|
|
[Tempatan]
PM umum harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter. RON97 pun naik 15 sen
[Copy link]
|
|
|
matchstick posted on 2-9-2013 11:54 PM 
lpas ni semua benda la naik, rega tiket bas ekspress baru berapa bulan jah naik. ni x lama naik lagi ...
harga letrik naik lagi dan GST rakyat akan dilaksanakan... here will come... hanya UMNO BN sahaja mampoooooo memerintah... syukur laa dapat BRIM RM600 dekat2 PRU semula 5 tahun lagi nanti...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
airiscomei posted on 2-9-2013 11:58 PM 
banyok mana ko nak bagi BR1M tu jibb?....
setakat RM 1200 mana cukup nak tampung kos petrol yang ko naikkan tu...
kalau RM 5000 ok la kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rega minyak naik, claim milage kat ofis aku sama juga dari 6 tahun lepas smpai la ni.
tima kasih BN kerajaan prihatin. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
airiscomei posted on 3-9-2013 12:02 AM 
comelnya budak ini
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

elok gak Che Det...sekali naik 1,2 sen je.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
GuaAnakMelaka posted on 2-9-2013 11:57 PM 
menyirah darah darah tgk jibb ngan mah gelakkan rakyat...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sapp73 posted on 3-9-2013 12:00 AM 
ntah tapi adalah kena mengena dengan minyak naik harga...berebut nak masuk lane agaknya...
owh kesahnya...pasal kenaikan minyak juga rupanya...
tp kesian sangat dgn rakyat...golongan mcm nila yang ramai...bila minyak naik esok..berebut hari ni nak isi...sanggup berebut sebab tak sanggup terima kenaikan esok dan seterusnya...
sedih bila pemimpin mcm najib duk kata brim rm500 cukup setahun untuk penerima(rakyat dia)...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
airiscomei posted on 3-9-2013 12:02 AM 
Aku rasa nak tempeleng jer budak ni...takat kxtxx kau pun mak nampak beli...lagi bising org komplen....ptuiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Credit to Are-Long...
Harga minyak naik ? Sakit hati ? Frust ? Dan macam-macam lagi perasaan yang bercampur-baur ? Tak dinafikan...memang lah semua tu ada, sama macam apa yang penduduk Penang rasa baru-baru ni bila Lim Guan Eng naikkan surcaj air 100% .Tapi dalam masa yang sama, mereka yang layak terima BR1M dikatakan akan dapat bantuan yang lebih berbanding jumlah yang diterima sebelum ini. Jadi pengumuman PM tentang kenaikkan harga minyak ada pro dan kontranya.Kali terakhir minyak dinaikkan ialah pada penghujung tahun 2008, jadi lebih kurang 4 tahun setengah rakyat Malaysia menikmati harga minyak RM1.90 seliter selama 4 tahun setengah walaupun dalam tempoh tu harga minyak dunia adakalanya naik mendadak.Sebenarnya, kenaikkan harga minyak ni boleh dijangkakan kalau melihat kepada trend peningkatan harga minyak sedunia. Maka bila harga minyak dinaikkan kerajaan maka timbullah macam2 persepsi terutama dari yang di sebelah sana, tak kurang juga dari mereka yang menyokong kerajaan.Ramai yang bimbang bila harga minyak naik, maka macam2 harga lagi akan naik. Tapi bila minyak turun, harga yang dinaikkan tadi tak pula turun. Oleh yang demikian diharapkan kerajaan perlu ada mekanisma untuk mengawal kenaikkan-kenaikkan yang lain.Kita faham kenaikkan harga pasti berlaku apabila permintaan melebihi bekalan yang ada. Itu adalah teori ekonomi yang asas. Jumlah kenderaan pada tahun 2008 bukannya makin sedikit tetapi makin bertambah. Apabila kenderaan makin bertambah, permintaan terhadap bahan bakar kenderaan juga bertambah.Bila dibangkitkan soal "supply-demand" ni , maka akan ada pula yang akan mempersoalkan status Malaysia sebagai negara pengeluar minyak . Soalnya sekarang adakah "argument" Malaysia sebagai negara pengeluar minyak boleh diguna pakai apabila negara ini menjadi "crude oil nett importer" dan bukan lagi "nett exporter". Maksudnya minyak yang kita eksport kurang dari minyak yang kita import.Timbul pula cerita kenapa minyak yang kita "export" tu tak diguna pada rakyat negara ini saja ? Mungkin ramai yang tak tahu atau terlupa minyak di Malaysia adalah dari jenis bermutu, atau orang dalam industri panggil "sweet crude" , bila bermutu ia diguna dalam industri-industri tertentu dan bukan untuk jadi bahan bakar kenderaan darat.Yang jadi bahan bakar kenderaan darat ialah dari jenis "sour crude" , yang jenis ini lah kita import, yang kita eksport ke luar ialah jenis "sweet crude". Apa jadah rakyat Malaysia naik kereta isi minyak dari jenis "sweet crude" sedangkan ia boleh dijual ke luar dan bagi pendapatan lebih pada negara. Senang cerita macam ni la..kita bawak kereta kancil tapi isi minyak yang kelasnya untuk F1 punya perlumbaan.Gua pun sedih minyak naik harga, tapi itu lah ada pro dan kontra. Kita lihat kenaikkan ni berlaku pun akibat kenaikan di seluruh dunia. Malaysia terikat dengan harga minyak dari negara2 yang kita import minyak jenis "sour crude" dari mereka. Pilih Pakatan yang janji boleh turun harga minyak? Come on lah...Guan Eng sebelum ni pun dah janji harga air kat Penang takkan naik, last-last lepas secure Penang, naik jugak..Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dari laman FB - https://www.facebook.com/notes/m ... ingkat/426404045937
""Mak...besar nanti Atan (bukan nama sebenar) nak jadi Perdana Menteri", kata anak pada si ibu yang sedang sibuk menganyam tikar untuk dijual dipasar tani. "Bagus la Atan kalau kamu bercita-cita macam tu" balas si ibu pada Atan.
"Tapi.." kata si ibu yang masih lagi menganyam tikar sambil memandang jauh ke anak mata si anak."Jangan kamu menindas rakyat" sambung si ibu lantas si anak terus bangun dan merapati si ibu tadi."Kenapa mak cakap macam tu?" Atan bertanya.
"Atan tau kan kita hidup susah? tanya si ibu pada Atan. "ayah dah lama pergi, kita ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
"Atan memang tau kita hidup susah mak" balas Atan."Sebab tu Atan nak jadi Perdana Menteri" jawab Atan sambil tersenyum.
"Jadi Perdana Menteri boleh bawa mak jalan-jalan, makan sedap-sedap, duduk rumah besar" kata Atan lagi. Si Ibu merenung jauh, memang betul kata Atan, tak perlu jadi Perdana Menteri,jadi ketua cawangan pun dah boleh beli macam-macam. Macam anak Pak Abu, baru jadi ketua cawangan Kampung Ngok Ngek, dah pakai kereta besar, menjalar-jalar. Itu belum lagi anak Pak Tam, jadi ketua bahagian Kuali Hitam, rumah mengalahkan istana sultan.
Si ibu mengusap rambut si anak, Atan yang baru berumur 6 tahun tak mengerti lagi erti hidup.Apa yang dilihat itu yang ditafsir. Yang tersirat belum lagi dapat di rungkai oleh Atan.Atan belum lagi perlu memikirkan mengenai perbelanjaan rumah.Gula nak dibeli, beras nak dibeli, minyak motor nak menghantar tikar ke pasar tani perlu diisi. Mujurlah rumah ini tak perlu disewa, biarlah buruk, asalkan ada tempat untuk berteduh tinggalan arwah suami. Tiba-tiba airmata si ibu tadi menitis, mengenai pipi si anak yang berada dalam ribaannya. "Kenapa mak menangis?'' tanya Atan. Si anak tak mengerti, jerih perit menjalani kehidupan yang semuanya memerlukan kuasa wang. Lantas si ibu mengusap cepat-cepat airmatanya. "Takde apelah Atan, mata mak masuk habuk tadi" jawab si ibu.
