|
Agak2...apa maksud eddie nih call Jiha...? adakah eddie mengenali Jiha? & adakah eddie gak yg pi godam laptop Jiha?....
Jgn tetiba eddie syiok kat fahmi udahler yo... |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 14-3-2013 02:17 PM
Agak2...apa maksud eddie nih call Jiha...? adakah eddie mengenali Jiha? & adakah eddie gak yg pi god ...
Eddie syiok kat fahmi pastu panggil kak syirah bagi tazkirah hikhikhik
|
|
|
|
|
|
|
|
khaizarina posted on 14-3-2013 03:06 PM
Eddie syiok kat fahmi pastu panggil kak syirah bagi tazkirah hikhikhik
hahaha... lawak! Jgn tak tahu, kak syirah baca novel ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
khaizarina posted on 14-3-2013 03:06 PM
Eddie syiok kat fahmi pastu panggil kak syirah bagi tazkirah hikhikhik
Miahahah...mukan fahmi ke patut tazkirah eddie...? baru kena ye x? ahaks...kalu si syirah mau emo jek bg tazkirh....
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 14-3-2013 03:40 PM
Eh, novel baru 2... bad boy dpt PLK, bad girl dpt maulana. Adil ler tuuu!
Yg ke-3 ni, mana t ...
Ahaks...
Sedih tau baca PLK pasal hanan dalam delima nak berjodoh ngan si fareez tuh...sian abg amir tau...(suka lg watak abg amir...ahaks...)... tingat delima abg iqbal kena berjodoh ngan adra...alahai...
Lantak lady le sapa2 pom jodoh si Jiha nih...lgpun, inikn lady nyer novel..paswah aje ler...harp2 fahmi akn dpt seorg isteri yg lebih2 baik dr Jiha...caya lu Fahmi aka Mujahid the Warrior....
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 14-3-2013 03:50 PM
Miahahah...mukan fahmi ke patut tazkirah eddie...? baru kena ye x? ahaks...kalu si syirah mau emo ...
Semakin terbakar ler syurganya eddie...
Disebabkan kat LD sgt membosankan dgn para politikus, lady sambung...
BAB 22
Rumah Dona, Gombak.
"Dona! Dona! Jiha datang ni..."
Berkali-kali makcik Anushia mengetuk pintu bilik Dona namun Dona enggan membuka pintu. Nampaknya Dona masih marahkan aku. Panggilan aku pun Dona tak mahu jawab. Aku benar-benar dihimpit rasa bersalah. Sungguh aku tak menduga akan begini jadinya segala perencanaan aku. Aku tidaklah menyalahkan Fahmi. Aku tahu Fahmi sekadar mahu memujuk Dona.
Aku pula serba-salah duduk di ruang tamu. Tak tahu mana mahu kularikan wajahku. Hai... mamat ni kenapa tak sudah-sudah merenung aku?
"Apa yang berlaku?" Rahul menyoal setelah puas matanya meratah wajahku. Aku hanya mampu bersungut di dalam hati sahaja.
"Tak ada apa-apa..." Aku berdalih. Rahul mentertawakan jawapan yang aku beri. Aku menggigit bibir. Aku tahu dia mengesyaki sesuatu. Kemudian aku lihat Rahul bangun dan meninggalkan aku. Telingaku pula masih lagi menangkap suara makcik Anu memanggil-manggil nama Dona.
Beberapa minit kemudian Rahul menjengah lagi di ruang tamu. Dia menghampiri aku. Kemudian tiba-tiba saja tangan aku diheretnya. Aku kaget. Urbannya mamat ni... Eh, dia bukan Islam, jadi segala perlakuannya padanya tentu tiada apa-apa. Bahkan ia adalah suatu norma kehidupan di barat. Mungkin dia terlupa bahawa dia berada di Malaysia, dan aku gadis Melayu yang beragama Islam!
Puas aku meronta-ronta namun aku terus diseret menaiki mata tangga. Aku terpaksa akur akhirnya. Tanganku dilepaskannya sebaik saja makcik Anu menoleh. Tiba di muka pintu bilik Dona, Rahul mengeluarkan kunci dari kocek seluarnya. Dan akhirnya pintu bilik pun terbuka.
"Dona!" Suara jeritan makcik Anu mengejutkan aku. Aku segera menjengahkan kepala ke bilik. Dan aku melihat Dona terbaring atas lantai. Kami berkejaran mendapatkan Dona.
"Kenapa ni Dona?" Makcik Anu menangis sambil menggoncang tubuh Dona. Rahul memandang aku dengan pandangan yang penuh bermakna. Mungkin sekarang dia percaya Dona benar-benar sakit. Dan sakit Dona bukan sembarangan. Nampaknya Dona semakin tenat.
"Let's bring her to the hospital." Rahul mendapatkan Dona. Tubuh adiknya itu mahu diangkatnya.
"No! I don't want." Tiba-tiba Dona bersuara. Aku pandang Dona. Dona menggeleng kepadaku seolah-olah meminta aku membantunya untuk tidak dibawa ke hospital.
