|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
kenapa tetiba mood aku asyik nak dengar lagu dangdut amelina?????? |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin tergesa2 menjinjing beg bajunya keluar dari bilik. Tini dan Ali sedang melepak di bangku di bawah gazebo selepas selesai mengemas dapur tadi. Jam sudah mencecah 2.30 pagi.
“Oii..tak mengantuk ke!” tegur Ali sebaik Jasmin melintasi mereka yang sedang enak minum kopi. Jasmin senyum. Sebetulnya dia mahu cepat, enggan membiarkan Arif menunggunya lama di depan.
“Happynya abang datang…” tambah Tini pula sambil mengunyah sotong goreng, baki makanan yang tidak habis dijual tadi.
“Jangan tak jumpa jalan balik ke sini esok, sudah!! Kirim salam dengan abang kau ya Jas..” laung Ali bila langkah Jasmin sudah jauh meninggalkan mereka. Jasmin mengangguk sambil melambai kepada mereka.
Arif yang sedang menunggu di pintu masuk restoran, sedang tersenyum memandangnya. Sebaik dia menghampiri Arif, beg ditangan terus Arif capai. Hendak tak hendak, terpaksalah Jasmin beralah membiarkan Arif membawa beg bajunya.
“Kemana bang?” soal Jasmin sambil berjalan mengikuti Arif.
“Hotel..” balas Arif dengan senyuman manis terukir dibibirnya yang nipis. Jasmin diam saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Suasana di pantai agak lengang. Mungkin hari itu hari Jumaat. Masih ada pengunjung, tapi tidaklah seramai pengunjung semasa hari Sabtu dan Ahad. Jasmin memandang pantai yang memanjang ke selatan diliputi dengan barisan pokok2 ru yang menghijau. Air laut yang menghijau jernihnya benar2 memikat pandangan.
“Nah.” Arif datang dari belakangnya lantas menghulurkan pelanpung kepada Jasmin.
“Nak buat apa?” soal Jasmin sambil membelek pelampung di tangannya. Pelampung oren bercorak ikan Nemo. Dia ni ingat aku ni masih budakkah?
“Nanti kalau berenang, sure tak tenggelam!” kata Arif. Dia sudah bersiap sedia dengan baju renang jump-suitnya. Jasmin pula, masih dengan seluar panjangnya dan t-shirt besar. Jasmin membelek lagi pelampung.
“Sarung saja…” Arif mengambil pelampung dari tangan Jasmin lalu menyarungkan ke tubuh Jasmin.
“Haa..muat pun. Jom!! Nanti kalau dah tengahari, air mula surut. Matahari tegak meninggi, kulit pun bertukar jadi hitam nanti. Tak pasal2, lari pulak Ali tengok Jas nanti..” usik Arif sambil berjalan menghampiri pantai.
Jasmin mencebik. Sempat lagi dia mengusik! Namun langkah Arif diikutnya juga. Mereka sudah pun berada di gigi air. Sukar hendak digambarkan perasaan Jasmin ketika itu. Seakan ada perasaan girang sebaik air laut tak henti2 menghempas kakinya yang putih bersih.
Arif sudahpun berenang di kawasan air yang agak dalam. Jasmin masih teragak2, sekadar berenang di gigi pantai. Melihat Jasmine yang sekadar mengapungkan diri, Arif menghampiri Jasmin.
“Pandai berenang tak?” soal Arif, sesekali meyapu mukanya yang terkena tempias air masin. Jasmin pantas menggeleng. Kalau setakat mandi sungai dulu, tidaklah sedalam ini airnya. Lagi pula, air sungai tidak berombak begini besar. Kadang2, hampir tumbang Jasmin dipukul ombak.
“Mari sini” Arif memegang pelampung Jasmin lalu menarik Jasmin ke tengah laut sedikit. Jasmin memandang Arif yang sedang memegang pelampungnya. Jarak wajah antara mereka berdua cuma beberapa inci saja.
