|
Reply #359 isabel's post
i know la... saje2 menyakat...
tapi kan.. kekadang kita buleh predict gak ape akan jadik pd weng & bou... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by silencez at 29-9-2006 11:51 AM
wide.. dah tu kiranya dia akan jatuh cinta kat weng.. masa dia kat beiping ni la ek?
rasanya sebelum episod Bou pindah balik ke kg, dia dah terima Weng....tpi berpisah juga bila Bou pindah...sempat bercinta kejap je dgn Weng LouPan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #362 wideliyayan's post
wide.. endingnya karang.. bou ni takde dgn sapa2 la kalau camtu ek? kalau dah bercinta dgn weng pun kejap je? |
|
|
|
|
|
|
|
episod 22
jun hang dimasukkan ke hospital lagi & terpaksa diikat. ayah jun hang mintak tong tong cuba call bou. tong tong call bou, tapi waktu tu bou takde kat rumah. tong tong cuma tinggalkan pesan je mintak bou call balik.
jun hang cakap2 dgn tong tong.. dia dah sampai ikat ayah dia. esok2 ntah apa lagi yg dia buat. & doktor dah cakap, ubat yg jun hang makan, akan bawak kesan sampingan, mungkin jun hang akan buta. tong tong pun terkejut. kalau tak makan, jun hang akan jadi kurang siuman. tapi kalau makan, jun hang mungkin akan buta. jun hang kata, dia tak risaukan ayah & jun cheong. sbb nak tak nak diorg kena terima hakikat tu. tapi dia kesiankan bou, sbb bou muda lagi.
kat beiping. waktu tu weng dlm kereta nak pegi stesen ketapi nak balik shanghai. ternampak bou. tapi weng kata kat drebar, teruskan je. bou nak beli barang antik & ikut 2 org lelaki yg jual barang2 tu. dah tengok2, tiba2 mahal pulak. bou tak jadi beli sbb tak cukup duit. tapi 2 org tu suruh jugak bou beli & nak check beg bou. tgh berebut, tiba2 bou terpecahkan barang diorg, lagi la diorg tambah berang. & waktu tu weng sampai. 2 org tu berlawan dgn weng guna kayu. bila weng dah keluarkan pistol baru diorg lari.
weng membebel kat bou, kata kenapa nak bahayakan diri. bou kata, dia nak beli barang tu sbb teringat masa kecik2 dulu, ayah dia ajar menulis guna tu. & bou nak beli 1 patung tu, utk kasi kat jun hang. weng ada kata, dia tak pasti sama ada dia berhutang kat bou. sbb bila tiap kali bou ada masalah, dia akan ada kat sisi bou. bou jawab, dia akan balas budi weng kat hayat akan datang. & weng cakap jugak, sbbkan bou dia patah balik walaupun dah dalam perjalanan nak balik shanghai.
bou & mak bou balik ke shanghai. bou suruh mak & pembantu tu balik dulu sbb dia nak carik jun hang. dia dah pesan kat tong tong & jun hang yg dia akan sampai hari tu tapi tak nampak bayang diorg. bou pegi ke rumah jun hang. sampai2 tengok barang mcm sikit bersepah. bila masuk ke bilik jun hang, nampak tong tong tengah nangis.
tong tong cerita, dia datang jenguk jun hang tapi jun hang suruh dia balik & tiba2 jun hang jadi kurang siuman. sambil nangis2 tong tong lari keluar. tengok2 jun hang ada kat katil jun cheong. jun hang kata, sida cheong datang kat dia & suruh ambik tong tong jadi isteri & sekarang tong tong dah jadi isteri dia. bou kata, sida cheong dah mati. jun hang suruh bou pegi & tepis tangan bou & patung yg bou nak kasi terjatuh & pecah. bou kata, impian dia pun dah pecah. jun hang tolak bou keluar dari bilik. lepas bou balik, jun hang duduk tepi katil sambil pegang patung yg bou nak kasi.
weng datang ofis. elok je weng masuk ofis, dpt call. jun hang rupanya. jun hang kata, sida cheong suruh dia kawin dgn tong tong & tong tong dah jadi wife dia. & suruh weng jaga bou baik2. weng terus keluar carik bou. nampak bou mcm kat taman. hujan waktu tu. bou kata, dia nak tunggu pelangi muncul lepas hujan tu berenti. weng ingatkan bou, mana ada pelangi malam2. tapi bou kata, ada org kata kat dia, lebih kurang .. walau bukan kebiasaan, tapi pelangi tetap akan muncul sesekali. weng tanya, jun hang ke yg kata mcm tu. bou nangis & cerita kat weng.