"Err... Mungkin tak perlu. Dona migrain saja. Lepas makan ubat nanti Dona akan ok." Lekas lekas aku menghalang Rahul. Rahul pandang aku dengan pandangan yang tajam. Aku segera menunduk. Aku tahu dia marah dengan tindakan aku itu.
**********
Last edited by ladyFinger12 on 14-3-2013 04:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
"Thanks Jiha, sebab tak beritahu famili aku. Nasib baik kau ada." Tutur Dona setelah abang dan emaknya keluar dari bilik.
"Don't mention it. Tapi aku harap kau maafkan aku sebab beritahu Fahmi tentang penyakit kau." Aku mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Memang tujuan aku ke sana untuk memohon maaf dari Dona yang entah kali ke berapa. Puas aku menghantar permohonan maafku melalui mesej pesanan ringkas namun Dona tetap tak membalas.
Alhamdulillah... Apa yang berlaku sebentar tadi merupakan peluang untuk aku berbaik semula dengan Dona. Pantas tubuhnya aku peluk dan pipinya kucium-cium.
"Ehem!" Suara Rahul berdaham memeranjatkan aku. Bila pula dia masuk?
"Air..." Rahul menghulurkan segelas air putih kepada Dona. Kemudian dia ambil pula botol ubat yang terletak atas meja. Agak lama juga dia membaca pada label botol ubat sebelum dia menyerahkan botol itu kepada aku. Aku dan Dona saling berpandangan.
Botol ubat yang dihulurkan Rahul, aku ambil. Aku pandang wajahnya sekilas. Lelaki itu merenung aku dengan sebuah pandangan yang penuh persoalan. Seolah-olah ada sesuatu yang ingin dia tanyakan kepadaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Ruang makan.
8.00 malam.
Setelah apa yang berlaku kepada Dona hari ini, aku semakin bimbangkan kesihatannya. Dona pula berterusan mendesak aku bermalam di rumahnya. Sebenarnya aku sudah bertekad untuk tidak bermalam di rumah Dona lagi setelah Rahul pulang.
Nampaknya tekad aku tak lama bertahan. Permintaan Dona tak mampu aku kecewakan. Akhirnya aku akur lagi tapi kali ini aku akan berkongsi bilik dengan Dona. Bilik yang dulunya menjadi bilik aku, kini sudah bertuan.
Mana mamat tu? Harap-harap dia dah keluar. Aku bermonolog. Aku sebenarnya tak mahu bertemu dengan Rahul. Malu aku kalau diingat peristiwa hari itu. Bersusah-payah aku menjaga auratku, senang senang saja dilihat oleh lelaki itu. Aku sebenarnya sangat kesal dengan apa yang telah terjadi. Aku tak boleh nak salahkan Rahul, tapi bukan salah aku juga. Sebenarnya aku tak tahu nak marahkan siapa....
"Makanlah Jiha. Kenapa termenung?" Teguran dari makcik Anushia mematikan lamunan aku.
Duhh... depan rezeki pun aku masih bermenung. Dona kemudiannya duduk di sisi aku. Seminit kemudian lelaki yang cuba aku hindari itu muncul. Adehhh...
Ah... susahnya aku nak makan macam ni. Aku sungguh tak selesa. Rahul duduk betul-betul depan aku. Aku tahu dia tak sudah-sudah mereling aku. Aku cuba buat buat tak tahu dan berbual mesra dengan Dona dan makcik Anu seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku antara aku dan Rahul.
Seperti biasa, sambil mengemas tempat makan, aku dan Dona bercerita dan bergelak ketawa. Aku rasa lebih selesa apabila Rahul sudah beredar sejurus kami habis makan malam. Makcik Anu sudah kusuruh pergi berehat. Usai mengemas, aku dan Dona menuju ke bilik. Dona terlalu gembira nampaknya hari ini. Dan aku juga sudah tentu gembira apabila hubungan persahabatan kami kembali pulih.
"Aku tahu... kau mesti rindu kat aku kan? Merajuklah konon." Aku mengusik Dona ketika kami beriringan menuju ke biliknya setelah siap semua kerja-kerja mengemas dapur.
"Ye.... aku memang rindu sangat sangat kat kau." Dona tertawa.
"Aku pun rindu kat kau sebab tu aku datang cari kau." Aku peluk tubuh Dona kejap-kejap. Aku memang terlalu sayangkan Dona. Tiba-tiba Rahul keluar dari biliknya. Dia terpaku memandang kami. Aku segera melepaskan pelukanku kepada Dona.
**********
esok ler pulak yee....
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 14-3-2013 04:24 PM
Ahaks....mana tau Fahmi dgn gaya warak & percakpannya mampu menyetpkn eddie...yg syirah toksah ler ...
entah2 eddie tu adik ke abg si syirah tu tak?? jeng jeng jenggggggg
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum & Selamat Pagi...
Pesanan Daripada Mujahid tentang cinta...ecewah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 15-3-2013 08:17 AM
Iols pun Team Eddie.....
Walaupun kalau Jiha kawen dengan Eddie...kalau diorang...err...kalau. ...
Apa kalau2....manyk ler kalau nyer...kalau x berjodohn ler tuh...
Aku kalu boleh biar 3-3 hero tuh semua x dpt senang citer....
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|