“Jas tegakkan kaki Jas ke belakang. Lepas tu kayuh…macam kayuh basikal,” arah Arif. Jasmin yang sememangnya sudah terkapai2, kini benar2 hanya berpaut pada pelampung.
“Dalam sangat dah ni bang! Lemas saya nanti!!” jerit Jasmin, cuba melawan bunyi ombak.
“Takpe. Pegang pelampung ni jangan sampai terlepas. Dah luruskan kaki ke belakang?” soal Arif lalu memandang Jasmin. Jasmin cuba berbuat seperti yang diarahkan oleh Arif. Namun air laut yang tak henti2 memukul kakinya, melemahkan pergerakannya. Dia terumbang ambing sendiri.
“Tak bolehlah bang..” jerit Jasmin yang sesekali sudah tertelan air masin. Hendak termuntah dia dengan kemasinan air yang tak dapat di tahan.
“Cuba lagi..”Arif sekali lagi memberi arahan. Jasmin sekali lagi mencuba. Kali ini, Jasmin sudah menjadi lemah. Dia tidak berupaya melawan ombak yang tak henti2 menghempasnya. Tangannya terlepas dari pelampung yang dipegang Arif. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin terus tenggelam ke dalam laut. Melihat Jasmin yang sudah tenggelam, pantas Arif menyelam menarik tubuh Jasmin rapat ke tubuhnya. Tubuh Jasmin ditarik lalu diraih keudara. Sebaik tiba dipermukaan air, Jasmin cepat2 memuntahkan air masin yang tertelannya tadi.
Kali ini, matanya juga perit bukan kepalang. Seakan berpinar matanya bila dimasuki air.
“Siapa suruh lepaskan pelampung?” teriak Arif. Tubuh Jasmin ditarik ke gigi air. Sampai di gigi air, Jasmin terus menolak tubuh Arif menjauhinya. Dia berjalan lemah di gigi air.
“Tak nak berenang dah!! Nak muntah dah ni tertelan air masin!” Jasmin angkat bendera putih. Kedua2 tangannya diangkat tinggi ke udara. Dia tidak mahu berenang lagi. Arif tergelak.
“Kalau tak nak berenang, Jas tunggu sini tau…” kata Arif lalu kembali berenang. Jasmin mengurut dadanya. Sesekali mual mulutnya. Kenapa dia tak rasa mual bila tertelan air masin? Hairannya hati Jasmin pada Arif yang dilihatnya asyik berenang di tengah2 laut bersama beberapa pelancong lain.
Lama kemudian, Arif kembali ke daratan. Langkahnya diatur gagah menuju Jasmine yang sedang duduk menunggunya di kerusi di bawah pohon ru. Jasmin hanya merenung langkah Arif. Hmm..macam model saja..Jasmin mengukir senyum, hendak ketawa. Tapi tawanya mati bila Arif sudah pun berada di depannya.
Tuala dicapai lalu dibalut ke bahunya.
“Abang tak kerja ke?” tiba2 terlontar soalan itu dari kepalanya. Sejak dia berjumpa dengan abang baik hati itu, tidak pernah ditanya apa2 pun tentang lelaki itu.
“Laa…dah lama kenal, baru nak tanya…” komen Arif lalu duduk di kerusi kayu di sebelah Jasmin. Air botol dibuka lalu diteguk. Jasmin tersenyum simpul, masih menanti jawapan Arif. Arif memandang Jasmin dengan senyuman yang lebar terukir dibibirnya.
“Kalau nak dikira dari segi teknikal, abang tidaklah ada kerja sangat. Tapi, kerja abang lebih kurang…macam..macam pelayan lah…” balas Arif sambil mengulum senyum. Niat dihatinya hendak mengenakan Jasmin yang nampak seratus peratus akan percaya saja apa jua jawapannya.
Jasmin mengerut dahi. Arif dipandang tidak percaya.
“Abang jadi GRO ke?” soal Jasmin. Bulat mata Arif mendengar soalan Jasmin.
