|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Originally posted by aziefa at 24-2-2009 02:22 PM
http://lh5.ggpht.com/_oQDopgQ3Cog/R9-qygqrO8I/AAAAAAAAARk/PVRMgXyKBh0/s640/Picture%20018.jpg
eee...licin Husain habiskan sorang sorang..
Nak lagi ye...
belum makan lagi..
camner boleh licin |
|
|
|
|
|
|
|
Sain
Restoran tu kat ne?...alamatnya?
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 24-2-2009 02:50 PM
nie tak boleh jadi tergoda iman..
balik nanti nak singgah al-rawsha kul 5 sebelum balik kena seround...
tapau utk satu family
tak tahan...
tak tahan..
dugaan...
cobaa..nnn
dah call su ... |
|
|
|
|
|
|
|
www.al-rawsha.com
a-rawsha restaurant
No. 78 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000, Kuala Lumpur
Rest Tel: 603-2143 9151
Fax: 603-2145 6943
Mobile: 6012-669 2562 / 6012-918 5642 |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3873 IDB\ catat
Kalau IDB nak pi makan kat situ..ajak ajaklah kita orang..
Esok kita nak pi Putrajaya..
Anak saudara dpt masuk Sekolah Alam Shah Putra Jaya..Form 1.
Kalau pi Putrajaya mesti teringatkan IDB...
Dok terasa ada aje IDB.. |
|
|
|
|
|
|
|
INFO BERSAMA
Kawalan kencing ganggu ibadat
Mukadimah
SETIAP tahun, beribu-ribu rakyat Malaysia akan menyertai jutaan umat Islam lain dari seluruh dunia bagi menunaikan
haji di Tanah Suci Mekah.
Kunjungan tersebut menjadi peluang yang sangat berharga dan pastinya akan membawa banyak kenangan dan
ertinya di dalam kehidupan jemaah.
Harapan mereka, kesempatan menjadi tetamu Allah itu dapat diisi dengan amal ibadat yang sempurna.
Bagaimanapun, tanpa persiapan fizikal dan mental, disertai dengan tubuh badan yang sihat, tentunya akan mengganggu
kelancaran amal ibadat wajib, apatah lagi untuk melakukan yang sunat.
Faktor-faktor seperti perubahan cuaca di Madinah yang sangat sejuk manakala di Mekah panas dan berdebu,
kesesakan di mana-mana dan budaya yang berbeza, menyebabkan jemaah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit
dan alahan yang mungkin diburukkan lagi dengan tekanan perasaan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Tabung Haji, rata-rata jemaah menghidapi batuk,
manakala penyakit-penyakit lain yang dideritai termasuklah selesema, hidung berdarah, sakit kepala,
sesak nafas, demam, pecah bibir, kulit dan tumit, tekanan darah rendah dan beberapa lagi.
Jadi, amatlah ruginya kedatangan kita dari jauh, menggunakan perbelanjaan yang tidak sedikit tetapi terpaksa terlantar di bilik,
klinik atau hospital sahaja.
Sedangkan orang lain berebut-rebut mengerjakan tawaf sebanyak tujuh pusingan mengelilingi Kaabah,
berulang alik dari Safa ke Marwah untuk melakukan sai, melontar jamrah di Mina, wukuf dan bersembahyang di Masjid Nabawi
serta Masjidilharam.
Sempena musim haji yang bakal tiba tidak berapa lama lagi, wartawan Mingguan Malaysia,
Shafinaz Sheikh Maznan menyediakan laporan khas mengenai haji dari sudut persiapan kesihatan jemaahnya
melalui pengambilan vaksin.
Turut dipaparkan, masalah kesihatan jemaah wanita serta tip-tip yang berkaitan.
Selamat berangkat kepada bakal-bakal haji .
Semoga mendapat haji yang mabrur yang mana ganjarannya adalah diampunkan oleh Allah segala dosa
dan ditempatkan di syurga bersama orang-orang Mukmin lain.
DIJADIKAN oleh Allah sebagai seorang wanita yang disempurnakan dengan kitaran haid,
merupakan satu anugerah yang tidak terhingga bagi kaum Hawa.
Walaupun terpaksa berhadapan dengan beberapa gejala kesakitan sekitar waktu kedatangannya,
namun, haid membolehkan wanita untuk melahirkan sekali gus melangsungkan zuriat dan menambahkan umat manusia.
Bagaimanapun, datang bulan ketika berada di Tanah Suci Mekah bagi sesetengah wanita merupakan satu perkara yang kurang
disenangi mereka.
