|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
“Mama…” Fifi memanggil. Nasi goreng di pinggannya sudah pun habis.
“Banyaknya mama beli susu...” Mata Fifi terpandang susu khas untuk ibu mengandung. Ada tiga kotak semuanya.
“Bukan mama yang beli. Fandi yang beli…”
“Fandi beli?” Datin Haryati mengangguk. Wajah Fifi di pandang lama.
“Fifi nak susu ke?”
“Nak” Fifi tersengih.
Datin Haryati bangun. Membancuh susu untuk Fifi. Setelah siap, secawan susu di letakkan di atas meja.
“Thanks Ma..” Fifi menjawab manja.
“Mama…kenapa rasa susu ni lain?”
“Lain?”
“Haah…”
“Lain macam mana pulak?”
“Fandi buat rasa lain….” Dahi Datin Haryati berkerut. Rasanya, susu yang di bancuh mengikut sukatan pada arahan.
“Susu yang samalah ni…”
“Tak. Fandi buat rasa…lain sikit” Tidak sampai hati pula dia hendak menyebut ‘lagi sedap dari yang mama buat’. Takut mamanya berkecil hati.
“Isk…macam-macamlah Fifi ni” Fifi tersengih.
“Mama...”
“Ya sayang”
“Fandi tu sebenarnya siapa mama?” |
|
|
|
|
|
|
|
“Kawan papa” Pendek Datin Haryati menjawab.
“Kawan yang mana?”
“Ada sekali tu, kereta papa rosak. Fandi yang tolong”
“Oh”
“Kenapa tanya?”
“Saja tanya” Susu di minum lagi walaupun rasanya lain.
“Macam mana Fandi tu setuju nak kahwin dengan Fifi pulak, mama?” Soalan di tanya lagi.
“Apa salahnya dia kahwin dengan Fifi?” Datin Haryati menjawab dengan soalan juga. Tidak tahu bagaimana hendak di terangkan kepada Fifi.
“Tak adalah. Fifi ni kan…” Fifi terdiam. Berat pula mulutnya hendak menghabiskan ayat.
“Awak tak payah susah-susah fikir kenapa saya nak kahwin dengan awak. Yang penting, awak kena jaga diri. Jangan ikutkan sangat perasaan awak tu. Ramai lagi orang yang sayangkan awak” Sekali lagi, kata-kata Fandi bermain di fikiran. Agak lama Fifi mendiamkan diri.
“Sudahlah Fifi. Jangan fikir banyak sangat. Habiskan susu tu cepat” Suruh Datin Haryati. Fifi mengangguk.
“Lepas ni kita keluar”
“Nak pergi mana?” Asyik terperuk di dalam rumah, Fifi rasa teruja dengan ajakan mamanya.
“Ikut mama pergi kedai bunga, nak?”
“Tadi mama kata pening kepala?”
“Bila tengok Fifi senyum, terus mama rasa sihat balik” Fifi memandang Datin Haryati. Tiba-tiba hatinya terasa sayu mendengar mamanya berkata begitu. |
|
|
|
|
|
|
|
fifi dah mula berlembut nampaknya. Err... mcm mana cara bancuhan susu yg fandi buat tu. Mcm sedap bebenorrr lakkk
Oh, lady tahu.... bancuhan seperti biasa cuma ditambah dgn sesudu keikhlasan dan secubit kasih sayang
errr... tetibe |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yes! Sudh ada tmn...
Next! |
|
|
|
|
|
|
|
miyauuuuu nak mandiii nyauuu
<nicki the cat mintak nak mndi.. arap fifi cpt2 mandikan beliyau> |
|
|
|
|
|
|
|
fifi dah mula berlembut nampaknya. Err... mcm mana cara bancuhan susu yg fandi buat tu. Mcm sedap be ...
ladyFinger12 Post at 18-7-2012 13:52
Lebihkan satu sudu dari sukatan untuk rasa yang lebih KAW.
