CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rilistix

CINTA

[Copy link]
Post time 5-12-2006 09:57 PM | Show all posts
nak tgk citer nih ngan bf.. tp bf x suker lak citer cinta2 nih.. kena tgk sensorang jawabnyer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2006 09:59 PM | Show all posts
aku dah tgk citer nie...citer nie mmg best aa..utk aku citer nie lg best drpd citer2 yusuf haslam yg ntah aper2 tuu..better dr citer prof tuu..:lol

aku suka lakonan shidee, nanu and datuk rahim razali...aku plg tersentuh tgk lakonan shidee...mmg best..

lagu2 dlm citer nie superb...kena btl ngan situasi citer tuu..:music:

overall aku kasi 4 out of 5..:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 10:23 PM | Show all posts
Originally posted by ashna at 4-12-2006 12:56 PM

part tuh aku ngalir airmata siot...dah la scene tu mcm cerah sikit...cahaya kena kat muka kita dan kalau org tepi kita pandang mmg kantoi la nangis..
rasa tak selesa sgt time tu nak cover kantoi ...


serius ashna nangis?? wahh lagi meluap2 keinginan aku nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 10:32 PM | Show all posts
nak tgk2..... :pompom: bila nak tgk.. :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 10:44 PM | Show all posts
dah tgk...nak tgk lagi sekali...tak puas

takleh nak komen lagi..

berapa bintang?  4.9/5
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 11:23 PM | Show all posts
tadi baru tgk cite nie.. mmg best.. i like the story between rita and rashid, very touching.. sometimes u have to sacrifice to see the one you love happy...

hana bagi 4.9/5... nak tengok lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2006 06:56 AM | Show all posts

Reply #324 maberik's post

aku suke bace rerview ko..buat aku beremang je bulu tengkuk aku...kekeke..tak dapat tengok le..taun depan aku balik aku tengok le
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 08:53 AM | Show all posts
aku pun dh tgk....aku citer ni sbb terlalu 'cantik'...hehehe..besh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2006 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by jpl_fan at 5-12-2006 09:59 PM
lagu2 dlm citer nie superb...kena btl ngan situasi citer tuu..

tak sume lagu sesuai, beberapa scene cam tak kena, but it's ok la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by Ustaz_SUFI at 5-12-2006 04:34 PM
X SBR NK TGK ESOK KT TGV TEBRAU CITY ...



wawawa..ustaz tgk kat Tebrau City...
Aku pon!! Dh tgk..Besh!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 09:49 AM | Show all posts
Cinta hampiri RM1j selepas empat hari tayangan
Oleh Zainuri Misfar


SELEPAS mendapat publisiti meluas kerana ceritanya yang memang dianggap menarik, filem Cinta arahan Kabir Bhathia mencatatkan kutipan hampir mencecah RM1 juta selepas empat hari ditayangkan.Ia hampir menyamai rekod kutipan filem Nana Tanjung yang memperoleh kutipan kasar sebanyak RM1.2 juta untuk tempoh yang sama.

Filem Cinta yang menggarap kisah cinta dan kasih sayang daripada lima sudut berbeza membariskan pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar selain Nanu Baharudin, Rashidi Ishak, Rita Rudaini, Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani.

Filem ini mula ditayangkan di seluruh negara sejak 30 November lalu.

Pengurus Kanan, Pemasaran Dan Jualan Program Antarabangsa Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Fadzil Manap berkata, pihaknya menjangka kutipan filem Cinta boleh mencecah antara RM1.5 juta hingga RM1.8 juta selepas seminggu ditayangkan.

Katanya, secara keseluruhan filem itu memang mendapat sambutan amat baik, terutama kalangan wanita kerana filem Cinta memaparkan makna dan penghargaan mengenai cinta.

?aripada maklum balas yang kita terima, sambutannya sangat bagus. Saya berasakan pasaran filem Cinta adalah dari golongan wanita.

?ilem ini memang sesuai untuk mereka yang sedang bercinta, sudah bercinta. Isteri mengajak suami menonton filem ini untuk memahami dan menghargai apa itu cinta,? katanya kepada Hip.

Tambah Fadzil lagi, filem itu juga dapat menarik perhatian penonton baru iaitu dari kalangan mereka yang sebelum ini tidak pernah menonton filem tempatan.

?da pasangan suami isteri yang tidak pernah menonton wayang, tetapi kali ini mereka datang ke panggung kerana hendak tengok filem Cinta,? sambungnya lagi.

Beliau mengakui, faktor kekurangan panggung juga boleh mempengaruhi kutipan kasar setiap filem tempatan yang hendak ditayangkan.

