CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Aahil_adha

Fatwa Ulama Warisatul Anbiya terhadap Fahaman Hulul dan Wahdatul Wujud

[Copy link]
Post time 15-11-2012 07:04 PM | Show all posts
NorAddin posted on 15-11-2012 06:51 PM
salam

Kewujudan Nur Muhammad d'dalam ilmu Tasauf ..

Ada bermacam-macam bentuk kewujudan Nur Muhammad dalam pelbagai macam ilmu tasawuf.
Kewujudan yg macam mana anda maksudkan ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2012 07:14 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 15-11-2012 07:04 PM
Ada bermacam-macam bentuk kewujudan Nur Muhammad dalam pelbagai macam ilmu tasawuf.
Kewujudan yg  ...

salam

takpa .. so long ente percaya akan kewujudan Nur Muhammad ada ..
ana amat bergembira .. dan ucapan .. syukran .. alhamdulillah ..

tentang bermacam macam bentok itu ..
pada ana itu darajat kefahaman masing masing ..
basically d'existance of Nur Mohammad itu exist ..

wassalam


p/s ..
pada sekelian yang ada ana harap
tidak ada perselisihan tentang Nur Muhammad ini ..
kerana darajat fahaman yang berbeza ..
kerja sama harap d'maklum ..
case closed



Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 08:35 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 15-11-2012 02:48 PM
diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Ad Dalaail [Dalaail An Nubuwwah hal. 5/488-489]

Rujuk post a ...

Kamu mmg tak tau bahasa kot...main copy paste je

'Abdurrahman ini lemah menurut kesepakatan ulama hadis dan sering sekali salah. Riwayat ini juga dinukilkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-Nubuwwah dengan rantaian perawi yang sama dengan al-Hakim iaitu daripada Abu al-Harith ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari daripada Ismail bin Maslamah daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daripada ayahnya, Zaid bin Aslam daripada Aslam daripada Umar al-Khattab. Setelah mengemukakan riwayat ini, al-Baihaqi memberikan komentarnya: “Hanya Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan cerita ini dan dia seorang yang dha’if.” (Dala`il al-Nubuwwah, jil. 5, hal. 489)
Dho'if dan Palsu jauh bezanya @Nazrulism ! yg palsu tu kamu, lihat yg ni

Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…
Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam ra laku pulak, Imam Malik ra menerima beliau, kalau tak thiqah mau ke tidak beliau diterima ?!


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 10:14 PM | Show all posts
callmeuncleusin posted on 15-11-2012 08:35 PM
Kamu mmg tak tau bahasa kot...main copy paste je

Dho'if dan Palsu jauh bezanya @Nazrulism ! yg ...

... bengong !

Pada Baihaqi, memang lah setakat dhoif... sebab tu dimasukkan dalam Dalail Nubuwahnya. Jika beliau tahu itu hadith palsu... ko fikir Baihaqi nak masukkan ker dalam kitabnya itu ?

Lihat komen yang lain2 pula;

1. Komen al-Haitsami (dalam Majma' az-Zawa'id):

رواه الطبراني في الأوسط والصغير وفيه من لم أعرفهم
Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Ausath dan ash-Shaghir, dan padanya terdapat perawi yang tidak aku ketahui.

2. Adz-Zahabi dalam komentarnya terhadap Kitab al-Mustadrak membantah dengan mengatakan riwayat ini adalah palsu, kerana ‘Abdullah bin Zaid seorang yang lemah dan ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari tidak dikenali siapakah dia. (al-Mustadrak, ,  jil.1, hal. 723).

Diriwayatkan oleh Al Hakim dan berkata: “Shahihul Isnad akan tetapi Adz Dzahabi menyalahkan beliau dengan perkataannya: Aku berkata, bahkan hadits ini maudhu’, Abdurrahman sangat lemah, dan Abdullah ibn Muslim Al Fahri tidak diketahui jati dirinya.”

3.Ibnu Taimiyah berkata, “Periwayatan Al Hakim terhadap hadits ini termasuk yang diingkari oleh para ulama, karena sesungguhnya diri beliau sendiri telah berkata dalam kitab Al Madkhal ilaa Ma’rifatish Shahih Minas Saqim, “Abdurrahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan dari ayahnya beberapa hadits palsu yang dapat diketahui secara jelas oleh pakar hadits yang menelitinya bahwa dialah yang membuat hadits-hadits tersebut.” Aku (Ibnu Taimiyah) katakan, “Dan Abdurrahman bin Zaid bin Aslam adalah perawi dha’if (lemah) dan banyak melakukan kesalahan sebagaimana kesepakatan mereka (ahli hadits).” (Qo’idah Jalilah fit Tawassul hal 69).

