|
♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥
[Copy link]
|
sayang_manja This user has been deleted
|
2,000 turn up to meet pop icon at open house
SUNGAI PETANI: Datuk Siti Nurhaliza spent her first Hari Raya as a married woman at her in-laws? house in Kampung Permatang Pasir near Kota Kuala Muda here on Tuesday.
It was her first visit to the village since her wedding about two months ago and some 2,000 curious villagers as well as outsiders turned up to meet her during the open house celebration.
RAYA TREAT: Siti Nurhaliza and Datuk K meeting guests at her in-laws? home in Kampung Permatang Pasir on Tuesday.
Dressed in a flowing yellow-green outer top over an apple green sarong, Siti Nurhaliza gave duit raya to children and shook hands with guests with her husband Datuk Khalid Mohamad Jiwa, who wore a matching green baju Melayu and samping.
A stage had been set up at the porch of the double-storey brick house and Siti Nurhaliza delighted the crowd with two songs ? Bukan Cinta Biasa and Sesuci Raya.
Also spotted at the house were three of Datuk K? four sons.
?here isn? much difference celebrating Raya here and back home in Pahang but I?e never had the opportunity before,? Siti Nurhaliza told reporters.
On her new Datukship from the Sultan of Pahang, she said it was an honour and a chance to improve herself.
? will continue my singing as usual after Raya and will shuttle between Indonesia and Malaysia.?
After prayers at the village mosque, Siti Nurhaliza and Datuk K met guests from 10am till 4pm, with short breaks in-between. They returned to Kuala Lumpur yesterday. |
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
Penghormatan kepada penggiat seni ? Siti
PEKAN 28 Okt. ? Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang hari ini menganggap ia sebagai satu penghormatan kepada golongan penggiat seni tanah air.
Katanya, darjah kebesaran itu membuktikan kerjaya dalam bidang seni semakin mendapat tempat dan pengiktirafan masyarakat.
Beliau berharap darjah kebesaran yang diterimanya itu bukan sahaja menjadi pencapaian peribadinya tetapi juga dianggap kejayaan buat semua insan seni.
?Penerimaan darjah kebesaran ini lebih manis dan menjadi satu sejarah dalam hidup saya kerana saya mendapat pengiktirafan daripada Sultan Pahang sendiri, Sultan Ahmad Shah iaitu pemerintah tertinggi negeri kelahiran saya,? katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.
Siti Nurhaliza yang menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Ahmad Shah yang ke-76 turut memberitahu, beliau akan aktif menyanyi selagi kehadirannya dalam bidang seni diterima peminat.
Tambahnya, penggiat seni hiburan tidak perlu berasa terasing, sebaliknya perlu berusaha keras dalam bidang masing-masing untuk bersama-sama pemimpin dan masyarakat menjayakan agenda pembangunan negara.
Siti Nurhaliza yang kelihatan manja dan berpegangan tangan dengan suaminya, Datuk Khalid Mohd. Jiwa menjadi perhatian para tetamu dan penerima bintang dan pingat pada majlis itu yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini.
Ramai tetamu turut mengambil peluang untuk bergambar dengan beliau termasuk para pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.
Penyanyi berusia 27 tahun itu yang kelihatan begitu anggun dan menawan sentiasa mengukir senyuman sepanjang majlis tersebut berlangsung. |
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
01 November, 2006 20:07 PM
Ingin Menjadi Bintang Seperti Siti Nurhaliza?
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Wanita Malaysia yang mengimpikan untuk menjadi bintang syampu dan perapi, Pantene Pro-V seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, boleh mencapainya dengan menyertai rancangan realiti televisyen 'Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene'.
Penolong Pengurus Pemasaran Negara P&G Malaysia Tan Hui Woon berkata rancangan 13 episod itu akan dihoskan sendiri oleh Siti Nurhaliza, duta SHINE Pantene, dan akan ditayangkan di TV3 bermula 17 Dis ini pada pukul 7.30 malam.
Sesi uji bakat akan diadakan di seluruh negara dengan yang pertama di di Mahkota Parade, Melaka pada 11 Nov, diikuti dengan Giant Plentong Hypermarket, Johor Baharu pada 18 Nov, Prangin Mall, Pulau Pinang pada 25 Nov dan berakhir di One Utama, Kuala Lumpur pada 1 Dis, katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.
Tan berkata penyertaan dibuka kepada golongan wanita yang berusia antara 18 hingga 25 tahun dengan menunjukkan bukti pembelian syampu Pantene 400ml di tempat uji bakat.