Dengan latarnya sekitar Kuala Lumpur, filem Cinta dianggap sesuai untuk tontonan masyarakat bandar. Ia juga dilihat sebagai kisah cinta yang sesuai bagi golongan dewasa.

Pengurus Besar GBSB, Ahmad Puad Onah semasa diminta mengulas isu itu, menjelaskan filem Cinta sebenarnya sesuai untuk semua golongan walaupun lokasi penggambarannya berlatar belakang Kuala Lumpur.

?ungkin filem Cinta ini seperti Buli Balik atau Baik Punya Cilok kerana mendapat perhatian daripada orang bandar, pada hal ia sebenarnya sesuai untuk semua peringkat,? katanya.

Beliau mengakui ada beberapa faktor sampingan yang menyebabkan kutipan filem Cinta tidak tinggi.

?ni kerana pada masa sama ada filem untuk kanak-kanak dari luar negara turut ditayangkan. Saya fikir tarikan kepada budak-budak tentu pada filem itu, yang sudah tentu ditemani oleh ibu bapa atau keluarga masing-masing.

?api bagi saya, ini perkara biasa. Saya fikir filem Cinta mungkin bukan filem untuk ?ass market? seperti Nana Tanjung,? jelasnya lagi.

Ahmad Puad juga berharap pihak panggung akan terus menayangkan filem itu selagi masih mendapat sambutan walaupun selepas seminggu dari tarikh tayangan yang ditetapkan oleh Wajib Tayang Finas.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:36 AM | Show all posts

best!

aku dah tengok semalam...n suprisingly satu panggung dgn Nanu dan kawan dier-mamat india..(munkin Kabir kot)Nanu in person mmg lawa-for her age la.tak nampak plastik la muka dier.

mmg best..personally watak yg plg dekat dgn aku watak Cikgu Elyas dan Nanu..kinda reflection of my father n i...

watak plg tak best watak amani-pierre.Aku rasa kalau segment derang takde pon lg bagus da....

Rita..ok ..low-key performance...rashidi superb.Anak dier Lis mmg best.Tp scene cium pipi tu aku rasa elok la tukar ker cium tangan..rita cium tangan shidi...

segment azura-azlan....ok la..mcm modern  fairy tale.

cinematography mmg excellent!ditambah dgn penggunaan high definition lagi.

soundtrack:best tapi part lagu Cinta si jac ngan Mek Ah tu potong stim arr...baik lagi derang letak lagu Cinta Jgn Kau Pergi by Sheila Majid...yg kat kubur tu lagu Anggun kalau tak silap...tapi pd aku relevan sbb ada kain batik jawa menutupi keranda....

Scene aku plg suka?Masa Amin bgtau Rubi yg ayah dier sakit Alzheimer...pastu Cikgu tunggu dlm teksi...walau pon tanpa kata2...100% ekspressi wajah...aku boleh menangis masa tu...berbanding masa Airin menangis masa dier cakap 'i have met sum1 else ' masa scene suprise dinner tu..aku rasa mcm nak tampor jer si Airin tu!

Ada gak scene yg mcm dlm movie lain...cthnyer masa scene si amani tu peluk Pierre Andre kat kedai Rubi..pastu ada customer tu nak mintak menda yg sama ...mcm citer When Harry Met Sally sket tp takpe...hidup kita ni pon bukannyer original sgt...

Benda yg aku rasa boleh dibaiki dlm filem ni?Of cos la segment Airin dgn husband dier...sbb selalunyer married women yg ada secret affair ada prob dlm marriage dier...selalunyer financial prob ker...not having enuff time to spend ker...Munkin aku leh kesian kat Rita...

Sebenarnya byk lagi menda best yg aku nak tulis...tapi pening aku ni tak ilang lagi sbb byk menagis mlm td....kui..kui
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:40 AM | Show all posts
oh yer...watak2 yg aku suka?Selain Rubi,Cikgu dan Nanu....?Mat Rock tu...dan Tony Eusuff.Anak murid yg mengenang jasa Cikgu mmg ada dlm dunia ni...cthnyer anak2 murid bapak aku....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:45 AM | Show all posts
Aku akan gi tengok esok......The writer of the story is my friend. Dia memang pandai menulis dari dulu dulu lagi..she can put words nicely ...macam buat karangan atau essay sure A++ punyalah...

Anyway, credits to the actors , but don't forget the writer and director too!!