Eh...itu resepi fandi ke resepi cheq? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 364# zameyla
Pagi ni, sikit je dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 20
Langit yang cerah beransur-ansur gelap. Dia hanya berdiri tegak memandang ke bawah. Memandang ke arah batuan kubur yang bisu dan sepi. Sesepi perasaannya kala ini. Sudah jarang dia menjejakkan kaki ke kawasan perkuburan ini. Kuburan di mana bersemadinya orang yang di sayangi.Bukan dia sengaja berbuat begitu, tetapi kuburan ini bagai mengingatkan dia kepada siapa dirinya yang sebenar. Siapa dia di masa silam, siapa dia di masa kini dan mungkin juga, inilah masa depannya.
Matanya masih tertancap pada nama yang tertulis pada batu kubur itu. Setiap kenangan manis dan pahit terbuai-buai di lipatan kenangan. Sangat manis bila dia ada di sisinya satu waktu dahulu. Dan kini dia kehilangan. Menjadikan memori itu benar-benar pahit, benar-benar menyedihkan. Mengingatkan itu, air matanya tak mampu di tahan. Air mata yang tidak pernah di tunjukkan kepada sesiapa pun.
Mungkin, sudah sampai waktunya untuk dia pergi meninggalkan semua ini. Dia sudah lelah. Lelah menjadi buruan penegak undang-undang mahupun pendukung yang batil. Sudah tiba waktunya dia memulakan hidup baru. Jauh dari sini. Jauh daripada bumi di mana dia di lahirkan. Pergi ke tempat di mana tiada orang yang mengenali siapa dirinya yang sebenar. Pergi mencari ketenangan hingga nyawanya di cabut TUHAN.
“Tuhan” Dia berbisik sendiri. Entah berapa lama TUHANnya telah di lupakan kerana dia sendiri berlagak sebagai TUHAN. Tangannya tercalit darah. Badannya berpalit dosa. Membuat undang-undang sendiri demi kelangsungan hidup. Demi harta dan kemewahan. Apakah masih ada masa untuknya untuk kembali kepada TUHANnya? Dia menarik nafas. Matanya masih tidak lepas memandang kubur yang kaku. Hatinya berbicara sendiri, bagai menghamburkan isi hatinya kepada penghuni kubur itu tanpa suara.
Dari ekor matanya, dia dapat merasakan kehadiran seseorang tidak jauh darinya. Seorang wanita. Dia menoleh.
It is her, again.
Wanita itu akan ada di sini bila dia hadir di sini. Wanita itu juga sepertinya. Hanya berdiri mengadap kuburan tanpa kata. Apakah tujuan wanita itu datang ke sini sendirian? Adakah wanita itu juga menangisi kehilangan orang tersayang? Tapi wanita itu tidak pula kelihatan bersedih. Riak wajahnya penuh dendam.
“Ark…arkk..ark”
Bunyi burung gagak mengganggu tumpuannya. Dia memandang ke atas. Beberapa ekor burung berterbangan nun jauh di atas. Hari semakin senja. Dia kembali menoleh ke arah tempat wanita itu berdiri.
“She’s gone” Dia menarik nafas lagi seraya memerhatikan sekeliling. Bagai tiada jejak wanita itu di mana-mana.
Who is she?
Hantu atau manusia?
Dia kembali mengadap kuburan sepi di hadapannya.
"I will try to come back"
Dia perlu pergi sekarang, tidak mahu kehadirannya di sini di ketahui oleh sesiapa pun. Kakinya mula melangkah. Dia berjalan ke arah kubur di mana tempat wanita itu berdiri. Membaca sekilas nama yang tertulis di situ. Setelah itu, kawasan perkuburan itu di tinggalkan tanpa berpaling. Tidak tahu bila dia berkesempatan untuk kembali lagi. Last edited by Nicki_Meow on 21-9-2012 09:01 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebihkan satu sudu dari sukatan untuk rasa yang lebih KAW.
Eh...itu resepi fandi ke resepi ch ...
Nicki_Meow Post at 19-7-2012 09:37
ahaha.... tetibe jek kan?
