|
Ilmu dan Penyakit Mistik , method, rawatan dan cara pencegahan nya
[Copy link]
|
|
Haaa....aaaahh...aku dah kena.tu sebabnya aku tak nak iklankan diri aku...
Masa aku dok PJ, selalu orang dengar aku berzikir .
Ya lah , bagaimana aku kuat bekerja di siang hari begitulah aku beribadat di malamnya.
kemudian aku di cop mengamalkan ilmu sesat...
Dah...surau yang aku bangunkan ( bersama penduduk , setengah siap aku tinggalkan ajer )..tapi kerinduan pada Islam dalam masyarakat membuatkan aku cair..Aku jadi tukang muazzin pulak, sampai taman seberang pun datang...las las tok siak tak buka kunci surau bila nak solat subuh...maka solatlah kami diluar...
Kemudian aku dapat jumpa tok siak kat Old Town...aku tegur dia,...tersipi sipu lah pulak...sebab baru keluar dari kedai nombor ekor...
Allahu Akhbar... |
|
|
|
|
|
|
|
Haaa....aaaahh...aku dah kena.tu sebabnya aku tak nak iklankan diri aku...
Masa aku dok PJ, selalu ...
rdzaccess Post at 24-5-2012 02:13
kehekehkeh terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.
Reply 361# rdzaccess
orang kuat ibadah memang selalu dilabel begitu. Akhirnya mereka yang menuduh lebih suka membangunkan perkara munkar.
Saya tabik anda.
Allahhuakbar.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.
Reply 360# ariapersanta
Orang yang tersesat pasti mendapat petunjuk daripada mereka yang langsung tidak diberi cahaya dan ingin tinggal dalam kegelapan. Jika kita berjumpa dengan orang muda sedang taksub, ceritakanlah pengalaman anda dan beri mereka dorongan supaya mereka tidak tersasar.
Mudah mudahan.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
assalammualaikum wbt.
nak tanya para sahabat kat sini..kes ni baru je berlaku dan dimaklumkan pada saya. ada apa2 signifikan atau tak sekiranya terjumpa jarum sebanyak 6 batang di bawah tempat duduk kerusi, maksudnya dicucukkan di bawak papan tempat duduk kerusi?ini terjadi pada bos saya. dia kata dia dapat alamat mimpi tentang jarum tu beberapa hari lepas dan harini di cek memang ada jarum tu
jazakallah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 365# 033589
tak teercucuk kat punggung ke? hhheheheeh
biasanya kes cam tu khianat la, samada benda tu bersihir atau tak tapi kalo terdeduduk sakit ooo |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 366# ariapersanta
tak teercucuk kat punggung ke? hhheheheeh
gelak beria kang takut batal air smayang plak. tapi nak gelak jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.
Reply 365# 033589
orang nakal punya kerja. Tapi rasa saya bukan sihir.
Mimpi itu alamat saja.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...agaknya tercucuk punggung kot kan...tu yang terkejut kot..heh...semoga Allah melindungi bos... |
|
|
|
|
|
|
|
baru lepas tgk ceramah ustaz kazim kat utube. pasal sihir. dia ada sentuh jugak bab orang yg ada ilmu persilatan & kebal. kata dia, yg kebal tu semua atas bantuan jin. mustahil kita boleh kebal semata2 minta bantuan allah. dia bagi contoh nabi muhammad, walau pun nabi tetap xkebal. padahal dia nabi, xkan xminta tolong dgn allah? ada sesiapa nak bagi komen pasal ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariapersanta at 25-5-2012 01:06
Reply 370# misslivina
bila dia kata mustahil maka adalah silap , mana ada benda yang mustahil disisi Allah , jika dia kata hanya dengan bantuan jin maka seseorang itu boleh terlindung dari senjata tajam maka dia telah mengakui bahawa jin itu lebih hebat dari Allah.
biarlah masing masing dengan pendapat masing masing, yang kami tahu kami berdoa dan tak pernah seru jin , |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 371# ariapersanta
sori miss xpandai nak tepek utube kat sini. kalau nak tgk, boleh cari kat utube. ceramah ustaz kazim tajuk bomoh. panjangnya 58 minit. huhu.....dekat sejam. yg dia cakap pasal kebal ni dah ujung2. kalo malas nak dgr semua, try dengar selepas 30 minit. kalo miss xsilap la ye |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.
