Taufan This user has been deleted
|
kalau korang berdua.. tidurje kat hospital lama... aku akan uruskan..
muahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Ladang teh penyeri Cameron Highlands
Ziauddin Sharuddin
PEMANDANGAN Ladang Teh Boh di Sungai Palas dengan kuaters
pekerja di kaki bukit mengasyikkan pelancong.
Ketinggian 1,524 meter dengan suhu serendah 14 Celsius menarik kunjungan pelancong setiap hari
BERKUNJUNG ke Cameron Highlands, kawasan peranginan tanah tinggi terkenal di negara ini seperti tidak tidak sah jika tidak melawat ladang teh.
Faktor muka bumi berbukit-bukau dan hawa sederhana menyebabkan Cameron Highlands dengan ketinggian 1,524 meter menjadi pilihan untuk penanaman teh. Seawal 1929 apabila teh ditanam secara komersial, tanah tinggi ini terkenal hingga hari ini sebagai pengeluar teh bermutu tinggi.
Antara ladang teh terkenal ialah milik Boh di Sungai Palas dekat Brinchang dan satu lagi di Ringlet. Satu lagi ladang teh yang tidak kurang terkenal dan dibuka kepada orang ramai ialah milik Bharat di Ringlet.
TEH sedang diproses di Ladang Boh Sungai Palas.
Berkunjung ke Cameron Highlands baru-baru ini, penulis tidak melepaskan peluang ke ladang teh Sungai Palas. Suasana persekitaran cukup segar apa lagi cuacanya tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin iaitu antara 14 hingga 23 darjah Celsius.
Untuk ke ladang ini jika dari Tanah Rata, bandar utama di Cameron Highlands, anda perlu memandu ke Brinchang, kira-kira tiga kilometer di utara. Dari Brinchang, ladang teh Sungai Palas terletak di sebelah kiri bertentangan Kea Farm.
Bagaimanapun jika tidak berhati-hati, anda akan terlepas simpang ke ladang ini yang terletak di selekoh jalan dan di kiri dan kanan jalan terdapat banyak gerai jualan.
Debaran jalan berliku
SELEPAS nampak papan tanda Boh, penulis berdebar-debar apabila melalui jalan berliku-liku yang dibina mengikut kontur bukit.
Semakin jauh, jalan semakin meninggi dan sebagai langkah keselamatan, setiap kali melalui selekoh tajam tanpa dapat melihat kenderaan dari arah depan, lebih baik hon kereta dibunyikan.
Selepas kira-kira 15 minit perjalanan, jalan semakin menurun dan kelihatan rumah pekerja, kedai runcit dan kuil, menandakan warisan sejarah bahawa pekerja dari India dan Sri Lanka dibawa ke ladang ini suatu ketika dulu.
Tumpuan penulis ialah kompleks prosesan teh yang terletak di puncak bukit. Di sini, kilang memproses teh asal masih dikekalkan, malah pengeluaran masih dijalankan yang mungkin untuk membolehkan pelancong melihat sendiri proses pengeluaran teh. Melalui penerangan pada papan kenyataan, pelancong melihat sendiri peringkat demi peringkat pemprosesan teh.
Selepas penat memandu dan keluar dari kilang prosesan teh yang bising, pelancong boleh berehat di kafetaria dan kedai teh di anjung bukit itu. Pelbagai jenis teh disediakan di situ.
Selain teh tarik yang menjadi kesukaan sebahagian besar rakyat Malaysia, teh seperti Darjeeling dan Jasmin boleh diperoleh di situ. Sungguh menarik minum teh sambil menikmati kehijauan ladang teh yang saujana mata memandang.
Sebagai ole-ole, pelancong boleh membeli pelbagai jenis teh serta produk berkaitan seperti tembikar dengan logo Boh di kedai teh yang bersambung dengan bangunan kafetaria.