Si ibu menjeling ke arah dapur, gula dah kehabisan, beras tinggal 2 cupak lagi, cukuplah untuk sehari dua. Tikar yang telah siap nak dihantar ke pasar tani esok. Minyak motor cukup sekadar untuk pergi, tapi balik belum tentu lagi. kalau jualan bagus, dapatlah beli sedikit barang dapur. Dapat untuk membeli buku mewarna untuk Atan.
Si ibu sayu, memikirkan tentang perbelanjaan rumah. Takkan hari-hari makan ikan kering berkuahkan kicap?. Nasib baiklah air diambil dari perigi. Perigi yang digali oleh arwah suami, tak perlulah risau untuk bayar bil air. Cuma bila malam, rumah usang ini hanya bertemankan pelita, nak harapkan cahaya dari lampu neon?..jauh sekali.
Cuma bila ada pilihanraya, ramailah wakil-wakil dari parti politik datang. Mewahlah sedikit hidup, dapat beras, gula, tepung, biskut kadang-kadang duit pun dapat. tapi itu cuma sementara, habis pilihanraya semuanya hilang, janji yang ditabur lenyap bersama empunya mulut. Apa boleh buat, dah nasib, pujuk hati si ibu tadi.
Mereka orang kaya, semua YB-YB, tak perlu pikir tentang nak beli gula, susu, beras dan minyak. Mereka banyak duit, fikir si ibu tadi. Aku perlu bekerja beras untuk semua tu. Tapi bila harga barang naik, aku tersepit. Nak mengadu?, sekadar mengadu tapi tindakan macam kura-kura. Lembap!.
"Atan, nanti bila Atan sekolah, Atan belajar sungguh-sunguh tau" ujar si ibu.
"Atan janji mak, Atan akan belajar sungguh-sungguh, Atan nak belajar setinggi yang boleh mak" balas Atan.
"Tapi nak..belajar biarlah tinggi-tinggi..tapi jangan jadi bodoh bertingkat-tingkat" kata si ibu. "Maksud mak?" tanya Atan.
"Atan kalau nak jadi Perdana Menteri, kena fikir masalah rakyat, jangan bebankan rakyat" kata si ibu. "Sebab, nak jadi perdana Menteri kena Belajar tinggi-tinggi, tapi jangan bodoh bertingkat-tingkat" kata si ibu lagi.
Atan mula berfikir, apa yang pasti, Atan masih tidak mengerti maksud si ibu. Sengaja si ibu membiarkan Atan berfikir. "Ingat nak...belajarlah tinggi-tinggi..jangan bodoh bertingkat-tingkat". pesan si ibu pada Atan.
Atan melihat mata si ibu... " |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
flapjack posted on 3-9-2013 12:02 AM 
banyok mana ko nak bagi BR1M tu jibb?....
setakat RM 1200 mana cukup nak tampung kos petrol yan ...
daripade brim 5000...baik turunkan harga barang2 dan minyak...lagi boleh jimat banyak....
dari start tahun ni aku dah tak dapat saving banyak....dolo2 aku boleh saving kat bank dalam 500 hengget....masuk je tahun 2013,saving dalam 200 je....lepas ni tak taw la ...bape sen aku dapat saving kat bank
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
korg bising2..Najib & Anwar rilex ja layan tea...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
airiscomei posted on 3-9-2013 12:09 AM 
daripade brim 5000...baik turunkan harga barang2 dan minyak...lagi boleh jimat banyak....
dari st ...
wow banyaknya saving, aku dah 5 tahun cuma saving 50 ringgit je sebulan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kazaraf posted on 3-9-2013 12:06 AM 
bukan mngamuk sbb naik harga minyak ni..
ni msti gaduh psl nak masuk lane isi minyak.. potong q p ...
kat mana ni?
nak untung 8 ringgit teruk rugi beribu...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bila penipu berbicara....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|