Reply 371# ariapersanta
Tepat sekali. Entah jika ada wali di malaysia ini jika berjalan atas air mungkin dituduh berjin. Sebab itu mustahil bagi orang seperti dia.
Tiada yang mustahil bagi Allah.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 373# InspekterZ
masyarakat kita sekarang belum terdedah sepenuhnya dgn kebolehan & kehebatan para wali & sufi...mungkin disebabkan itu ada yg mengatakan perkara2 tersebut adlh mustahil & dgn bantuan para jin jun july...!!
jadi, ape kata tuan InspekterZ post banyak2 cerita & kisah para wali kt thread tuan..dh lame dh xde cerita baru, hehehhh... biar kami insan2 biasa ni terbiasa ngan keistimewaan para wali & ahli sufi.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya ada terangkan tentang kebatinan Melayu dan Islam dalam blog saya , ni saya paste kat sini sbb malas nak taip balik
Kebatinan Melayu dan Islam
Ramai yang bertanya relevankah ilmu kebatianan dan kerohanian didalam kehidupan masyarakat moden, sebagaiman mereka bertanya perlukah silat didalam masyarakat moden.
Jawapan nya tepulang kepada individu terbabit, jiuka dia merasakan ia relevan maka relevan la ia , jika tidak maka tidak lah ia
Bagi saya Ilmu kerohanian dan juga persilatan masih relevan kerana semakin kemajuan mengejar manusia semakin kita perlu kembali kepada asal usul.
Mungkin ramai yang kurang jelas tentang ilmu kerohanian dan juga kebatinan, puak-puak yang paranoid terus melabelkan apa sahaja yang berkenaan dengan kebatinan baik silat, atau tarikat sufi adalah sesat.
Bagi saya mereka tidak bersalah kerana mereka disogok oleh kisah kisah yang buruk melalui media, tetapi media juga tidak boleh dipersalahkan keranan mereka mengejar rating dan juga jualan.
Jadi yang bersalah adalah diri manusia itu sendiri kerana malas mencari, malsa belajar dan memahami.
Pada akhir kurun ke 14 atau mungkin lebih awal dari itu Islam telah mula disebarkan di Nusantara oleh para pedagang dan para pendakwah , dan yang popular tentulah Wali 9 ditanah Jawa.
Masyarakat Tanah Jawi memang terkenal dengan ilmu kesaktian (melalui pengaruh Hindu dan Animisme ) , para pendakwah menghadapi tugas yang amat sukar untuk mengikis kepercayaan yang telah berakar umbi dihati masyarakat itu.
Jika dibaca kisah kisah Wali 9 kita dapati banyak unsur kesaktian yang dipamerkan oleh para Wali tersebut untuk tujuan berdakwah dan merekalah pelopor kepada ilmu kebatinan Islam, semua ini bertujuan untuk membuktikan kepada masyarakat diwaktu itu bahawa Allah lebih hebat dari segala tuhan yang pernah mereka sembah dan melalui Islam mereka boleh menjadi lebih hebat dibandingkan dengan ilmu sihir yang mereka pelajari.
Jadi apa relevan nya dengan dunia sekarang , jawapan nya sama sahaja , manusia sekarang dan manusia kurun ke 14 sama sahaja, jika dahulu manusia bertuhan kan berhala dan semangat semangat kini manusia betuhankan akal,
Mari kita lakukan satu ujikaji jika tidak percaya, mari kita pergi ke pelusuk kota yang mana manusianya sibuk dengan urusan mengejar RM/RP/USD dan lain lain singkatan kepada duit, wang, money.
