CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Detektif_Hantu

Apa Yg Saya Tidak Tahu Tentang P.Ramlee

  [Copy link]
Post time 22-2-2010 12:19 PM | Show all posts
semar tu nama org ler.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2010 12:48 PM | Show all posts
ye la tu agaknyaa...nama org...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 03:46 PM | Show all posts
khatam dah..tenkiu..nak info lg..besh je baca..

kat sini xde org jawa nk tolong translate ayat2 kt atas tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 08:32 AM | Show all posts
informative btol thread..tak sia2 baca dari page 1.terima kasih semua yang share info.
forum MN tu banyak info2 menarik psl seniman & seniwati zaman dulu.
gambar P Ramlee waktu lepas terima anugerah AMN tu; siapa ek perempuan kat sebelah dia tu? Saloma ke? Hot betol.
Suka tengok seniwati zaman2 dulu; cantik betol,melayu asli. Bukan macam sekarang,producer semua terkejar nak yang bermuka pan asian je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2010 03:01 AM | Show all posts
Another info.. sebelum pilih pelakon utk filem2 arahan dia, dia akan imagine dulu watak2 yg sesuai.. sebab tu macam mana rapat pun seseorang pelakon tu dgn P.Ramlee, kalau P.Ramlee rasa x sesuai, memang dia xkan amik orang tu berlakon.. tapi macam mana benci pun seseorang pelakon tu dgn P.Ramlee, kalau P.Ramlee rasa watak tu sesuai dengan dia, P.Ramlee akan insist utk pelakon tu berlakon dalam watak tu..

Contoh paling popular.. Allahyarham S. Kadarisman, according to Pak Aziz Sattar, S. Kadarisman memang jealous dgn P.Ramlee, sebab P.Ramlee naik cepat sangat.. sampai S. Kadarisman kata satu hari nanti dia nak jatuhkan P.Ramlee. Pak Aziz complain kat P.Ramlee tapi P.Ramlee buat x tau aje.. then masa filem 'Antara Dua Darjat' , P.Ramlee rasa S. Kadarisman sesuai untuk watak Engku Mukriz.. P.Ramlee insist utk amik S. Kadarisman berlakon sampai jumpa dengan Manager.. bila S. Kadarisman dapat tau, dia menangis.. kira menyesal la kan..

Since then, hubungan diorang OK.. even S. Kadarisman bagi idea asal dan jalan cerita untuk filem 'Madu Tiga'.  Then diorang sama-sama berlakon dalam cite 'Tiga Abdul'.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2010 03:25 AM | Show all posts
Ramai orang complain, kenapa filem2 P.Ramlee kat Studio Merdeka x berapa umphh macam masa kat MFP, and even filem terakhir dia 'Laksamana Do Re Mi' pernah dilabel sebagai antara filem terburuk P. Ramlee.. bukan sebab prestasi P.Ramlee merosot, tapi kalau dikaji dan difikirkan betul2, ada beberapa faktor:-

1) Merdeka Studio yang serba-serbi kekurangan. Masa kat Jalan Ampas, P. Ramlee memang anak emas Shaw Brothers, apa yang dia minta untuk filem, produser akan bagi tanpa banyak soal.. masa kat Merdeka Studio, kekurangan yang pelbagai menjadikan kreativiti P. Ramlee terhad..

2) Walaupun P.Ramlee hebat, tapi dia manusia biasa.. dia tak boleh hasilkan 'magic' seorang diri.. kalau kita tengok filem2 kat Jalan Ampas, pelakon2 lain turut menyerlah.. then teamwork P.Ramlee kat Singapore dulu hebat.. kalau tengok filem2 dia, balik2 pelakon tu aje.. sebab P.Ramlee x amik orang sebarangan untuk berlakon dalam filem dia.. tapi kat Merdeka Studio, kadang2 kita tengok ada pelakon yang macam x boleh berlakon pun.. tapi berlakon gak dalam filem P.Ramlee.. maybe P.Ramlee terpaksa amik sebab macam dah xde pilihan..