TAPI betul apa... IKHLAS lebih penting dari KASIH SAYANG. Pasai tu ikhlas kena boh 1 sudu. Kasih sayang skit pun cukup |
|
|
|
|
|
|
|
makin suspen.. cepat sambung |
|
|
|
|
|
|
|
makin suspen....sapa yg p kuboq tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Sambung lagi...
*Otak tepu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 20-7-2012 12:16
Episode 21
Shark memandang telefon bimbitnya di atas meja. Panggilan itu akan tiba bila-bila masa dari sekarang. Kedua sikunya diletkkan di atas meja sementara tangan kirinya mengenggam tangan kanannya.
Dia menunggu panggilan dari Jedi. Akan ada penghantaran yangperlu di lakukan dalam beberapa hari. Apa, siapa, di mana, ke mana, itu yang diperlukan dari Jedi sekarang. Sudah beberapa lama dia menjadi tali barut Jedi.Malah, dia menjadi di antara orang yang paling di percayai Jedi untuk melakukan kegiatan haram ini. Bekerja dengan Jedi cukup mudah. Tetapi, beberapa perkara perlu di ambil kira. Jedi tidak akan sekali-kali menerima kegagalan dan setakat ini, dia belum pernah gagal. Dia cukup licik untuk mengelak daripada pihak berkuasa
“Shark” Sharkmengangkat muka. Zidan sudah duduk di hadapannya.
“Dah call?”
“Belum” Shark menggelengkan kepala.
“Kenapa lambat?” Shark hanya mengangkat bahu.
“Lu dah dapat apa yang gua nak?"
“Dah” Zidan menjawab.
“Mana?”
“Nah” Sekeping sampul surat bersaiz A4 di campakkan ke atas meja. Tanpa berlengah, sampu surat di buka.
“Ini ke mamatnya?” Zidan mengangguk. Shark hanya memerhatikan gambar itu satu demi satu. Ada sepuluh keping semuanya.
“Shark”
“Apa?”
“Lu nak buat apadengan gambar ni?”
“Gua cuma nak tahu” Shark menjawab.
“Buat apa lu nak ambil tahu pasal dia lagi?” Zidanagak pelik dengan sikap Shark. Secara tiba-tiba, Shark mengarahkannya menjejakilelaki itu.
“Lu tak faham” Seperti ada satu keluhan keluar bersama ayat itu.
“Memang gua takfaham. Lu dah mainkan budak tu, lepas tu lu buang dia. Tapi dalam diam lu naktahu dia kahwin dengan siapa, nak lagi ambil tahu pasal dia. Lu dah buang, sudahlah. Lu nak kisah apalagi?”
“Itu anak gualah. Kalau gua cakap banyak-banyak pun, lu takkan faham punya” Zidan hanya menggeleng kepala mendengar jawapan Shark.
“Baru nak fikir pasal anak? Masa lu buang dia, lu hina dia macam sampah, ada lu kisah? Budak tu separuh mati sayangkan lu tapi lu tinggalkan aje dia. Sekarang ni, lu cakap pasal anak? Gua betul-betul tak faham doh” Ayat Zidan kedengaran menyindir. |
|
|
|
|
|
|
|
“Gua dah cakap, lu takkan faham”
Bagai ada sesuatu yang ingin di sembunyikan, tidak mahu di kongsi dengan sesiapa. Shark yakin, tiada siapa yang akan mengerti apa dan mengapa. Sedangkan dia sendiri tidak mengerti kenapa dia berasa seperti ini. Dia berasa kehilangan sesuatu. Sejak gadis itu tiada lagi dalam hidupnya, dia terasa kosong. Padahal, dia sendiri yang membuang gadis itu dari hidupnya.
“Eh, Shark. Sudahlah. Lepaskanlah budak tu. Dia dah kahwin dah pun. Dia tak kacau hidup lu lagi” Shark hanya mendiamkan diri.
“Lu tak faham. Lu takkan faham” Zidan hanya mendiamkan diri melihat tingkah laku Shark.