Seramai 14 peserta akan dipilih menerusi sesi uji bakat itu dengan pemilihan akhir pada 2 Dis di One Utama di sini dan 10 peserta akan dipilih untuk menyertai rancangan realiti itu.
Tan berkata peserta rancangan realiti itu akan meneruskan cabaran mereka di "The House of Pantene" setiap minggu di mana mereka akan belajar untuk menghargai setiap kelebihan masing-masing melalui pelbagai cabaran dan ujian.
"Penonton akan dapat menyaksikan mereka melalui semua tugasan mingguan yang telah direka untuk menyerlahkan kecantikan dalaman dan potensi sebenar mereka. Mereka akan menjadi contoh bagi lain-lain wanita Malaysia untuk menyerlah dalam hidup," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
Datuk K, Siti belum ada rezeki timang cahaya mata
Oleh Zubir Mohd Yunus
SEJAK kebelakangan ini, media sering melaporkan Datuk Siti Nurhaliza mengandung, gara-gara badannya yang kelihatan agak berisi selepas berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, 21 Ogos lalu. Namun, sehingga kini belum ada sebarang pengesahan daripada mulut Siti mahupun Khalid.
Justeru, ketika Zubir berpeluang menemui Siti dan Khalid pada majlis Aidilfitri di kediaman Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Cik Puan Muda Pahang, Datuk Seri Julita Aishah Abdul Latif, 27 Oktober lalu di Kuantan, Pahang, Zubir terus bertanyakan perkara berkenaan.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail sekeluarga.
Siti menafikan dia mengandung dan mengakui badannya mungkin kelihatan agak berisi kerana sudut penggambaran ada kala membuatkan dirinya tampak berisi seperti mana yang dipaparkan oleh sebuah akhbar tabloid, baru-baru ini.
Terdahulu, ketika menemui Datuk Khalid di hotel penginapan mereka pagi itu, dia turut mengesahkan isterinya belum berbadan dua lagi.
"Tak ada rezeki lagi Zubir," pendek saja jawapan Khalid apabila Zubir bertanyakan perkara berkenaan.
Pada kesempatan ini juga Zubir ingin mengucapkan tahniah kepada Cik Puan Muda Pahang, Julita Aishah kerana dianugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Dimulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena ulang tahun keputeraan ke-76 baginda, baru-baru ini.
Tahniah juga buat Siti yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. |
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
Datuk Siti tidak pernah abaikan Kat
Oleh Suzan Ahmad
JENUH juga menunggu. Berdetik di hati manalah perginya Datuk Siti Nurhaliza. Jam di tangan sudah melewati 12.15 tengah malam. Maklum ketika sesi fotografi tempoh hari, masa agak suntuk untuk berbual kerana makin hampir dengan waktu berbuka puasa.
BIMBINGAN Siti untuk Kat diharap dapat membuahkan hasil.
Beberapa jam sebelumnya, Siti menghubungi penulis memberitahu dia masih lagi dalam kereta, dalam perjalanan pulang selepas berbuka puasa dengan suami dan anak-anak. Namun kami belum sempat berbual panjang.
Itulah juga pertama kali sesi fotografi dibuat untuk Siti selepas beliau mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khalid Mohamed Jiwa, pada 21 Ogos lalu. Dalam sesi bergambar itu, Siti turut ditemani Kat, protegenya dalam Mentor.
Dalam mengelamun itu, tiba-tiba telefon penulis berdering. Terdengarlah nada suara Siti yang masih segar. Tanpa membuang masa, soalan mengenai beraya dengan suaminya, Khalid, terus diajukan.
"Sekarang hidup Siti sudah lain. Dulu Siti hanya berpuasa dan beraya dengan adik beradik dan saudara mara saja.
"Tapi inilah tahun pertama Siti beraya sebagai seorang isteri.
"Kalau untuk berbuka puasa atau bersahur, Siti cuma membuat persiapan sederhana. Memandangkan kami tinggal berdua saja, kalau sempat, Siti akan memasak dan menunya tidaklah berat-berat. Alhamdulillah, suami Siti pun tidak cerewet sangat pasal makan," ujarnya.
Siti berkata, Aidilfitri tahun ini disambut sederhana. Dia tidak bershopping sakan, cukup dengan mengenakan baju kurung rekaan Michael Ong yang masih belum pernah dipakainya. Jadi tidaklah perlu dia membazir.
Seperkara yang nyata, sudah menjadi amalan sejak empat tahun lalu, Siti tidak lupa menziarahi kota suci Makkah bagi menunaikan umrah apabila tibanya Ramadan.