weng tarik tangan bou & pegi ke rumah tong tong. jun hang ada kat situ. tong tong kata, dia maafkan jun hang sbb jun hang tgh tak sedar. & ada waktu sampai weng acu pistol kat kepala jun hang. bou & tong tong masing2 mintak weng lepaskan jun hang. webg ada kata, suruh jun hang & tong tong tinggalkan shang hai.
tong tong tgh menyanyi bila lang datang nak tengok tong tong buat persembahan. lepas habis, tong tong jumpa lang & tegur tong tong yg nampak kurang bersemangat. lang ingatkan tong tong.. penyanyi profesional sll cuba buat yg terbaik utk penonton sbb diorg bayar utk masuk ke situ.
jun hang ucap terima kasih kat tong tong sbb tolong dia. & sbb dia, nama baik tong tong mcm tercemar. jun hang kata, lepas diorg kawin nanti, dia akan ceritakan perkara sebenar. tong tong kata dia tak kisah. tong tong ada kata, harap2 nanti bou dpt faham niat baik jun hang.
lang datang ke kelab sbb nak buat show hari tu. lang masuk ke bilik yg dikhaskan utk dia dulu. tong tong & lan lan ada kat situ. lang mintak izin nak guna bilik tu & tong tong kata dia tak kisah & dia pun lebih selesa mekap kat luar. muka lan lan mcm tak puas hati.
waktu tong tong buat persembahan, weng ada kata, tong tong mampu menjiwai persembahan tu & kiranya itulah kuasa cinta. lepas habis persembahan, tong tong kata, itu nyanyian dia yg terakhir & lepas ni dia akan tinggalkan kelab tu. & ucap terima kasih kat lan lan yg sll bagi sokongan kat dia. & kat weng yg bagi dia peluang.
lang pujuk tong tong. lang kata, takkan tong tong nak tinggalkan semua semata utk sorang lelaki. lang kata, hari tu dia rasa kalah.. sbb tong tong lebih pentingkan cinta. tak ingat sgt apa diorg kata tapi ada tong tong kata, sejak awal, dia sentiasa jadikan lang sebagai teladan @ idola dia.
pagi, tong tong datang rumah jun hang. ayah jun hang tgh siapkan breakfast. & kata kat tong tong, yg jun hang mcm dah mula sakit balik sbb asyik berkurung dlm bilik. ayah jun hang kata, agaknya sbb dah berpisah dgn bou. tong tong kata, takde kena mengena dgn bou. tak lama, jun hang keluar. tong tong suruh jun hang cepat makan & kemas barang sbb nak ajak jun hang tinggal dgn dia. sbb rumah tong tong lebih dekat dgn hospital.
waktu tong tong sampai kat rumah, lan lan bukak pintu & tong tong mintak lan lan kemas bilik tetamu. tapi lan lan mcm tak puas hati lebih2 lagi bila tong tong tinggalkan fong mou toi. waktu tong tong kemaskan baju jun hang, jun hang kata dia tak boleh tinggal kat situ sbb rasa bersalah kat tong tong lebih2 lagi bila tau tong tong sampai tinggalkan fong mou toi.
rasa cam ada yg tertinggal je hehe. sebenarnya rasa sedih sikit episod hari ni. sbb terlalu sayangkan bou, jun hang terpaksa korbankan perasaan sendiri utk tengok org yg dia sayang ada dlm keadaan lebih elok.
[ Last edited by silencez at 30-9-2006 05:45 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #364 silencez's post
sian nyer jun hang.. sib baik la aku da stop tengok.. bace sinopsis ko pun aku da sedey ngan nasib jun hang tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la.. sedih. sbb waktu jun hang jalan2 kadang2 pandangan dia kejap2 kabur. |
|
|
|
|
|
|
|
rupanya Jung hang bersubahat dengan tong tong utk tipu Bou |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 karang jun hang betul2 buta ke ek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #368 silencez's post
jun hang nak buta plak k?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by isabel at 29-9-2006 10:20 AM
kan goon tu cinta gila kat lang..so dia buat ler mcm tu bagi lang happy...
kira goon ni sanggup buat apa aje ler demi Lang...
nanti klu Lang hasut Goon jatuhkan Weng mungkin tanpa berpikir panj ...