3) Karenah birokrasi yang merupakan perkara biasa di negara kita (even sampai sekarang).. P.Ramlee hanya disanjung selepas mati.. masa dia hidup, orang layan macam sampah.. Dalam awal tahun 1970-an P.Ramlee pernah apply loan kat MARA utk buat filem2 yang berkualiti (selepas 'Enam Jahanam' dan 'Kanchan Tirana' dikritik hebat).. tapi maybe sebab xde kepentingan bagi si pembuat keputusan, permohonan P.Ramlee ditolak mentah2.. ini antara sebab kenapa P.Ramlee jadi stress, kecewa sampai dia boleh buat lirik lagu 'Air Mata Di Kuala Lumpur' yang menjadi lagu ciptaan terakhir beliau.

4) Kombinasi pelakon yang kurang mantap. Takde siapa boleh nafikan kombinasi P.Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsudin dalam Bujang Lapok.. walaupun P.Ramlee cuba hidupkan trio Do Re Mi dengan A.R tompel & Ibrahim Din, Do Re Mi kurang kick compared to Bujang Lapok.. lawak Do Re Mi lebih kepada slapstick dan kadang2 mengarut.. macam filem 'Nasib Do Re Mi' karakter Do Re Mi macam tenggelam sikit dengan watak Nora dengan Lokman..

5) Ada satu source aku baca, P. Ramlee memang akan terima idea sesiapa saja untuk improvise jalan cerita hatta daripada tukang penjaga lampu sekalipun. Di Singapura, P. Ramlee banyak berkongsi idea dengan para pelakon dan krew untuk jadikan jalan cerita lebih menarik.. sebab tu kita tengok ada babak2 dalam filem2 P.Ramlee di Singapura nampak spontan.. sebab ia memang spontan dan xde dalam skrip. Tapi di Merdeka Studio, P.Ramlee kurang dapat kerjasama daripada para pelakon dan krew..

6) Yang ni x dapat nak elak la.. kebanjiran masuk filem2 Hindustan dan filem2 Hollywood.. filem P.Ramlee lebih kepada pengaruh filem Hindustan tapi bila P.Ramlee cuba amik idea dari filem2 Hollywood.. macam Dr. Rushdi.. kurang berjaya..

Rasanya banyak lagi faktor2 yang menyumbang kepada era kesuraman P.Ramlee (1964-1973), maybe kawan2 yang lain boleh share.. and I am stand to be corrected..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2010 03:29 AM | Show all posts
Ada sesiapa yang tahu pasal skandal tiga segi yang kononnya berlaku antara P.Ramlee, Saloma dan Tunku Abdul Rahman?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2010 05:01 PM | Show all posts
Sebenarnya studio merdeka di KL ada lah era kesuraman filem filem melayu, bukan filem arahan P.Ramlee saja yang yang kurang medapat sambutan.Filem filem dari pengarah lain yang hebat masa di Singapore selepas itu berhijrah ke KL spt M.Amin, Jamil Sulong, Omar Rojik juga mendukacitakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2010 10:48 AM | Show all posts
boleh tau tak berapa bajet untk setiap filem zaman2 p.ramlee ni..?
pejai_arts Post at 26-2-2010 23:30

tak mahal mane...tak lebih $100,000 pun..standard sekitar $50,000 - $70,000
kalau nak kira filem berskala besar, p.ramlee memang kalah dgn jamil sulong
kalo perhatikan filem2 p.ramlee, kita bole agak rata2 bajetnye sederhana, ape je filem dia yg mahal or at least nampak mahal? rata2 standard je...ni masa kat mfp la, kat studio merdeka lagi teruk bajetnye..
tapi jamil sulong dapat peluang utk mengarah filem warna warni raja bersiong (1967), filem terakhir mfp seblom ditutup...
hampir semua bintang2 mfp terlibat dlm filem ni kecuali p.ramlee & jins shamsuddin
p.ramlee dikhabarkan makan hati kerana dipinggirkan..jins shamsuddin pulak waktu tu takde di singapura, kalau tak silap sibuk dgn urusan filem jefri zain dia (tak sure yg mane satu, tapi yg involve dgn produksi hong kong tu la)
jamil sulong jugak berpeluang mengarahkan filem epik berskala agak besar macam si tanggang (shooting kat laut lepas dgn kapal2 real), gerak kilat (ala2 james bond)
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 10:55 AM | Show all posts
Kenangan bersama P. Ramlee

