|
poyohabis posted on 16-10-2014 09:11 AM
Kita semua ok je bab2 baca ni..cuma skrg ni ramai yg tengah angau cinta adam n hawa kat sebelah.. Ka ...
Adam dan hawa dah hbes..haha |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 17-10-2014 08:49 AM
"Catatkan semua butir-butir mesyuarat tadi ya. Saya taknak ada satu pun yang terlepas", pesan Afiq k ...
babi kau adam. |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 20-10-2014 08:02 AM
"Fiq.. macam mana Hani dah ok ke?" tanya Puan Rahimah. Belum sempat lagi Afiq masuk ke rumah, Puan R ...
Aku benci watak adam.sial. |
|
|
|
|
|
|
|
fatimz posted on 21-10-2014 04:36 AM
BEST ADA N3 TAPI SIKIT JE....NK LAGI
nak..nak..nak..haha |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 21-10-2014 07:49 AM
"Fiq, pukul berapa sampai rumah Hani tadi?", tanya Puan Rahimah.
"Ngam-ngam lepas maghrib bu. Say ...
Oh yeah baby! |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 27-10-2014 07:45 AM
Malam itu, Hani terkenang-kenang gelagat Afiq. Terasa bahagia menyinggah keluarganya. Qina juga sepe ...
Hakak, asal novel ni takdak bab? |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 27-11-2014 03:45 PM
Hakak, asal novel ni takdak bab?
Es, sebenarnye akk tgu je org dok tegur psl bab tu.. hehe..
akk perasan..klau tulis cite kene ade bab tu pun dh separuh jln..
nti akk edit eh.. tq Es.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 28-11-2014 07:33 AM
Es, sebenarnye akk tgu je org dok tegur psl bab tu.. hehe..
akk perasan..klau tulis cite kene a ...
Aikk..asal kna tunggu orang tegur kak? hihi. |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 28-11-2014 07:36 AM
Aikk..asal kna tunggu orang tegur kak? hihi.
sbb mula2 akk pk.. xpe kot xde bab.. tgk ade org tegur x.. klau ade.. maksudnye akk kene edit..huhu
xpndai nak wat novel ikut format n cara yg betul..huu |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 28-11-2014 08:11 AM
sbb mula2 akk pk.. xpe kot xde bab.. tgk ade org tegur x.. klau ade.. maksudnye akk kene edit..huh ...
Sebb nmpk mcm plik. Akk bz selalu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 28-11-2014 08:17 AM
Sebb nmpk mcm plik. Akk bz selalu ke?
Stiap masa call masuk.. keje call centre.. biase leerr.. huhu.. time xde org call la boleh mengarang.. tu yg kurang nak update..huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
~~ BAB 34 ~~
Tidak tahu bagaimana ingin mengambarkan perasaannya sekarang. Perbicaraan dakwaan bersama Adam telah selesai dan mahkamh telah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Tidak pasti apakah perasaannya kerana Adam merupakan bekas suaminya. Bermakna dia adalah ayah kepada Qina. Bagaiman Qina akan menghadapi rakan-rakannya apabila bersekolah nanti? Tentu mereka akan bertanya di mana ayahnya?. Mana mungkin dia sanggup untuk memberitahu bahawa ayahnya telah dipenjarakan kerana penculikan dirinya. Tentu payah masa hadapannya. Namun dia terpaksa menghadapi, dia tidak boleh mengelak hal itu. Dia mengharapkan bahagia yang berkekalan untuk keluarganya.
Sejak Hani kembali ke pejabat, Hani kelihatan banyak memikirkan sesuatu membuatkan Afiq tidak berani lagi untuk menyentuh hal-hal yang tidak sepatutnya. Perbincangan mereka hanyalah berkenaan kerja. Teringin juga Afiq menegur dan juga mengajak Hani dan Qina keluar berjalan-jalan. Terasa semakin rindu untuk bermain dengan budak kecil itu. Terdengar pintu bilik pejabatnya dikuak. Kelihatan Hani sedang memasuki biliknya disertai salam.
"Assalamualaikum", Hani memberi salam.
"Waalaikummussalam", jawab Afiq.
"Encik Afiq, saya nak ingatkan petang ni pukul dua ada mesyuarat", pesan Hani.
"Oh, terima kasih ingatkan saya", ujar Afiq.
"Takpe, memang tugas saya. Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?", tanya Hani.
"Takpe, itu sahaja", kata Afiq yang masih belum berani untuk mengajak Hani bersama Qina keluar.
"Ok", Hani mengambil langkah untuk keluar.
Hani berlalu pergi begitu sahaja. Afiq seperti mahu meluahkan isi hatinya pada masa itu juga namun dia tahu itu bukanlah masa yang sesuai. Lagipun, banyak peristiwa pahit yang melanda hati Hani, dia perlukan masa lagi. Adakah sempat untuknya meluahkan? Itu yang paling ditakuti bahawa Hani disambar orang lain.