Ibnu Taimiyyah dalam Majmu' al-Fatawa, 254-255 menyebutkan di dalamnya ada perawi 'Abdurrahman B. Zaid B. Aslam yang banyak meriwayatkan hadis palsu.

4.Al Albani berkata, “Kesimpulannya sesungguhnya hadits ini Laa Ashla Lahu (tidak berasal) dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan tidak salah menghukuminya dengan batil sebagaimana penilaian dua orang Al Hafizh, Adz Dzahabi dan Al Asqalani sebagaimana telah dinukil dari keduanya.” (Silsilah Ahadits Addha’ifah 1/40).



Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 11:11 PM | Show all posts
NorAddin posted on 15-11-2012 07:14 PM
salam

takpa .. so long ente percaya akan kewujudan Nur Muhammad ada ..

Kepercayaan saya berbeza dengan Sufism tentang istilah 'Nur Muhammad'.

pada sekelian yang ada ana harap
tidak ada perselisihan tentang Nur Muhammad ini ..
kerana darajat fahaman yang berbeza ..
kerja sama harap d'maklum ..
case closed
darjat fahaman berbeza membawa iktikad dan Aqidah yang berbeza !

Faham 1.
- Nur itu adalah keterangan/penjelasan yang dibawa sebagai Rasulullah. (umpama ada cahaya... baru nampak sesuatu benda).

Faham 2.
-Nur itu adalah Qadim dan Azali.

Faham 3.
-Nur itu adalah terlebih dahulu sebelum dijadikan alam.

Faham 4.
-Nur itu adalah asal kejadian alam.

Faham 5.
-Nur itu adalah keistimewaan yang berpindah-pindah dari  genarasi ke genarasi berikutnya.

Faham 6.
-Nur itu adalah fantasi dongeng mereka. seperti dalam Versi Syeikh Zainal Abidin Al-Fathaani, dimana nur itu seperti merak diatas pokok yang diberi cermin, kerana malu melihat dirinya lalu berpeluh...dari peluh itu dijadikan roh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
-Kemudian Allah menilik pula kepada Nur itu, maka berpeluhlah ia kerana malu kepada Allah. Daripada peluh hidungnya Allah menjadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah menjadikan arasy, qursi, lauh, qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang dan segala sesuatu yang terdapat di langit. Daripada peluh dadanya Allah menjadikan sekelian nur Rasul, sekelian ulamak, syuhada’ dan solihin. Daripada peluh belakangnya Allah menjadikan Baitul Ma’mur, Ka’bah, Baitul Maqdis dan segala tapak masjid di dunia ini.

Dan banyak lagi faham lain tentang Nur itu seperti pada fahaman Wahdatul-wujud, Bathiniah, mertabat 7, ajaran sesat.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2012 01:19 AM | Show all posts
Aahil_adha posted on 14-11-2012 04:59 AM
Sebelum kamu nak hujah ikut pendapat kamu yg tak laku, Sila bawa dalil yang hadith ni pon palsu? D ...

Dey Macha,

Boleh tolong jangan bawak perangai hindu main lari lari dan jawab soalan ini?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-11-2012 01:20 AM | Show all posts
Aahil_adha posted on 14-11-2012 05:01 AM
Jap. Kamu takyah la nak ajak kita main konar jauh jauh cerita pasal ulama lain pula.

Skg ni, ba ...

@Nazrulism , kenapa memalu nak buktikan yang ni?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2012 01:21 AM | Show all posts
Aahil_adha posted on 14-11-2012 05:16 AM
Kiranya Imam At-Thabrani R.A dan Imam Ibnu Hajar Asqolani telah mengamalkan dan menyampaikan hadit ...

Tolong Jawab yang ni skali macha @Nazrulism , jgn segan-segan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2012 02:44 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 15-11-2012 10:14 PM
... bengong !

Pada Baihaqi, memang lah setakat dhoif... sebab tu dimasukkan dalam Dalail N ...