:pompom::pompom:

[ Last edited by  azemee81 at 6-12-2006 10:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:52 AM | Show all posts
I qoute from earlier post :

*Skrip idea penerbit

Menurut penulis skrip Cinta, Mira Mustaffa, idea untuk menghasilkan Cinta datang daripada penerbitnya yang mahukan sesuatu kelainan dalam filem Melayu.

揚ihak penerbit mahu nenampilkan sesuatu kelainan dan dengan itu, saya cuba menghasilkan lima buah cerita dalam satu filem.

揑dea untuk menghasilkan skripnya pula saya ambil daripada pengalaman saya sendiri dan juga rakan-rakan yang banyak menceritakan tentang pengalaman hidup mereka. Jadi, gabungan itu memberikan saya ilham untuk menghasilkan Cinta,
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 02:02 PM | Show all posts
aku nk tgk mlm ni....tgk trailer pun mcm best je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2006 02:22 PM | Show all posts
Tarikan kisah 'CINTA' hebat!
06-12-2006 02:01:43 PM
Wahida Asrani  
Penulis jarang sekali terpesona dengan filem berunsurkan cinta dan romantik bukan saja tempatan, tetapi juga filem antarabangsa. Jalan cerita yang meleret dan adakalanya lembab menjadi faktor utama mengapa penulis kurang gemar menonton filem-filem seperti ini.

Tetapi kesempatan menonton Cinta baru-baru ini yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar selain Nanu Baharudin, Rashidi Ishak, Rita Rudaini, Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani ternyata berjaya mengubah persepsi penulis terhadap filem seperti ini.

Filem Cinta arahan Kabir Bhatia ini memaparkan rangkaian lima kisah cinta yang berkisar di kota metropolis. Pelbagai kisah dan konflik cinta berjaya digarap dengan baik oleh penulis skripnya, Mira Mustapha.



Gandingan hebat Datuk Rahim Razali sebagai Cikgu Elyas dan Fatimah Abu Bakar sebagai Rubiah berjaya menghidupkan 'Cinta'

Pengorbanan di dalam cinta, perasaan ditinggalkan oleh orang tersayang, cinta yang lahir secara semulajadi dan kasih yang mendalam diantara adik-beradik berjaya dipaparkan dengan baik di dalam filem ini.

Penulis amat tertarik dengan skrip, jalan cerita, sinematografi dan muziknya yang berjaya menyentuh hati penonton yang menyaksikan filem ini. Ditambah pula dengan lakonan yang memberangsangkan oleh para pelakonnya membuatkan filem Cinta bukanlah 'cinta biasa'.

Tidak salah jika dikatakan lima kisah cinta yang dipaparkan mungkin juga ada berkaitan dengan kisah percintaan yang dialami oleh penonton.

Itulah yang membuatkan Cinta berbeza dengan filem cinta yang lain kerana mesej yang disampaikan amat jelas dan memang berlaku di dalam kehidupan harian kita.

Penulis tertarik terhadap kisah di antara bekas guru, Elyas (lakonan Datuk Rahim Razali) yang menghidapi penyakit hilang ingatan tetapi sanggup dibantu secara ikhlas oleh Rubiah (Fatimah Abu Bakar), seorang janda dan pengusaha kedai makan yang tidak kisah menjadi teman hidupnya.



Konflik kasih sayang diantara kakak dan adik yang dilakonkan oleh Nanu dan Que Haidar turut menyentuh perasaan

Melihat kepada kesungguhan dan kejujuran Rubiah mendekati Elyas membuktikan kepada penonton bahawa cinta sememangnya tidak mengenal usia.

Masih terngiang-ngiang lagi dialog yang menyentuh perasaan oleh Elyas yang menyebut "isteri bukanlah hak milik, tetapi adalah anugerah dari Allah" kepada Rubiah apabila dia mendapat tahu Rubiah ditinggalkan suaminya.

Sebuah lagi kisah menarik ialah diantara Dyan (Nanu Baharuddin) dan adiknya, Dhani (Que Haidar). Dyan kecewa dengan keputusan adiknya Dhani (Que Iskandar) menjadi seorang pelukis jalanan tetapi pada masa yang sama Dhani turut kecewa dengan kakaknya yang mempunyai hubungan intim dengan suami orang.

Ego kedua-dua beradik ini berakhir dengan babak yang cukup menyayat hati apabila Dyan sanggup mendermakan buah pinggang untuk adiknya yang menderita penyakit kanser sehingga akhirnya mengorbankan nyawa Dyan sendiri.