Gambar-gambar di atas meja di tatap lagi. Wajah Fifi bermain di matanya secara tiba-tiba.
Kau takkan bahagia tanpa aku. Shark tersenyum sinis.
Telefon bimbit di atas meja berbunyi.
“Jedi” Shark berkata. Telefon bimbit di ambil lalu dia pergi agak jauh dari Zidan.
Zidan hanya memandang Shark yang sedang bercakap di telefon. Walaupun sudah setahun mengikut Shark, Zidan tidak pernah berjumpa secara langsung dengan ketua mereka. Malah, bercakap pun tidak pernah. Semua arahan akan di berikan kepada Shark dan Shark pula akan mengarahkan mereka untuk melakukan sesuatu.
Sering juga dia bertanyakan siapa sebenarnya Jedi hingga ada kalanya mengundang kemarahan Shark.Namun, sehingga kini, tiada jawapan di berikan. Jedi bagai bayang-bayang yang membayangi mereka. Menjadi satu teka-teki di kalangan orang-orang Shark sendiri. Namun semua itu tidak menjadi hal sangat kepada mereka kerana bayaran yang di terima cukup lumayan. Jadi, jarang di kalangan mereka yang mempersoalkan lagi kewujudan Jedi, selagi poket mereka penuh.
“Zidan” Zidan mengangkat muka.
“10 orang. Ayam China. Stock Puchong. Malam ni” Ringkas arahan yang di berikan.
“Ambil kat mana?”
“Nanti gua beritahu. Lu suruh Boon dengan Ajak to get ready” Shark berkata lagi. Zidan mengangguk lalu pergi dari situ. |
|
|
|
|
|
|
|
nickiiiiiiii..nak lagiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 22
Fandi memerhatikan Fifi yang duduk di halaman rumah, bermain dengan kucing kesayangannya. Sesekali terdengar tawa suaranya. Kalau dulu, wajah comel itu kelihatan mendung dan seringkali pipinya di basahi air mata tapi kini, senyuman sudah mula menghiasi bibirnya. Walaupun ada kalanya masih termenung sendirian, tetapi tidaklah kerap seperti dulu.
Fandi tersenyum sendiri. Sofea Raihana tidaklah sedegil yang di sangka. Gadis itu mudah di ajak berbual. Mungkin apa yang berlaku kepadanya membuatkan Sofea Raihana tertekan. Memang benar Sofea Raihana telah membuat kesilapan, tetapi itu tidak bermakna tiada peluang untuknya berpatah balik. Dan mujurlah juga kedua ibu bapa mertuanya tidak membuang anak mereka sendiri. Fandi sedar, bukan mudah untuk Datuk Yusuf dan Datin Haryati menerima ketentuan seperti itu tetapi mereka redha dengan ujian.
Keluarganya sendiri menghadapi ujian yang sama apabila adiknya, Nabilah menghilangkan diri secara tiba-tiba. Tiada khabar berita yang di terima. Entahkan hidup, entahkan mati, Fandi pun tidak tahu. Sudah puas mereka mencari, namun tiada maklumat yang dapat membantu. Mungkin atas faktor itu, emak dan abahnya menerima perkahwinannya dengan Sofea Raihana kerana mereka mampu memahami perasaan Datuk Yusuf dan Datin Haryati.
“Hang sayang dak kat bini hang?”
Soalan Azwan bermain lagi di fikirannya. Hingga hari ini, Fandi tidak dapat menjawab soalan itu. Adakah dia menyayangi Sofea Raihana? Sayang yang bagaimana? Ataupun dia cuma rasa kasihan dengan nasib gadis itu? Fandi tiada jawapan yang pasti. Dia seperti keliru dengan perasaannya sendiri.
Alya Syuhada…
Fandi menarik nafas. Kenapa perlu nama itu muncul di benaknya saat ini? Sedangkan Alya sudahpun menjadi tunangan orang. Tetapi, Fandi tidak dapat menipu perasaannya. Memang adakalanya, wajah Alya menjelma di hadapan mata.