Oleh Zainuddin Maidin

SAYA tidak boleh mendakwa sebagai seorang wartawan yang rapat dengan Seniman Agung P. Ramlee seperti wartawan- wartawan yang memulakan karier mereka di Singapura sejak awal tahun 50-an ketika bintang seniman itu mula bersinar .

Cuma sekali pada awal tahun 60-an kami wartawan-wartawan dari Kuala Lumpur secara kebetulan bertemu P. Ramlee di Pantai Motel, Kuala Terenganu (sekarang Park Royal Primula) ketika mengikuti lawatan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak ke Terengganu. Bila mengetahui kami adalah wartawan P. Ramlee duduk dan bercerita panjang dengan kami.

Kesan pertemuan pertama itu ialah saya mengingati P. Ramlee di usia mudanya sebagai sebagai seorang lelaki yang kacak, wajahnya kemerahan, tampan, gagah, pandai bercerita dengan cara yang menarik dan tidak menjemukan. Beliau tidak sahaja menarik di dalam filem tetapi juga di luar dalam dirinya yang sebenar, lengkap dan sempurna sebagai seorang seniman. Anda boleh duduk berjam-jam mendengarnya bercerita tanpa jemu. Ramai juga seniman yang saya jumpa perwatakannya kaku dan pendiam di luar sekalipun begitu hebat dalam lakonan.

Sejak pertemuan di Primula itu saya tidak menemuinya lagi kecuali setelah sinaran bintangnya mulai pudar apabila berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1966 dan beliau menjadi teman karib Osman Abadi, Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu yang juga seorang penulis skrip filem dan drama yang prolifik.

P. Ramlee sering datang menemui Osman di pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur dan kerana bilik Osman bersebelahan dengan bilik saya maka saya kerap melihat P. Ramlee sering menghabiskan masanya berjam-jam bercerita dengan Osman.

Oleh kerana kesibukan sebagai Pengarang Berita, saya tidak berkesempatan untuk menjalin hubungan rapat dengannya. Hal ini saya kesalkan hingga sekarang kerana melepaskan peluang untuk mendekati orang yang sukar untuk dicari ganti.

Beberapa episod pertemuan pendek dengan P. Ramlee meninggalkan kenangan yang mendalam kepada saya, mungkin kerana saya tidak banyak berinteraksi dengannya dan pengalaman sesekali bertemu sepintas lalu menjadi begitu berharga.

Suatu insiden yang tidak mungkin saya lupakan ialah apabila saya menyinggung perasaannya ketika menghantar Osman Abadi untuk lawatan ke Amerika Syarikat pada penghujung tahun 60-an. Turut menghantar ialah Sasterawan A. Samad Said dan isteri dari Berita Harian dan wartawan- wartawan Utusan antaranya Zakri Abadi, Subky Latiff (sekarang orang kuat Pas), Ali Salim Ketua Penyunting dan lain-lain lagi anggota Jabatan Pengarang Utusan Melayu.

Ketika itu P. Ramlee telah mulai dilupakan kerana televisyen telah memberi kesan kepada panggung wayang. RTM satu satunya stesen televisyen pada masa itu kurang memberikan kesempatan kepada P. Ramlee untuk programnya sendiri kecuali menayangkan semula filem-filem lamanya. Di samping itu kemunculan pop yeh yeh (penyanyi tahun 60-an) juga telah melindungi P. Ramlee.

Saya lalu bertanya kepada P. Ramlee "kenapa che Ramlee tidak muncul di televisyen, sekarang orang tidak lagi melihat filem di panggung-panggung wayang seperti dahulu".

