CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zorroe

Sesi Bersama Penulis : DAMYA HANNA

[Copy link]
Post time 17-8-2009 05:17 PM | Show all posts
360# aQuA_dIaMoNd

Kecik hati Damya kalau baca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 09:39 AM | Show all posts
358# minahleter

Cik minah...kita dah baca ....menarik cerita dia
damya dah kembali semula.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 08:45 PM | Show all posts
356# tudung_bawal  

yer ker...seb bek x beli..

iols mmg dh black list DH ni....buku byk syok sndrik...

sorry DH....kite kene jujur sbg pembeli...
aQuA_dIaMoNd Post at 17-8-2009 16:01


sampainya ati ko aqua, sian Damya..kot ya pun dia buat cerita tak sedap jangan la ko kata dia buat buku syok sendiri. padahal ko lum baca pun lagi buku dia...ingat senang ke nak buat novel ni. lagi-lagi menilai macam ko. mentang2 buku dulu tak best, tak semestinya yang ini tak best jugak...nak tau kena baca sendiri..kalau tak nak beli pinjam atau tanya pd yg dah baca...

aku baru khatam cerita ni malam semalam, overall rating aku bagi buku ni ***  Tapi idaklah aku rasa cerita ni tak sedap. Best juga. Best tang part Rian dengan Hanif main tarik-tarik tali tu. Cuma ada beberapa rasa dalam cerita ni yang sedikit mengecewakan. First aku paling pantang baca buku yg ada cameo..so dalam cerita ni aku tak suka cara damya masukkan watak2 Zariel dan Jun dari cerita terdahulu. Aku skip baca tang ni..boring (walaupun aku dah baca novel kisah Zariel ni).

second, sejak baca dari awal, aku tertanya-tanya fasal wasiat datuk Rian. Lagi bagus kalau damya jelaskan pada kitaorg semua apakah wasiat datuk dia tu sampi nak kena kahwin..kalau ada sedikit flashback tentang cakap2 datuk dia lg baik..ini yang itu mcm tergantung...sampai sudah aku jadi blurr..

Third, maaf cakap aku rasa hanif dalam cerita ni lelaki bodoh..dia asyik kata nak balas dendam dgn rian sebb terpaksa kahwin dgn dia...tapi ko kan lelaki, yg ko terima dia apasal lak? lagipun si rian ni bukan acu pistol pun suruh haniff kahwin dgn dia, Rian cuma pujuk mak hanif..apalah besar sangat benda tu? kalau tak suka jgn kahwin...bengong tul si haniff ni..

Fourth, aku tak suka kisah nurliza...di akhir cerita nurliza mati sebab makan ubat berlebihan. Dan ditunjukkan kasnor kawan baik nurliza tuduh Rian ni letak ubat kat dlm minuman Nurliza..then rian merajuk sbb rasa haniff tak caya kat dia...dan adalah adegan pujuk memujuk..tapi aku rasa damya lupa nak bagitahu kat kita cara-cara bagaimana nama Rian dibersihkan. Kurang2 pun  buatlah kasnor minta maaf dgn rian sebb salah sangka ke apa ke baru lagi best.

Fifth..satu lagi ada disebut Rian tinggalkan Haniff lepas dia pulih sikit2 dari ilang ingatan. sbb rian rasa dia tak layak kat haniff sebab dia banyak berlaku kejam terhadap haniff. dlm cerita ni perkataan kejam tu selalu sangat disebut mengambbarkan apa yg rian kesalkan..tapi bagi aku..benda yang dia buat kat haniff tu bukanlah kejam sangat pun...knp?.meh kita tgk. hehehe

alkisah
rian gunakan cerita cinta haniff yang ditinggalkan nurliza utk dimuatkan dalam majalahnya sebab dia nak naik pangkat..(Tak logik, takkan kisah2 camni boleh terus naik pangkat jd ketua editor.lainlah kalau dia buat cerita fasal politik ke apa ke, kisah pembunuhan ke). tapi cuba korang fikir sepanjang aku baca majalah2 hiburan serta majalah mingguan wanita ke apa ke, kisah org putus cinta jarang termuat dlm majalah kecuali dijadikan sebagai satu segmen yang tak gunakan nama sebenar org2 yg terlibat. jadi agak2 korang kisah cinta haniff ni dalam majalah pakai nama betul ke tak. aku rasa tak. hehehe..jd tak logik klu rian kata apa yg dia buat tu kejam sgt kat hanif. si haniff tu pun patutnya saman la rian kalau betul rian guna kisah cinta dia, ini tak dia kahwin gak dgn minah ni. selebihnya korang fikir sendiri la..sebb kpd dendam mendendam haniff ni sbnrnya sgt simple..patut damya wujudkan sebab yang lebih baik dr ini.