Sahih ke ni?? banyak tak kena ni.

kita ambil satu-satu fatwa kamu ya. kita buktikan satu satu bermula dgn bapanya yakni Zaid Bin Aslam R.A sendiri

fawat yang kamu bawa :-

Abdurrahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan dari ayahnya beberapa hadits palsu yang dapat diketahui secara jelas oleh pakar hadits yang menelitinya bahwa dialah yang membuat hadits-hadits tersebut



Sedangkan, kalau kamu dah mengaji bab kaedah tafsir bi al-mathur yang diwarisi bersanad dari para ulama warisatul anbiya hingga kini, Penafsiran ayat-ayat al-Quran yang dibuat menggunakan penjelasan dari ayat al-Quran, hadith-hadith rasul saw yang sahih dan riwayat para sahabat r.anhum(athar) atau dengan sesuatu yang dikatakan oleh tabiin besar kerana mereka menerima perkara tersebut daripada sahabat[ Ibn Taymiyyah R.A, hal.4]

Kita tengok 2 peringkat utama dan terawal pengisian tafsir bi al-mathur daripada lima.

Pertama: Secara Lisan atau periwayatan. [ Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani Ummayah
Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah saw atau para sahabat meriwayatkan daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh dipercayai, diteliti dan mengambil berat tentang sanad periwayatan. (Pengantar Usul Tafsir]
Pada waktu ini lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti khulafa’ al-Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubai bin Kaab dan Aisyah r.anhum. Keadaan ini berterusan sehingga zaman permulaan tabiin yang mana mereka menerima secara lisan dari sahabat. Pada zaman ini munculnya Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah, Ubay bin Kaab di Madinah dan Abdullah bin Masud di Kufah,
Kedua: Secara penulisan bersama dengan hadith.
Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu riwayat-rowayat tersebut dicatit. Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitab-kitab hadith seperti kitab al-Tafsir dalam sohih al-Bukhari.
Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke-2 Hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasi. Golongan tabiin dan tabi’ tabiin telah mencatat riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu’ atau mauquf pada sahabat atau kata-kata tabiin yang utama(Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwayat ini ditulis dengan sanad bersama dengan hadith-hadith termasuklah pandangan sahabat berkaitan hadith, fiqh , aqidah dan istinbat hukum. Pada masa ini munculnya Mujahid(m104H), Said bin Jubayr(m95H), Qatadah(m118H) yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn Abbas, Muhammad bin Kaab(m120H), Zaid bin Aslam(m136H) yang mencatat tafsiran Ubay bin Kaab dan Hasan al-Basri(m110H) dan Masruq bin al-Ajda’(m63H) yang mencatat tafsiran Abdullah bin Mas’ud R.A.

Jadi kalau kamu bawa fatwa ni, ia automatically telah merosakkan tafsir Al-Quran tersebut yang diguna pakai muslimin dan muslimat hingga kini. Sedangkan dalam rangkaian sanad tafsir tu Zaid Bin Aslam R.A termasuk sebagai pencatat yang menyampaikannya bersama-sama seangkatan dgn Ibnu Abbas R.A, Muhammad bin Kaab R.A. Apa hujah kamu terhadap perkara ini?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2012 03:03 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 15-11-2012 10:14 PM
... bengong !

Pada Baihaqi, memang lah setakat dhoif... sebab tu dimasukkan dalam Dalail N ...

Kemudian kita pegi satu satu hal besar contribution dari Abdurrahman bin zaid r.a sendiri yang dijadikan rujukan hingga sekarang.

Ibnu Taimiyyah dalam Majmu' al-Fatawa, 254-255 menyebutkan di dalamnya ada perawi 'Abdurrahman B. Zaid B. Aslam yang banyak meriwayatkan hadis palsu.


Kita ambil satu tafsir Al-Quran, Yakni Tafsir Ibnu Kathir R.A sendiri sebagai contoh!

Tafsir(Ibn Kathir) Surah Al-Waaqiah ayat 79 (Tidak menyentunya(quran) melainkan mereka yang disucikan.      
Ibn Jarir meriwayatkan bahawa Isma `il bin Musa berkata bahawa Syarik melaporkan dari Hakim, Ibn Jubayr, daripada Sa` id bin Jubayr daripada Ibn `Abbas mengenai (ayat):
لا يمسه إلا المطهرون

(. tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan.)(Al Waaqiah: 79) dia berkata, "Buku yang ada di langit" . Al-`Awfi melaporkan dari Ibn` Abbas mengenai:

