CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] 3 Emas di Sukan Paralimpik, Rio 2016, #261 Skim insentif tertinggi di dunia

[Copy link]
Post time 15-9-2016 01:21 PM | Show all posts
Latif ubah nasib keluarga
Hanya mampu tidur di tilam 
kecil, di rumah sempit
SHOLINA OSMAN  |  15 September 2016 12:56 AM
Utusan

PADANG BESAR 14 Sept. - Kesusahan hidup yang dialami Abdul Latif Romly apabila hanya mampu tidur di atas sebuah tilam kecil di dalam rumah sempit tidak pernah melunturkan semangatnya untuk bergelar jaguh dunia.

Walaupun membesar dalam serba kesusahan, selain mempunyai masalah pembelajaran, se­mangat pemuda tinggi lampai berusia 19 tahun itu akhir­nya membawa dia muncul pe­menang pingat emas Sukan Pa­ralimpik dalam lompat jauh T20 di Rio, minggu lalu.

Kata Salmah Yatim, 59 dan Romly Mat, 65 dari Kampung Paya Kelubi, dekat sini anaknya yang pendiam dan pemalu ini tidak kisah merebahkan badan di mana-mana tempat dalam ruang rumah mereka itu asalkan bersama tilam kecilnya sehingga sekarang.

Salmah berkata, Abdul Latif tidak kisah kerana hanya tilam kecil itu sahaja yang sesuai untuk dibentang dalam ruang rumah yang terhad dan tidak pernah merungut di atas kesu­su­hannya itu.

Beliau memberitahu, rumah tanpa bilik yang dibina dengan bantuan kerajaan itu telah dibina sejak Abdul Latif dilahirkan dan dibesarkan, di samping enam adik beradik yang lain.

Beliau berkata, suaminya Rom­ly yang menjadi pemandu lori kilang beras pada ketika itu memang tidak mampu untuk membina tambahan rumah sehingga menyebabkan masing-masing terpaksa tidur dalam keadaan berhimpit-himpit.

“Saya dan suami memang ada beberapa kali cuba memohon bantuan supaya dapat dibina ruang tambahan tetapi gagal,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Paya Kelubi, Bukit Keteri dekat sini hari ini.

Bagaimanpun dia bersyukur kerana Abdul Latif yang mencipta kemenangan pertama da­lam Sukan Para ASEAN di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 2014 te­lah menghadiahkan wang ke­menangannya untuk dibuat se­dikit tambahan rumah dan ruang ­ dapur.

Salmah memberitahu, se­per­kara yang menggembirakan hatinya Abdul Latiff tidak pernah lupa jasa kedua mereka.

“Kita tak mampu memberikan Abdul Latif kebendaan te­tapi cukuplah dengan kasih sa­yang dan memberi dia semangat dalam bidang diceburi,” katanya.

Beliau berkata, dia tidak kisah membawa Abdul Latif yang masih kecil semasa berkerja membalut buah mempelam di ladang atau berjaja rebung dan kerepek.

“Abdul Latif juga sanggup tidak pergi ke sekolah hanya ke­rana menggunakan peluang untuk mencari ikan ketika musim orang membajak sawah bagi mendapatkan pendapatan tambahan keluarga,” katanya.

Bagi Romly pula, walau anak bongsunya tergolong dalam orang kurang upaya (OKU) te­tapi dia juga seperti orang lain yang tidak pernah menjadikan kekurangan diri itu sebagai penghalang kepada kejayaan.

Pada Ahad lalu, Abdul Latif menggegarkan sukan tanah air apabila memecah tiga rekod dunia dalam laluan memenangi pingat emas.

Lompatan terbaiknya adalah 7.60 meter. Terdahulu dia memperbaiki rekod dengan catatan 7.54m dan 7.47m.



.................Kisah atlet paralimpik membuka mata kita untuk berfikir bahawa terdapat golongan yang sangat terhimpit hidupnya, punya anak kurang upaya dsbgnya tetapi punya semangat tinggi untuk berjuang dan teruskan hidup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2016 01:25 PM | Show all posts
washere2 replied at 15-9-2016 01:21 PM
Latif ubah nasib keluarga
Hanya mampu tidur di tilam 
kecil, di rumah sempit
SHOLINA OSMAN   ...

kekdahnya,
mmg gitu laa dulu kerajaan bantu.

dibagi umah 4 segi tepat tu.
takde bilik bagai.



Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna duit sejuta tu boleh bina rumah banglo latifkat kat padang besar.. Beli tanah dan bina rumah.. Since, nilai hartanah sana tidak la tinggi mana. Asalkan jangan kena tipu sudah la
Ada lebih lagi boleh bawa parent pergi haji..hopefully, macam kaka oren kata..jangan ada orang pergunakan dia dah la.. Ramai sedara mara rambang mata.. Masa org tu susah jengah pun susah, bila duit ada sikit.. Mula la menghimpit
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
wana89 replied at 15-9-2016 01:33 PM
Guna duit sejuta tu boleh bina rumah banglo latifkat kat padang besar.. Beli tanah dan bina rumah..  ...

Latip ada perbesar dah skit umah parentnya hasil kemenangan terdahulu...anak2 yg baik they all seme ni khen..rasa nak ngalir air mata....iyer la kan slalu dgr kan ada anak pandai berjaya tp lom tentu dah besar dpt tolong mak pak..ada yg kekurangan tp dia tak lupa kat mak pak..

Siti iasah pelari 400m tu pun dramatik jg acaranya through dpt tmpt ke 4
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 01:45 PM | Show all posts
mamat yg tinggi yg menang tompat jauh tu disable apa ekk? nampak normal je...apapun,tahniah menang emas
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 02:35 PM | Show all posts
MH3703 replied at 15-9-2016 01:45 PM
mamat yg tinggi yg menang tompat jauh tu disable apa ekk? nampak normal je...apapun,tahniah menang e ...

masalah pembelajaran (intelectual disability)

Latif setanding atlet normalOleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
KosmoCATATAN 7.60 meter (m) yang dilakukan jaguh lompat jauh paralimpik negara, Abdul Latif Romly pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin sebenarnya sudah mampu untuk menewaskan atlet-atlet normal kebangsaan dalam acara tersebut.Bukan sahaja catatan itu membolehkan dia memenangi pingat emas, malah atlet kelahiran Arau, Perlis itu turut memecahkan rekod dunia, 7.35m milik atlet Sepanyol, Jose Expositio yang dilakukan pada 2003 lalu.Berdasarkan statistik daripada Adrian Sprints, jarak tersebut membuktikan Latif, 19, la­yak menghuni ranking pertama Malaysia dalam acara lompat jauh untuk tahun ini.Atlet lompat jauh kebangsaan, Luqman Hakim Ramlan, 21, yang memiliki catatan peri­badi terbaik 7.58m, mengakui kehebatan Latif yang menghadapi masalah kurang upaya daripada aspek masalah pem­belajaran itu.“Memang satu perasaan yang amat mengagumkan apabila melihat pencapaian Latif. Walaupun dia atlet paralimpik tetapi mampu melakukan sesuatu yang sungguh luar biasa. “Saya tak jangka apabila mengetahui dia berjaya me­lakukan lompatan sejauh 7.60m dan saya lagi tercabar kerana ia secara tak langsung telah memotong catatan peribadi saya (7.58m),” kata Luqman kepada Kosmo! semalam.Sebagai rekod, Luqman yang pernah beraksi pada Sukan Asia Incheon 2014, tewas kepada Latif sewaktu Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.Dalam masa sama, bekas olahragawan Sukan Institut Pendidikan Tinggi 2014 itu bertekad untuk melepasi catatan 7.60m milik Latif pada kejohanan disertainya selepas ini.Sementara itu, pemegang rekod lompat jauh wanita kebangsaan, Noor Amira Moha­med Nafiah mendedahkan Latif mempunyai semangat tidak mudah menyerah kalah dan kekuatan mental yang kuat.“Walaupun dia seorang yang pemalu dan murah dengan senyuman tetapi dia ada kesungguhan dan kelebihan sendiri. Dia tiada rasa takut untuk me­lakukan sesuatu biarpun ia sukar.“Kami (atlet-atlet lompat jauh kebangsaan) sudah boleh nampak kebolehan yang dia ada untuk pergi jauh sejak awal dia berlatih di MSN (Majlis Sukan Negara) lagi.“Dari kecil lagi dia sudah biasa berlawan dengan atlet biasa dan selalunya kehadiran dia dalam mana-mana kejohanan tempatan memang akan memberikan saingan sengit,” jelasnya