Walaupun tidak menghalang wanita dari mengerjakan haji tetapi ia menimbulkan rasa kurang selesa,
tidak bersih dan seperti tidak sempurna ibadahnya ketika berada di sana.
Pakar Perunding Sakit Puan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,
Dr. Seri Suniza Sufian berkata, kitaran haid wanita dapat diubah menggunakan terapi penggantian hormon (HRT).
``HRT hanya disyorkan untuk mana-mana wanita yang secara keseluruhannya adalah sihat.
``Dalam erti kata lain, penyakit yang dideritai seperti darah tinggi atau kencing manis berada di dalam keadaan yang terkawal,'' katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah bertajuk
Permasalahan Kesihatan Kaum Wanita pada forum umum Kepentingan Vaksinasi dan Kesihatan di Kalangan Jemaah Haji dan Umrah,
anjuran Unit Kawalan Infeksi HUKM, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya,
cubaan untuk mengubah pusingan haid seseorang wanita itu boleh mengundang risiko pendarahan.
Justeru, jemaah haji yang masih ingin mendapatkan rawatan berkenaan adalah sangat digalakkan
untuk berjumpa dengan pakar sakit puan, sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan lebih awal sebelum berangkat ke Mekah.
Wanita yang memilih untuk memakan hormon yang tidak mendatangkan haid ini juga diingatkan agar
tidak sekali-kali meninggalkan pengambilannya.
``Pada asalnya, wanita cuba menahan kedatangan haid mereka selama antara enam hingga tujuh hari sahaja ketika berada di Mekah.
``Tetapi malangnya, cubaan tersebut mungkin mengakibatkan pendarahan yang berterusan,'' katanya.
Dr. Seri Suniza berkata, wanita juga mengalami masalah kawalan kencing yang boleh mengganggu
amal ibadah mereka terutamanya ketika berada dalam keadaan yang memerlukan wuduk.
Menurutnya, masalah kawalan kencing terbahagi kepada beberapa kategori sama ada terlalu kerap membuang air kecil
atau mengalami kesakitan ketika kencing.
Keadaan itu, katanya, mungkin diakibatkan oleh jangkitan pada pundi kencing wanita itu sendiri.
Ia berpunca daripada keadaan bersesak-sesak dan boleh mengundang suasana kurang bersih serta tekanan
ketika menyertai lautan manusia untuk menunaikan haji.
Penyakit itu bagaimanapun boleh dirawat dengan ubat-ubatan.
``Wanita juga mengalami masalah kerap membuang air kecil apabila pundi kencingnya menjadi terlalu aktif.
``Ia lazimnya dideritai oleh wanita-wanita yang berusia 50 tahun ke atas,'' katanya.
Antara gejala penyakit berkenaan ialah, wanita terpaksa bangun tidur serta berulang-alik ke bilik air lebih dua kali pada setiap malam.
Beliau turut menarik perhatian tentang sejenis penyakit berkaitan yang masih tidak diketahui umum
dan masih belum berleluasa di negara ini, mungkin disebabkan oleh perasaan malu wanita untuk berjumpa doktor.
``Terdapat kaum wanita yang akan terkencing hanya kerana tidak tahan mendengar air yang menitik.
``Gejala ini merupakan sebahagian daripada masalah pundi kencing yang terlampau aktif,'' katanya.
Mengulas lanjut, katanya, kajian mengenai perkara itu pernah dijalankan di luar negara di mana sekumpulan wanita
dibiarkan bermain dengan air paip yang terbuka.
Hasilnya, air kencing mereka memang terkeluar dengan mudahnya.
Katanya, keadaan itu dapat dipulihkan dengan rawatan fisioterapi dan ubat-ubatan bagi menguatkan otot-otot pelvik.
Dr. Seri Suniza berkata, kekenduran pada otot lantai pelvik merupakan satu fenomena biasa yang turut dialami oleh seseorang wanita,
khususnya yang telah melahirkan dan mengalami menopaus.
Mereka yang melalui fasa ini boleh terkencing disebabkan oleh batuk, bersin, ketawa mahupun ketika mendaki anak tangga.
Masalah air kencing mudah terkeluar ini bagaimanapun masih boleh dikawal bergantung kepada tahap keseriusannya.
Wanita masih boleh menguatkan kembali otot-otot berkenaan yang tidak semestinya melalui kaedah pembedahan tetapi
hanya dengan melakukan sedikit senaman, katanya.
``Di dalam istilah Melayunya ia dinamakan kemutan yang boleh dilakukan seperti menahan air kencing ketika membuang air kecil.