A'ah bel, aku pun suka tgk gaya tangan dia tu.. ada style la.. hehehehhe..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by udea76 at 29-9-2006 12:08 PM
aku musykil la si goon tu betul2 ke suke kat lang :hmm::hmm:
tu la.. sbb tgk air muka dia tu kadang2 rasa mcm x leh caya je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #369 DaoMing_Si's post
daoming..
sejak kena tangkap, kan dia ternampak2 sida cheong tu.. & ada masa2 jadi mcm kurang siuman. doc kasi dia makan ubat. doc kata, antara kesan ubat yg dia makan tu, boleh sebabkan dia jadi buta. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #364 silencez's post
sedih lak episdoe ari jumaat tu ...
makasih silencez sbb bel mmg terlepas tgk....
so bagi bel Tong Tong sebenarnya x rebut Jun Hang pun dari Chu Ling..dia x jahat langsung ler...maka gan harapan yg besarnya semoga chu ling gan weng hidup bahagia..kekekekkeke |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #372 silencez's post
lor.. mcm tu plak.. thanx coz explain.. biler citer nie nak abis ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tunggu petang ni |
|
|
|
|
|
|
|
hehe bel
ye lah.. tong tong mmg baik. cuma dulu ada masa2 tu nampak cam `ngengada' sikit hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #374 DaoMing_Si's post
minggu depan kot habis. ada 30 episod je. |
|
|
|
|
|
|
|
bel sempat tgk 1/2 jam terakhir aje tadi tapi sedih tul tgk Jun Hang rasa nak ikut menangis...sian dia terpaksa berkorban dan nasib baik ler still ada Tong Tong yg setia disamping dia...
tapi yg sakit ati lak tgk Goon tu...dah makin bertambah jahat dia padan dan pandai Tuan Weng pilih penganti dia... |
|
|
|
|
|
|
|
episod 23
jun cheong dah dibebaskan. tanya kat ayah dia, mana jun hang. jun cheong terkejut bila ayah dia kata, jun hang kat rumah tong tong. sbb dia ingatkan bou yg jaga jun hang. ayah dia kasi tau, diorg dah berpisah. jun cheong & ayah angkat datang ke rumah tong tong. tong tong mintak maaf sbb tak dapat nak jemput sbb kebetulan hari tu, tong tong kena bawak jun hang ke hospital.tong tong kata, lagipun diorg dah mcm sedara.
jun cheong jumpa weng & ucap terima kasih. weng ada tanya jun cheong kot2 dia nak keje balik kat fong mou toi. tapi jun cheong tak nak. dia nak berniaga sendiri. jun cheong belajar menjahit. tapi dirahsiakan dari jun hang sbb nak buat surprise kat jun hang.
weng temankan bou minum. weng ada order makanan sifolei. tapi kena ambik masa 45 minit ke.bou kata, dia dah ok & weng tak payah nak temankan dia. weng ada sebut mcm 1 petikan dari sebuah buku. bou sambung. weng kata, dia lupa yg bou berpengetahuan luas. dlm perjalanan balik, bou ulang kali kata dia dah tak apa2. weng kata, dulu bou jugak kata, sesekali kena curi tulang. bou lak kata, kadang terlalu sibuk pun, tak dpt apa2. bila bou masuk rumah, tengok2 ada barang2 antik yg ada kat rumah dia dulu. rupanya weng yg hantar. bou kata, weng buat baik mcm tu pun dia tak boleh nak janji apa2 kat weng. weng jawab, dia tak perlukan janji bou. cukup asal bou happy.
kat rumah lang. goon mcm tgh fikir sampai tak sedar lang balik. lang mengadu, kata sebabkan goon la dia sibuk. kena berlakon iklan, menyanyi lagi.. sain autograf. goon kata, sbbkan lang mmg penyanyi terkenal. goon kata kat lang, weng dah mula bahagikan tugas. & weng pun ada jumpa tuan san. lang kata, mungkin sbb weng dah nak bersara. & lang kata, dia yakin goon akan jadi pengganti weng sbb goon bijak. sedangkan tai cuma setia je.
1 hari weng panggil tai & goon. bila diorg dah sampai, weng kata, tiba2 dia terfikirkan 1 game yg menarik & mintak tai & goon tunggu dia kat ofis. dah malam, weng tak sampai2 lagi. goon nak pegi cari tapi tai tak kasi sbb dia kata, weng dah ingatkan suruh tunggu je. tiba2 ada panggilan telefon, goon yg jawab. terus goon berkejar nak carik weng. tai tunggu kat ofis.
goon nampak weng tengh minum. weng tanya kenapa tak tunggu? goon kata dia terima panggilan telefon & risau kalau apa2 jadi kat weng. weng puji goon sbb cepat bertindak. kat seberang jalan tempat weng minum, ada mcm 1 rumah tumpangan ke. kat dlm tu ada mr hu tgh berasmara dgn sorang perempuan. tiba2 asap masuk bilik tu & diorg kelam kabut nak keluar. mr hu terjun tingkap. & ramai org datang tengok. weng kata, ini baru sikit je game tu.
