“apa pendapat mama dan papa tentang Aliff?” soal Shazrina ketika dia dan ibubapanya sedang menonton televisyen. Seketul epal yang dipotong diambil dan dimasukkan ke dalam mulut. Dikunyah buah tersebut perlahan. Encik Tarmizi dan puan Rogayah tersengih mendengar persoalan dari anak gadisnya. Mereka sudah mengagak pertanyaan itu bakal dikeluarkan dari mulut Shazrina malam ini.
“tak menyempat-nyempat nak tahu...” usik puan Rogayah dengan senyuman nakal. Mak Timah berada dibiliknya. Barangkali sedang berehat setelah penat seharian menguruskan rumah mereka.
“kalo papa tak berkenan macam mana?” duga encik Tarmizi pula. Sengaja menyakat Shazrina yang jelas tidak sabar-sabar untuk tahu pandangannya terhadap Aliff.
“ala papa dan mama ni...cakap la betul-betul!” rengek Shazrina geram. Hatinya dah la gelabah mengalahkan biawak. Boleh pulak mama dan papanya main-main. Ketawa encik Tarmizi dan puan Rogayah bergabung. Kelakar melihat reaksi Shazrina yang jelas teramat gelisah.
“Shaz betul-betul suka kat Aliff?” soal puan Rogayah tenang. Shazrina mengangguk laju. Cukup berkeyakinan dengan jawapan yang diberi. Ditepis segala rasa malu dan segan untuk berbincang tentang masa depannya.
“Shaz suka kat Aliff mama... mama suka tak kat dia?”
“hmm...suka la. Mama berkenan sungguh budak Aliff tu. Baik budaknya. Pandai anak mama pilih bakal suami yer!” giat puan Rogayah lagi. Shazrina tersengih-sengih bak kerang busuk. Tersipu-sipu dia dengan pujian mamanya.
“papa pulak macam mana? Okey?” soal Shazrina pula.
“papa okey je... kalo anak papa suka, mama suka, papa no hal. Asalkan Shaz bahagia.”Luah encik Tarmizi. Shazrina sedikit terharu mendengar jawapan papanya. Terasa kasih sayang seorang bapa yang kukuh untuk anaknya.
“Shaz dah tahu ke belum?”
“tahu apa papa?” wajah Shazrina sedikit berkerut... tertanya-tanya benaknya dengan persoalan dari encik Tarmizi.
“tadi papa dan mama dah bincang dengan Aliff... dia setuju nak mengikat tali pertunangan kamu berdua lagi dua bulan? Shaz okey tak? Kalo tak boleh kita tunda semula tarikh tu.” Jelas encik Tarmizi tentang perkara yang sudah dibincangkan tadi. Namun dia yakin Shazrina sudah tahu tentang perkara itu. Semestinya Aliff sudah berbincang dahulu dengan Shazrina sebelum mengambil kata sepakat tengahari tadi.
“ooo pasal tu... Shaz dah tahu. Kami dah bincang sebenarnya tarikh tu. Papa dan mama okey je kan tarikh tu.” Encik Tarmizi dan puan Rohayah mengangguk tanda tidak kisah dengan tarikh yang dipilih.
“papa...mama...” panggil Shazrina sedikit gugup. Dia tahu dia patut beritahu perkara sebenar tentang siapa Aliff yang sebenar kepada ibubapanya. Dia mahu membersih nama Aliff yang pernah terpalit kotor suatu ketika dahulu dek sikap keji Farah! Encik Tarmizi dan isterinya menghalakan pandangan kearah wajah anak gadisnya yang sedang melihat mereka silih berganti.
“hmmmm?” soal puan Rogayah.
“papa dengan mama ingat tak Aliff...”
“apa pulak tak ingat... baru je kan jumpa tengahari tadi. Kenapa?” spontan jawapan dari mulut puan Rogayah muncul. Langsung tidak terfikir dengan mendalam pertanyaan anaknya. Encik Tarmizi sependapat dengan isterinya.
“bukan Aliff ni... Aliff kekasih Shaz masa zaman sekolah dulu.” Tekan Shazrina. Dia memberanikan diri memandang wajah mama dan papanya. Encik Tarmizi dan puan Rogayah sedikit tersentak dengan kata-kata Shazrina. Mereka sekadar ingat-ingat lupa sahaja kisah hampir 10 tahun yang lepas. Namun, mereka masih ingat pelajar sebaya dengan anak gadisnya itu merupakan pelajar nakal yang bakal merosakkan masa depan anaknya.
