|
liya....lama lagi ke..... |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak sambung lg............................................. |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum dan selamat tenghari dan enjoy your lunch
baru hari ini dapat baca sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
Di sana menunggu di sini menanti...salah sorang mesti kecewakan...kesiannya....
allamanda Post at 7-7-2010 18:11
macam biasalah.....kita matikan sahaja salah seorang hero itu |
|
|
|
|
|
|
|
hua....harap2 intan ngn farezz....
xnk ngn luqman.....dah la luqman tu xtau saper pown.....
huhu...over lak aku nih,. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply liya71a
kak liya,cantik lah cup cake akak tu....mcm kenal.
{: ...
sheely Post at 8-7-2010 14:07
hai sheely, heheheh jumpa lagi kat sini.. thanks, mmmmm tgh mengarang cerita ni, x sabar2 dah semua orang nak tau ape jadi kat intan fareez nih |
|
|
|
|
|
|
|
blm ada n3 lagi ke??????? |
|
|
|
|
|
|
|
cpt2 smbg...xpe biar intan pilih Luqman dlu...
pastu nanti kot2 la hubungan depa ade masalah nanti blh la intan pilih fareez plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni dia..... tapi masih menyambung menaip lagi ni.. suka sangat adegan dalam keta with Fareez dgn lagu Ungu-Andaiku Tahu berkumandang...
Ku harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Selepas berdoa sepenuh hati, supaya Allah menetapkan hatiku ini, aku bingkas bangun, terfikir untuk menggoreng keropok leko losong yang ku bawa semalam.
‘Pagi lagi Intan dah ke dapur?’ tegur kawan serumah ku Elin. Elin bertugas sebagai peramugari dengan AirAsia sejak beberapa tahun yang lalu.
‘Mmmm sedapnya keropok leko, kau bawa semalam eh?, boleh la aku tapau hari ni?, malam ni flight aku ke Bandung. So, aku kena stay sana, lusa baru balik.’ Elin mencubit keropok leko yang masih panas di dalam bakul tapisan.
‘Hei, pergi gosok gigi dulu mandi dan solat!’ aku menepis tangannya.
Dia ketawa mengikih-ngikih. ‘Baiklah Ustazah Intan... kalau tak de kau, tak de orang nak masakkan keropok leko yang lembut dan sedap ni.. Dan yang penting, tak de orang nak tolong ingatkan aku solat subuh...hehehehehe’ dia tertawa lagi sambil menyucuk pinggang Intan.
‘Eh, orang tengah menggoreng nih!, nanti kena minyak panas karang, tak pasal pulak masuk hospital’
‘Ye lah, ye lah... baru jam 6:45 la Cik Intan..aku gi mandi solat dulu lah eh?’
Elin memang peramah. Sejak dia tinggal denganku, banyak perubahan berlaku pada dirinya. Kalau dahulu, solat pun tidak tahu waktu. Pakaian, semua nya tak cukup kain. Maklumlah sebagai peramugari, mestilah kena up-to-date. Alhamdulillah, sekarang sudah banyak berubah.
Selesai menggoreng, aku bersiap-siap untuk ke pejabat.
‘Sarapan sama?’ sms dari Fareez muncul di skrin.
Aku sengaja tidak membalas. Aku menanggalkan cincin belah rotan yang di beri Luqman ke dalam kotak aksesori diatas meja solek dan menguncinya rapat-rapat.
Tiba di pejabat, aku terus ke pantri dan meletakkan keropok leko yang masih panas di atas meja makan.
‘Ha.. dah sampai pun.. Tak baca mesej I ye? Jom makan sekali?’ sapa Fareez dari belakang. Aroma perfume yang sama menusuk ke hidungku.
‘Err... saya ada bawakan keropok leko. Tadi saya dah makan kat rumah, dah kenyang lah.’
‘Ala, jom la...’ Fareez cuba memujukku. Pandai sungguh Fareez melembutkan hatiku dengan nadanya yang agak manja.
‘Tak boleh lah Fareez, sekejap lagi Dato’ sampai, saya dah seminggu tak masuk pejabat. Kena cek email pejabat dan jadual Dato’’ mujur aku cepat memberi alasan yang agak kukuh.
‘Hmm... ok kalau macam tu lunch on me?’ Fareez masih berusaha.
‘Tengoklah macam mana. Err.. ni ada keropok leko saya bawa, jemput lah makan, masih panas lagi ni’ aku mengunjukkannya pada Fareez.
‘Sedap ni... terutama sekali kalau Intan yang goreng..’ Fareez tersenyum-simpul. Aku seperti biasa membancuh kopi panas lalu menuangkan secawan kepada Fareez.
