CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

CIK YAH & CHE MAMAT

[Copy link]
Post time 6-4-2015 01:32 PM | Show all posts
nikah cepat kakak......

imran ni kasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2015 12:43 PM | Show all posts
TT sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 01:50 PM | Show all posts
huhu.. suka zhafran ngn lea.. tapi, zhafran bukan che mamat..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
TT... Sambunglah lagi...  Kawinkan aje lea dgn zhafran biar muaz terbeliak mata
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 10:51 AM | Show all posts
kak sambungla lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2015 09:18 PM | Show all posts
qimi08 replied at 6-4-2015 10:44 AM
Imran ada hati dgn lea... Bahaya

Imran tu nasi tambah je dlm citer ni

sat lagi hilang la karekter dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-4-2015 09:19 PM | Show all posts
aincomey replied at 6-4-2015 11:59 AM
Hi sang arjuna,
Saya SR novel ni . Sambungan

hehehe...lea ni selalu terkantoi kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2015 09:20 PM | Show all posts
pen_biru replied at 9-4-2015 01:50 PM
huhu.. suka zhafran ngn lea.. tapi, zhafran bukan che mamat..

itu lah.... skrg nak cari idea nak konar baring
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2015 09:26 PM | Show all posts
Bab 28

Usai solat Subuh Azalea ke dapur untuk “mencelikkan” mata. Dengan mug berisi Nescafe panas yang “kaw” dan sebiji buah epal, dia bersila di sofa dan memasang TV. Di sini wajib mendengar laporan kajicuaca kerana cuaca boleh berubah dengan mendadak. Makin sejuk makin tebal berlapis lapis pakaian. Berita dalam negara dan antarabangsa sedang di siarkan. Perang masih berleluasa di merata tempat. Paling menyedihkan bila Islam sesama Islam bertempur. Pembaca berita BBC yang jelita , Kasia Madera, meneruskan laporan.

We bring to you the latest news from Singapore where a luxury cruise ship, Royal Mediterranean exploded during its journey from Singapore to Phuket with 240 passengers and 45 crew members on board. Search and rescue operations are underway but no survivors have been found to date. The passengers and crew members are mainly Singaporeans and Malaysians.  “

Astaghfirullah! Lagi satu tragedi melanda. Kemungkinan besar ada orang Melayu Islam atas kapal tersebut, kalau tidak sebagai penumpang pun tentu ada yang mencari rezeki sebagai pekerja. Azalea menyedekahkan Al Fatihah. Semoga dosa mereka di ampuni dan roh mereka di tempatkan di kalangan para solehin.

“ Awal kau bangun” komen Sufiah yang keluar dari bilik tidurnya dengan muka sembab dan masih berbaju tidur.

“ Hurmph” dengus Azalea.  Hati nya kembali panas bila teringat kisah semalam. Sebaik sampai ke rumah, dia telah di pertontonkan dengan adegan mesra tahap nak termuntah. Di sofa tengah rumah, Imran terbaring atas riba Sufiah dan Sufiah membelai si lelaki player Malaya itu. Sampai tak sedar Azalea masuk. Puaka sangat okey! Tak cukup dengan kecelaruan kena kantoi dengan Kak Yati, kena pula hadap  dua ekor yang berani beromen dalam rumah aku. Putus selera nak makan nasi lemak.

“ Macam mana usrah semalam? Best ke?”

“ Best lagi wayang kau dengan Imran semalam” perli Azalea. Sufiah tergelak kecil

“ Bukan kita orang buat apa pun” Tak buat apa konon. Nasib baik aku balik, kalau tak entah lagi advance langkah korang. Si Sufiah ni tak malu betul. Baru kenal berapa bulan dah berani bercengkarama. Kerina dan Adam yang dah lama bercinta pun tak buat perangai macam tu.

“  Hari ini ada ceramah di Islamic Centre oleh Ustaz Luthfi dari Malaysia. Start pukul 11 nanti.” Apa apa pun perkara yang baik harus di sampaikan.

“ Kau nak pergi kah? Aku rasa malas lah. Sejuk betul kat luar tu.”

“ Sejuk atau kau ada date dengan Imran?”

Sufiah mengulum senyum. “ He he… aku nak pergi shopping dengan dia. Jealous ke?”

Azalea menjulingkan mata “ Please… sebesar atom pun aku tak jealous. Cuma aku nak cakap sikit, dia tu player. Setiap kali aku nampak dia, dia mesti dengan perempuan yang berbeza. But if you just want to have fun, go ahead. Kau bukan budak kecil, tentu kau dah pandai menilai.”

“Dia handsome, anak orang berada, good personality, mesti ramai perempuan yang kejar. Kalau dia suka kau pun, mesti kau layan kan?”

