CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyanah

Untold Story.

  [Copy link]
Post time 16-7-2010 08:39 PM | Show all posts
baby mlm ini xde n3 ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2010 12:25 AM | Show all posts
baby g mana???
agaknya baby g skodeng ika dgn hafizz hanimung kot...
nanti senang nak karang next entry
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 05:00 AM | Show all posts
baby, nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 08:35 AM | Show all posts
baby o baby...
mane pegi nih...
bg la n3 kat kitorang
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 09:11 AM | Show all posts
pagi semua...baby pagi ni xde n3 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 09:21 AM | Show all posts
salam...
wauw... pagi2 lagi dah jenguk sni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2010 09:59 AM | Show all posts
baby gi kmna,sampai hari ni senyap je........
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 12:39 PM | Show all posts
masih blm ada n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2010 03:05 PM | Show all posts
penat merempit. next....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 04:42 PM | Show all posts
thanks baby..
kalu free jgn lupa smbg...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 07:10 PM | Show all posts
hahaha.... kan betul, ika n hafizz...
nasib xkena smack down....
tp hafizz pandai pujuk ika.
next baby!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2010 08:25 PM | Show all posts
korang...... sorry.....busy amat kat ofis + kepala serabut memikirkan kerenah bebudak ofis....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2010 08:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 17-7-2010 20:33

Episod 36

Bunga rampai diracik-racik
Makin pandang bertambah cantik
Bunga rampai harum baunya
Kalau dah jodoh bertemu jua
Berdebar rasa hati bercampur dengan rasa suka
Hari yang dinanti sudah sampailah masanya
Gadis dihias rapi dengan inai merah dijari

Lagu ‘Bunga Rampai’ nyanyian Zaleha Hamid kedengaran berkumandang di ruang udara. Pagi-pagi lagi para penanggah dan kumpulan band yang dianggotai oleh kengkawan si Adli sudah berada di rumah untuk  setting up perkakas bagi sesi persembahan sempena majlis persandingan aku dan Hafizz yang akan berlangsung tengahari nanti. Pakcik Osman, jiran selang dua tiga rumah pun pagi-pagi sudah datang menempek kat rumah keluarga aku. Pakcik Osman yang masih bujang itu, bila ada kenduri-kendara macam ni dia memang akan muncul terlebih dahulu siap dengan Handy Cam kesayangan dia. Tak payah bayar upah pun, dia dengan sukarela meng’offer’kan diri untuk merakamkan peristiwa bersejarah insan-insan yang menjadi raja sehari.

Pakcik Osman ni selain suka buat rakaman, dia juga suka menyanyi. Setiap majlis kahwin yang ada sesi karaoke atau live band dia mesti tak ketinggalan untuk menyumbangkan suara dengan sebuah lagu yang sama. Lagu lama, lagu dendangan S. Jibeng, kalau tak silap tajuk lagu itu  ‘Selamat Tinggal Pujaan’. Paling tak tahan bila dia siap merakamkan aksi dia berjoget sambil menyanyikan lagu favourite dia tu…. Ehehehe….

Ketika ini, semua ahli keluarga sedang sibuk, sama ada membantu di dapur atau menyiapkan apa-apa yang perlu. Khemah sudah siap berpasang sejak semalam lagi, yang tinggal cuma bangku dan meja untuk disusun atur sebelum para tetamu dan jemputan hadir memeriahkan suasana. Sekarang cuma aku dengan Mak Andam aje yang ada kat bilik pengantin ditemani oleh beberapa orang anak-anak saudara jauh sebelah mak yang sedang meningkat remaja. Tumpang melaram sekali. Mak Andam yang aku panggil Kak Lia itu sedang buat touch-up terakhir pada wajah aku sebelum menyerahkan sepasang baju pengantin untuk aku pakai masa bersanding nanti.  