Di luar jangkaan saya pertanyaan dan kenyataan saya itu menimbulkan kemarahannya menyebabkan beliau terus menjawab "You ingat muka I ni murah ke ? Orang macam you tak tengoklah, tetapi orang kampung, petani dan nelayan masih melihat saya. Orang tengok televisyen, orang pergi kencing, pergi buang air besar, orang tidak tumpu macam tengok filem di panggung wayang, orang tak tinggalkan kerusi."


Saya tahu telah menyentuh perasaannya, tetapi saya tidak berniat untuk merendahkannya.

Lakonan

Tidak lama kemudiannya RTM menayangkan gambar lakonan P. Ramlee, Orang Bunian dan secara kebetulan esoknya saya ke Pasar Chow Kit dengan membawa anak perempuan saya yang berumur kira- kira lima tahun. Secara kebetulan terjumpa dengan P. Ramlee sedang minum di Restoran Yusoff Suria berhampiran dengan pasar itu. Saya terus bertanya pada anak saya sama ada kenal atau tidak orang ini? Anak saya terus mengenalinya "Orang Bunian, P. Ramlee".

Sejak itu P.Ramlee kembali berbaik-baik dengan saya. Saya menyedari hakikat betapa perasaan seniman mudah terluka dan juga mudah disembuhkan dengan penghargaan yang ikhlas.

Bila beliau meninggal pada 29 Mei 1973, saya bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Melayu Pulau Pinang. Saya tidak tahu tentang kematiannya sehingga malamnya setelah Allahyarham dikebumikan kerana pada hari itu saya ditugaskan ke Thailand oleh Ketua Pengarang Mazlan Nordin (Tan Sri).

Ketika sarapan malam isteri saya secara bersahaja memberitahu bahawa P. Ramlee mati. Saya tergamam, tidak dapat lagi menyuap nasi ke mulut. Suatu perasaan yang sukar untuk dimengertikan tiba-tiba menyelubungi jiwa, perasaan kesayuan dan kesepian yang amat memilukan

Isteri saya tidak mengerti perasaan saya ketika itu. Saya tinggalkan meja makan dan pergi ke ruang tamu dan menangis panjang seorang diri. Saya dimaklumkan oleh Osman Abadi beberapa jam sebelum kematiannya pada jam empat pagi 29 Mei 1973, P. Ramlee telah menelefonnya ketika beliau sedang menyiapkan skrip filem Azizah untuk arahan dan terbitan P. Ramlee. Osman tidak dapat memenuhi permintaannya untuk keluar bersama malam itu tetapi telah meminta beliau menyanyikan lagu Azizah untuk mendapat ilham dan penghayatan. Apabila menerima berita kematian itu, Osman terpaksa dipapah untuk menelefon Ketua Pengarang Utusan Melayu Mazlan Nordin.

Saya tidak tahu apa yang berlaku di Kuala Lumpur tetapi di Pulau Pinang pejabat Utusan Melayu di Jalan Argyll didatangi ramai orang yang mahu menyatakan perasaan sedih mereka. Kematiannya lebih dirasakan di Pulau Pinang tempat kelahirannya selain menggemparkan dan mengharukan perasaan peminatnya di seluruh negara.

Berita telah disampaikan kepada saya tentang ada orang tercedera kerana tanpa sedar terjun menerusi tingkap untuk memberitahu jirannya tentang kematian P. Ramlee bila mendengar beritanya di radio.

Anak-anak muda memainkan lagu lagunya sepanjang hari seolah-olah hendak menafikan kematiannya.

Kisah hidup P. Ramlee melariskan jualan akhbar-akhbar Melayu berbulan lamanya sejak lepas kematiannya, tetapi ada juga seorang dua yang menganggap diri mereka sebagai intelektual telah mengecam akhbar- akhbar yang terbawa dalam arus perasaan ini.

Dibanjiri

Kira-kira sebulan sebelum kematiannya P. Ramlee mengadakan pertunjukan di Butterworth yang dibanjiri oleh lebih 40,000 penonton yang seolah-olah hendak menunjukkan kemarahan orang Pulau Pinang terhadap pihak yang menganggap P. Ramlee sudah tidak laku lagi kerana adanya pop yeh yeh. Malam itu tentunya P. Ramlee yang juga sedang dapat merasakan zaman menurunnya telah kembali bersemangat.