"Syukurlah Siti selamat ke Tanah Suci bersama suami mulai 2 hingga 10 Oktober lalu. Kalau dulu Siti pernah berdoa semoga mendapat jodoh, tapi tahun ini, Siti dapat pula menunaikan umrah bersama suami," ceritanya.
Mengenai `konflik balik kampung' yang baru pertama dirasainya, penyanyi Biarlah Rahsia itu sempat beraya di Kedah pada raya pertama, diikuti Kuala Lumpur bersama sanak saudara.
"Sebelum ke Makkah dan selepas pulang ke Malaysia, Siti sempat balik kampung di Kuala Lipis. Jadi tahun ini, Siti cuma berada di Kedah dan Kuala Lumpur," jelasnya.
Menjawab tuduhan mengatakan dia masih bersikap lepas tangan terhadap protogenya, Kat, Siti berkata:
"Sebenarnya kami dah berbincang bagaimana cara untuk mengatasi kelemahan Kat. Antaranya, Kat perlu menghadiri kelas vokal. Penyanyi yang sudah lama menyanyi pun masih ada kelemahan vokal, inikan pula artis baru. Bukan Siti tidak boleh bimbing Kat sendiri tapi biarlah guru vokal bertauliah menjalankan tanggungjawab itu.
"Dari segi persembahan dan pemilihan lagu, kami akan buat bersama. Memang Siti akui, kami jarang dilihat bersama tapi itu bukannya bermakna Siti lepas tangan. Solekan dan penampilan Kat juga sudah Siti uruskan.
"Kalau Siti tidak ada bersama Kat, Azmeer (komposer) akan membantu," kata Siti yang bakal menemani Kat ke Jakarta pada 19 Oktober ini bagi menjayakan peringkat separuh akhir program Bintang Cari Bintang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sumber : utusan.com.my
Siti Nurhaliza mencari bintang
SETIAP daripada kita tentunya ingin menyerlahkan diri dengan tersendiri. Ini barangkali berita baik untuk semua wanita Malaysia. Syampu dan perapi jualan nombor satu dunia Pantene Pro-V ingin memberi inspirasi dan peluang kepada anda untuk berbuat demikian.
Melalui sebuah rancangan realiti baru yang bakal muncul, anda mampu menyerlah bagai bintang. Lebih menarik ia turut dijayakan oleh penyanyi terkenal negara, Datuk Siti Nurhaliza yang juga merupakan duta Shine Pantene. Ia dinamakan sebagai Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene.
Di sebalik kesibukannya beliau dengan pelbagai tugas lain termasuk status barunya sebagai isteri itu, Siti akan meluangkan masa sebagai hos rancangan realiti tersebut.
Tentu saja Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene itu berbeza daripada program realiti berbentuk hiburan.
Siti tidak menjadi protege lagi tetapi sebaliknya mencari siapa yang mampu menyerlah sepertinya sebagai bintang. Rancangan realiti televisyen tersebut bakal disiarkan di saluran TV3.
Pemenangnya kelak akan berpeluang menjadi bintang Pantene yang berikutnya selepas pelakon terkenal lain seperti Waheeda, Maya Karin dan Camelia.
Pencapaian sebagai bintang itu tentunya akan menjadi satu pengalaman yang cukup baik tatkala mereka mampu menyerlah seperti bintang. Anda tentunya mengidam-
idamkan perkara seperti itu.
Seperti falsafah Shine Pantene yang dilancarkan baru-baru ini, ia merupakan peluang untuk wanita melakukan sesuatu yang terbaik dalam hidup mereka.
Menurut Penolong Pengurus Pemasaran Negara bagi P&G, Tan Hui Woon, 揚antene ingin memberikan perangsang kepada wanita untuk menjadi apa saja yang mereka impikan dan realiti ini adalah pentas terbaik mereka untuk menyerlah.拻
Program realiti Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene ini bermula dengan satu sesi uji bakat semalam di Mahkota Parade, Melaka.
Sesi itu akan berlangsung di seluruh negara seperti Giant Plentong Hypermarket, Johor Bahru (18 November), Prangin Mall, Pulau Pinang (25 November) dan berakhir di One Utama, Kuala Lumpur (1 Disember).
Untuk menyertai sesi uji bakat rancangan tersebut, para peserta hendaklah terdiri daripada wanita Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun.
Para peserta sesi uji bakat ini hanya perlu menunjukkan bukti pembelian syampu Pantene Pro-V 400ml semasa pendaftaran penyertaan.
Sebanyak 14 peserta akan dipilih menerusi uji bakat tersebut.
Mereka kelak akan bertanding di sesi pemilihan terakhir pada 2 Disember depan di pusat membeli-belah One Utama.