“Hahahahah!!! Abang jadi GRO?” soal Arif yang masih tergelak. Jasmin menegerutkan dahinya. Nyatanya, dia sudah kena tipu! Lahabau!!! Hati Jasmin menyumpah2 Arif di dalam hati. Geram dan marah bercampur aduk.
“Bukan pelayan macam tu. Kerja abang, kebanyakannya, jumpa orang. ..” kata Arif. Sukar dia hendak mencari kata2 yang tepat untuk menerangkan kepada Jasmni akan kerja sebenarnya.
“Jumpa orang buat apa?” soal Jasmin lagi. Arif mengulum bibirnya. Jasmin dipandang.
“Bincang projek…” balas Arif. Jasmin yang mendengar, masih ternganga. Arif tersenyum simpul. Sahih budak ni masih tak faham.
“Tak apalah. Nanti, suatu hari nanti, abang bawak Jas ke opis abang. Jas boleh tengok macam mana abang buat kerja…” kata Arif sambil mengelap rambutnya dengan tuala. Jasmin terdiam. Bibirnya masih terbuka seolah2 hendak berkata sesuatu. Arif dipandangnya.
“Jadi, abang tengah bercutilah sekarang ni?” soal Jasmin. Dia tidak nampak sebarang kerja yang dilakukan oleh Arif. Arif senyum lalu mengangguk. Jasmin turut senyum.
“Berapa lama cuti?” soal Jasmin lagi. Arif memandang Jasmin. Lama berkawan dengan Jasmin, barulah kini dia melihat Jasmin mula berminat untuk mengetahui latar belakangnya.
“Sebulan saja. Minggu depan, hari Jumaat abang kena balik KL. Cuti dah habis,” balas Arif. Riak wajah Jasmin bertukar mendung. Ada rasa tidak tenteram dihatinya.
“Ooo…” Jasmin mengangguk2 saja. Dia tunduk merenung kakinya yang diselaputi pasir.
“Jom, kita pergi makan!!” Arif sudah pun bangun sambil tuala tersandang dibahunya. Matahari sudah tegak meninggi dilangit. Jasmin angguk, bangun perlahan2 mengikuti Arif. |
|
|
|
|
|
|
|
ciaooo!!!
nak gi layan lagu amelina! |
|
|
|
|
|
|
|
nti free sambung lg ehh... |
|
|
|
|
|
|
|
keciwa jasmin bila dgr abg baik hati balik KL........:cf: |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia tak muncul
aku rindu |
|
|
|
|
|
|
|
ala.. aku hingat aku biler masuk thread ni lamabt leh dpt bace citer ni sampe abih.. tp kene tunggu jugakk.. cpat fizz oi.. |
|
|
|
|
|
|
|
abg baik hati mesti bawa jasmin balik kl kan |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn ali pun abg jelous haha |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the entry. nak lagi boleh tak |
|
|
|
|
|
|
|
best time jasmin tanya 'abang jadi GRO?' (kumahu gelak guling2) |
|
|
|
|
|
|
|
nextttttttttttttttttt..
mana fiziii ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi leh x?... |
|
|
|
|
|
|
|
best...makin bertambah besttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni aku ponteng kerja....
sakit tulang belakang...
boleh amik mc tak kalau camtu? |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin sudah pun dihantar pulang ke restoran Rumbia malam itu. Jasmin meminta dirinya dihantar pulang lebih awal kerana menurut Jasmin, dia mahu membantu Tini mengemas dapur. Serba salah pula jika tidak menolong dan membiarkan Tini keseorangan membuat kerja. Alasan Jasmin diterima.