لا يمسه إلا المطهرون

(. tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan ) bahawa ` yang disucikan bermaksud:" Para malaikat". Perkataan(makna) yang sama dikatakan oleh Anas, Mujahid,` Ikrimah, Sa `id bin Jubayr, Ad-Dhahhak, Abu Ash-Sha`. tha 'Jabir bin Zaid, Abu Nahik, As-Suddi, `Abdur-Rahman bin Zaid bin Aslam dan lain-lain . Ibn Jarir meriwayatkan bahawa Ibn` Abdul-A`la berkata bahawa IbnThawr berkata bahawa Ma` mar berkata dari Qatadah mengenai :

لا يمسه إلا المطهرون

( tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan ) Bahawa dia(Qatadah) berkata, "tiada sesiapa yang boleh menyentuhnya, bersama-sama Allah, kecuali orang-orang yang disucikan. Walau bagaimanapun,dalam kehidupan ini, Zoroaster(Majusi) yang jahat dan munafik yang kotor menyentuhnya.'' dan katanya(Qatadah), "Dalam pembacaan Ibn Mas'ud, ia adalah: (ما يمسه إلا المطهرون) (ia tidak disentuh, kecuali oleh orang-orang yang disucikan.) ....

Jika fatwa itu benar bahawa Abdurrahman Bin Zaid R.A seorang yang daif tidak boleh dipakai sebagai perawi, Kenapa Imam Ibnu Kathir R.A sendiri ambil tafsir Al-Quran dari Abdurrahman Bin Zaid R.A?? Tafsir Al-Quran, Qalamullah! bukan Hadith. Apa hujah kamu?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2012 03:25 AM | Show all posts
Untuk Pengetahuan tambahan, Kita cerita siapa Guru-guru mulia Imam Malik R.A sendiri :-

1. Nafi' (the servant of Abdullah bin Umar (Radhi Allahu Anhu) R.A
2. Abul-Zanaad, Adbullah bin Zakwaan .RA
3. Hishaam bin Urwah bin Zubair R.A
4. Yahya bin Sa'eed al-Ansaari R.A
5. Abdullah bin Dinaar R.A
6. Zaid bin Aslam (trusted servant of Amirul MukmininUmar bin Khattab(Radhi Allahu Anhu) R.A
7. Muhammad bin Muslim bin Shihaab al-Zhuhri R.A
8. Abdullah bin Abu Bakr bin Hazm R.A
9. Sa'eed bin Abu Sa'eed al-Maqbari R.A
10. Sumayy servant of Amirul Mukninin Abu Bakr (Radhi Allahu Anhu) R.A
11. Ayyub Sakhtiyaani R.A
12. Abdur-Rahman bin al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr (Radhi Allahu Anhu) R.A
13. Thawr bin Zaid Dabli R.A
14. Ibrahim bin Abi Ablah al-Maqdisi R.A
15. Rabi'ah bin Abu Abdur-Rahman R.A
16. Humayd Taweel R.A
17. Aishah bint Sa'ad bin Abi Waqqas R.A


Last edited by Aahil_adha on 17-11-2012 03:26 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 04:00 AM | Show all posts
NorAddin posted on 15-11-2012 07:14 PM
salam

takpa .. so long ente percaya akan kewujudan Nur Muhammad ada ..

erm..soalan macam dah berpakat je..si badut tu dah percaya tasawuf? macam tak percaya je, sudah tukar ka? Dah penat lari le tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 04:09 AM | Show all posts
Aahil_adha posted on 17-11-2012 03:25 AM
Untuk Pengetahuan tambahan, Kita cerita siapa Guru-guru mulia Imam Malik R.A sendiri :-

1. Nafi'  ...

Kita tengok berapa banyak ulama lagi depa nak tolak..


''Bukan termasuk umatku orang yang tak menghormati orang tua, tidak menyayangi anak-anak dan tidak memuliakan alim ulama.'' (HR Ahmad, Thabrani, Hakim).


Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W sempat membimbangkan tiga hal yang akan terjadi pada umatnya. '' Aku tidak membimbangkan umatku kecuali tiga hal,'' sabda Rasulullah. ''Pertama, keduniaan berlimpah, sehingga manusia saling mendengki. Kedua, orang-orang jahil yang berusaha menafsirkan Al-Quran dan mencari-cari ta'wilnya, padahal tak ada yang mengetahui ta'wilnya kecuali Allah. Ketiga, alim ulama diabaikan dan tidak akan dipedulikan oleh umatku.'' (HR Thabrani).


Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).”  (Hadits riwayat Ahmad)



Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 05:44 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 9-11-2012 02:40 PM
Penjelasan salah faham mengenai konsep Nur Muhammad yang mengandungi;
a. Nur Muhammad bersifat Qa ...

Yang masukkan Nur Muhammad tu qadim, siapa? Sindri masuk, kan? Nur Muhammad itu ada permulaan. setiap yang ada permulaan dan pengakhiran, bukanlah qadim..

Letih dah nak layan perangai lupa diri hang nih..ikut sedap je tabur fitnah, jawab yang forumer ajak bincang dah le.. kalu terdesak pon jangan la main sumbat untuk tutup kelemahan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2012 06:59 AM | Show all posts
baghal posted on 17-11-2012 05:44 AM
Yang masukkan Nur Muhammad tu qadim, siapa? Sindri masuk, kan? Nur Muhammad itu ada permulaan. set ...

SAYA DAH TANYA DAH TUAN, @nazrulism tak bleh bawak bukti saya kata nur muhammad qadim. tapi fitnah keatas saya, malah tk minta maaf atau tarik tuduhan tu. org beriman takkan buat perangai camtuh. kat situ je dah tunjuk siapa dia dgn akhlak yg dibawa, orang begini nak diterima hujahnya? serupa dgr sami kuil menerangkan tentang Islam.

Last edited by Aahil_adha on 17-11-2012 07:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 04:25 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 15-11-2012 10:14 PM
... bengong !

Pada Baihaqi, memang lah setakat dhoif... sebab tu dimasukkan dalam Dalail N ...

banggang !

Pendapat Subki: Abdurrahman bin Zaid bin Aslam tidak doif seperti yang didakwa oleh Ibnu Taimiyah. (361). Kata Imam Al Mizzi di dalam Tahzibul Kamal (4/404): Ibnu Abi Hatim mengatakan ia tidak kuat di dalam hadis. Ia seorang yang baik tetapi lemah dalam hadis. Kata Ibnu Adi di dalam Al Kamil: (4/1585): dia antara orang yang boleh diteima oleh manusia dan dia dianggap benar oleh sebahgaian manusia. Dari itu bermakna Abdurrahman ini bukan perawi yang ditinggalkan.(matruk)

Imam Ahmad pun tak berani nak komen Abdurrahman bin Zaid Bin Aslam ni sbb beliau puak Tabi'in, kamu baru kenal ngan Fahtul bari, nk kata kamu benar, teruskan mimpi-mimpi kamu.

“Apakah kalian menyangka bahwa Kami menciptakan kalian sia-sia dan kalian tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu`minun: 115) Al-Imam Mujahid, Al-Imam Asy-Syafi’i dan Abdurrahman bin Zaid bin Aslam mengatakan: “Sia-sia artinya tidak diperintah dan tidak dilarang.” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/474 dan lihat Tafsir Ibnul Qayyim, hal. 504 serta Miftah Dar As-Sa’adah, 2/13)

“Dan apabila dibacakan Al-Qur-an hendaklah kamu dengarkan ia dan diamlah sambil memperhatikan (bacaannya), agar kamu diberi rahmat.” (Al-A’raaf: 204). Ayat ini asalnya berbentuk umum yakni dimana saja kita mendengar bacaan Al-Qur’an, baik di dalam shalat maupun di luar shalat, wajib diam mendengarkannya walaupun sebab turunnya berkenaan tentang shalat. Tetapi keumuman ayat ini telah menjadi khusus dan tertentu (wajibnya) hanya untuk shalat, sebagaimana telah diterangkan oleh Ibnu Abbas, Mujahid, Sa’id bin Jubair, Adh-Dhahak, Qatadah, Ibrahim An Nakha-i, Abdurrahman bin Zaid bin Aslam dan lain-lain. [Lihat Tafsir Ibnu Katsir II/280-281]

Ibnu Katsir pun mengambil pandangan beliau, kamu sapa Nazrulism ?!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2012 04:49 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 15-11-2012 11:11 PM
Kepercayaan saya berbeza dengan Sufism tentang istilah 'Nur Muhammad'.

darjat fahaman berbeza m ...
Faham 1.
- Nur itu adalah keterangan/penjelasan yang dibawa sebagai Rasulullah. (umpama ada cahaya... baru nampak sesuatu benda).
Faham 2.
-Nur itu adalah Qadim dan Azali.
Faham 3.
-Nur itu adalah terlebih dahulu sebelum dijadikan alam.
Faham 4.
-Nur itu adalah asal kejadian alam.