Sebanyak 10 orang akan dipilih lewat sesi tersebut yang seterusnya melayakkan mereka melangkah ke peringkat akhir ke House of Pantene.
Setiap minggu 10 finalis itu akan berhadapan dengan pelbagai cabaran di House of Pantene yang menguji diri mereka sendiri secara fizikal dan mental.
Penonton akan menyaksikan bagaimana mereka melalui semua tugasan minggu yang direka untuk menyerlahkan dalaman dan potensi sebenar mereka.
Di House of Pantene itu juga, 10 peserta terakhir ini akan belajar untuk menghargai keunikan dan kelebihan mereka melalui pelbagai cabaran dan ujian.
Cabaran dalam program tersebut direka untuk merangsang mereka supaya berkeyakinan diri merealisasikan potensi sebenar dan melakukan yang terbaik dalam hidup mereka.
Apa yang diharapkan kelak, ia akan menjadi contoh kepada wanita Malaysia yang lain, jelas Tan.
揝elain 10 peserta rancangan realiti ini, kami juga mengharapkan agar penonton di rumah turut merasai saat-saat menyerlah.
揑ni boleh menjadi inspirasi kepada mereka untuk mencontoh 10 peserta tersebut agar hidup lebih menyerlah,拻 kata Tan.
Teruja menjadi bintang dan menyerlahkan diri anda? Ini barangkali peluang anda. Jadi jangan terlepas menyertai sesi uji bakat tersebut.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan rancangan tersebut dengan melayari laman web, www.tv3.com.my/pantene. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sumber : Berita Harian ( taip sendiri tawww... )
Siti Nurhaliza kongsi rahsia kejayaan
KUALA LUMPUR: Kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 27, ke dewan pameran Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mencuri tumpuan orang ramai termasuk perwakilan Umno.
Siti yang berkebaya putih dan berselendang biru, diundang untuk berkongsi rahsia kejayaannya sebagai penyanyi dan usahawan, selain membincangkan isu serius membabitkan agenda nasional.
Pada majlis itu, Siti berkata, untuk berjaya seseorang perlu berpegang teguh kepada tiga asas, iaitu berkerja keras, berani dan ikhlas.
"Siti menyokong penuh ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menasihatkan ahli supaya melakukan kerja dengan ikhlas untuk memastikan setiap pekerjaan diberkati Allah.
"Malah, kejayaan Siti hari ini juga dibantu pasukan kerja yang baik, iaitu keluarga Siti sendiri yang sentiasa menyokong dan merestui bidang yang Siti ceburi," katanya sambil menambah, setiap pekerjaan itu perlu disertai dengan minat.
Siti yang kelihatan serius ketika membincangkan agenda kerajaan, termasuk lima teras Misi Nasional, berkata sebagai seorang selebriti, beliau turut memainkan peranan menjayakan misi kerajaan itu.
"Siti selalu mengingatkan peminat Siti untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan dan bersedia menghadapi cabaran dengan berpegang kepada keteguhan modal insan untuk menjana minda kelas pertama.
"Kejayaan perlu disulami dengan pengorbanan. Justeru, Siti juga terpaksa berkorban dengan melupakan keseronokan zaman remaja untuk memberi tumpuan penuh terhadap kerjaya," katanya.
Peluang bertemu dan mengajukan soalan kepada penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu dimanfaatkan sepenuhnya pengunjung pusat pameran berkenaan dengan menyentuh kehidupan peribadinya.
Ketika diminta mengulas soal rumah tangga dan cahaya mata, Siti berkata, wanita berkerjaya perlu bijak membahagikan masa bagi menjamin keharmonian rumah tangga.
"Sekiranya ada rezeki, Siti bersedia menimang cahaya mata pada bila-bila masa," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pop princess wins over politics-weary crowd at Malaysia's ruling party congress
KUALA LUMPUR, Malaysia: Malaysia's political elite proved no match for a pop sweetheart.
Siti Nurhaliza, Malaysia's top female singer, stole the show at the United Malays National Organization ruling party's annual congress Thursday, making a special appearance to help promote the government's economic development programs.
Hundreds of star-struck people stopped watching the assembly debate and flooded a separate hall, where Siti chatted with fans and belted out an impromptu, a cappella performance of one of her famous ballads.
Siti's hour-long, gossip-heavy session was music to many people's ears, after they had spent four days listening to top politicians expound on serious subjects like the protection of Islam's status as Malaysia's official religion.
Spectators begged the newly married Siti to reveal when she plans to have a child. Siti, 27, smiled demurely and replied, "Anytime. If I am blessed with a child sooner, I would accept this with a happy heart."