~~~
Dalam perjalanan Afiq pulang ke rumah, dia hanya memikirkan Hani. Entah kenapa hatinya semakin tidak keruan apabila memikirkan tentang Hani. Dimana-mana sahaja dia berada, wajah Hani sentiasa berada di ingatan. Di benar-benar menyintai Hani.
Dari jauh, silau memanah matanya membuatkan Afiq tidak dapat memberi kosentrasi untuk pemanduannya. Dia menggerakkan sedikit stereng keretanya apabila dirasakan silau itu semakin menghampirinya.
Baammm!!!
Tidak pasti apakah yang telah dilanggarnya. Afiq bangun sedaya upaya dengan darah mengalir dari kepalanya. Dia menguatkan diri bangun dari tempat duduk keretanya untuk melihat apa yang dilanggarnya. Dari jauh, ternampak kelibat seorang perempuan yang berambut panjang ikal mayang dan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta yang baru dilanggarnya.
'Apa dah jadi ni?", Afiq memandang sekeliling. Sudah ramai yang memberhentikan kereta masing-masing untuk melihat kejadian. Barangkali juga ingin menolong sesiapa yang tercedera di situ.
"Cik cik cik!", Afiq sedikit menampar muka perempuan itu untuk menyedarkannya namun masih tidak sedarkan diri.
"Encik, lebih baik kita panggil ambulans", cadang seorang lelaki yang berhenti dengan niat untuk menolong. Afiq hanya memandang lelaki itu, tidak tahu mengapa dirinya seperti di awang-awangan. Terus rebah apabila lelaki itu cuba memegangnya.
~~~
Berat Afiq membuka mata. Dato' Halim dan Puan Rahimah menyambut pandangan Afiq.
"Ibu, perempuan tu", Afiq bersuara.
"Jangan fikir pasal tu lagi. Afiq rehat dulu. Nanti kita fikir ye", Puan Rahimah menyahut. Afiq gagahkan diri untuk bangun dari katil. Di mencapai botol berisi air yang sedang memasuki badannya itu. Tidak mengapa jika ibu dan ayah tidak mahu memberitahunya, dia serba salah dengan gadis itu. Afiq bergerak perlahan lalu menuju ke arah kaunter dan terus bertanya disitu.
Maklumat mengenai perempuan itu didapati berada selang sahaja dari bilik yang ditempatkannya. Dia terus menuju ke bilik yang dimaksudkan pembantu yang bertugas di situ. Walaupun Puan Rahimah menghalangnya, Afiq kuatkan diri juga ke sana. Rasa serba salah makin menebal apabila melihat gadis yang tidak sedarkan diri itu telah berbalut tangannya. Adakah tangannya patah? Afiq sangat berharap bahawa tiada apa yang berlaku kepada gadis itu. Dia tidak mahu menjawab dengan ibu bapa gadis itu.
Dari belakang terdengar suara "ehem ehem", Afiq menoleh ke belakang. Seorang lelaki yang sudah menjangkau 50 dalam firasatnya dan perempuan ini juga seperti sudah menghampiri 50 menegur Afiq.
"Kenapa awak ngintai anak saya?", tegur lelaki tua yang nampak sihat di matanya.
"Eeerr, Dato' Zul, Datin Maimun", tegur Dato' Halim dari belakang.
Dato' Zul terus menoleh ke belakang dan sedikit terkejut apabila melihat Dato' Halim berada di situ.
"Hei, Halim. Aku ingat sape tadi. Nak ber Dato' Dato' pulak dengan aku ye. Rahimah pun ade. Darling, ini Rahimah isteri Halim", Dato' Zul gembira dengan pertemuan itu kerana sudah lama tidak bertemu. Mereka bersalaman dan berpelukan. Puan Rahimah hanya bersalaman dengan Datin Maimun yang hanya tersenyum melihat gelagat suaminya itu bersama rakan baiknya. Dato' Zul memang mengenali Puan Rahimah kerana Dato' Halim selalu menceritakan halnya terutama keputusannya untuk beristeri dua suatu ketika dahulu. Datin Maimun juga sudah mengetahui hal itu.
"Kau buat apa kat sini?" tanya Dato' Zul dengan hati yang gembira sehingga menampakkan seri apabila bertanyakan soalan.
"Anak aku masuk wad", ujar Dato' Halim.
"Masuk wad?", tanya Dato' Zul terkejut.
"Ni anak aku", Dato' Halim terus tunjuk ke arah Afiq.
Afiq terus bersalaman apabila semua orang memerhatikannya. Malu tidak keruan apabila mengetahui lelaki separuh abad itu sebenarnya kenalan ayahnya.
"Ooo.., yang tengah ngintai anak aku tadi", kata Dato' Zul sambil tersenyum.
"Eeerr", tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Afiq ter kelu.
"Bukan sebab tu. Sebenarnya, anak aku yang langgar anak kau", terus terang Dato' Halim.
Dato' Zul dan Datin Maimun saling berpandangan di samping terus menukar reaksi wajah mereka. Namun, cepat-cepat Dato' Zul memecah kesunyian itu.