“kenapa tiba-tiba ungkit pasal budak tu?” encik Tarmizi mula bersuara apabila diam sejenak memikirkan Aliff yang dimaksudkan. Kebetulan pula nama kedua-dua kekasih anaknya ialah Aliff.
“Aliff tu dengan Aliff yang mama dan papa jumpa tengahari tadi sebenarnya adalah orang yang sama... Aliff yang dulu mama dan papa sangka budak tak senonoh, budak jahat, budak tak ada masa depan itulah yang mama dan papa jumpa tadi.” Luah Shazrina dengan nada tersekat-sekat. Ada rasa sebak mula menguasai dirinya. Bukan niatnya untuk mengungkit kisah lampau mahu pun memalukan mama dan papanya namun dia mahu menegakkan kebenaran bagi pihak Aliff. Maruah Aliff yang pernah dipijak oleh keluarganya perlu dimartabatkan semula. Itulah azamnya selama ini. Dia mahu buktikan pada mama dan papa siapa Aliff yang sebenar! encik Tarmizi dan puan Rogayah terkesima dengan kata-kata dari Shazrina. Mereka memandang antara satu sama lain sebelum terkebil-kebil mata mereka memandang kearah Shazrina.
“Aliff tu dengan Aliff tengahari tadi orang yang sama? Banyaknya dia berubah!” tingkah puan Rogayah seolah-olah tidak percaya dengan kenyataan yang muncul dari mulut anaknya. Ada rasa bersalah mula menjerut hatinya.
“dia bukan banyak berubah mama.... dia memang macam tu dari zaman sekolah lagi! apa yang mama dan papa dengar sebelum ni tu semua kenangan lalu dia. kisah silam sebelum dia bercinta dengan Shaz! Masa Shaz bercinta dengan dia memang dia dah banyak berubah. Tapi Shaz tak sempat nak beritahu mama dan papa kebenarannya.. Shaz harap papa dan mama tak akan pandang rendah lagi terhadap Aliff. Dia betul-betul orang yang baik!” minta Shazrina. Digenggam tangan mama dan papanya erat. Meminta pengertian dari kedua ibubapanya. Dia tidak salahkan mama dan papa dalam hal 10 tahun yang lepas. Dia tahu mama dan papa buat semua itu kerana sayangkannya. Apa yang diberitahu hari ini sekadar untuk membersih nama baik Aliff sahaja.
“mama dan papa minta maaf yer sayang... mati-mati mama ingat Aliff zaman sekolah dulu pelajar yang jahat. Mama halang kamu berdua bercinta pon pasal mama tak nak ada benda tak elok berlaku terhadap Shaz... Shaz patut faham perasaan mama apabila ada orang beritahu anak mama bercinta dengan orang yang jahat. Mama buat semuatu untuk keselamatan anak mama jer!” terang puan Rogayah pula. Dipeluk erat anaknya. Dia rasa bersalah dengan apa yang pernah dibuat suatu ketika dahulu.
“papa pon sama Shaz... kami ingatkan Shaz betul-betul bercinta dengan pelajar nakal sekolah. Papa tak terniat pon nak marah Shaz, nak hina Aliff. Kalau papa tahu Aliff bukan macam tu, papa sesekali tidak akan hina dia.. papa buat macam tu dulu pon sebab sayangkan Shaz. ” Sambung encik Tarmizi pula. Shazrina tersenyum kecil dengan luahan perasaan mama dan papanya. Gembira bila melihat kedua orang tuanya mula sedar kesilapan mereka dan menarik balik kata-kata hinaan terhadap Aliff suatu ketika dahulu.
“Shaz cakap semua ni bukan sebab nak mama dan papa rasa bersalah or minta maaf pon. Shaz Cuma nak mama dan papa tahu yang Aliff masa zaman sekolah dulu bukanlah budak jahat. Itu jer.. jadi mama dan papa tak payah rasa bersalah sebab Shaz faham perasaan mama dan papa yang risaukan Shaz. Lagi pon semua ni hanya Shaz je yang tahu. Aliff tak pernah tahu pasal ni. Jadi mama dan papa tak payah risau yer.” Pujuk Shazrina lembut. Ditepuk-tepuk tangan mama dan papanya perlahan. Encik Tarmizi dan isterinya mengeluh lega. mereka mendoakan semoga jodoh Aliff dan Shazrina berkekalan hingga ke syurga.
Last edited by misssakura on 24-12-2012 11:52 AM
|