|
Terlalu byk soalan. Saya akan jawab yg mana perlu sahaja.
1) Korban : Nabi Ismail (dalil sabar)
2) Bukan korban : Nabi Ishak (dalil soleh)
Jika tak faham "beza" 2 perkara ini, jgn "memperkecilkan" sesuatu yg "jelas"
Golongan kanan itu terdiri dari kalangan org yg soleh. Golongan yg mengatasi segala amalan adalah org yg bertaqwa (soleh).
Bukan semua sabar itu taqwa. Akan tetapi ada juga sabar itu taqwa. Akan tetapi bila kisah nabi Ishak dikatakanNya soleh, dan pada ayat berasingan dikatakanNya sabar, maka sabar itu mengatasi amalan soleh. Hanya satu tempat sahaja seseorg boleh sabar, apabila Allah perintahkan si bapa menyembelih anaknya. Adakah perkara ini pun "kamu tak faham"? Macam mana nak masuk syurga kalau isi kandungan Alquran pun kamu tak faham?
Pada surah Al-Baqarah, ayat ke 2 menjelaskan mengenai "petunjuk". Ada masaalah utk memahami petunjukNya?
Saya dah bagi soalan "mudah" mengenai perawi hadis. Kenapa tidak dicari akan hadis mengenai "perawi hadis" yg dinyatakan oleh baginda Rasullullah? Sebenarnya saya tahu, cuma saja tak terangkan disini sebagai "puzzle". Jgn malas berguru sebelum "menegur saya" cara budak darjah 1. Internet sememangnya tak ada, tapi saya tahu apa yg saya katakan ini "ada".
Beza ilmu kamu berbanding saya, kamu hanya mampu browser hingga lost in action (tak tahu jawapan) dan saya pula "faham" cara utk dapatkan jawapannya.
Jika hadis dgn dalil Alquran tak sama, maka kamu nak berpegang kpd Alquran atau kpd hadis?
Jika ada 100 hadis itu "palsu" dan hanya ada 10 hadis "benar", adakah kamu nak kata "boleh guna" jika ianya melibatkan "kenabian" org terdahulu?
Semoga bermanfaat.
Amende semua nih?
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya sudah bagi hint, carilah jawapan dahulu.
Jika tak faham, tunjukkan post saya ini dan tanya, guru tahu tak hal ini? Kalau guru itu kata "tak tahu", cari guru yg "tahu"
Kan dah kata perbincangan, bukan teka-teki, teka-kokok.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman". Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu." |
|
|
|
|
|
|
|
"Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman". Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok"." |
|
|
|
|
|
|
|
"Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka." |
|
|
|
|
|
|
|
"Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. " |
|
|
|
|
|
|
|
"Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat." |
|
|
|
|
|
|
|
"atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, karena (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati. Dan Allah meliputi orang-orang yang kafir." |
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain replied at 19-5-2016 01:33 AM
Kan dah kata perbincangan, bukan teka-teki, teka-kokok.
Kesiannya kalau tak faham |
|
|
|
|
|
|
|
asslaamualaikum warahmatullah.
Untuk melanjutkan lagi perbincangan.....
Perintah khitan kepada Nabi Ibrahim a.s. adalah selepas perintah haji kepada Nabi ibrahim disekitar masa yang berdekatan. Masa tu Nabi ishak a.s. berumur 8 hari dan nabi ismail a.s. lebih kurang 13 tahun. perintah ini lebih kurang setahun selepas mimpi qorban.
Jadi dalam genesis 22, ayat asalnya ialah; ....Ismail, your only son, whom you love..." sebab masa tu Nabi ishak belum lahir dan Nabi Ibrahim hanya ada seorang anak lelaki. Bila Rabbi padamkan nama Ismail dan diganti dengan ishak, dia dilalaikan Allah untuk padamkan "your only son".
jadi clear lah nampaknya yang qorban itu adalah nabi ismail.
dan peristiwa qurban tu juga termasuk dalam rukun haji. secara logicnya, kalau masa perintah haji tu ada hukum qurban, nabi ishak baru lahir, takkan nabi ishak pula yang qurban !!!!
Ini cerita dari quran pasal haji Nabi Ibrahim a.s. dan disebut berkenaan qurban.
Surah Al-Hajji ayat 26-28,
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang). Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya." |
|
|
|
|
|
|
|
"Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)"." |
|
|
|
|
|
|
|
"(Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk). Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian." |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alasala at 19-5-2016 12:35 PM
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ulul Albab) |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum terlupa. Saya bukan ulul albab. Saya hanyalah manusia biasa sahaja.
Pergilah cari ulul albab dan menuntutlah ilmu dgn guru itu.
Semoga berjaya! |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi replied at 19-5-2016 01:37 PM
Kalu tanduk2 tanda qurbannya qibasy
Tiada tanda Ishak a.s. jejak kakinya di Mekah[/ba ...
Mcm pernah dengar la kisah ni..
Kibas tu asal dari kibas ternakan habil,di angkat dan diturunkan kembali..lama tuu..zaman nabi adam dan zaman nabi ibrahim..Allah maha Hebat,tak mustahil bagi Nya sesuatu pun..amin..rasa kecil dan sikit ilmu bila mendengar cerita tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang takkan faham lah kalu dah hukum dulu dlm syubahat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perintah khitan kepada Nabi Ibrahim a.s. adalah selepas perintah haji kepada Nabi ibrahim disekitar masa yang berdekatan. Masa tu Nabi ishak a.s. berumur 8 hari dan nabi ismail a.s. lebih kurang 13 tahun. perintah ini lebih kurang setahun selepas mimpi qorban.
Jadi dalam genesis 22, ayat asalnya ialah; ....Ismail, your only son, whom you love..." sebab masa tu Nabi ishak belum lahir dan Nabi Ibrahim hanya ada seorang anak lelaki. Bila Rabbi padamkan nama Ismail dan diganti dengan ishak, dia dilalaikan Allah untuk padamkan "your only son".
jadi clear lah nampaknya yang qorban itu adalah nabi ismail.
dan peristiwa qurban tu juga termasuk dalam rukun haji. secara logicnya, kalau masa perintah haji tu ada hukum qurban, nabi ishak baru lahir, takkan nabi ishak pula yang qurban !!!!
Fuh! Lagi pening...
Al-Tabari sendiri yg tulis kitab Tarīkh al-Rusul wa'l-Muluk pun (Prophets & Kings), tafsir quran lg,
dia sama ada tidak mahu atau tidak dapat merumuskan siapa yg diqurbankan???
- ini yg lagi susah
Itu yg saya maksudkan
ulama Islam guna Torah (dakwaan) sbg hujah...ulama Torah guna hujatul Islam yg bias kpd Ishak a.s. je
Kalu kata perintah/wahyu haji-qurban tu logic lah.
Tapi, sirahnya mcm mana?- Kalau kita tak guna israeliyat, boleh ke tahu umur/kelahiran Ishak a.s.?
Video penuh di sini: Peranan Intelektual Memimpin Masyarakat
P/s #1: Penerang agama mana ek? @NorAddin
P/s #2: Rabbai tu yg guna kekdah combined-report, ofkos ada bias jugak.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|