kat ofis, weng kata.. dia pilih tai sebagai pengganti sbb tai tenang. sedangkan goon bijak tapi mcm terburu2 sikit. tai takut dia tak boleh buat dgn baik. tapi weng kata goon boleh bantu. muka goon mcm dah frust.
weng jumpa ketua san & nak kasi tau sapa yg dia dah pilih. ketua san kata dia nak teka dulu & rupanya ketua san pun mmg nak pilih tai. sbb dia tengok tai terlalu hormat weng & mesti dia akan ikut cara weng. ketua san ada tanya weng mcmn dgn bou. weng jawab, biar takdir je yg tentukan. ketua san mcm sikit tak puas hati sbb dia rasa weng mcm acuh tak acuh je kat bou.
tai masuk ofis & mintak diorg panggil dia mcm biasa. goon mintak tai bukak semula permainan judi tu. tai tak nak sbb weng yg hentikan game tu & dia tak nak buat perubahan yg besar. goon mcm tak puas hati.
goon & lang pegi ke kelab. tiba2 ketua qin datang & nak join goon. mr qin menang judi & kasi sikit duit kat diorg. lang pulang balik & waktu tu ketua qin pegang tangan lang. goon marah & ketua qin berang bila goon tuduh dia nak mencabul lang. lang cuba pujuk kata tu cuma salah faham. tapi goon tak nak terima. tiba2 tai datang. & tai ada kata.. ketua qin takkan buat mcm tu. kalau tak, mesti weng takkan boleh baik dgn ketua qin.
kat rumah, goon luahkan rasa tak puas hati kat tai. kalau dia ada kuasa, bukan takat tai, weng pun tak boleh nak lawan dia. lang pulak kata, apa2 hal pun dia akan sokong goon.
waktu siang, bou mengajar. dia ada kata kat sorang cikgu kat situ kata kerusi meja kat kelas tu mcm dah byk rosak. cikgu tu kata, hari ni dah ada org datang hantar yg baru. bou masuk kelas, tengok2 weng ada kat situ. weng kata dia nak belajar bahasa inggeris jugak. budak2 lain sokong. rupanya weng dah upah diorg dengan gula2.
weng & bou jalan keluar kelas bila tiba2 ada 2 lelaki mcm nak gertak sorang cikgu kat situ utk dptkan makanan. bila nampak weng, diorg terus sapa weng sbb konon2 kagum dgn weng. weng kasi tau dia dah bukan ketua kongsi gelap tu lagi. & mintak dua org tu datang ke fong mou toi utk mintak keje, & kata weng yg rekemen. bou kata, weng saja upah orang utk buat bou rasa kagum kat weng. weng kata tade. baru bou percaya yg weng mmg dah letak jawatan.
dlm perjalanan balik. bou lalu kat 1 kedai & ternampak patung 2 org tua yg dia nak hadiahkan kat jun hang. lama dia berdiri tengok. masa yg sama, tong tong dgn jun hang baru balik hospital. jun hang kat, doc dah pesan kena siap sedia kalau tiba2 dia jadi buta. & kalau tiba2 jun hang nampak cahaya terang, tu tandanya dah buta. tiba2 ada mcm cahaya terang. jun hang dah takut. rupanya ada budak berebut nak main cermin. tong tong & jun hang lalu kedai yg sama. jun hang terhenti tengok patung tu.
jun cheong dah pandai gunting baju & jun hang datang tengok. jun cheong buat baju & hantar ke fong mou toi. tengah borak2 dgn penari kat situ, lang & goon datang. lang puji jun hang pandai buat baju & mintak jun hang rekakan baju utk dia. goon mcm tak suka tengok lang cakap dgn jun cheong. kat dlm kereta, goon ternampak jun cheong tengah jalan & mintak anak buah takutkan jun cheong. konon2 nak langgar jun cheong & sampai kt 1 dinding kedai. goon keluar kereta & mintak maaf kt jun cheong & pura2 marah anak buahnya.
jun hang tiba2 rasa mcm sakit kepala. jun hang kata, dia tak boleh jadi buta & cepat lari keluar. rupanya jun hang nak intai bou. jun hang cakap sendiri.. kurang2 dia tak rasa menyesal kalau dah nampak bou. & tak lama, nampak bou keluar.
jun hang pegi ke kedai yg ada patung tu. tengok2 patung tu dah hilang. tengah jun hang mcm tercari2 tiba2 ada org keluar. rupanya bou yg beli patung tu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #378 isabel's post
bel.. orang rasa sayu part akhir tu. kiranya sebelum dia buta, dia cuma nak tengok bou ek. |
|
|
|
|
|
|
| |
|