Arif meletakkan gugusan kunci dimeja kopi ruang tamu bilik hotelnya. Dia melabuhkan punggungnya dikerusi lalu TV dipasang. Siaran di televisyen tidak begitu menarik perhatiannya. Rupa2nya jika ada peneman, seronok juga ya…
Kringgg!!!Kringg!!! Bunyi klasik nada dering telefon bimbitnya bergetar. Arif menoleh, memandang skrin telefon bimbitnya yang sudah lama tidak berbunyi. Siapa yang menelefon? Nombor telefon papanya tertera di skrin. Pantas panggilan dijawab.
“Hallop!” terus sahaja dia bersuara sebaik punat hijau ditekan.
“Arif. Papa ni. Kat mana tu?” soal Papanya. Arif mengukir senyum.
“Papa nak buat inspection ke? “ lantas tawa kedua2nya berhamburan.
“Kat bilik lah…malam2 macam ni nak kemana lagi..” tambah Arif.
“Good! By the way, sorry for disturbing your holiday. But, I need your help now. Can you do me a favour please,” suara Datuk Muhaiyeen dituturkan perlahan2.
“What’s the matter?” dahi Arif berkerut. Mungkin ada hal yang penting sehinggakan papanya terpaksa menelefonnya waktu2 sebegitu.
“Our warehouse at Kolombong. 3 containers collapsed last week. We have sent all the hauliers and insurance company to go there for inspection. The result has come out, but frankly speaking I’m not fully satisfied with the outcomes. Can you go there to justify the result coz It involves more than RM150 thousands value of damages goods. Hence, it does not include the trailers and the containers affected yet,” terang Datuk Muhaiyeen panjang lebar.
Arif menarik nafas panjang. Masalah ini memang serius. JIka tidak diteliti dengan betul2, banyak pihak akan cuba mengambil kesempatan dari kemalangan itu untuk mengaut keuntungan. Jika berpandukan kepada laporan yang tertera di atas kertas semata2, itu tidak cukup.
“Hmm..okay la pa. Tomorrow I’ll take the flight,” hendak tak hendak, terpaksa Arif akur. Nampak gayanya, burn jugak cutinya yang masih berbaki seminggu lagi itu.
“Thanks so much Arif. So, kalau dah sampai sana nanti, jangan lupa call papa ya,” kata Datuk Muhaiyeen.
“Okay,” balas Arif lalu mematikan panggilan. Skrin telefon direnung lama. Arif menarik nafas dalam2 sambil tunduk merenung lantai. |
|
|
|
|
|
|
|
Arif memandang Jasmin yang menghampirinya. Matahari pagi sudah mula memancar, menebarkan sinar cahaya jingganya ke serata laut. Jasmin yang menyaluti tubuhnya dengan tuala besar dek kerana sejuk duduk di gazebo berhadapan dengan Arif. Pagi2 lagi Arif sudah ke situ hendak bertemunya.
“Awal datang hari ni. Ada hal ke bang?” soal Jasmin lalu tersenyum. Arif mengukir senyum pahit. Wajah Jasmin yang nyata baru bangun tidur, dipandang dengan pelbagai rasa. Dia mengulum bibirnya, kemudian menatap seraut wajah mulus di depannya.
Arif merenung wajah Jasmin. Dia keberatan untuk membuka mulut, menyatakan tujuan kedatangannya ke restoran itu pagi2 buta seperti itu. Tapi, jika dia pergi sahaja dari situ tanpa memberitahu Jasmin, hatinya tak mungkin kan senang nanti.
Paling ditakuti, jika Jasmin mencarinya kelak. Kalau Jasmin carilah…Kalau tak, tak apa…
“Abang..” panggil Jasmin bila melihat Arif yang terdiam lama merenungnya. Arif menatap redup mata coklat itu.
Arif menghulurkan sebuah sampul berwarna putih kepada Jasmin. Tangan Jasmin diraih lalu sampul itu diletak digenggaman Jasmin. Jasmin mengerutkan dahi sebaik terlihat sampul putih tersebut. Seakan tahu isi kandungannya.
“Abang nak pergi mana?” soal Jasmin. Melalui pengalaman lalu, dia faham benar sikap Arif. Wajah Arif dipandang. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|