CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nasi_Lemak_Kau

[Tempatan] Kaki Pelajar Terpaksa Dipotong Selepas Cedera Disebat Oleh Pembantu Warden Denga

[Copy link]
Post time 27-4-2017 02:49 AM | Show all posts
kesiannya......


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 04:11 AM | Show all posts
PERUTUSAN TAKZIAH BUAT KELUARGA ADIK MOHAMAD THAQIF

إنا لله وإنا إليه راجعون

1. Jakim melahirkan rasa sedih dan dukacita di atas kejadian yang menimpa adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, berumur 11 tahun, penuntut di Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor.

2. Jakim juga ingin mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada keluarga arwah, semoga diberikan ketabahan hati dan kekuatan oleh Allah SWT terhadap kejadian ini.

3. Jakim juga menyeru dan menasihati mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kes ini kepada pihak yang bertanggungjawab. Semoga apa juga tindakan kita tidak menjadi fitnah dan menimbulkan tanggapan negatif terhadap agama Islam yang mulia ini.

Al-Fatihah.

Tan Sri Dato' Hj Othman bin Mustapha
Ketua Pengarah Jakim
https://www.facebook.com/TS.Othm ... IMELINE&fref=nf
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 04:15 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 27-4-2017 12:54 AM
Kalau x silap page awal2 ada ckp bebudak tu buat bising dalam surau,bile dilarang xdengar..tapi xt ...

yups- alhamdulillah in quest dah dibuat , i believe the asbab is multifactorial. asbab is actually a good word dan ...tak pelah apa apa pun dah selamat hamba Allah ni dikebumikan. budak muda you..tak ada dosa pun ditanggung so ya ...berdamailah di barzah.

cuma yes i agak curious nak apakah report dari pihak forensik pathologist  tentang asbab tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 04:24 AM | Show all posts
Alhamdulillah selesai mengimamkan solat jenazah arwah adik Mohd Thaqif Mohd Gaddafi di Hospital Sultan Ismail sekaligus menyempurnakan amanah YAB PM DS Najib Razak bagi menyampaikan ucapan takziah dan simpati kerajaan kepada keluarga Allahyarham dan membantu keluarga menguruskan segala urusan jenazah Allahyarham.

Hari ini seluruh negara berkongsi kesedihan keluarga Allahyarham atas kehilangan Adik Thaqif yang merupakan pelajar tahfiz yang baik budi pekerti dan lemah lembut perwatakannya sebagaimana yang digambarkan oleh ayahandanya Mohd Gaddafi Mat Karim kepada saya, sepanjang perbualan tatkala menemaninya sepanjang menantikan pembedahan postmortem yang dijalankan oleh Pakar Forensik selama hampir 6 jam.

YAB PM memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan siasatan dapat dijalankan dengan sempurna dan disegerakan agar sesiapa yang didapati bersalah dapat dibawa ke muka pengadilan. Kerajaan sesekali tidak akan berkompromi dengan aspek keselamatan pelajar-pelajar Tahfiz hatta di institusi swasta jika didapati wujud sebarang salah laku kelak. Peruntukan undang-undang dan polisi melibatkan keselamatan kanak-kanak yang sedia ada juga perlu dikuat-kuasakan bagi memastikan kesejahteraan kanak-kanak di negara ini terjamin.

Walaubagaimanapun sebagaimana yang turut diminta oleh bapa Allahyarham kepada saya untuk disampaikan kepada khalayak awam supaya menghentikan penularan sebarang spekulasi dan andaian sebelum penyiasatan dapat disempurnakan. Ini termasuklah tohmahan liar terhadap pusat-pusat tahfiz.

Tohmahan dan andaian hanya akan memburukkan keadaan dan meruntun perasaan keluarga Allahyarham. Janganlah kita menjadi ketua penyiasat, pendakwaraya dan hakim sekaligus lantaran hanya berpandukan maklumat di media-media sosial dan hebat menjadi wira papan kekunci.

Sama-samalah kita menantikan hasil penyiasatan dan keputusan pembedahan forensik kelak. Moga Allah merahmati roh Adik Thaqif serta memberikan ketabahan berterusan kepada keluarga Allahyarham.








https://www.facebook.com/asyraf.dusuki?hc_ref=NEWSFEED
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 27-4-2017 12:56 AM
Sis xfaham sarcasm ke?

Takkan nk  samakan hadis dgn sarcasm kot..  
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 27-4-2017 12:57 AM
Maybe utk sis,sis pndang rupa ngn harta. To me asalkn die baik n respek me,ok ler...

Kan akak cakap melayu yg begitu  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2017 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembantu warden tu bekas banduan kan?

Nampak sangat betapa lemahnya sistem pengurusan sekolah yg bukan ditadbir oleh kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak akk sekolah sains tahfiz kementerian.. dah form 3 tak pernah dgr cerita bkn2. Tpi ramai lh ustad ustazah tahfiznya.. 18 org setap batch.. bertauliah semuanya.. muda2 plk tu.. ceria je semua akk tgok.. xde pressire kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 07:39 AM | Show all posts
إنا لله وإنا إليه راجعون

Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz yg memukul tu perlu dihukum. Biar jd pengajaran untuk yg lain..

Selain tu, ibu bapa kanak2 ni perlu jujur ketika siasatan..ceritakan kronologi yg benar..