Ketika aku menyarungkan pakaian pengantin untuk majlis persandingan yang berwarna ungu itu, baru aku perasan yang ianya saling tak tumpah seperti pakaian yang telah aku cuba di butik pengantin yang aku kunjungi bersama Hafizz sebulan-dua yang lepas. Jangan-jangan……

Aku teringatkan kembali peristiwa itu, masih baru dan masih segar diingatan.

Aku keluar dari fitting room dengan memakai baju pengantin yang terakhir. Berwarna ungu muda dengan hiasan labuci yang tak padat sangat pada kerawang di.bahagian bucu dan leher baju. Aku suka sangat dengan fesyen pakaian pengantin yang ini walaupun berpotongan ikut badan tapi tak nampak sangat dan ianya kelihatan simple dan polos.

“Macamana?” Tanya aku pada Hafizz yang sedikit ternganga memandang aku. Urgh! Buruk sangat ker atau melampau sangat? Aku rasa dah okey lah yang ini. Tiga pasang yang tadi pun tak ada masalah sebenarnya tapi kalau aku yang memilih, aku lebih berkenan dengan yang sedang aku pakai sekarang. Aku angkat kening dua-tiga kali sambil menunggu patah-patah perkataan yang akan keluar dari mulutnya.

“Okey tak?” Aku buat senyuman comel kat Hafizz sambil mengenyitkan mata.
“Err…” Apa kena dengan si Hafizz ni? Pandangannya masih tertancap pada aku. Hai, lawa sangat ker sampai tak berkalih dari tadi? Lama-lama aku jadi putus asa, ditambah dengan rasa malu yang menggunung kerana Hafizz macam nak tak nak layan aku. Entahlah.
“Sudahlah, aku nak tukar balik. Penat arr…dah berpeluh-peluh aku.” Ujarku sebelum masuk semula ke dalam fitting room. Hafizz dok senyap jer, tak bagi komen apa pun, malaslah aku nak posing lama-lama kat depan dia.

Bila aku keluar semula, Wani sudah ada sedang berbincang dengan Hafizz. Aku malas nak ambil port, sudah pasti tentang majlis gilang-gemilang Hafizz dengan dot dot dot. Bila aku rasa-rasa dah boleh mencelah, barulah aku datang mendekati gadis berambut ikal paras bahu itu.

“Dik, yang ini berapa sewanya?” Berubah sedikit wajah gadis itu mendengar soalan aku. Seakan pelik.  Mau taknya, tadi dah deal macam-macam dengan Hafizz (agaknya dia ingat aku dan Hafizz couple kut), tiba-tiba aku pula datang bertanyakan soalan seperti itu. Tapi, dia layan juga soalan aku.  
“Cik nak sewa sepasang ker atau sekali dengan baju pengantin lelaki?”
“Hmmm…tak, akak nak sewa baju ni sehelai jer.” Aku bahasakan diri aku kakak, dia pula panggil aku cik.
“Minta maaf cik, tapi fesyen yang ini kami tak sewa untuk sehelai jer, kena sekali dengan pakej.” Alahai, pakej itu sudahlah sekali dengan pelamin dan mekap ‘bagai’. Takkan nak angkut semua balik kampung aku. Bukannya ikut jalan darat, kena naik flight lah yang oi!
“Jual ada tak?”
“Ada, boleh tempahkan yang baru. Ambil masa sebulan juga.”
“Berapa?”
“RM800.00.” Mak aih! Mahalnya, takkan aku nak buang duit sebanyak itu untuk beli baju ni lepas tu pakai untuk sehari jer?
“Takpelah, dik. Terima kasih.” Kataku menyerahkan semula keempat-empat helai pakaian pengantin tersebut kepadanya.
“Macamana, dah dapat apa yang kau nak?” Aku berpaling memandang Hafizz.
“Yang aku nak?”
“Iyelah, baju-baju untuk majlis perkahwinan kau. Takkanlah satu pun yang aku cuba tadi kau tak berkenan?”
“Hmm…kalau kau yang pakai, semuanya aku berkenan.”  