"Ok, kita masuk. aku tahu, kamu semua mesti nak tengok anak aku", Dato' Zul terus menolak pintu bilik yang menempatkan anaknya itu.
Datin Maimun terus berlari menuju ke arah anaknya dan mencium dahi gadis itu.
"Linda, mama ni" Datin Maimun mengucup dahi anaknya itu sekali lagi dengan linangan air mata.
"Mama", Linda menyahut apabila dirasakan air suam-suam panas mengalir di wajahnya. Dia membuka mata dan melihat ramai yang sedang menanti perkembangannya.
"Mama, Lin kat mana ni", Linda terus bertanya.
"Linda di hospital", Datin Maimun menyahut.
"Apa yang dah jadi dengan Lin, ma", Linda tidak berpuas hati kerana tidak dapat mengingati apa yang berlaku ke atas dirinya.
"Dah dah, jangan fikir dah. Doktor kan pesan suruh rehat", sampuk Dato' Zul dan memandang Datin Maimun tanda ingin isterinya itu menghentikan perbualan dan minta todak disebut hal itu lagi. Mana taknya, kehadiran keluarga orang yang menyebabkan Linda seperti itu berada di dalam bilik itu. Bukan masanya lagi untuk menerangkan hal itu kepada Linda.
Linda hanya menurut kata Dato' Zul. Dia juga tidak mahu menyerabutkan kepalanya dengan soalan-soalan itu. Dia perlukan rehat. Namun dia masih tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang memakai baju hospital yanga sama dengannya. Mengapa dia di sini?
"Papa, siapa ni", Linda bertanya lantas membuat tanda tunjuk ke arah Afiq.
"
Eeerr", tidak pasti apakah jawapan yang patut diberitahu. Takkan mahu diberitahu bahawa Afiqlah yang menyebabkan jadi seperti itu.
"Ni, anak kawan papa. Ingat tak Dato' Halim", terang Dato' Zul.
"Mestila ingat kawan baik papa, Uncle Halim. Tapi, saya tak pernah tahu Uncle Halim ada anak lelaki dan itu bukan...", Linda terdiam setelah melihat Puan Rahimah kerana itu bukan Datin Sufiah. Dia hanya memandang kehairanan sebelum disapa Dato' Zul.
"Ada, dah lah, jangan fikir banyak, rehat rehat", Dato' Zul menyuruh Linda berehat dan memandang kepada Dato'
Halim sekeluarga untuk beredar.
Dato' Halim faham dan terus menarik tangan Afiq keluar dari situ. Bukan masanya lagi untuk mereka membincangkan hal kemalangan itu. Mujurlah, tiada apa-apa yang berlaku ke atas Linda. Dato' Halim paling takut jika kemalangan itu akan meninggalkan kecacatan kekal. Banyak yang perlu ditebus kerana akan memberi kesan kepada kehidupan mangsa kemalangan.
Linda hanya memandang mereka berlalu dengan wajah berkerut.
Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:26 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 31-10-2014 09:01 AM
Setelah sekian lama, Dato' Halim memberanikan diri untuk berbincang hal rumahtangganya bersama Puan ...
Pengulangan kata.
"Mummy.. mummy..", terdengar suara
anaknya, Salina di hujung kaki Datin
Sufiah. Salina merupakan anak bongsu
Dato' Halim bersama Datin Sufiah.
Salina mempunyai dua orang kakak
yang sudah pun mempunyai
perniagaan sendiri. Kekangan kerja
memaksa mereka tidak berada
bersama-sama pada masa itu.
(Mempunyai) |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 4-11-2014 03:24 AM
Petang itu, Maya sudah pun berada di rumah Hani. Selepas habis waktu bekerja, Maya terus pulang ke r ...
hal yang berlaku. << bkn ke hal sebenar?
Biasanya<< bukan ke kebiasaanya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 4-11-2014 06:00 AM
Yang pakai baju putih tu lah, Awie. Amacam? Ensem?
Menjawab bagi pihak....
Sibuk je dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 4-11-2014 07:30 AM
Nak Awi hok muda sikit, yang ini....
@ISTRIMITHALI Dah edit...nampak tak?
Ni hensem doe! |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 5-11-2014 03:39 AM
Hani termenung jauh memikirkan Awie yang hadir di dalam hidupnya. Apa yang difikirkan Awie? Ingat se ...
hatinyagundah<<<
Kdg2, sakit kanser ni, orang blh buat tahu.
Kak ngah selalu kna sakit sendi, rupanya orang tuba. Tapi itu orang sdah mati maa . |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 5-11-2014 03:45 AM
Jadi silent reader je ke? , @AisyDani13 @Zamzam2013 , mana semangat korang ni?
semangat korang sem ...
same here! |
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 5-11-2014 04:50 AM
TT
ai ada jer kat sini..
Ceh..ayat! |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 6-11-2014 09:49 AM
Dari jauh terlihat Hani berpakaian kurung pengantin yang sangat cantik. Manisnya kau Hani. Hani keli ...
Itulah afiq. Awek lu terlepas siot! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|