Siti, a Malay-language star with massive followings in Malaysia, Indonesia and Brunei, occasionally conceded the limelight to her political surroundings.
Asked about the secret to her success, she said she believed in something Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi mentioned in his keynote speech Wednesday. "He talked about sincerity, which I believe is the important thing," Siti said.
Siti also praised the government's recently unveiled Ninth Malaysia Plan infrastructure development blueprint, voicing confidence that it would boost the ethnic Malay majority's economic standing over the next five years.
Civil servant Kamariah Daud said the government should use Siti and other popular figures to make the public more attentive to topics such as politics and the economy.
"When politicians open their mouth, not everybody listens. When Siti speaks, everybody climbs over each other to hear her," Kamariah said.
source: herald tribune international. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
Siti rancang buka butik, kedai kosmetik
Oleh Zainuri Misfar
Sedia berhenti menyanyi pada 2020 kerana fokus kepada keluarga, tugas sebagai ibu
KEHADIRAN Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang tampil di pentas utama ruang pameran Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Tun Razak, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis lalu, seolah-olah tidak disedari orang ramai yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2006.
MESRA: Siti menghiburkan peminat cilik ketika berkunjung ke pameran RMK-9 di PWTC, baru-baru ini.
Kebetulan ketika Siti muncul, sebahagian besar pengunjung sedang khusyuk mendengar ucapan perwakilan dari Dewan Merdeka, yang terletak di Aras 5 menyebabkan mereka kurang ghairah untuk melihatkan penyanyi itu dengan lebih dekat.
Selain mendengar ucapan, ramai yang berpusu-pusu untuk makan tengah hari kerana penyanyi itu datang ke dewan pameran kira-kira jam 1 tengah hari. Kebanyakan yang hadir memenuhi ruang berhampiran pentas utama adalah kalangan petugas atau mereka yang secara kebetulan berada dalam dewan pameran itu.
Bagaimanapun, dalam kemunculan selama hampir 45 minit itu, Siti Nurhaliza yang ditemani dua personaliti TV3, Ally Iskandar dan Azizah Ariffin banyak bercakap mengenai wawasan, pencapaiannya sebagai penyanyi dan sedikit mengenai hal peribadinya.
Ini termasuk hasratnya untuk menceburi perniagaan kecantikan dan pakaian kerana mempunyai kecenderungan ke arah itu selain peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
揗emang ada cadangan untuk menceburi bidang kosmetik. Saya tidak mahu ketinggalan merebut peluang perniagaan yang ada. Kerajaan pun sudah sediakan bermacam-macam kemudahan untuk kita berniaga. Saya sudah jadi penyanyi selama 11 tahun. Duit kalau tidak diurus dengan baik, dalam masa setahun boleh habis. Sebagai artis, apabila ada duit, kita kena fikir jauh. Sebab itu, saya cuba kembangkan dalam perniagaan.
揝aya sudah ada Siti Nurhaliza Production, Siti Nurhaliza Sound System, CT Marketing dan beberapa lagi. Walaupun kecil, kita kena pasti dan berani untuk menceburinya, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
Debaran Kat & Siti Nuhaliza kian membara
Oleh NIEZAM ABDULLAH
Konsert Mentor separuh akhir di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral.
PROGRAM Mentor terbitan TV3 kini hampir berada di penghujungnya. Pertandingan peringkat pertama semi final yang dimulakan pada minggu lalu ternyata menguji kemampuan Kat dan juga Ayu.
Di antara mereka siapakah yang layak untuk dipilih sebagai juara Mentor semakin terasa.
Kat yang bermentorkan Datuk Siti Nurhaliza manakala Ayu bermentorkan Hazami telah mempersembahkan kehebatan masing-masing dalam persembahan tersebut.
Namun begitu kuasa memilih terletak di tangan penonton yang mewakili 50 peratus markah menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala 50 peratus keputusan lagi adalah pilihan juri profesional.
Hari ini pukul 9 malam, kita akan dapat menyaksikan semi final peringkat kedua yang akan menampilkan Fiq (Mentor-Amy Search) dan Nieyl (Mentor-Nurul) sebelum keputusan memilih mereka yang layak ke final diumumkan pada 26 November akan datang.
Bagi Kat atau nama sebenarnya Siti Khatijah Hassan, dia merasakan debaran yang begitu hebat untuk menanti keputusan tersebut.
Malah dalam pertemuannya dengan Ayu minggu lalu, Kat mengakui lawannya itu mempunyai kehebatan dan penyokongnya sendiri.
Walaupun keputusan semi final itu belum lagi diketahui namun Kat telah pun merancang satu kejutan seandainya dia terpilih ke peringkat final nanti.