“ Kau patut masuk Maharaja Lawak bila balik Malaysia nanti! Imran is so not my type.  Simpan sajalah handsome dan kaya dia tu. Tapi kalau dia nak belikan kau perfume ke, beg atau kasut ke, jangan lupa aku kawan kau. Bak lah sini seketul. ” gurau Azalea

Sufiah cuma senyum segaris sambil menopang dagu. “Dia suka main tarik tali dengan aku. Kadang kadang  dia layan aku macam tuan puteri. Ada masa dia buat derk saja. Lelaki macam Imran ni susah nak predict. Macam mana aku nak ikat dia?”

“ You are asking the wrong person. Aku tak pandai bab pikat memikat. Kalau  sabjek untuk peperiksaan aku dapat F.  Satu saja aku nak pesan wahai Cik Sufiah! Jaga lah diri dan maruah kau. Walaupun Imran tu jerung besar, janganlah kemaruk sangat. Takkan kau nak dapat gelaran murah.com atau lelong.com.my? Kita  pelajar  senior di sini,  buruk benor lah kalau buat perangai tak senonoh.  Kita ni jauh dari mak bapak, keluarga, pegawai pencegah maksiat tapi Allah sentiasa bersama kita.” Cewahhh… dah pandai guna ayat Kak Yati lah pula. Nasib baik tak payah bayar royalti.

Azalea ke dapur untuk membasuh mug dan mangkuk  sebelum masuk ke bilik. Dia bersiap ala kadar dan menyandang beg ke bahu.

“ Aku nak ke library. See you later” ujarnya pada Sufiah yang masih termangu di ruang tamu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik nasi tambah ja si imran neh... :

Sufiah ni pun kategori 'lalang' ka

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2015 10:00 PM | Show all posts
Edited by sang_arjuna at 13-4-2015 10:06 PM

Lebih tiga jam dia berkampung di sudut kesukaannya di tingkat pertama perpustakaan dan hasilnya….. TARAAA! Siap sudah kerja kursus untuk sabjek Consumer Behaviour. Alhamdulillah, ide datang mencurah curah seperti air hujan bila dia kusyuk tanpa gangguan.  Azalea melepaskan nafas lega sambil meregang badan. Butang SAVE di tekan. Kerja mengedit dan mencantikkan layout boleh di buat kemudian. Masih ada dua hari lagi sebelum perlu di hantar untuk penilaian.

“ OMG!! 8 missed call “ Mata Azalea terbeliak sebaik melihat skrin telefon bimbit. Sudah jadi kebiasaan dia menyepikan telefon bila ingin menumpukan perhatian pada pelajaran. Berderet panggilan dari Kak Yati, Sufiah, Aishah dan beberapa nombor yang tidak di kenali. Itu belum lagi teks mesej dan Watsapp. Waduh … waduh… fofularnya aku hari ini.  

“ Aku di White Rose mall. Kau nak apa apa?” - Sufiah

“ Assalamualaikum. Ceramah dah nak mula. Lea kat mana?” – Kak Yati

“ Salam. Kak Lea mana? Kita kat Islamic Cntr. Rugi  kalau tak dtg. Ustaz Lutfi ni boleh tahan” – Aishah. Eeuww, teruk sgt taste ko dik.

Dah terlambat pun untuk ke ceramah Ustaz Lutfi, jam menunjukkan pukul 11.15 pagi. Malas lah nak masuk kalau sesi dah bermula, tak pasal pasal jadi tumpuan. Lagipun mesti ada yang upload ceramahnya  di Youtube nanti.  Lebih baik aku isi perut yang dah mula berkeroncong. Azalea memasukkan computer dan buku nota ke dalam beg dan menuju ke Subway yang tidak jauh dari situ.

Seperti biasa restoran itu agak penuh kerana selain menyediakan sajian halal dengan harga berpatutan, wi fi juga percuma. Kira heaven lah untuk pelajar Islam.  Selesai membeli sandwic chicken teriyaki, dia mencari meja kosong.  Nasib baik masih awal dan “ lunch crowd” belum datang, kalau tidak terpaksa lah berkongsi meja. Gerak gerinya di perhati oleh seorang lelaki berjaket hitam dan bertopi yang duduk di kaunter sebelah pintu.

Sambil mengisi perut, Azalea melayari internet.  Blog blog kegemarannya di baca sebelum membuka email . Dadanya tiba tiba berdebar. Uh -0h…..

“ Assalamualaikum. Yessssss! Finally! Syukur pada Allah yang membukakan hati seorang Nur Azalea. Next step… akad nikah. Perkara wajib harus di percepatkan.” – Zhafran

Azalea mengetap rahang. Tak sabar sabar pakcik ni. Gatal bebenor ya nak kahwin. Kak Yati pun satu, tak menyempat nak bagi laporan terkini. Terdetik ide nakal di kepala.

