CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: KEKALKAN SEMANGAT PATRIOTIK

 Close [Copy link]
Post time 18-9-2024 02:43 PM | Show all posts
pakai wifi hp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 02:43 PM | Show all posts
kuatnya bunyi angin
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 02:43 PM | Show all posts
page 19 sudah
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 02:43 PM | Show all posts
Edited by nuki12 at 18-9-2024 02:45 PM


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 02:44 PM | Show all posts
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah ugut wanita



Tertuduh diiringi polis di pekarangan mahkamah hari ini. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan yang juga anggota Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita pada 9 September lepas.

Tertuduh Mohamad Riza Makar, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Afiq Hasan.

Mohamad Riza didakwa telah menakutkan secara jenayah seorang wanita berusia 25 tahun dengan niat menyebabkan kegentaran, di tempat letak kenderaan di Presint 4, di sini, kira-kira 10 malam pada 9 September.

Tertuduh yang mempunyai tiga isteri dan 10 anak itu didakwa menggugut wanita berkenaan dengan mengatakan “kita tunggu, kami tahu dekat mana rumah, suami dan keluarga” dengan niat hendak menyebabkan kegentaran supaya wanita itu yang juga bekas ahli GISBH, menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala tertuduh diwakili peguam Zulfikri Ulul Azmin.

Terdahulu, Mohd Sabri mencadangkan wang jaminan RM30,000 dengan dua orang penjamin tempatan bersama syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati atau menghubungi pengadu (wanita), menyerahkan pasport kepada mahkamah, dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan.

Bagaimanapun, Zulfikri merayu mahkamah agar menetapkan suatu wang jaminan pada kadar munasabah dengan hujahan ugutan tersebut berbentuk ringan sahaja dan bukan kesalahan serius dan jumlah RM30,000 itu adalah di luar kemampuan tertuduh.

Sementara itu, tertuduh memohon kepada mahkamah supaya mengurangkan wang jaminannya kerana isterinya baru melahirkan anak selain, perlu menyediakan wang perbelanjaan bagi keperluan anak-anaknya.

Ahmad Afiq kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin dengan wang RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat bahawa tertuduh tidak boleh mengganggu, menghampiri dan menghubungi pengadu sepanjang perbicaraan kes berlangsung selain dikehendaki lapor diri pada minggu pertama setiap bulan di balai polis.

Mahkamah menetapkan 18 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA


https://www.utusanborneo.com.my/ ... ersalah-ugut-wanita
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 02:46 PM | Show all posts
Kes GISBH: SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan



Azam bercakap pada sidang media Ops Setting di ibu pejabat SPRM hari ini. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata PDRM akan meneruskan siasatan tanpa campur tangan SPRM.

"Yang ini (siasatan) kita serahkan pada polis kerana saya tak nampak isu rasuah di sini. Pihak polis akan meneruskan siasatan tanpa campur tangan SPRM," katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada SPRM akan turut menjalankan siasatan membabitkan pengubahan wang haram terhadap GISBH.

Pada 11 September lepas, PDRM melancarkan Op Global dengan menyelamatkan 402 kanak-kanak dari 20 rumah perlindungan yang mempunyai kaitan dengan syarikat terbabit di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Ia bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasi kanak-kanak dan agama.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan PDRM supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH. - BERNAMA


https://www.utusanborneo.com.my/ ... suah-dalam-siasatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2024 02:46 PM | Show all posts
Agong berkenan adakan Lawatan Negara ke China



SULTAN IBRAHIM
Daripada Suriati Sidek Ahmad

BEIJING: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan Lawatan Negara ke China bermula esok sehingga 22 Sept ini atas jemputan Presiden Xi Jinping.

Wisma Putra memaklumkan Lawatan Negara pertama oleh Seri Paduka Baginda ke China sejak menaiki takhta pada 31 Jan 2024 mencerminkan keutuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang kian berkembang pesat sejak dinaik taraf kepada Kerjasama Strategik Komprehensif pada 2013.

Keberangkatan Sultan Ibrahim akan diiringi Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zain, serta pegawai-pegawai kanan dari Istana Negara dan kementerian serta agensi berkaitan.

"Yang di-Pertuan Agong akan menerima sambutan negara di Great Hall of the People di Beijing, diikuti dengan pertemuan bersama Xi serta menghadiri Majlis Santapan Negara yang akan diadakan oleh Presiden China sebagai tuan rumah.