揃ersaing pada peringkat semi final sudah 憁enakutkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
Siti tak lupa pengalaman jaja kuih
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Nostalgia jaja kuih sewaktu kecil dorong jadi usahawan wanita berjaya
TIADA siapa dapat menafikan zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling banyak menyimpan memori indah. Suka dan duka bersilih ganti dan kenangan itulah yang terus terpahat dalam ingatan sehingga usia meningkat dewasa.
Begitu juga dengan penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, ingatan manis sewaktu melewati zaman itu masih tersimpan kemas di kotak fikirannya. Paling diingati adalah saat manis sewaktu dia menjaja kuih di kampung.
Biarpun hampir dua dekad peristiwa itu berlaku, namun sehingga kini ingatan Siti terhadap 憄ekerjaannya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
JUMPA PAKAR SAKIT PUAN
"...sebelum kahwin pun banyak cerita bukan-bukan yang disebarkan mengenai Siti, sekarang dah kahwin pun ada lagi yang sebar khabar angin."
'Rumah tangga saya tidak bergolak'
KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui menemui pakar sakit puan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Selangor tengah hari Ahad lalu.
Bagaimanapun, tegas penyanyi nombor satu negara itu, kunjungan tersebut bukan bermakna dia sudah berbadan dua seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Sebaliknya, penyanyi tersohor negara itu berkata, kunjungannya ke hospital itu semata-mata kerana menjalani rawatan dan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar di sana.
"Memang Siti pergi ke SJMC untuk mendapatkan rawatan biasa di sana. Tiada yang istimewa. Siti belum mengandung lagi dan insya-Allah Siti tidak akan sembunyikan jika Siti mengandung kelak," kata Siti yang turut berkunjung ke beberapa pusat pakar sakit puan lain di sekitar ibu kota.
Beliau yang ditemui pada sidang media pengumuman penganjuran peraduan Swap Jom Olay di Hotel Prince, Jalan Conlay di sini berkata: "Siti tidak sakit atau mengalami masalah kesihatan wanita, tapi pada Siti selain panduan daripada orang tua, Siti memerlukan khidmat nasihat daripada pakar. Sebab itu Siti berkanjung ke sana."
Ditanya apakah beliau sudah bersedia untuk hamil, Siti berkata, sememangnya dia sudah bersedia untuk bergelar ibu andai ditakdirkan mengandung.
Pada pertemuan tersebut, Siti turut menafikan rumah tangga berusia tiga bulan yang dibinanya dengan usahawan Datuk Khalid Mohd. Jiwa atau Datuk K kini bergolak.
Siti yang menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang tidak berasas itu berkata, dia terlalu bahagia dengan kehidupannya hari ini.
"Khabar angin itu tidak benar sama sekali. Siti tidak mampu menahan orang daripada berkata apa sahaja dan Siti relakan apa sahaja yang ingin orang katakan tentang perkahwinan Siti.
"Dahulu, sebelum kahwin pun banyak cerita bukan-bukan yang disebarkan mengenai Siti, sekarang dah kahwin pun ada lagi yang sebar khabar angin.
"Apa yang penting, Siti bahagia dan sangat gembira dengan kehidupan baru Siti. Siti bahagia kerana dipertemukan jodoh dengan Datuk K, seorang suami dan teman yang baik," katanya sambil mengukir senyuman.
Pada pertemuan itu, Siti turut menafikan dakwaan kehidupannya dikongkong oleh suami.
"Saya tidak dikongkong. Yang penting saya harus bijak membahagikan masa terhadap kerjaya seni dan rumah tangga," jelasnya.
Sementara itu, Siti turut mengakui dia berdebar menanti tarikh 16 November (esok) kerana buat pertama kalinya dia akan memberi taklimat pada forum Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang diadakan bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pada forum berkenaan, Siti akan berkongsi pengalaman, rahsia kejayaan serta beberapa aspek yang membantu ekonomi negara dari sudut industri seni tempatan.
Selain Siti, personaliti lain yang turut diundang untuk menyampaikan ceramah mengenai RMK-9 ialah pelumba Formula A1 negara, Alex Yoong.
KOSMO!
15 November 2006
[ Last edited by sayang_manja at 23-11-2006 11:40 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
SITI 'PAYUNG'
Majlis pelancaran album Cerita Cinta.
"...beliau adalah artis istimewa yang dari dulu hingga sekarang tidak berubah-ubah komitmennya walaupun sudah bergelar isteri orang." - Tan Su Loke
Pengarah Urusan SRC rakam penghargaan kepada artis kesayangannya.