Walaupun hanya dua kisah ini yang benar-benar menyentuh hati penulis, tetapi tidak dinafikan kisah-kisah lain yang turut dipaparkan mempunyai mesejnya yang tersendiri. Terpulang kepada penonton yang menyaksikannya kerana seperti yang dikatakan tadi, setiap kisah yang wujud di dalam Cinta, mungkin ada kena-mengena dengan penonton sendiri.



Amani dan Pierre adalah antara tunggak utama filem ini

Kisah Ariana (Sharifah Amani) yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kekasihnya yang curang dan kemudiannya menemui Taufik (Pierre Andre) seorang wartawan yang sanggup membantu Ariana menjejaki kekasihnya itu juga mempunyai jalan cerita yang menarik.

Begitu juga seorang ahli perniagaan syarikat penerbitan majalah yang berjaya Azlan (Eizlan Yusuf) yang jatuh hati dengan jurujual di sebuah kedai buku, Azura (Fasha Sandha). Percintaan yang melibatkan perbezaan status dan kedudukan ini juga tidak kurang hebatnya.

Memang agak sedikit lucu apabila menyaksikan babak first date Azlan yang membawa Azura makan malam di sebuah taman sambil dihiburkan oleh dendangan lagu daripada sekumpulan ahli muzik.



Eizlan dan Fasha membawakan kisah cinta pasangan yang berbeza kedudukan

Begitu juga dengan lamaran yang dibuat oleh Azlan di dalam keretapi di hadapan penumpang-penumpang lain. Tetapi, rasanya perwatakan Azlan yang romantis membuatkan babak-babak tersebut masih boleh diterima!

Tahniah juga buat Rashidi Ishak dan Rita Rudaini yang membawakan konflik rumahtangga di antara watak Harris (Rashidi Ishak) dan Airin (Rita Rudaini) dengan baik.

Airin, seorang isteri yang amat menyayangi suaminya tetapi pada masa yang sama dia berjumpa lelaki lain yang lebih dicintainya mungkin memberi kesan mendalam kepada sesetengah penonton. Cukup jelas mesej yang ingin disampaikan, di mana perasaan cinta dan sayang mempunyai maksud yang berbeza.



Perasaan cinta dan sayang tidak sama. Itulah yang cuba dijelaskan melalui watak suami isteri lakonan Rashidi Ishak dan Rita Rudaini

Selain kisah cinta dan kata-kata indah yang diselitkan sepanjang filem ini, apa yang menambat hati penulis juga ialah pada lagu-lagu runutnya.

Setiap adegan yang menyentuh hati diiringi pula dengan lagu-lagu yang mempersonakan seperti Perpisahan dendangan Anuar Zain dan Cinta, duet Misha Omar dan Jaclyn Victor membuatkan filem ini lengkap rencahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 02:23 PM | Show all posts
nk  g tengok weekend ni...cd lambat lg kuar...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 04:03 PM | Show all posts
aku pn dh tgk cite ni....scr jujurnye...cite ni mmg la besh...tk rugi g tgk 2-3 kali kt wayang...
cinematography die mmg la cun...jln cite mmg menarik esp kisah syidi & rita ngan que & nanu....kisah kapel lain tu cm kisah bese je...skrip die,pd aku bleh dikire superb gk...lagu die sume sesedap n sesuai ngan setiap scenes...

tp aku mmg surprise tgk budak kecik tu blakon jd lisa tu...pndi berlakon,setiap kali scenes syidi n budak tu,mesti rase cm nk nangis...tp aku ngan jayenye dpt menangkis segale serangan air mata
kebanyakan kisah dlm muvi ni..sume hampir same cm kisah yg slalu blaku kt kite in real life..pd aku,tula kekuatan cite ni kot

overall,aku kasik 4.5/5
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 04:18 PM | Show all posts
Originally posted by junkredish at 3-12-2006 09:02 PM
then lebih berkesan sbb lepas tu fasha cakap "saya suka awak mcm ni". nmpklah eizlan tu dah merendahkan diri dia. dia pon mengeluh2 sbb lenguh. aiseh sayangnya adegan hujung tu dah dirosakkan dgn adegan2 ditengah2. (tp aku admit masa scene tu aku gelak bagai nak rak tengok muka org2 sebelah fasha-makcik tu siap offer lagik anak dia.  )

aha...lepas ko highlight tang ni baru aku nampak maksud "duduk" dan maksud Fasha berkata begitu......masa tengok tak terfikir pun....


BTW....bukankah lebih "kena" situasinya kalau si Fasha tu naik ketapi KTM ke utara berbanding naik ERL ? Keduanya pun berpusat di KL Central
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.217992 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list