``Ia perlu dilakukan dalam masa yang cepat secara berulang kali sama ada ketika berdiri, berbaring, bekerja, membaca,
beratur menunggu giliran, mendengar ceramah dan sebagainya,'' katanya.
Dr. Seri Suniza turut memberikan alternatif lain iaitu dengan cara menghembuskan nafas melalui mulut dalam
tempoh 20 hingga 30 saat ketika sedang duduk, sehingga menghasilkan rasa tegang pada bahagian bawah otot-otot wanita.
Aktiviti tersebut akan mengedapkan lagi otot yang berkenaan.
Sekiranya gejala tersebut terlampau teruk sehinggakan pergerakan yang sedikit pun boleh mengeluarkan air kencing,
katanya, ia terpaksa dirawat dengan cara pembedahan dan memerlukan rujukan pakar.
Bagi wanita yang tidak mempunyai sebarang sakit puan dari segi luarannya,
beliau tetap menyarankan mereka menjalani pemeriksaan pap smear atau ultrasound.
Ia bertujuan mengesan sebarang pembengkakan yang mungkin menimbulkan komplikasi, yang tidak diketahui
sebelum ini memandangkan organ wanita yang berbentuk dalaman menyukarkannya untuk dikesan.
Sekilas pandang masalah kesihatan jemaah haji wanita
1- Masalah haid
2- Masalah kawalan air kencing: Kencing terlalu kerap disebabkan
oleh;
- jangkitan pundi kencing
- pundi kencing terlalu aktif
- boleh dirawat dengan ubat-ubatan
-Terkencing apabila batuk disebabkan oleh;
- kekenduran otot lantai pelvik
- boleh dirawat secara fisioterapi
- boleh dirawat secara pembedahan |
|
|
|
|
|
|
|
selamat kencing semua |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iceyblended at 24-2-2009 04:55 PM
selamat kencing semua
what are you trying to say? sorry it is not funny |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3876 aziefa\ catat
Untuk makluman kpd forumer especially kaum wanita yg akan mengerjakan
Ibadah Umrah or Haji..
Pengalaman pada diri sendiri..
Akan mempastikan tarikh pergi Umrah tu tidak kena pada Hari Uzur Syarie..
Yalahkan...
Datang jauh jauh kalau boleh nak menafaatkan setiap waktu disana dgn beribadah
especially di Masjidil Haram ..
Masa Umrah tukan pendek..
Kalau Haji lainlah...masanya panjang..
Kalau dah tak boleh nak elak...
Terpaksalah makan ubta..
Tapi makan ubat atas nasihat Doktor..
Bukan saja suka suka makan..
mimi...ambilmaklum ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
OK... kita buat pop quiz... dah lama tak buat pop quiz.
Kalau kita nak tahan kencing senang, kan. Macamana kalau kita tahan kentut pulak. Senarionya - kita berada dalam Masjidilharam kejap lagi nak masuk waktu dah. Alih2 kita rasa nak kentut. Nak lepaskan rasa macam leceh pulak nak berwuduk pasal nak masuk waktu dah. Jadinya nak tak nak terpaksalah tahan bagai nak rak sampai merah2 muka . Dengan tidak semena2 angin yg nak keluar tu masuk balik dalam colon. Tapi tak pasti jugak kotnya ada angin yg terlepas. Lepas tu kita solat.
Soalannya: Adakah solat itu sah? |
|
|
|
|
|
|
|
Sain...terima kasih.
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 24-2-2009 04:03 PM
www.al-rawsha.com
a-rawsha restaurant
No. 78 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000, Kuala Lumpur
Rest Tel: 603-2143 9151
Fax: 603-2145 6943
Mobile: 6012-669 2562 / 6012-918 5642 |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3885 IDB\ catat
Rasanya kat Muar...
Kak Ros ada cakap yang dia akan balik KL hujung bulan ni..
Maknanya hujung minggu nilah..
Insyallah kalau berkesempatan nak dating dgn Kak Ros..
Nak join tak ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by IDB at 24-2-2009 06:47 PM
Sain...terima kasih.
sama-sama akak |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3887 HUSSAINTAHIR\ catat
Ni jenis orang yang Mak Mertua lalu pun tak nampak bila dah menghadap makan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3890 HUSSAINTAHIR\ catat
Jenis Bab Makan tak de kompromi ni...
Makan tak de pantang pantang..
Ada orang yang jenis jaga makan..
Ada berpantang pantang dalam makanan.
Tapi Husain ni agaknya...
Jenis Pantang nampak makanan..
Nampak makanan kena makan ye..
Alhamdulillah ada selera yg Allah beri.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|