CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

  [Copy link]
 Author| Post time 18-4-2011 10:42 PM | Show all posts
Tak lama kemudian mereka sampai di satu satunya klinik yang masih buka, Klinik Dr Halim. Dengan langkah longlai Dahlia mendaftar diri dan mengambil tempat duduk di kerusi yang agak usang.  Ellisya dan Najwa setia menunggu di sisi.  Cuma mereka bertiga di ruang menunggu. Seorang wanita keluar dari bilik doctor dan beberapa minit kemudian nama Dahlia di panggil.

“ Hello, saya Dr Halim ” Doktor lelaki yang seusia Hj Zul memperkenalkan diri. Dia mengambil sesaat dua meneliti kad Dahlia” Dahlia sakit apa?”

“Sakit perut. Mungkin saya salah makan”

“ Ada muntah atau cirit birit? Pernah kena gastric?”

Dahlia menggeleng ‘ Rasa kembung saja. Kadang kadanag  rasa mual. Tapi taklah sampai memulas atau muntah. Saya tak rasa sakit teruk pun tapi besok kenduri kahwin saya. Saudara mara semua takut apa apa jadi besok.”

Dr Halim senyum. “ Oh , bakal pengantin lah ini.  Tahniah. Mungkin awak tak sedap perut sebab makan tak ikut waktu dan rasa stress ya?”

“ Ya, Doktor. Banyak kerja nak buat. “ Huh.. lega. Bukan serius pun sakit aku ni.

“ But just to be sure, can you lie down on the bed? Saya nak check. Just to rule out the possibility of anything serious like appendicitis.”

Jururawat berbangsa India menarik tirai dan Dahlia baring atas katil yang di sediakan. Dia mula cuak. Kalau lah sakit perutnya bukan sekadar angin, bagaimana dengan majlis besok? Dr Halim menekan perutnya di beberapa tempat. Sejurus kemudian stetoskop di tekap ke perut Dahlia.

“ Dahlia, you need to do a urine test” Wajah tua itu serius. Dahlia tergamam.  

“ Saya sakit apa?” Suaranya sudah ber vibrato. Peluh sejuk merenik. Aku takut makkk!!

“ Saya nak check air kencing Dahlia” ulang Dr Halim. Dahlia terus mengambil botol kecil dan bergegas ke tandas. Keluar saja dari kamar kecil itu dia terus berdoa. Mulutnya terkumat kamit. Ya Allah, janganlah kau bebani aku dengan penyakit yang berat. Satu persatu ayat Syifa di baca.  Airmatanya bertakung. Aku perlukan Amir di saat ini.

Setelah satu jangkamasa yang di rasa terlalu lama, Dr Halim membetulkan cermin mata dan berdehem.

“ Tomorrow is your wedding day?” Riak wajahnya tak dapat di tafsir. Dahlia makin kaget. Apakah aku kena tahan di hospital?

“Ya… Teruk kah penyakit saya? ” Suaranya tersekat sekat. Hidung yang tidak gatal di gosok berulang kali.

Mata Dr Halim mencerun tajam. Pakaian sopan tak semestinya berakhlak mulia. Nampak saja baik tapi perangai …. Ya Rabbi! Apa nak jadi dengan gadis gadis sekarang?  Murah sungguh mahkota seorang gadis.

“ Awak mengandung.”

“ HA??? Tapi tak mungkin. I … I… er..” Dahlia memegang perutnya. Aku pregnant? Kenapa aku tak perasan?  Bibirnya di gigit.

“ Well, I have no comment. Itu awak kena selesaikan dengan bakal suami awak.  Saya harap dia lah bapa bayi dalam kandungan awak dan bukan orang lain. Sebagai perempuan Islam  awak sepatutnya tahu dosa besar yang awak dah lakukan “ Nada Dr Halim menggerunkan. Bagai hakim menjatuhkan hukuman pada pesalah.

Dahlia terkebil kebil. Apa orang tua ni membebel? Sejenak kemudian segalanya jelas. Ooohhh… baru aku faham kenapa pakcik ni marah sangat. Hampehh… mesti dia ingat aku ni bohsia.

“ Dr Halim, jangan salah sangka. Saya dah nikah lebih dua bulan lalu. Besok kenduri kahwin dan bersanding saja. Tolong sikit, saya bukan mengandung anak luar nikah”  Dr Halim gugup.

“ Oh, maaf Puan Dahlia. Saya minta maaf sebab salah sangka. Saya ingat awak baru nak kahwin besok. Kalau begitu, tahniah. Congrats to you and your hubby. Saya bukan gynaecologist jadi saya tak boleh tetapkan tarikh bersalin. Mesin scanner pun tak ada. Awak kena buat appointment dengan doctor pakar. “


Dahlia mengangguk pantas. Rasa gembira, syukur, cuak dan saspen bergabung dalam hatinya. Malu pun ada. Kalau Sya dengan Wawa tahu, mesti aku kena ejek tak sudah sehari semalam.. Kalau Usu tahu , lagi teruk. Pasti kena label “ gatal”, “ merenyam” , “ tak sabar sabar” dan lain lain perkataan yang boleh buat telinga aku menanah. Tapi ini rezeki dari Allah.  Benih cinta aku dan Amir, penyambung zuriat kami. Alahai.. seronoknya.