Lepas bawa balik, apa rawatan yg dibuat, ke klinik mana..lepas tu doktor kat HSI treat mcm mana..
Ini semua ilmu agar masa depan kejadian tak berulang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:10 AM | Show all posts
Nurul8001 replied at 27-4-2017 07:52 AM
Ustaz yg memukul tu perlu dihukum. Biar jd pengajaran untuk yg lain..

Selain tu, ibu bapa kanak2  ...

beto ape y sis kata tu....slma nih sy jd SR je psl kes nih,msti mak bapak arwah tau y arwah nih sakit tp xnk bgtau takut org ramai akn blame diaorg...sy kata camtu bkn nk cari salah diaorg tp mcm ade rahsia dsembunyikan...sblm nih arwah tepon nk balik dh bminggu kt asrama tp mak ngn bapak xmo g ambik...y tu sy dh rase muskil...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:16 AM | Show all posts
Semoga kebenaran akan timbul. Sekiranya terbukti kematian Thaqif bukan dari warden  , ramailah manusia yang dapat dosa menfitnah free.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:20 AM | Show all posts
susukambingbest replied at 26-4-2017 08:02 PM
Yupp, sy adik-bradik smua asrama dr form 1 smpai uni. Trus trang sy katakn, sy ok je dduk asrama,  ...

tak jugak. mcm aku tak penah sekolah asrama walaupun penah dpt offer. aku tolak. part ni mmg aku berterima kasih pd parents aku sebab kasi aku choice, walaupun sblm tu aku gatal2 tangan apply sbp mrsm teknik suma tu bile ko duduk rumah automatikla ko pun akan dikerah utk buat keje rumah, masak nasi cuci baju kemas rumah ape suma tu. tp bergantung jugak pd makbapak  yg mcm mana. kalau dasar makbapak tak pedulik anak mmg ke laut la anaknye. tp aku ada sorg kazen, mmg parents dia paksa masuk asrama, dan aku rasa dia mcm berjauh hati ngan parents die kot. kt asrama pun aku rasa die mcm kene buli sbb balik rumah je barang asyik la hilang. sampai skrang dah habis study tgh tunggu offer keje pun dia mcm tak rapat ngan parents. study pun xpenah mintak2 duit, tau2 je bawak balik motor sebijik, dah pegi melancong sana sini tanpa pengetahuan parents dia. buat ape pun tak beritau parents. tp ngan kitorg kazen2 dia ok plak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:22 AM | Show all posts
kalwawi65 replied at 27-4-2017 08:16 AM
Semoga kebenaran akan timbul. Sekiranya terbukti kematian Thaqif bukan dari warden  , ramailah manus ...

ntahla bro bila aku baca diari arwah adik thaqif ni mcm something wrong dgn sekolah tu. mcm penderaan tu dah benda biasa kt sekolah. basuh pinggan pun kene belasah. tu baru sehelai tu. adik thaqif bukannye budak jahat yg makbapak masukkan sekolah agama sbb tak larat nk jaga, arwah mmg ada cita2 nk jadi huffaz kot. apa motif dia kene belasah mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayangilah  anak anda....amanah dr Allah....
Sntiasa mndengar luahan hati anak, sedih bc surat thaqif..
Thaqif sayang...bahagialah engkau di sana...syurga buatmu...

Klau stress n marah....jgn pukui ank/ budak mc org hilang akal
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah knp aku sedeh gile masuk thread ni. Mmg siyal mak bape dan warden . Mmg siyalll:. Kalau anak aku sakit sikit selsema sikit pun aku dah risau walau umur mrk dah belasan tahun.  X henti aku menangis bace kisah adik ni. :::
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 27-4-2017 06:52 AM
Pembantu warden tu bekas banduan kan?

Nampak sangat betapa lemahnya sistem pengurusan sekolah yg  ...

Kalau tak bagi peluang dekat bekas banduan macam mana dieorg nak sara hidup sendiri dan keluarga ... dieorang akan kembali buat benda benda yang jahat untuk survive..

Pihak pengurusan perlu mengetahui latar belakang staff dan pekerja dan monitor  mereka ...just my 2 cent opunion..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:43 AM | Show all posts
ramainya bangsat dlm ni
xtahu la islam atau tak
org hantar anak ke tahfiz ko fitnah sebab nak lepas tanggungjwab
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by white_musk at 27-4-2017 10:19 AM
NazRysha replied at 27-4-2017 08:43 AM
ramainya bangsat dlm ni
xtahu la islam atau tak
org hantar anak ke tahfiz ko fitnah sebab nak lepa ...


Kan.. Sepatutnya kita berasa kagum jika ada Mak bapak hantar terus anak ke asrama tahfiz  seawal hari kelahiran. Sepatutnya dipuji dipuja kerana mereka confirm masuk sorga.

Melentur buluh biar Dari sedutan nafas pertama gittew...




Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnyaa Ada anak2 yg betul2 minat nk menghafaz tpi berada ditempat yang memudaratkan dia..
Peringatan kepada parents
Cekgu dh tgk byk kes yg dimana budak2 umo 10 /11 thun yg berenti sekolah nk masuk tahfiz
Padahal dia bukan pelajar cemelang pun kt skola bca quran pon tak tau belajar di kelas belakang..hantar jauh pulak tu dri rumah..
Ada jugak budak yg pndai di sekolah  masa cuti penggal mak ayah dia hantar kem tahfiz..boleh lawat hari2.. jdi anak dia dua2 dpt smpai form 5 tiap2 kali cuti sem 4 kali setahun dia hantar kem tahfiz..Jadi kita sebagai ibubapa fikir la nk jadi yg jenis mcm mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.173945 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list