“Yang di-Pertuan Agong turut berkenaan menerima menghadap Perdana Menteri China Li Qiang,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Selain itu, Sultan Ibrahim juga dijadualkan menghadiri upacara penamaan Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University sebagai satu penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong diikuti sesi ramah mesra bersama rakyat Malaysia di negara berkenaan.

Menurut Wisma Putra, Lawatan Negara tersebut memberi peluang yang sangat baik bagi Malaysia dan China untuk menegaskan komitmen bersama dalam memastikan hubungan antara kedua-dua negara kekal dengan pendekatan memandang ke hadapan, dinamik dan makmur demi manfaat rakyat masing-masing  berdasarkan saling mempercayai serta hormat-menghormati.

“Lawatan ini juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Selain daripada pertukaran lawatan peringkat tinggi, pelbagai program rasmi turut dijalankan termasuk pengeluaran setem dan duit syiling peringatan serta penerbitan buku mewah pada 19 Jun 2024 di Kuala Lumpur semasa lawatan Li ke Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Majlis makan malam bagi meraikan ulang tahun ke-50 turut diadakan pada 31 Mei lepas di Beijing dan 19 Jun di Kuala Lumpur.

Pada 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM450.84 bilion (US$98.90), yang menyumbang kepada 17.1 peratus perdagangan global negara ini.

Perdagangan terus meningkat pada pertengahan tahun pertama 2024, mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM234.09 bilion (US$49.53 bilion) berbanding RM214.87 bilion (US$48.21 bilion) pada pertengahan tahun pertama 2023.

Pada suku tahun pertama 2024, sejumlah 24 projek telah diluluskan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3.4 bilion (US$717.7 juta). - BERNAMA


https://www.utusanborneo.com.my/ ... -china-bermula-esok
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 02:49 PM | Show all posts
Hujan lebat, ribut petir badai 7 negeri petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 3 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan, tujuh negeri tersebut ialah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau).
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Sarawak di kawasan Miri (Miri dan Marudi) dan Sabah di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort).
“Wilayah Persekutuan Labuan juga dijangka mengalami keadaan yang sama,” lapor MetMalaysia, hari ini.
Jelas lapor MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/09/18/hujan-lebat-ribut-petir-badai-7-negeri-petang-ini/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 02:50 PM | Show all posts
ribut ke kat tempat mod vell
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 02:59 PM | Show all posts
Tupperware fail permohonan muflis




WASHINGTON – Tupperware Brands Inc (Tupperware) dan beberapa anak syarikatnya memfailkan perlindungan kebankrapan Chapter 11, kata firma bekas penyimpan makanan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Syarikat itu berkata, ia akan mendapatkan kelulusan mahkamah untuk terus beroperasi semasa prosiding kebankrapan.
Ia juga akan mendapatkan kelulusan untuk proses penjualan bagi perniagaan itu untuk melindungi jenamanya.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kedudukan kewangan syarikat telah terjejas teruk oleh persekitaran makroekonomi yang mencabar,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Laurie Ann Goldman.
Syarikat peralatan dapur yang selama beberapa dekad menguasai dunia penyimpanan makanan itu, sejak 2020 telah memberi amaran tentang keraguan dalam keupayaannya untuk kekal dalam perniagaan, lapor akhbar The Straits Times.
Sehingga Jun 2024, ia telah merancang untuk menutup satu-satunya kilang di Amerika Syarikat (AS) dan memberhentikan hampir 150 pekerja.
Pemfailan muflis di Delaware, AS itu dilakukan berikutan rundingan selama berbulan-bulan antara Tupperware dan pemberi pinjamannya mengenai cara mengurus lebih daripada AS$700 (RM3 bilion) juta pinjaman.
Pemiutang telah bersetuju untuk memberinya sedikit ‘ruang bernafas’ pada hutang itu tetapi perniagaan terus merosot.
Pengasas Tupperware, Earl Tupper pada tahun 1946 memperkenalkan produk plastiknya kepada orang ramai, dan seterusnya mematenkan pengedap kedap udara fleksibel mereka.
Barangan jenama itu kemudiannya membanjiri rumah-rumah di Amerika dan seluruh dunia, dengan sebahagian besarnya melalui pihak jualan bebas. – AFP/AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2024/09/18/tupperware-fail-permohonan-muflis/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 03:02 PM | Show all posts
Lee Zii Jia dedah seluruh badan sakit



PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memiliki alasan tersendiri mengapa dia tidak dapat menampilkan aksi terbaik ketika tersingkir di pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka China semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Xincheng, Changzhou, pemain No.3 dunia itu berdepan kejutan terbesar apabila tewas mengejut 15-21, 2-21 kepada Koki Watanabe dari Jepun dalam tempoh 29 minit.