Ini pendapat kamu yang banggang ! Nazrulism...

Dari Jabir bin Abdullah radhiAllahu anhuma bertanya,"Wahai Rasulullah! Apakah ciptaan pertama dari makhluk Allah sebelum diciptakan segala-galanya?" Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam,"Wahai Jabir! Sesungguhnya Allah menciptakan cahaya (nur) Nabi engkau sebelum Dia menciptakan segala-galanya, lalu Dia menjadikannya sebagai putaran kekuasaan-Nya terhadap apa yang dikehendaki-Nya. Pada masa itu belum lagi tercipta Luh Mahfuz, Qalam, syurga, neraka, malaikat, langit, bumi, matahari,bulan, jin dan manusia. Tatkala Allah menghendaki menciptakan ciptaan-Nya yang lain, lalu Allah membahagikan dari cahaya tersebut (cahaya Baginda SAW tadi)kepada empat bahagian (juzuk): Bahagian pertama diciptakan Qalam, bahagiankedua Luh Mahfuz, bahagian ketiga ‘Arasy dan manakala bahagian keempat Allah bahagikan lagi kepada tiga bahagian yang lain. Lalu Allah menciptakan bahagian pertama tadi malaikat bagi menanggung 'Arasy, bahagian kedua Kursy, bahagian ketiga malaikat-malaikat lain, manakala bahagian keempat Allah bahagikan lagi kepada empat juzuk yang lain, lalu Allah ciptakan bahagian pertama langit,bahagian kedua lapisan bumi, bahagian ketiga syurga dan neraka, manakala bahagian keempat dibahagikan lagi kepada empat bahagian lain: Lalu Allahmenciptakan dari bahagian pertama penglihatan bagi orang-orang mukmin, bahagian kedua hati mereka iaitu mengenali Allah (makrifatullah) dan bahagian ketiga cahaya kalbu mereka iaitu kalimah Tauhid, Lailahaillah Muhammad Rasulullah. [ Disebut hadis ini oleh Imam Al-Qostalani dalam kitab 'Al-Mawahib',Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Al-Makki dalam 'Fatawa Al-Hadithiyah'. ]
Last edited by callmeuncleusin on 17-11-2012 04:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 05:00 PM | Show all posts
Aahil_adha posted on 17-11-2012 01:19 AM
Dey Macha,

Boleh tolong jangan bawak perangai hindu main lari lari dan jawab soalan ini?

Dah la berfahaman macam hindu.... cakap pun macam keling !  
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 05:02 PM | Show all posts
callmeuncleusin posted on 17-11-2012 04:49 PM
Ini pendapat kamu yang banggang ! Nazrulism...

Dari Jabir bin Abdullah radhiAllahu anhuma ber ...

... Berpegang dengan hadith yang diceduk dari ulama barelwi !
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 05:08 PM | Show all posts
callmeuncleusin posted on 17-11-2012 04:25 PM
banggang !

Pendapat Subki: Abdurrahman bin Zaid bin Aslam tidak doif seperti yang didakwa oleh  ...

Diriwayatkan oleh Al Hakim dan berkata: “Shahihul Isnad akan tetapi Adz Dzahabi menyalahkan beliau dengan perkataannya: Aku berkata, bahkan hadits ini maudhu’, Abdurrahman sangat lemah, dan Abdullah ibn Muslim Al Fahri tidak diketahui jati dirinya.”

3.Ibnu Taimiyah berkata, “Periwayatan Al Hakim terhadap hadits ini termasuk yang diingkari oleh para ulama, karena sesungguhnya diri beliau sendiri telah berkata dalam kitab Al Madkhal ilaa Ma’rifatish Shahih Minas Saqim, “Abdurrahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan dari ayahnya beberapa hadits palsu yang dapat diketahui secara jelas oleh pakar hadits yang menelitinya bahwa dialah yang membuat hadits-hadits tersebut.” Aku (Ibnu Taimiyah) katakan, “Dan Abdurrahman bin Zaid bin Aslam adalah perawi dha’if (lemah) dan banyak melakukan kesalahan sebagaimana kesepakatan mereka (ahli hadits).” (Qo’idah Jalilah fit Tawassul hal 69).

Ibnu Taimiyyah dalam Majmu' al-Fatawa, 254-255 menyebutkan di dalamnya ada perawi 'Abdurrahman B. Zaid B. Aslam yang banyak meriwayatkan hadis palsu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.094705 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list