“Waalaikumsalam.  Bila? Lagi cepat lagi bagus. Can’t wait to be with you. ” Butang Send  di tekan dan warkah ringkas melayang melalui alam maya. Ha… ambik ko!  Azalea menghabiskan sandwich dan meneguk kopi yang sudah suam sebelum jari nya kembali ke papan kekunci.  Email yang di hantar tadi di buka semula dan jari nya rancak menaip.

“ Ooops! Sorry, tersilap hantar. Email tadi sebenarnya untuk my friend Kerina yang nak datang bercuti di sini. “ Apa agaknya reaksi Zhafran bila sedar dia kena trick. Kihkihkih

Tanpa di sedari, lelaki berjaket hitam bangun menghampiri meja Azalea. “ Assalamualaikum”

Belum sempat  email kedua di hantar, Azalea keras membatu depan komputer. Aku kenal sangat suara itu.  Innalillah! Matilah akuuuuuu! Senyum nakal yang bermain di muka lelaki itu merenggut jantung. This is so not happening! Azalea menenyeh mata. Mukanya terasa pijar. TOLOOONNGGG! Zhafran menarik kerusi berhadapan Azalea yang menikus di tempatnya. Wajah comel yang kebingungan itu di tatap. Rindu sekian lama terubat sudah.

“ Insyaallah, kita nikah masa cuti Krismas nanti ya. Nanti I bagi tahu our parents. Don’t worry, I will do all the arrangements with the Malaysian High Comm.  Masjid , Kadi  semua I akan cari. You bawa diri you saja”

“ Awak…you … What…. are you doing here?” Suaranya hampir tak terkeluar dari kerongkong

“ Meeting my future wife lah. Nak seal the deal, kata orang. Apa lagi?” Zhafran menjungkitkan kening.

“ Er… tadi tu.. I main main saja..”

“  Tak boleh tarik balik.  I dah ada bukti bertulis. Jangan mungkir janji kalau tak nak I saman.  You nak main main? I see you in court” Wajah Zhafran tetap serius biarpun perutnya keras menahan tawa melihat Azalea terkulat kulat.

“Sejak bila jadi lawyer ni? Nak saman saman orang konon. Dasar dictator kuku besi!”

“ Lea, don’t play games. I ajak you bina masjid, I nak kita sama sama tambah pahala dan perbaiki ibadah. Kalau you tak sayang I macam I sayang you pun tak apa. Tapi I nak you bagi kita berdua peluang untuk ikut sunnah Rasulullah  saw, supaya makin ramai umat nya, dan kita makin hampir dengan redha Allah. Tak rugi kan?” Suara Zhafran yang penuh kasih melembutkan hati Azalea. Kalau Zhafran jadi penceramah tentu Aishah, Intan dan kawan kawan usrah cair macam ketulan ais di tengah padang pasir. Haisyyy… aku tak boleh tolak tuah. Tanpa di paksa bibirnya mengukir senyum. Pandangannya tiba tiba kabur bila matanya berladung.

“ Tak.. tak rugi. Terima kasih. Alhamdulillah. “
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 10:16 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 13-4-2015 10:00 PM
Lebih tiga jam dia berkampung di sudut kesukaannya di tingkat pertama perpustakaan dan hasilnya…..  ...

wah..satu kejutan untuk lea...
pandai betul zafran tu ek
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 10:17 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 13-4-2015 10:00 PM
Lebih tiga jam dia berkampung di sudut kesukaannya di tingkat pertama perpustakaan dan hasilnya…..  ...

wah..kejutan utk lea dari zafran..sweet..sweet

sorry..terdouble plak post aku nih
bukan salah aku..salah forum cari nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2015 10:24 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-4-2015 10:16 PM
wah..satu kejutan untuk lea...
pandai betul zafran tu ek

nak jadi hero kenalah pandai.... hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkono lg leya... Good job zhafran...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 07:31 AM | Show all posts

ok laa Zhafran... cam payah nak terima dia ni.. mcm rasa Muaz gak hero cite ni... redha dan pasrah huwaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2015 09:37 AM | Show all posts
Itu la kan...macam nk lea ngan muaz jugakk

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 09:53 AM | Show all posts

sambung lagi ....  

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 09:59 AM | Show all posts
biar la Lea dgn Zhaf..

Muaz dh diberi peluang tapi dia sia2kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 02:52 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 13-4-2015 10:00 PM
Lebih tiga jam dia berkampung di sudut kesukaannya di tingkat pertama perpustakaan dan hasilnya…..  ...

pengsannnnnnnnnnnnnnnn baca ayat si zaf ni



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.056882 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list