Dia yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 menjelaskan, kondisi badannya belum pulih 100 peratus, terutamanya selepas pulang daripada temasya sukan terbesar dunia tersebut.

“Pada set pertama, saya mendahului perlawanan dengan jurang mata yang agak besar, tetapi tidak dapat untuk memenanginya. Secara jujur, kondisi badan saya belum pulih sepenuhnya dan perlu bekerja keras untuk kembali ke tahap sebenar.

“Saya tidak pernah cakap mengenainya (kecederaan) kepada media. Selepas Olimpik, keadaan badan saya agak pelik dengan banyak kecederaan yang mula ‘menyerang’, saya pun tidak tahu kenapa,” katanya kepada BWF selepas tamat perlawanan.

Menerusi kekalahan itu, Zii Jia terus kempunan untuk mencatat kemenangan ke atas Watanabe dalam dua pertemuan setakat ini dengan perlawanan pertama pada Terbuka Switzerland tahun lalu turut memihak kepada pemain Jepun berkenaan.

Biarpun kecewa dengan keputusan mengejutkan itu, namun dia tekad untuk kembali mendapatkan kondisi terbaiknya dalam usaha melayakkan diri ke kejohanan Jelajah Dunia Akhir yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China Disember depan.

“Seperti saya cakap, ia (kecederaan) agak pelik kerana dapat rasa sakit di seluruh badan termasuk siku selain bahagian belakang yang ‘ketat’. Saya harap situasi ini bertambah baik nanti.

“Selain itu, ia juga adalah sesuatu yang perlu diselesaikan bagi memastikan saya dapat kembali ke kondisi terbaik untuk layak ke Jelajah Dunia Akhir nanti,” ujar bekas juara Asia dan All England itu.



https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... eluruh-badan-sakit/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 03:07 PM | Show all posts
Fizz Fairuz, Almy Nadia timang anak kelima




PETALING JAYA – Menzahirkan rasa syukur, pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya iaitu Datin Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Fizz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 44, berkongsi khabar gembira itu dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan mereka.

“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat melahirkan anak kelima.

“Terima kasih kepada yang mendoakan,” katanya.

Bagaimanapun Fizz mahupun Almy tidak berkongsi secara terperinci butiran lanjut mengenai bayi mereka.

Sebelum ini, Fizz memuat naik beberapa foto dalam InstaStory menunjukkan keadaan bilik hospital.

“Semoga dipermudahkan. Amin,” katanya.

Terdahulu, Fizz mendirikan rumah tangga dengan Almi atau nama lengkapnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, pada 26 April 2014.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.

Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nur Afrina Darwisyah, 15. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/09/18/fizz-fairuz-almy-nadia-timang-anak-kelima/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 03:14 PM | Show all posts
Vellfire replied at 18-9-2024 02:35 PM
@nona84

ada kuiz teka nama kek

noted momod

tq



Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 03:14 PM | Show all posts
dah ramai dah jawab
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 03:14 PM | Show all posts
laju nuki
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 03:17 PM | Show all posts
Vellfire replied at 18-9-2024 02:36 PM
ada banyak tempat menarik sebenarnya..

ya momod

iolss pernah sampai kuching je
miri sipi2

bila jawab quiz tu

banyak lagi rupanya tempat2 menarik untuk diexplore
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 03:21 PM | Show all posts
dengan pergi rainforest music festival
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 03:23 PM | Show all posts
Vellfire replied at 18-9-2024 02:46 PM
Agong berkenan adakan Lawatan Negara ke China

mod vell

apa beza kek lapis evergreen dengan kek lapis lumut?

pernah makan kek lapis lumut je
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 03:24 PM | Show all posts
ke sama je dua dua tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 03:24 PM | Show all posts
iolss tahu makan je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.400685 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list