Ladang teh Bharat juga tidak ketinggalan mempromosikan ladang teh kepada pelancong. Dari segi lokasi, ladang teh ini lebih mesra pelancong kerana terletak di tepi jalan antara Ringlet dan Tanah Rata.
Bagaimanapun, penulis hanya singgah di kedai teh milik Bharat yang terletak antara Sungai Palas dan Blue Valley. Kedai ini mempelbagaikan produk jualan termasuk baju dan mug.
Bagaimanapun ibu kepada ladang teh di Cameron Highlands sebenarnya terletak di Taman Teknologi Agro Mardi di Tanah Rata. Taman ini mempunyai pelbagai daya tarikan seperti ladang strawberi dan bunga-bungaan.
Di sinilah terletak pokok teh dan kilang prosesan teh pertama di Cameron Highlands. Pokok teh itu kini besar merimbun, manakala kilang itu berubah wajah menjadi Muzium Teh.
Keadaan kilang itu adalah lebih kurang sama seperti kilang ladang teh Sungai Palas, tetapi mesin hanya menjadi santapan mata. Rupa-rupanya pokok teh di situ ditanam sejak 1926, manakala di Sungai Palas sejak 1929.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersantai di Cameron Highlands Resort
Oleh Hafizah Iszahanid
SEJAK ditemui secara tidak sengaja menerusi ekspedisi pemetaan oleh William Cameron pada 1885, Cameron Highlands mendapat tempat istimewa dalam peta pelancongan negara.
LADANG teh
terbentang luas.
Reputasi Cameron Highlands sebagai lokasi pelancongan bermula sejak zaman British. Golongan elit British menjadikannya sebagai tempat untuk bersantai dan lari daripada bahan matahari.
Menyedari hakikat itu, Kumpulan YTL yang terkenal kerana memiliki pusat pelancongan mewah seperti Pangkor Laut Resort dan Tanjong Jara Resort mengorak langkah membina resort mewah di pusat peranginan tanah tinggi itu.
Syarikat itu membangunkan Cameron Highlands Resort di Tanah Rata yang juga bandar pentadbiran bagi kawasan yang juga terkenal dengan ladang teh, sayur, buah-buahan, air terjun dan hutan hijau.
Istimewanya resort ini, ia dibina dalam persekitaran hutan pergunungan dan menghadap padang golf. Seni binanya menzahirkan gaya hidup zaman kolonial sekitar 1940-an dan 1950-an. Gaya mewah klasik itu dilengkapkan lagi dengan etika perkhidmatan gaya Inggeris yang digabungkan dengan keramahan dan kesantunan Asia.
Cameron Highlands Resort, memiliki 56 bilik dan suite yang berbeza harga mengikut jenis bilik. Untuk Camerons suite dan Jim Thompson suite, setiap bilik berharga RM2,300 untuk semalam, junior suite RM955, dua bilik suite RM1,553 dan bilik deluxe RM805.
Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi The YTL Travel Centre 03-21459000 atau faks 03-21487397. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Insyallah saya akan ke CH nih next week....
ada sesapa tau tak kat mana nak makan steamboat yg best dekat CH nih ? |
|
|
|
|
|
|
|
samalah kiter owen pun akan ke CH next week |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by owencute at 5-7-2006 10:13 AM
samalah kiter owen pun akan ke CH next week
oic.. owen stay dekat mana?
saya stay dekat apartment sebab bawak whole family pi..... |
|
|
|
|
|
|
|
steamboat yg sedap pi kat strawberry park... kalau x stay sana pun bole pi mkn... rm 52net... utk 2 org... |
|
|
|
|
|
|
|
simbiosis, stay kat apartment gak sebab bawak parents..u stay kat apartment maner?
offtopic: lina, dah pegi langkawi ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by owencute at 6-7-2006 09:06 AM
simbiosis, stay kat apartment gak sebab bawak parents..u stay kat apartment maner?
offtopic: lina, dah pegi langkawi ke??
stay dekat desa anthurium... 250 per night.... you ?? |
|
|
|
|
|
|
|
stay kat arabella 220 weekday |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Dunhill. at 6-7-2006 11:16 AM
lawanya.............
hehe
jiwang ek?
:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Bukit Larut tidak dimamah usia
Oleh Shamsul Kamal Amaruddin
Banglo kolonial serta berek pekerja ladang teh yang pernah dijadikan hospital ketika Perang Dunia Kedua masih tegak berdiri walaupun sudah tidak berpenghuni
SESIAPA yang pernah jatuh cinta terhadap ketenangan Bukit Larut berdekad lalu, mungkin dapat merasakan perasaan itu masih melekat apabila mengunjunginya hari ini.
Keindahan, kedinginan dan ketenangan bukit peranginan itu nyata tidak dimamah usia biarpun ia sudah diteroka sejak lebih 100 tahun lalu.
Begitulah gambaran yang mampu diberikan terhadap Bukit Larut yang dulunya dikenali sebagai Bukit Maxwell yang terletak di Taiping, Perak.
Kunjungan pertama penulis ke situ pada 1980 masih segar dalam ingatan apabila berpeluang mengunjunginya semula, baru-baru ini.
Sebagaimana 26 tahun lalu, pengunjung ke situ masih tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri sebaliknya mesti menaiki kenderaan pacuan empat roda yang melalui satu jalan sempit yang dibina pada 1948, sekali gus memastikan ketenangannya hanya diganggu oleh bunyi `menderam' satu jenis kenderaan saja.
Banglo warisan kolonial serta satu berek rumah papan pekerja ladang teh yang pernah dijadikan hospital ketika Perang Dunia Kedua masih tegak berdiri walaupun sudah tidak berpenghuni.
Malah, kediaman Residen British pertama, JWW Birch dikenali sebagai The Cottage yang terletak di puncak Bukit Larut setinggi 1,376 meter dari aras laut, juga masih wujud.
Banglo berkenaan yang dibina pada 1884 bagaimanapun, tidak dibuka untuk kunjungan orang ramai kerana ia terletak dalam kawasan stesen pemancar telekomunikasi.
Apapun, Bukit Larut yang diteroka oleh Residen British, George Maxwell pada 1880, kekal menjadi kawasan peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia.
Kepada pengunjung, perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda sejauh 13 kilometer dan mengambil masa 30 minit melalui jalan sempit dan berliku 72 selekoh tajam mengelilingi lereng bukit, mungkin menjadi satu pengalaman menarik.
Perjalanan menaiki kenderaan itu mungkin boleh membuatkan penumpangnya berasa `pening-pening lalat' tetapi akan terubat sebaik tiba di taman bunga yang ada di atas bukit berkenaan sambil menikmati angin segar yang nyaman.
Suhu siangnya antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.
Jika cuaca tidak berkabus, keindahan bandar Taiping hingga ke kawasan pesisiran laut Kuala Sepetang termasuk kawasan Taman Tema Air Bukit Merah boleh dilihat dari atas bukit itu dengan jelas.
Lebih menarik pada waktu malam kerana limpahan lampu di seluruh Taiping serta kerlipan lampu bot nelayan di laut Selat Melaka mampu menjadi santapan jiwa sebelum melelapkan mata.
Pemandangan indah itu dapat dilihat dengan jelas dari kawasan Cendana Hut, chalet enam bilik tidur yang mula dibuka untuk orang ramai pada Ogos lalu.
Pemiliknya, Datuk Kamarulbahrain Zainuddin berkata, chalet itu diubah suai dari banglo `The Hut' yang dibina pada 1889 membabitkan kos kira-kira RM600,000.