‘Ha... Intan sudah masuk kerja ya!’ tegur Miss Mary menjengah pantri lalu menghampiriku. ‘Ada big story lah Intan’ Miss Mary membisik ke telingaku sambil menjeling pada Fareez yang sedang khusyuk menikmati keropok leko tadi.
‘Encik Fareez, saya minta diri dulu ya?’
‘Okay’ Fareez menjawab dengan mulut penuh. Berselera nampaknya. Aku tidak sempat membawanya berjalan-jalan ke ICT yang popular di sebelah lapangan terbang antarabangsa Kuala Terengganu. ICT- Ikan Celup Tepung.
Sebaik mencecahkan punggung di kerusiku, Miss Mary terus menerpa aku. Dengan tidak sabar-sabar lagi dia duduk disebelah aku sambil menarik lenganku. Habis semua kisah ketiadaan aku diceritakan. Dari mula Fareez pulang ke pejabat hinggalah Fareez di Hospital Serdang. Tergamam aku seketika. Memang wajar aku mendengar cerita sebenar dari mulut Fareez waktu makan tengahari nanti.
Dato’ Shukor muncul di pejabat seperti biasa, jam 10 pagi. Aku segera memasuki biliknya dan membuat pembentangan segala jadualnya untuk tempoh seminggu ini. Selesai dengan Dato’ Shukor, aku membuka satu persatu email dari MrPerfect. Tidak aku ketahui siapa MrPerfect sebenarnya, tetapi hampir setiap hari dia menulis laporan tentang kegiatan Luqman. Aku pun tidak mengetahui apa tujuannya menjadi spy kepada Luqman dan dari mana dia mendapat emailku. Aku membuka email yang terkini.
‘Cik Intan, untuk pengetahuan cik Intan, sebenarnya Luqman sudah mempunyai kekasih hati yang satu kuliah dengannya di Universiti of Tasmania, Australia. Jadi saya harap cik Intan dapat menasihati Luqman. Email ini saya dapati dari salah satu nota yang terselit di celah-celah kertas kerja terakhir Luqman. Saya bukan menyelongkar barang peribadi Luqman, tetapi adakah salah saya sebagai rakan sebiliknya untuk mengetahui siapa di Malaysia yang akan disatukan dengannya. Harap cik Intan dapat membantu’
Setiap patah perkataan yang ditulis aku baca satu persatu. Terasa seperti ditampar. Tangan ku menggeletar. Mataku terasa berpinar-pinar. Aku cuba menarik nafas dalam-dalam dan berselawat. Aku mencapai iphone ku ingin mendail mama di kampung. Saat itulah nama Fareez terpapar di skrin telefon dan aku menyentuh accept.
‘Hello. Assalamualaikum’ Fareez memberi salam kepadaku.
‘Waalaikumussalam’
‘Sudah jam 1 tengahari. I tunggu kat parking ok?’
‘Ok.’ Tidak tahu lagi apa yang harus aku jawab. Badan ku menggigil. Aku menarik laci dan mengeluarkan ubat penenag serta dompet. Aku menelan ubat sebiji bersama air mineral di atas mejaku. Perlahan-lahan aku bangun. Seminit, dua minit aku berdiri. Aku melangkah perlahan, ubat penenang tersebut sudah berjaya mengalir kedalam darah. Aku terus melangkah menuju ke lif dan turun ke parking menuju ke kereta BMW EX5 yang sudah tersedia dihadapn pejabat.
‘Kenapa lambat? Ada banyak kerja ya? Dato’ tahan you ke tadi?’
‘Tak ada apa-apa lah.’ Aku diam.
Fareez memandang mukaku sebelum beredar dari pejabat. Perjalanan dari Cyberjaya ke Alamanda mengambil masa 10 minit. Dalam perjalanan Fareez memasang CD lagu-lagu dari Ungu-Andaiku Tahu. Lagu kegemaranku. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa pilihan intan....... |
|
|
|
|
|
|
|
yeehaaa... wokeh intan dah patut tolak luqman... ada harapan la si fareez nampak gayanye... lagi liyaaaa.... tak cukuppppppp.... |
|
|
|
|
|
|
|
hai sheely, heheheh jumpa lagi kat sini.. thanks, mmmmm tgh mengarang cerita ni, x sabar2 dah semu ...
liya71a Post at 8-7-2010 16:07
huhu...saya pown xsabar2 nk tau cter pasal fareez ngn intan ni...
harap2 intan xjd kawin ngn luqman tu. |
|
|
|
|
|
|
|
sape jd spy intan ??
kekasih lukman ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
liya...
cerita di blog
sama update dengan sini? |
|
|
|
|
|
|
|
Di blog lambat sikit nak upload |
|
|
|
|
|
|
|
siapakah mr perfect atau adakah dia sebenarnya ms perfect
kita tunggu jawapan pengarang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|