Mari bercerita dengan mereka tentang kebesaran Allah dan tentang rezki itu ditangan Allah , apa akan berlaku?
Hakikatnya sekali lagi cabaran bagi para pendakwah atau orang yang diamanahkan untuk menyampaikan ini ialah membuktikan kekuasaan Allah bukan kepada diri mereka tetapi kepada orang lain, jika dahulu kepada mereka yang tidak tahu sekarang kepada mereka yang lupa dan tak ambil tahu.
Tetapi , jika pada kurun ke 14 penzahiran perkara mencarik adat terus dikaitkan dengan TUHAN sekarang ini perkara mencarik adat automatik dikaitkan dengan JIN, seolah oleh JIN lebih hebat dari Allah. dan tiada perkara mencarik adat itu melainkan dengan pertolongan JIN belaka.
Bagimana hendak membuka mata masyarakat moden dari sikap ini adalah satu lagi cabaran.
Dan satu lagi cabaran bagi para daie zaman moden ialah wujudnya cabaran dari unsur subersif yang memang bertujuan menjahankan Isam dari dalam, organisasi yang cantik pada zahirnya tetapi hakikatnya membawa kepada kehancuran.
Agen agen Dajjal ini telah banyak menguasai pertubuhan pertubuhan agama dan mereka mereka yang berkuasa dan hasilnya ilmu Tauhid sendiri didalilkan sebagai sesat.
Tanpa Tauhid maka iman itu hanyalah nama di sekeping kad bernama Mykad , solat dan ibadah hanyalah ritual tanpa jiwa.
Cuba tanya 10 orang kenapa mereka solat (kalau mereka solat la)
Kita renung renungkan bersama adakah iktikad kita ini iktikad yang putus ?
Atau kita bersyahadah kerana penyaksian yang putus atau kerana ibu bapa , kawan kawan, guru guru sekolah dan bangsa kita bersyahadah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 372# misslivina
ada tengok , tapi dah lupa bila , |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.
Reply 374# edoraixora
maaflah lama tak update cerita. Nanti saya update cerita lagi. Agak sibuk juga saya. Dapat online pon hanya gunakan phone.
Sebenarnya, karomah ini adalah rahsia para wali. Jika keadaan itu sesuai untuk mendedahkan sifat yang mustahil, maka ianya adalah dengan izin Allah juga. Kerana tiada yang mustahil bagi Allah.
Seorang perawat juga adalah dipertanggungjawabkan dengan amanah. Mereka yang sebenar perawat adalah mereka yang sudah kenal diri, kenal kejadian diri dan kenal diri asal.
Kerana kenal mereka akan diri sebenar diri, barulah dapat amanah. Amanah seperti merawat dan lain lain lagi. Mereka sentiasa dibimbing rohani dan jasmani. Mendapat bisikan sirr yang benar. Mendapat petunjuk setiap kejadian hatta walaupon angin bertiup pon dia tahu apa alamatnya. Kenapa seekor semut berjalan didepannya pon dianggap alamat.
Setiap kejadian itu ada hikmahnya. Cuma bagi manusia biasa, semut berjalan didepannya langsung tidak punya erti kerana mereka tiada mendapat petunjuk atau alamat.
Usahkan perkara kecil, perkara yang lebih besar pon tidak dihiraukan. Akhirnya, bila sampai pada kejadian dari alamat/petunjuk itu, mereka hanya menganggap itu tak dapat dielak. Sedangkan Allah sentiasa memberi petunjuk tetapi mereka tidak mngetahui bila petunjuk itu hadir.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
tapi jangan lupa nuuuuu
TIAP AYAT ada KHADAMNYA
ada penjaganya
dari kalangan para malaikat
dan jugak para jin
atau yg menyamar sebagai malaikat
atau pun menyamar sebagai aku!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 377# InspekterZ
ya setuju... |
|
|
|
|
|
|
|
wali ade 3
wali Allah
wali setan
wali band |
|
|
|
|
|
|
| |
|