maaflah damya, ini hanya pandangan peribadi aku je sepanjang menatap karya ko..tapi diakui karya ini lebih baik dari yang terakhir dahulu..harap2 damya lebih sukses dalam berkarya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 01:40 PM | Show all posts
363# hauntinggod

x leh nak salahkan pada sesape kalau depa bg pandangan masing2..
lagipon nak kuar modal beli novel ni leh tahan rm20 lbh kurang...

so, pada aku.....sebagai pelabur....kite mestilah nak pastikan pelaburan kite  berbaloi...... correct me if i am wrong?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 04:10 PM | Show all posts
so ptt bli ka x payah?? or ada nvl yg lebih bgs utk dibeli....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 01:26 PM | Show all posts
365# anabilla89

depend pada hang la...
kalau rase nak beli.... teruskan je....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2009 03:32 PM | Show all posts
363# hauntinggod  

x leh nak salahkan pada sesape kalau depa bg pandangan masing2..
lagipon nak kuar modal beli novel ni leh tahan rm20 lbh kurang...

so, pada aku.....sebagai pelabur....kite m ...
tudung_bawal Post at 21-8-2009 13:40


itu betul cik tudung bawal, aku tak nafikan pembaca ada hak keluarkan pendapat sebb nak jimatkan duit diaorg, tp kekadang selera kita pembaca ni berbeza..ada orang suka, ada sesetengahnya tak suka..macam aku, aku suka baca review org tentang buku tu sebelum aku pilih untuk membeli,bila membeli aku akan membaca dan kritik apa yang boleh diperbaiki penulis bukannya kritik peribadi dia sampai sanggup kata dia penulis syok sendiri.. lagi2 oleh orang yang belum membaca atau tak berminat pun nak membaca karya DH..itu seperti menghentam peribadi dia bukan karya2 dia..aku pun bukankah peminat fanatik si DH ni pun..buku dia pun ada la beberapa sahaja yang aku beli..karya2 terakhir dia aku pinjam je dari kawan. cuma macam korang semua, aku baca bbrpa review ramai kata best..so aku beli n baca..tpi bagi aku biasa2 aje dan DH boleh perbaiki lagi utk karya akan datang...takde pulak aku sebut fsl benda lain, aku kritik karya aje bukan dia..kritik pula mestilah yg boleh diambil iktibar oleh penulis, bukan main cakap best ke tak best...supaya lain kali dia boleh hasilkan karya yg lebih baik pada masa akan datang..barulah duit kita ni membeli berbaloi..tak gitu tudung bawal?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 03:36 PM | Show all posts
so ptt bli ka x payah?? or ada nvl yg lebih bgs utk dibeli....
anabilla89 Post at 21-8-2009 16:10


anabilla, klu ko rasa nak lebih confirm lagi, ko carilah review tentnag buku ni banyak sikit kat mana-mana, insya allah ko akan jumpa banyak punya...lepas tu ko buatlah keputusan nak beli ke tidak. terserah..nnti klu ko beli, tiba-tiba rasa cam hampeh..kitaorng jugak dapat dosa..hahaha amacam orait tak nasihat aku ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2009 08:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by mardhiah12 at 18-8-2009 08:55

Salam. Jika nak tau review tentang IH, bolehlah ke blog saya www.damya-hanna.blogspot.com