Merasa juga aku memakai baju pengantin itu, di majlis persandingan aku, dengan orang yang aku cintai pula tu. Aku tersenyum sendirian.

Ketipak! Ketipak! Ketipung! Ketipung! Ketipak! Ketipak! Ketipung! Ketipung! Bunyi kompang kedengaran bergema diruang legar rumah menandakan ketibaan pengantin lelaki. Kak Lia membetulkan tiara yang menghiasi tudung aku sebelum memberi isyarat yang aku sudah boleh dibawa keluar.  

Pengantin lelaki aku (ehehehe) sedang menunggu ketibaan pengantin perempuan (akulah) di kawasan perkarangan rumah sebelum diarak beramai-ramai menuju ke pelamin yang disediakan oleh kaum kerabat mak dan ayah. Cantik juga pelamin yang berwarna putih dan ungu hasil gotong royong keluarga itu. Rona sama dengan pakaian pengantin cuma lebih lembut dan nampak harmoni.

Pelamin itu dilengkapi dengan dua kerusi dipanggil peterakna yang dibalut dengan baldu berwarna-warni dan bertekat sulam yang indah. Di hadapannya pula diletakkan satu pahar berisi nasi kunyit serta dihiasi dengan bunga telur. Kemuncak gubahan nasi kunyit itu pula dicacakkan dengan sejambak karangan bunga yang diperbuat daripada kertas perada dan manik jemeki berwarna-warni serta berkilauan. Manakala bunga-bunga hidup menghiasi kiri dan kanan pelamin.

Kelakarnya, pelamin yang mereka sediakan itu siap diberi nama. ‘Dua jiwa jadi satu’, idea anak buah mak kiranya sepupu akulah, Zurina. Macam-macam! Apa-apalah asalkan jangan letak nama ‘pelamin anganku musnah’ sudah!

Bunga rampai diracik-racik
Makin pandang bertambah cantik
Bunga rampai harum baunya
Kalau dah jodoh bertemu jua

Berdebar rasa hati bercampur dengan rasa suka
Hari yang dinanti sudah sampailah masanya
Gadis dihias rapi dengan inai merah dijari

Lagu ‘Bunga Rampai’ kembali berkumandang ketika kami mengambil tempat di atas pelamin. Aku terlihat kelibat Raniya dalam keramaian, agaknya turut serta dalam rombongan pihak lelaki tadi. Aku pandang Hafizz yang kebetulan sedang memandang aku. Aku angkat kening, dia seperti sudah menjangka persoalan yang bermain di minda aku.

“My beloved sister, Sofea Raniya.” Ooh? Jadi sepanjang masa itu aku menyangka Sofea Raniya itu saingan aku…apa daa….

Teringat aku pada pertemuan pertama dengan Raniya semasa menyambut hari lahir Hafizz di restoran berputar Menara Kuala Lumpur.

“Aku nak kenalkan kau pada seseorang. Antara orang-orang yang paling aku sayang.”
“Zulaikha, kenalkan ini…”
“Tahu….selamat berkenalan.”
“Hi, kak…”

Patutlah dia panggil aku kakak, patutlah dia mesra dengan Hafizz. Rupa-rupanya adik-beradik. Tapi serius, aku memang tak ingat yang si Hafizz tu ada adik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2010 08:29 PM | Show all posts
Sanggul berbagai rupa dihias pula dengan bunga
Baju kebaya panjang bersulam manik nampak bercahaya
Bila dia tersenyum ala sayang sungguh manisnya

Bunga rampai ditabur-tabur  
Hati longlai jadi terhibur
Bunga rampai harum berbau
Biar lerai hati yang rindu

Aku kerling Hafizz yang duduk di sebelah aku. Hari ini kekacakan dia lebih terserlah dari biasa. Seri pengantin kut? Gulp! Tertunduk aku ketika mata aku bersua dengan mata miliknya. Aduhai! Rupa-rupanya dia juga sedang menilik aku. Nak pandang semula rasa malu pula, tambahan pula dengan berpasang-pasang mata yang sedang menyaksikan majlis ini. Tak mahulah aku kantoi lepas itu diusik-usik pula oleh mereka yang hadir. Malu dia rasa lain macam. Tak tahu aku macamana nak menggambarkannya.

