnya tercapai apabila dia digandingkan dengan Remy Ishak dalam filem Pulang arahan Khabir Bhatia.
Azrel yang sebelum ini tidak pernah bertentang mata dengan Remy berasa sangat teruja untuk bertemu pelakon yang mempunyai iras wajahnya itu.
"Jujur saya tidak pernah bertemu dengannya sebelum ini dan peluang bergandingan dengannya adalah satu memori indah dalam karier saya," katanya kepada mStar Online.
Sumber Foto:Budiey.com
Dia akan memegang watak sebagai anak kepada Remy dalam filem tersebut dan masing-masing senang untuk bekerjasama.
Dalam perkembangan lain pula, Azrel berharap peluangnya dalam bidang pengacaraan akan terbuka luas selepas ini kerana terpilih menjadi hos bersama dalam 2016 (ASK2016) pada 18 November depan.
"ertama kali saya diberi kepercayaan mengacara menerusi program Bila Bujang Masuk Dapur untuk TV9 bersama Nadzmi Adhwa pada Ramadan lalu. Kini saya sedang menyiapkan program berbentuk majalah iaitu Maskulin yang memfokuskan kepada golongan lelaki."
Pengalamannnya bekerja sebagai seorang eksekutif pemasaran sebelum ini digunakan sebaiknya untuk membina keyakinan berkomunikasi di hadapan orang ramai. -CARI |