Biasalah, sesuatu karya itu dihasilkan adalah untuk dini ...
damyahanna Post at 16-7-2009 10:48 AM

semoga berjaya...sukses...sukses...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 05:10 PM | Show all posts
salam semua. sri nak menyebuk sikit.
betul kata kengkawan kat atas. best ke tidak sesebuah buku tu tergantung kat hati masing2.macam sri, sri ada juga beli buku DH ni. dan ada jg pinjam dari kengkawan. kita orang main tukar2 buku.memang berat hati nak beli buku dia yang lain sebab penah bagi  pengalaman menyakitkan (beli mahal, tapi tak sedap lansung) baca setakat sayang duit dah bertukar buku. takpayahlah sri sebutkan tajuk buku tu.cukup dalam hati dan almari sri sendiri. tapi tak patut kalau kita hukum seseorang penulis tu sebab pengalaman kita tu. sri terus jg ambik tau buku2 DH.mula2 pinjam, kalau sedap baru beli. utk kepuasan.   agaknya penulis ni menulis pun ikut mut dorang tak? sebabkan, kadang2 best gila buku dorang, kadang tu hem... cam hampeh.tapi sebagai orang melayu malaysia, bagi sarpot kat penulis kita, betul tak kawan? sory Damya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 09:25 PM | Show all posts
cik damyna,taknak ker buat sequel bicara hati yerr...nak tau kesinambungan life tengku shahran ngan zahlia
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2009 08:39 PM | Show all posts
me pun dulu macam teragak jugak nak beli latest novel DH..
sbb last novel mcm kurang sket laaa....
tp at last me beli jugak.. sbb tak tau nak beli novel apa..
hmm.. bolehlaa nak baca.. at least better than SR..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 02:17 PM | Show all posts
Damya Hanna bernasib baik kerana karya pertama dan keduanya menyebabkan dia mempunyai ramai peminat setia. Karya-karyanya selepas Bicara Hati dan Sepi Tanpa Cinta agak sukar menandingi kehebatan dua karya pertama itu. Tapi peminat-peminat tegarnya tentu terus menaruh harapan untuk menantikan karya sehebat itu. Karya terbarunya 'Ilham Hati' juga menyelitkan elemen 'terpaksa berkahwin' tetapi aura seperti 'Bicara Hati' dan "Sepi Tanpa Cinta" tiada.

Saya tak dapat mengesan di mana klimaks Ilham Hati. Isi cerita yg ingin disampaikan adalah menarik. Tetapi kalau saya just flip ke mana-mana muka surat, ceritanya masih sama dan perkara yang menjadi persoalan masih tidak terjawab. Boleh dikatakan cerita ini agak mendatar dari mula hingga ke akhir. Background cerita yang menarik tidak dimanipulasi sebaiknya. Apa-apapun rasanya Ilham Hati mampu mengubat hati peminat-peminat tegar Damya Hanna. Semoga beliau akan terus berkarya dan mewarnai dunia penulisan novel melayu kontemporari.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 02:08 AM | Show all posts
kak damya... kenapa biar sharnaaz ahmad tu jadi tengku shahran... sedih la macamni.. uwwaaa...



http://azzaazman.blogspot.com/20 ... idramakan-tapi.html
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 03:00 PM | Show all posts
novel terbaru Damya Hanna..
lama gak beliau tak keluarkan novel baru walapun novel2 beliau selepas BH kureng memuaskan hati

Tajuk: Ingin Berkasih Lagi
Penulis: Damya Hanna
ISBN: 978-983-124-765-5
Harga: RM25
Halaman: 640

Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.

Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.

Bakal terbit MAC 2012!!! =)

boleh baca fregmen IBL DI SINI
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 07:24 PM | Show all posts
dah beli dan baca karya terbaru DH ni...
skrg ni terpaksa letak ketepi dulu novel tersebut...
tak dapat merasa x-factor dalam karya ni yang membolehkan aku untuk terus membacanya...
dah masuk 2 hari dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 02:14 PM | Show all posts
bicara hati yang paling best dan menyengat... yang lain kurang sket...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 02:35 PM | Show all posts
xberapa minat ngan karya DH...jgn kecik ati ye...lain org lain citarasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 09:38 PM | Show all posts
dah abes baca karya DH terbaru - Ingin Berkasih Lagi
tak tahu nak komen apa, apa yang pasti...kemunculan semula yang kurang umph...
baca separuh, letak lama giler pi baca novel lain then baru sambung semula...
2.9 bintang...
sorry DH...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 10:59 PM | Show all posts
Reply 379# mijot


   Mijot...tiap kali DH keluar buku....aku pasti beli...dan jual semula.....termasoklah yang baru ni..yg blh aku katakan...i like the cover..cun & sweet...tu je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.166182 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list