CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: ib-instaforex

[Tempatan] Update : Majlis Resepsi Perkahwinan Belah Menantu Najib Di Kazakhstan 22/4 PG15

[Copy link]
Post time 4-4-2015 11:19 PM | Show all posts
ib-instaforex replied at 4-4-2015 10:11 PM
Najib, Rosmah Adakan Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Di Pekan



Nampak macam si Daniyar nih plak anak kak Mah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2015 09:58 PM | Show all posts
Majlis Resepsi Perkahwinan Belah Menantu Najib Di Almaty, Kazakhstan


Majlis meraikan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessibayev di Grand Ballroom Royal Tulip Hotel, Almaty, Kazakhstan, Ahad.

KUALA LUMPUR: Majlis resepsi perkahwinan anak perempuan perdana menteri, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kesikkba, telah diadakan di pihak lelaki di Almaty, Kazakhstan pada 17 hingga 19 April lepas.

Menggabungkan elemen moden dan tradisi Kazakhstan atau 'Betashar', majlis berlangsung meriah dengan dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta 250 tetamu dari Malaysia, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Rabu.

Antara yang turut hadir ialah isteri Yang DiPertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni; Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan isteri; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamad dan isteri; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri; serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek dan isteri.

Kenamaan lain ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan isteri,  beberapa kerabat diraja Perak, Pahang dan Selangor serta keluarga terdekat dan sahabat.

Turut memeriahkan majlis ialah kenamaan dan tetamu dari Kazakhstan dan antarabangsa.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta ibu Daniyar, Maira Kessikbayev (kiri) bergambar kenangan ketika meraikan majlis perkahwinan anak mereka Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev di Grand Ballroom Royal Tulip Hotel, Almaty, Kazakhstan, Ahad.

Semasa di negara itu, perdana menteri mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

"Dalam pertemuan itu kedua-dua pemimpin membincangkan kerjasama dua hala berkaitan perdagangan, ekonomi, pelaburan, industri dan kebudayaan di samping beberapa isu-isu antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan itu di Kuala Lumpur sebelum ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Mac dan Pusat Dagangan Dunia Putra pada 29 Mac.

Pada 4 April, satu majlis resepsi diadakan di kawasan Parlimen perdana menteri, di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Nooryana dan Daniyar, masing-masing berusia 27 tahun, bertemu ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat, dan mengikat tali pertunangan pada 2011. -- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 10:11 PM | Show all posts
sama jer cam mak... over bebeno baju nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 10:12 PM | Show all posts
Lawa sungguh gaun pengantin. Sah bukan KINGFIELD produk ni....kihkihkih.
Sapalah design gaun pengantin ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ib-instaforex replied at 22-4-2015 09:58 PM
Majlis Resepsi Perkahwinan Belah Menantu Najib Di Almaty, Kazakhstan



Gambar second tu dah mcm music note.. naik turun naik turun..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 10:20 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 22-4-2015 10:22 PM

cantek mekap sheols dlm gambar ni... jejaka kokesen kat belakang tu kendo jugeekkk



besan kak ros pon meletopsss suka tengok detail gaun sheols... dah mcm ratu maharani pon ada.

Semasa di negara itu, perdana menteri mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

oooohhhhh... ok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2015 10:21 PM | Show all posts
ib-instaforex replied at 22-4-2015 09:58 PM
Majlis Resepsi Perkahwinan Belah Menantu Najib Di Almaty, Kazakhstan

kalau tgk pic ni and takde sebut pasal Malaysia...sah sah org ingat perkahwinan org kazak..muka semua sepesen jek.... kecuali Najib lah..mmg bukan muka kazak hehehehe

giler hebat buat kat royal tulip..hotel paling mewah kat ospanov st
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik jet baru kah.. Rombongan pengantin pompuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2015 11:31 PM | Show all posts
wa bukan apa

wa doakan yg terbaik untuk mempeler
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Daniyar ni anak yatim ke...asik mak je interframe...
Bapaknya mana? Keja apa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 12:17 AM | Show all posts

Stigma Aku Terhadap Kazakhstan Amat Borat Nak Dikikis

Edited by tumpanglalu74 at 23-4-2015 12:18 AM


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 12:23 AM | Show all posts
macam muka kak mah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 01:20 AM | Show all posts
Cantik. Sama padan. I mean, kedua-dua besan perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
datinmarissa replied at 2-4-2015 02:02 PM
artis pun ramai org nk taja...ape lagi anak PM

berebut2 kontractor, business man.....bukan dr mal ...

Conflict of interest. Rasuah tu.


Don't u think.

Artis kena taja pon bukan taja free. Mana ada org nak taja free free.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
scarflicious replied at 23-4-2015 05:20 AM
Conflict of interest. Rasuah tu.



There is no such thing as free money babay....sponsor itu ini mesti harapkan pulangan.....i help you, you help me kaedahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan Perak kawin pun tak mau tajaan..congrats dlm paper...just suruh derma kat tempat lain duit tu...apa sultan di istana lebih faham politics of the ' marhain'  dr pm yg dr golongan rakyat jelata jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun tak suka pada mereka. Wedding gah bukan mainn

Tapi surat nikah tu hantaran tak dinyatakan kan? Somebody photoshop katanya. Katanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
@tumpanglalu74
Erk...apakah....huduhnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Perghhhh KSN pun p k sana juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.960065 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list