Perasaan kehilangan, kesedihan, kemurungan, kesayuan, kepiluan dan keharuan atas kehilangan seniman agung ini menyapu perasaan pelbagai peringkat masyarakat di seluruh negara lebih sebulan lamanya.

Hampir sebulan selepas kematian P. Ramlee , pejuang kemerdekaan Pak Sako (Ishak Haji Muhammad ) mencatitkan dalam ruangan mingguannya "Itu Ini dan lain-lain" dalam Utusan Melayu "entah kenapa aku merasakan hari-hari yang sungguh sepi."

Demikianlah perasaan manusia terhadap kehilangan seorang manusia yang telah berjaya membina tugu dalam diri mereka dengan keupayaannya berada dalam tangis dan tawa mereka, kebencian dan kecintaan mereka, keindahan cinta dan kekecewaannya, kebinatangan dan kemanusiaannya.

Tugu P. Ramlee berada dalam jiwa mereka kerana beliau dapat melakonkan dan merasakan apa yang dilakukan dan dirasakan manusia setiap hari dalam kehidupan yang sebenar. Mereka merasakan P. Ramlee adalah mereka.

Lebih 10 tahun selepas kematiannya perbincangan berterusan di dalam media dan juga di kalangan pemimpin politik , budayawan dan sasterawan tentang apakah yang seharusnya dibuat untuk membina kenangan abadi kepada seniman agung P. Ramlee tetapi tidak menghasilkan sebarang tindakan dan pelaksanaan yang konkrit yang benar benar bernilai dan berkesan yang boleh diingati oleh orang ramai setiap masa. Berbagai jawatankuasa juga ditubuhkan untuk tujuan itu.

Saya telah memberitahu Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir tentang keadaan ini ketika beliau menghadiri malam keluarga Utusan sempena 43 tahun Utusan Melayu di Dewan Nirwana Hotel Hilton Kuala Lumpur pada 6 Jun 1983.

Mahathir memberitahu saya bahawa beliau akan mengambil langkah segera yang benar benar berkesan bagi memperingati jasa seniman agung itu.

Sekalipun ini hanya merupakan bualan saya dengannya tetapi saya telah jadikannya sebagai berita utama Utusan Malaysia keluaran 17 Jun 1983 bertajuk "Mahathir Mahu Langkah Berkesan Kenang Seniman Agung P. Ramlee."

Berikutan dengan itu pada 6 Julai 1983, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Dr. Elyas Omar mengumumkan bahawa Jalan Parry yang merupakan sebuah jalan utama di kawasan perdagangan mahal di ibu kota akan ditukarkan namanya ke Jalan P. Ramlee. Katanya dengan itu setiap orang yang melaluinya akan mengenangnya dan menjadikan P. Ramlee dikenang sepanjang masa.

Pada 14 Julai nama P. Ramlee secara rasmi mengambil tempat di jalan yang penting di ibu negara itu.


Utusan Malaysia 17 Julai 1983 melaporkan "Bagi Mahathir yang mengenali P. Ramlee sebagai seorang yang rajin dan dedikasi terhadap kerjanya menganggap Allahyarham benar-benar seorang seniman rakyat kerana walaupun telah 10 tahun meninggal dunia tetapi masih terus di minati oleh semua generasi tua dan muda."

Kata orang, Seniman Agung tidak pernah mati.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 06:35 PM | Show all posts
Le ya.. bayangkan.. filem Raja Bersiong tu dapat support (or mungkin sponsor) besar dari Tunku Abdul Rahman.. PM masa tu.. and filem tu memang idea Tunku sendiri.. iye la.. Tunku kan orang Kedah yg ada kena mengena dgn org Siam..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 05:34 PM | Show all posts
371# iscol_klang

wooooo... sedihnya bacaaaa... sib baik aku bkn dlm zaman kejatuhan p ramlee...
takpe...akan kukenang film2 dia kat s'pore ajek...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 12:39 AM | Show all posts
salam...

sayu ati bc thread nih.. tapi terima kasih pada yang memberi info..:pompom:..
al-fatihah tuk beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 06:30 PM | Show all posts
Lagi satu info yang mungkin ramai x tau. Aku dapat direct dari Pak Aziz Sattar.. kita memang tau yang ramai artis2 yg P.Ramlee asuh dan perkenalkan jadi top star macam Sarimah dan Rose Yatimah.. lagi sorang ialah arwah M. Zain..