Alya Syuhada dan Sofea Raihana. Dua insan yang sungguh berbeza. Sikap Sofea Raihana memang manja dan agak kebudak-budakan. Berbeza sekali dengan Alya. Jika dengan Alya, Fandi lebih mudah berkongsi apa saja cerita. Alya lebih bersikap berdikari. Berbanding dengan Sofea, dia bersikap seperti seorang abang yang mahu melindungi adik.
“Awak” Fandi mengangkat muka mendengar panggilan itu. Segala perkara yang bermain di fikirannya hilang begitu sahaja.
“Ya?”
“Awak cakap, tak elok termenung. Yang awak termenung tu, kenapa?”
“Tak ada apalah” Fandi menjawab. Langkahnya di atur ke arah Fifi, lalu menghulurkan secawan susu. Fifi menyambut, lalu tersenyum lagi.
“Thanks” Susu di minum seteguk.
“Letaklah Nicki tu ke bawah” Fandi menyuruh.
‘‘Kenapa ?’’ Dahi Fifi berkerut.
‘‘Orang mengandung, tak elok main dengan kucing”
“Kenapa pulak?” Fifi membuat muka sedih.
“Sebab, dalam usus kucing ada kuman, parasit. Boleh sebabkan baby kena penyakit...”
“Penyakit apa?” Dahi Fifi masih berkerut.
“Penyakit...” Fandi mengigit bibir, cuba mengingati nama penyakit dan informasi yang di bacanya. |
|
|
|
|
|
|
|
wahh.. makin mesra ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
“Tok..so…plas..mo…sis. Isk, susah betul nak sebut” Fandi menyebut tersekat-sekat lalu menggelengkan kepala. Fifi hanya ketawa.
“Toksoplasmosis. Kalau baby terkena penyakit ni, boleh sebabkan mata buta, bengkak hati, demam kuning ataupun jangkitan paru-paru. Ada yang lebih teruk lagi, boleh cacat otak atau meninggal” Kali ini, sebutan Fandi lebih lancar.
“Iya? Tapi kuman tu cuma dalam najis aje kan? Kalau tak kena najis tak apakan?” Fifi memandang pula ke arah Nicki di atas ribanya.
“Lebih baik jangan. Mana awak tahu Nicki ni bersih ke tidak?” Fifi memuncungkan bibir.
“Sorry Nicki” Nicki di angkat lalu di letakkan ke bawah. Nicki menggeliat, memandang Fandi dan Fifi lalu meninggalkan mereka.
“Tengok...Nicki dah merajuk. Semua awak punya pasal” Fifi masih muncung.
“Kucing tu memang mengada-ngada. Sama macam tuan dia” Fifi mengangkat kening memandang Fandi yang tersengih.
“Awak, hari Ahad awak tak kerja kan?”
“Yup. Kenapa?’’
“Boleh tak teman saya..."
"Pergi mana?"
"Nak bawak Nicki pergi klinik”
“Kenapa? Sakit ke?” Kening Fandi berkerut.
“Tak adalah. Nak bagi injection dengan letak ubat kutu. Lepas tu, nak mandikan sekali”
“Amboi, mandi pun hantar ke klinik. Banyak songeh betul kucing awak tu ya...” Fifi hanya menjelirkan lidah. Fandi hanya ketawa.
"Boleh tak? Kalau nak keluar sorang-sorang, papa tak bagi..."
"Okaylah..." Fifi tersenyum.
“Sofea’’
“Ya?”
“Nah...buku yang di letakkan di atas meja sebentar tadi di tolak ke arah Fifi” Kening Fifi berkerut lagi.
“Jangan Bersedih. Peliknya tajuk. Buku apa ni?”
“Cubalah baca. Selalu awak baca majalah Remajalah, Cleolah, InTrends lah. Sesekali bacalah buku macam ni”
Fifi terdiam. Buku di atas meja di ambil lalu di belek-belek.
“Thanks” Fandi mengangguk. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|