Chalet itu menyediakan tiga bilik keluarga pada kadar RM150 sebilik semalam serta tiga bilik masing-masing menyediakan dua katil pada kadar RM80 semalam. Turut disediakan ruang riadah serta sebuah cafe, khusus untuk pengunjung berehat dalam suasana sunyi dan damai, melarikan diri daripada kesibukan dan kesesakan bandar.
Keistimewaan chalet ini ialah mempunyai tapak semaian bunga tulip, satu-satunya kawasan seumpama itu di Malaysia.
Bunga tulip mempunyai sejarah yang unik apabila ia dikatakan menjadi satu daripada petanda awal kejatuhan kerajaan Khalifah Uthmaniah di Turki dan pernah mencetuskan `Tulip Mania' di Belanda pada kurun ke-17 hingga menjadikan bunga itu barang dagangan menguntungkan.
Mengikut sejarah, ketika zaman kemerosotan Daulah Uthmaniah, bunga tulip menjadi lambang kemegahan dan amat digilai pembesar kerajaan berkenaan termasuk pemerintahnya, Sultan Ahmed III (1703-1730) yang banyak menghabiskan masanya di kebun bunga tulip daripada di meja pentadbiran.
Zaman pemerintahannya yang dikenali sebagai `Era Tulip' berakhir selepas ditumbangkan dalam satu revolusi.
Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada mereka yang mengunjungi Bukit Larut yang bersejarah terutama ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April.
Pengurus Tapak Semaian Bunga Tulip, Mohd Rafiq Mokhtar, berkata benih bunga itu yang diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang lapan darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.
Bunga tulip yang disemai di situ adalah dari jenis yang berwarna merah, merah jambu, putih serta ungu dan dijual pada harga RM5 sekuntum atau RM15 bagi satu pasu yang mengandungi tiga kuntum bunga.
"Tahun lalu, kami mengimport 40,000 benih bunga Tulip, manakala setakat awal tahun ini sebanyak 22,500 benih sudah ditempah. Penyemaian bunga Tulip di sini semata-mata kerana minat serta sebagai daya tarikan pengunjung ke Bukit Larut dan bukannya bermaksud keuntungan," katanya.
Penginapan:
Mereka yang berminat mengunjungi Bukit Larut boleh mendapatkan maklumat lanjut dan tempahan penginapan dengan menghubungi Pegawai Menjaga Taman Peranginan Bukit Larut di talian 05-8077241/243.
Bagaimana untuk ke Bukit Larut?
1. Anda perlu ke Bandar Taiping terlebih dahulu.
2. Bandar ini boleh dihubungi melalui Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Butterworth, Jalan Pantai Barat Gelang Patah, Johor-Changkat Jering, Perak, Lebuhraya Utara-Selatan melalui Plaza Tol Changkat Jering di selatan dan Plaza Tol Taiping Utara di Utara.
3. Dari Pantai Timur pula melalui Lebuhraya Timur-Barat di Kuala Kangsar dan Jalan Selama-Grik.
4. Laluan Keretapi pula melalui Jalan Kuala Lumpur-Butterworth di Stesen Keretapi Taiping.
5. Pengunjung yang ingin ke puncak bukit mesti menaiki Land Rover yang disediakan Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut di kaki bukit dengan dikenakan tambang RM4 bagi dewasa dan RM2 (kanak-kanak antara lima hingga 12 tahun) untuk perjalanan dua hala ke stesen atas bukit.
6. Tambang untuk perjalanan dua hala ke Banglo Cendana, Tempinis dan Rumah Rehat: RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak antara lima hingga 12 tahun)
7. Jadual perjalanan Land Rover: antara 8 pagi hingga 5 petang (satu perjalanan bagi setiap jam naik dan turun)
8. Kapasiti Land Rover: 8 orang dewasa
Fakta
*Bukit Larut adalah kawasan yang paling lembap di Malaysia. Hampir setiap hari waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.
*Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.
*Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga.