Arwah M. Zain ni sebelum berlakon jadi Labu dalam "Labu Labi" dan "Nasib Si Labu Labi" xde la top sangat.. dia lebih kurang macam pelakon2 tambahan lain macam Ali Fiji, M. Rafee dan Ahmad C.. lepas P. Ramlee naikkan M. Zain dalam Labu Labi terus dia jadi antara comedy star kat MFP.. tapi sayang hayat dia x lama.. meninggal dalam tahun 1967.

Ikut cerita Pak Aziz, M. Zain ni seorang yang pemalu.. dia hanya jadi berani lepas dia high layan ganja.. tapi sama ada masa berlakon Labu Labi tu dia dalam pengaruh ganja ke tidak wallahu a'lam.. P. Ramlee pulak, pasal nak layankan M. Zain ni.. kadang2 sama layan ganja dengan M. Zain.. bak kata Pak Aziz "Itulah yang dinamakan berkorban apa saja"..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 06:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by Zaharudeen at 4-3-2010 18:47

Pelakon arwah Salleh Kamil pulak.. di awal penglibatan beliau lebih menjurus kepada pelakon komedi.. sesuai dengan karakter beliau di luar file yang suka berlawak dengan kawan-kawan. Tapi P. Ramlee beritahu Salleh Kamil yang muka beliau sesuai untuk watak penjahat.. dan hasilnya Salleh Kamil hingga hari ini dianggap sebagai salah seorang pelakon watak antagonis filem Melayu yang terunggul. Itu lah salah satu kelebihan P. Ramlee.. beliau boleh tentukan kesesuaian watak seseorang pelakon dan ia akan menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 09:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by Zaharudeen at 4-3-2010 18:47

Pelakon arwah Salleh Kamil pulak.. di awal penglibatan beliau lebih menjurus kepada pelakon komedi.. sesuai dengan karakter beliau di luar file yang s ...
Zaharudeen Post at 4-3-2010 18:38

aku suka arwah salleh kamil nihh muka hensemm melayu tulin gituhhh......teringat aku cerita isi neraka.....pelakon sekarang yg aku nampak macam arwah salleh kamil ni fauzi nawawi sikit sikit dari segi karisma lakonan tuhh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 09:04 PM | Show all posts
wahhhhhhhhhhhhhhhhh bestnyerrrr thread nie....:pompom: makasih kpd smua yg bg info....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 09:13 PM | Show all posts
kalau korang perasan kat filem pendekar bujang lapuk ade satu scene yg arwah p.ramlee terkeluar loghat utara die....maser die nak suruh sudin and ajis tidur tuhh...tapi sikit jer lar....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:38 PM | Show all posts
Lagi satu info yang mungkin ramai x tau. Aku dapat direct dari Pak Aziz Sattar.. kita memang tau yang ramai artis2 yg P.Ramlee asuh dan perkenalkan jadi top star macam Sarimah dan Rose Yatimah.. lagi  ...
Zaharudeen Post at 4-3-2010 18:30


pernah tgk kat tv rancangan yg menemubual dgn ahli keluarga M.Zain ni...derang cakap kalau M.zain ada pementasan kat penang dia akan larang adik beradik dia pergi tengok dia berlakon, dia tak boleh nak berlakon, dan derang kena pattuh dgn arahan dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:46 PM | Show all posts
Ada sesiapa yang tahu pasal skandal tiga segi yang kononnya berlaku antara P.Ramlee, Saloma dan Tunku Abdul Rahman?
Zaharudeen Post at 26-2-2010 03:29


skandal camna? citer la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.094831 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list