USAH pinggirkan Siti Nurhaliza atau tidak putus-putus mengutuknya hanya kerana pilihannya untuk berumah tangga dengan seorang duda dan orang kenamaan yang jauh lebih tua darinya.
Apa yang peminat wajar tahu Siti atau gelaran barunya, Datuk Siti Nurhaliza, telah banyak berkorban masa dan membiarkan keringatnya mengalir tanpa henti demi peminatnya dan persada seni suara.
Beliau kekal sebagai seorang legenda dan lagu-lagu cintanya telah mengubah industri seni suara Malaysia dan tetap 'melekat' di hati sesiapa yang pernah jatuh cinta dan dewasa dengan muzik-muziknya.
Kata-kata ikhlas dan penuh harapan itu sering diucapkan Pengarah Urusan Suria Records (SRC) Sdn Bhd, Encik Tan Su Loke, tatkala penulis menghubunginya menerusi panggilan jauh dari Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Encik Tan, yang mesra dengan panggilan Papa Tan (gelaran Siti kepadanya) melahirkan isi hatinya kepada peminat-peminat Siti di Singapura, seandai nya ada yang sudah berubah hati menyusuli pernikahan Siti dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 21 Ogos lalu.
Lebih sebulan selepas persandingan mempelai itu, kompilasi lagu-lagu cinta Siti termasuk yang dicipta khusus untuk Datuk K, Cahaya Cinta, dan lagu kegemarannya, Because You Loved Me (Celine Dion), dimuatkan dalam album Cerita Cinta Siti Nurhaliza.
Yang menariknya, Encik Tan turut merakamkan penghargaannya dalam album itu atas inisiatif peribadinya, sebagai tanda hormat dan sayang kepada artis yang dilihatnya dewasa daripada 'seorang gadis sekolah' kepada 'seorang wanita jelita'.
'Sepanjang hampir 40 tahun dalam industri muzik, inilah kali pertama saya mengambil keputusan mencoretkan sesuatu pada kulit album seorang penyanyi. Ia sesuatu yang sangat asing bagi saya kerana selama ini, saya lebih selesa berada di balik tabir dan menerbitkan album artis.
'Bagaimanapun, untuk album Cerita Cinta Siti Nurhaliza, saya terasa ingin berkongsi aspirasi saya dengan kesemua peminat Siti kerana pertama, ia menggabungkan lagu-lagu cinta yang mengharumkan nama Siti selama lebih sedekad.
'Kedua, beliau adalah artis istimewa yang dari dulu hingga sekarang tidak berubah-ubah komitmennya walaupun sudah bergelar isteri orang.
'Mungkin tulisan saya nampak emosi tetapi itulah perasaan sayang seorang 'ayah' kepada 'anak'nya yang walaupun sudah mengecap populariti, tetap kekal dengan sikap merendah diri dan berbudi pekerti,' dedahnya kepada Ekstra.
Encik Tan masih ingat kali pertama beliau dan pengurus besar SRC ketika itu, Adnan Abu Hassan, mengesan bakat Siti dalam Bintang HMI '95.
'Masa tu Siti masih budak sekolah lagi. Saya dapati suaranya sedap dan beliau betul-betul ada daya tarikan. Pandangan pertama saya terhadap Siti memanglah bagus. Dari segi rupa, stail dan caranya bercakap, saya cukup kagum. Siti hormat orang tua.
'Saya pergi kampung Siti untuk 'melamar' beliau jadi artis saya. Siti nampak manis, tak ada solekan, pakai baju sekolah dan simple saja. Setiap tahun, kalau pulang kampung, Siti masih gadis kampung yang beradat.
'Cuma, beza Siti dulu dengan sekarang ialah beliau bertambah yakin dan lebih matang sebab banyak buat homework. Siti tidak pernah mengecewakan malah sewaktu ke Shanghai, Kazakhstan dan Taiwan, Siti menyanyi dengan penuh ikhlas. Orang tak faham pun boleh jadi suka.
'Semua ini kerana di sebalik penampilan yang simple, beliau ada stail tersendiri. Apabila Siti sampaikan lagu Mandarin pun, cara beliau menjiwai lagu itu betul-betul realistik. Orang yang dengar terpukau. Itulah... besar harapan saya, suatu hari nanti, Siti boleh bikin album Mandarin. Dulu memang ada rancangan tetapi masa tak mengizinkan,' ujar Encik Tan lagi.
Namun, tidakkah artis-artis lain berkecil hati dengan perhatian yang diberikan Encik Tan kepada Siti? Mungkinkah ada yang menggelarkan Siti 'anak emas' Papa Tan?