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-9-2016 05:59 PM | Show all posts
Inspirasi

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah to all malaysian Paralympic athelets..you made us proud
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2016 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah sebaknya..

Walau xde anak oku..tpi melihatkn layanan segelintir masyarakat terhadap budak oku ni  buatkn me faham camner rasa mak bapaknya bila anak2 ni dpt harumkan nama negara.... dugaan besar utk ibu bapa yg ada anak oku ni... mmg segelintir org akn hina2... Besarnya ganjaran pahala yg Allah akn bgbinsyaallah.. kt dunia pon Allah dah tunjuk..

Tahniah pd semua ibu bapa yg sabar n tabah ada anak oku..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdullillah..moga duit tu beri manfaat utk kehidupan mereka nnti...tahniah.bangga ibu bapa ada anak yg brbakti..xlupa pd mereka
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 15-9-2016 08:23 PM

haruslah insentif plg mahal..msia blum penah menang gold kan kemaruk pingat mas..negara mcm indon,thailand yg dah menang bnyak kali gold olimpik tak hadap pn gold PARAlimpik nih smpai nk bg juta2...msia jah yg tehegeh2 harumkan nama negara bagai pdahal 99% umat dunia x amik peduli pn psal PARAlimpik ..xde siaran live,msuk berita kt tv aritu pn video pkai henpon..tgk stadium kosong jah xde penonton
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 14-9-2016 06:54 AM
minit 0.37

Iols sedih, pada masa yg sama rasa kagum sesangat....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:53 PM | Show all posts
Paralimpik : Siti Noor Radiah Ismail Raih Gangsa, Kibar Jalur Gemilang di Rio



Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
aku nangis tiap2 kali baca berita or tgk video pasal pemenang para ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 12:02 AM | Show all posts
Rio, 15 Se - Atlet para negara, Siti Noor Radiah, berjaya meraih pingat gangsa bagi acara Lompat Jauh T20 Wanita berjaya meraih gangsa dalam acara yang berlangsung sebentar tadi.

Atlet berusia 23 tahun dari Johor itu melakukan lompatan sejauh 5.20 meter (m) sekali gus memecahkan rekod Asia 5.10m yang dilakukannya ketika memenangi emas di Sukan Para Asia di Incheon 2014.

Pingat emas acara itu dimenangi oleh atlet dari Croatia dengan lompatan sejauh 5.67m manakala pingat perak pula diraih oleh peserta dari Poland dengan lompatan sejauh 5.55m.

Sumbangan pingat gangsa oleh Radiah itu menjadikan jumlah pingat bagi Paralimpik Rio 2016 sebanyak empat setakat ini.

Satu video yang merakamkan aksi Radiah mengibarkan jalur gemilang di Rio dimuat naik di laman Twitter.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
latif dah ada awek. cikgu tgh belajar kat ipg kb
mek kecewa little bit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2016 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalah pembelajaran pun ada acara dalam paralimpik?fizikal mereka normal sepatutnya bersaing dengan atlet biasa.lompat jauh,lontar peluru bukannya sukan yang ada taktikal yang susah nak faham.aku cuma bangga dan kagum dengan pemenang emas 100m tu je.dia memang layak diangkat sebagai wira negara
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 lak rasa terharu..hii..tahniaj
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 08:01 PM | Show all posts
Hebat-hebat atlet paralimpik Malaysia. Semoga murah rezeki sentiasa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2016 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
OrenTheReturn replied at 14-9-2016 04:51 AM
Tahniah kpd semua athletes yg menang emas dan juga yg bertanding di Paralympics. Sukor dorg dpt imbu ...

Thanks @spiderman80
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.191756 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list