*Tea Garden - dibina pada 1887 dengan kos RM3,600.00 untuk kegunaan pegawai-pegawai British. Pada asalnya kawasan ini terdapat ladang teh jenis Assam, kemudian dipindahkan ke Cameron Highlands.
*Rumah Rehat Bukit Larut - terletak 1,034 meter di atas paras laut dan 10.1 kilometer dari kaki Bukit Larut dengan keluasan kawasan lebih kurang 1.2 hektar.
*Banglo Beringin - asalnya dikenali sebagai Rumah Rehat Watson. Luas kawasannya 1.2 hektar dan berada pada ketinggian 1,036 meter atas paras laut dengan jarak 10.2 kilometer dari kaki Bukti Larut.
*Banglo Angkasa - dibina pada 1906 dan dikenali sebagai 'The Federal Bungalows'. Banglo ini disewakan khas untuk VIP saja.
*Banglo Cendana - dikenali sebagai The Hut yang dibina pada 1889 dengan kos sebanyak RM2,000.00.
*Banglo Tempinis - asalnya dikenali sebagai Banglo Treacher. Sejarah pembinaan dan tujuannya tidak diketahui.
*Sri Kayangan - dikenali sebagai The Box yang juga rumah kediaman rasmi Residen Perak. Kawasan ini mempunyai ketinggian 1,242 meter dari paras laut dengan jarak 11.7 kilometer dari kaki Bukit Larut. Persekitarannya amat menarik, kerana pemandangan dari bahagian hadapannya dapat menyaksikan kebiruan Selat Melaka serta panorama Bandar Taiping.
*Rumah Rehat Gunung Hijau - asalnya dikenali sebagai The Speedy Resthouse dan terletak pada ketinggian 1,113 meter dari paras laut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by owencute at 6-7-2006 04:16 PM
stay kat arabella 220 weekday
kalau kat tmpt yg i nak pegi nih, weekday cuma 200 je.. tapi taktau la service mcm mana sebab nih kali pertama nak pi sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Owen choose arabella ni sebab dengar2 antara apt yg terbaru..sama la tak tahu service camner ..last pegi tahun 2002 tapi masa tu dok kat apt AMBank Group..takpelah nanti kiter update kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
baru jer book Equatorial Hill Resort. rate rm200 per night. to confirm booking kena bagi credit card #. tapi kalau tak cancel within 24 hours dia orang akan automatically caj kad tu. jauh ke dari EQ nak ke tanah rata, berapa minit drive? |
|
|
|
|
|
|
|
mod shahgti.. x lah jauh mana dari tanah rata... lebih kurang 10 minit...eq kat tepi jalan.. nearby pasar kat kea farm (bole jalan kaki je) berdepan ngan raju strawberry farm.. lina stay kat situ march lepas..siang panas sikit coz kawasan sekitar byk yg dah di di bogel" kan.. mlm kena la bukak tingkap baru sejuk.. tapi bergantung gak.. kalau ujan sejuk la... even brinchang pun x sejuk lagi.. lately ni.. tmpt yg masih sejuk area tanah rata n strawberry park...selamat bercuti utk mod... :-) |
|
|
|
|
|
|
|
lupa lagi satu info... kalau dari simpang pulai..jumpa eq dulu.. kalau dari tapah.. kena la lalu pekan tanah rata n pekan brinchang dulu...so far.. service kat eq ni mmg 1st class.. dulu masa lina stay.. hubby complain.. mknan masin... GM eq sendiri yg reply email we all.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lina_lim79 at 15-7-2006 08:38 PM
mod shahgti.. x lah jauh mana dari tanah rata... lebih kurang 10 minit...eq kat tepi jalan.. nearby pasar kat kea farm (bole jalan kaki je) berdepan ngan raju strawberry farm.. lina stay kat situ m ...
lina, timakasih utk info. |
|
|
|
|
|
|
|
no problem mod.. enjoy ur holiday |
|
|
|
|
|
|
| |
|