Sambil ketawa, Encik Tan menjawab:
'Saya beri layanan sama rata kepada semua artis. Biasanya, media yang pilih artis mana untuk mereka lebih ketengahkan.
'Bagi saya, kalau artis tu ada potensi seperti Siti, mereka tetap diberi peluang baik. Macam New Boyz, kita cuba pasarkan albumnya di Indonesia. Sambutan baik.
'Saya sekarang cuba-cuba dengan Sofaz. Kalau awak kata suara Sofaz bagus dan sesuai dengan pasaran Indonesia, senang hati saya.'
cyberita (Berita Harian S'pore)
10 November 2006
[ Last edited by sayang_manja at 23-11-2006 11:43 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
'BELUM NAMPAK ANAK BULAN'
Siti menemani Kat sewaktu rakaman promo Mentor.
KUALA LUMPUR: 揃elum nampak anak bulan lagi, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
Siti Nurhaliza muncul di Jalan Masjid India
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
KEMUNCULAN Siti Nurhaliza di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur Jumaat lalu mengejutkan ramai pengunjung.
BAYANGKAN kawasan membeli belah popular, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur yang sinonim dengan kesesakan dikunjungi penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.
Barangkali suasananya pasti kecoh dan mengejutkan pengunjung yang lalu lalang di situ.
Tengah hari Jumaat lalu, Siti Nurhaliza betul-betul muncul di Jalan Masjid India walaupun lewat dua jam dari waktu yang ditetapkan. Tiba dengan kereta mewah pacuan empat roda, Siti jelas tidak mempedulikan statusnya sebagai penyanyi paling popular yang sudah bergelar Datuk.
Nampak sahaja kelibat Siti, orang ramai mula berbisik sesama sendiri. Setelah pasti itu adalah penyanyi kesayangan tanah air, pengunjung mula mengerumuni Siti Nurhaliza.
Terkenal dengan sifat mesranya, Siti melayan peminatnya yang ingin bergambar kenangan dan bersalaman. Keadaan sedikit tidak terkawal apabila keadaan tolak menolak mula berlaku kerana ada yang ingin melihat penyanyi tersebut secara dekat.
Ironinya Siti membuktikan bakat nyanyian lebih dihargai oleh peminat walaupun perkahwinan gemilangnya menjadi percakapan ramai.
Malah Siti kekal dengan sifat pemalunya. Kata Siti sebelum memulakan bicara: 揟ak payahlah panggil Datuk, panggil Siti saja. Lebih mesra. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
SITI NURHALIZA TEMUI PAKAR, NAFI MENGANDUNG
Kalau betul-betul, nampaknya Siti kena buat pengumuman rasmi lagi ni... hehe..
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menafikan beliau mengandung walaupun mengaku bertemu pakar sakit puan Pusat Rawatan Subang Jaya (SJMC), Ahad lalu.
Siti berkata, kunjungannya ke pusat rawatan itu hanyalah untuk mendapatkan khidmat nasihat penjagaan kesihatan dan bukannya kerana pemeriksaan ibu mengandung seperti didakwa.
揃elum, Siti belum mengandung lagi. Siti akui ada mengunjungi pusat perubatan berkenaan. Namun bukan saja di SJMC malah Siti banyak mengunjungi pusat perubatan yang lain untuk mendapatkan khidmat nasihat kesihatan.
揑a bukanlah sesuatu yang pelik kerana bagi Siti adalah satu perkara yang normal bagi seorang wanita yang sudah berkahwin mendapatkan nasihat daripada pakar sakit puan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sayang_manja This user has been deleted
|
BUAT PERSEDIAAN BERGELAR IBU
"...jangan bimbang saya akan beritahu..."
KUALA LUMPUR: Kunjungan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) Ahad lalu untuk bertemu pakar sakit puan bagai mengiyakan desas-desus dia kini sudah berbadan dua.
Bagaimanapun, Siti yang mengesahkan kehadirannya di SMJC memberitahu, ia bukan bertujuan mendapatkan rawatan ibu mengandung sebaliknya khidmat nasihat penjagaan kesihatan.
揝aya mengaku memang ada ke sana tapi bukan untuk mendapatkan rawatan ibu mengandung sebaliknya khidmat nasihat penjagaan kesihatan. Ia sebagai satu langkah persediaan sebelum bergelar ibu.
揝aya rasa itu tidak pelik kerana sebagai wanita penjagaan kesihatan amat penting. Saya kira semua wanita sangat menitikberatkan hal itu. Banyak tempat lain juga pernah saya kunjungi sebelum ini.
揟erus terang saya katakan buat masa ini belum lagi mengandung dan sekiranya ada (hamil), jangan bimbang saya akan beritahu, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|