“ Thank you doctor”

“ I suggest you take it easy. Have a lot of rest. Jangan buat kerja berat. Dahlia kena makan makanan seimbang dan jangan biarkan perut kosong. Nanti saya bagi vitamin dan asid folik.” Nasihat Dr Halim sebelum Dahlia melangkah keluar.

Wajah risau Ellisya dan Najwa menyambutnya. “ Kenapa lama sangat kau kat dalam?”

“ Kau sakit apa?”

“ Tak ada apa apalah. Jangan risau. Doktor kata sebab stress.” Dahlia menyembunyikan senyuman. Ellisya dan Najwa sahabat aku yang paling karib tapi kali ini aku kena tipu sunat. I want Amir to be the first to know. Degupan jantung Dahlia berlari memikirkan reaksi Amir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2011 10:46 PM | Show all posts
Reply 358# aaz

org kata kalau nak tahu sama ada haji atau umrah kita mabrur kena tgk amalan kita bila dah balik

er... k smiley rasa akak sama saja wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2011 10:47 PM | Show all posts
Reply 351# norim


seronok...alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 12:23 AM | Show all posts
Reply  aaz

org kata kalau nak tahu sama ada haji atau umrah kita mabrur kena tgk amalan kita bil ...
sang_arjuna Post at 18-4-2011 22:46
tak semestinya balik dari Mekah kita kena tinggalkan semua amalan untuk dunia, betul tak smiley? menulis contohnya....teruskan sampai bila-bila, welcome back...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 08:05 AM | Show all posts
wahh best peknen la
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 08:16 AM | Show all posts
Akhirnya....datang juga entry..thanks kak juna.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2011 08:30 AM | Show all posts
camne agaknya reaksi AMIR tau LIA pregnant...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 08:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by sukahatiku at 19-4-2011 08:58

Reply 362# sang_arjuna

Yalah kaka Smiley... sefahamnya mabrur tu bukan setakat semasa kita melaksanakan umrah@ haji je kan tapi ianya sepatutnya mabrur sebelum, mabrur semasa dan mabrur selepas melaksanakan umrah@ haji...

Lagi satu, rasanya lah bukan kita yg boleh tentukan mabrur atau tak mabrur haji@ umrah kita tu atau seseorg tu... Allah swt. yg akan menentukannya..

Sebab kita hanya berusaha melaksanakannya sebaik mungkin & seterusnya bersungguh berdoa& mendoakan , mudah2an umrah@haji kita@ seseorg itu mabrur, insya Allah...

Betul dak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2011 08:45 AM | Show all posts
Reply 361# sang_arjuna

Timekasih N3 baru..  
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 08:56 AM | Show all posts
tak semestinya balik dari Mekah kita kena tinggalkan semua amalan untuk dunia, betul tak smiley? men ...
cmf_blingblings Post at 19-4-2011 00:23


Yalah.. amalan soleh untuk dunia mestilah di usahakan setiap masa, amalan toleh(yg tak baik..) untuk dunia mestilah di hentikan serta-merta oleh semua manusia yg mengaku dirinya beriman... kan kaka Blings & kaka Smiley...

dan bukan utk org yg dah pergi Mekah je..  tetapi kalu tak pergi atau tak pernah jejak Mekah lagi pun, memang wajib kena buat amal soleh... betul dak...   Sebab pergi Mekah atau balik Mekah bukannya syarat wajib utk buat amal soleh kan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 09:25 AM | Show all posts
selamat kembali smiley & thanks for the N3...
rindu sgt nk baca sambungan kisah lia & amir ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 09:30 AM | Show all posts
t.q kak juna.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 09:52 AM | Show all posts
so sweet....
nk pggl aper yer...
nk kata bunting pelamin tp bru nk naik pelamin???
huhuuhuuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 10:35 AM | Show all posts
salam...
seronoknya dah ada sambungan....
apa reaksi amir nanti, bila tau bakal jadi ayah.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 10:51 AM | Show all posts
selamat kembali arjuna, tq utk n3
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 11:32 AM | Show all posts
wah...selamat kembali akak...biarlah segala urusan mabrur atau tidak tu ditentukan oleh ALLAH...kita sebagai hambanya hanya mampu melakukan yang terbaik..insyaallah.

errr...akak..sambungla lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2011 11:43 AM | Show all posts
akak bler nk sambung ni???
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 11:55 AM | Show all posts
seronoknya bila smiley balik dgr berita
gembira dahlia ngandung plak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 12:07 PM | Show all posts
sambung smiley.....
lama dah menunggu ni...
ada lak org baru nak dtg ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 12:28 PM | Show all posts
sukanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049479 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list