Setelah berpuluh-puluh keping gambar diambil oleh jurugambar campur dengan yang amatur dan yang tidak diupah, kini tibalah masa untuk ahli keluarga untuk menyempurnakan acara adat menepung tawar serta merenjis air mawar. Satu persatu ahli keluarga aku dan Hafizz maju ke hadapan melakukan adat itu. Masing-masing tidak mahu ketinggalan mendapatkan bunga telur dan door gift yang bakal diterima dari anak-anak gadis yang sedia menanti disisi pelamin. Selepas ini sesi bergambar lagi. Lenguh aku berposing, sekejap macam ini, sekejap macam itu. Jurugambar okey jer, tak banyak cakap tapi makcik-makcik itu yang lebih-lebih mengarah (entah siapa-siapa, aku tak kenal sangat tapi agaknya kaum kerabat mak lah kut yang pe’elnya sama macam mak suka menceceh, jangan marah mak). Huh!

“Hai, pengantin lelaki jangan malu-malu! Peluklah pengantin perempuan itu, dah sah dah!”
“Pegang pinggang dia...dah jadi hak engkau, takde orang nak marah.”
“Rapat-rapatlah sikit. Tak luak dia.”
“Pengantin perempuan, apasal malu-malu ni... “
“Okey, sekarang sorang diri, sorang duduk.”
“Pengantin lelaki kat belakang, pengantin perempuan kat depan.”

Macam-macam ayat keluar untuk mendapatkan aksi yang pelbagai, dari cium tangan, cium dahi, berbalas-balas pandang. Pose dekat, pose jauh. Mak aih! Itu belum ambil gambar kat dalam bilik pengantin lagi. Janganlah dorang ini ikut sekali masuk ke dalam bilik pengantin. Entah apa idea yang keluar, tak larat aku membayangkan!

Akhirnya! Majlis bersanding dan menjamu selera selesai dalam jam 5 petang. Pipi dan mulut aku terasa kebas sebab asyik tersenyum dan tersengih sejak majlis bermula sehinggalah tamat segala upacara. Walaupun majlis ini terasa amat meletihkan dan menyiksakan, tapi seronok juga jadi raja sehari ini! Setelah tetamu terakhir beransur pulang, aku bergegas ke bilik pengantin menukar pakaian. Tak larat aku mengharung hari dengan baju pengantin dan tiara masih melekat di kepala. Aku baru berhajat nak meleraikan otot-otot yang rasa kejang control cun bila mak menjengah aku kat bilik. Ingatkan dah boleh berehat dan bersantai, rupa-rupanya giliran kami pula yang kena dera!

“Cepat keluar nanti orang ingat kita tak sabar-sabar nak berlayar malam pertama.” Usik Hafizz yang baru lepas menyalin pakaian. Bulat mata aku memandang dia, dengan pantas aku capai bantal lalu membaling ke arahnya. Dia mengelak sambil ketawa.

“Save it for tonight, dear!” Katanya sambil mengekek pergi. Argh!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 09:27 PM | Show all posts
lagi baby lagi....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 09:57 PM | Show all posts
baby sambung laa lagi ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2010 10:24 PM | Show all posts
ika...jgn lupa pakai baju ungu yg hafiz beli yer..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 10:36 PM | Show all posts
adapun baby
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 10:37 PM | Show all posts
thank baby..klu boleh smbg lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 10:53 PM | Show all posts
syoknya...
tapi tak puas la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.433890 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list