CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

  [Copy link]
Post time 26-11-2016 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Jajabeans at 26-11-2016 04:13 PM
Ipo replied at 26-11-2016 03:47 PM
15 years jailed. Minali dah macam kambing hitam. Watanabe ni like pelacur murahan. Not worth it ka ...


Byk lagi hasil penyiasatan tp i xtulis habis sb nak fokus pd citer minali tu je..

Sebenarnya dkt mayat mangsa tu terdapat kesan saliva pd tetek.. tpi dia xcite psl DNA saliva tu milik siapa.. then ada jugak kesan air mani pada bdn watanabe ni.. bila cek mmg bukan semen minali.. yg dekat toilet bowl tu je memang sah dna minali. Dna semen dkt bdn tu pun dia xbgtau siapa punya entahlah.. pelik juga kes ni.. mungkin ada la dia cite. pembacaan i pun xmenyeluruh.

Cite minali ni juga terpapar dalam akhbar Nepal Times.. kat ctu lagi sedih baca luahan hati mak dia, adik beradik dia bertahun2 meratap kebebasan minali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2016 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jajabeans replied at 26-11-2016 03:04 PM
Byk lagi hasil penyiasatan tp i xtulis habis sb nak fokus pd citer minali tu je..

Sebenarnya ...

Oh i see...then betullah, penyiasatan tak seimbang. Suspek lain ( pelanggan) Watanabe tu patut disiasat sebagaimana polis siasat Minali.

Anyway, kalau ada lagi kes , sila tepek ya
Thanks to dani jugak. Good job!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2016 01:02 PM | Show all posts
fairy_fairy replied at 24-11-2016 06:04 PM
TT, pernah dengar pasal the little red girl Taiwan? Pasal one group of hikers yang mengambil gambar  ...

Kisah tu berkenaan dengan hantu "Mosien" / "Mo-xin" / "Mo-xin-a". Sebab ada filem pasal hantu ni - The Tag Along.
Filem ni berdasarkan urban legend Taiwan pada tahun 1998, bila tersebarnya satu video amateur yang menunjukkan sekumpulan pendaki yang menaiki laluan denai sebuah gunung di Taichung, Tawan yang diekori oleh seorang budak perempuan berbaju merah.  

Hantu Mosien ni kalau ikut kepercayaan Cina Taiwan, tinggal di dalam hutan dan akan menyamar sebagai kanak-kanak ataupun monyet. Hantu ni akan menyebabkan seseorang yang masuk ke hutan sesat / keliru sehingga tidak dapat keluar lagi dan akhirnya mati kelaparan. Mosien akan memanggil nama penuh mangsanya dan jika mangsa menoleh, maka Mosien akan 'menguasai' diri mangsa dan menyebabkannya sesat dalam hutan. Untuk menghalau gangguan Mosien, satu upacara bakar mercun perlu diadakan di depan altar / gambar mangsa.

Dalam filem tu, Mosien ni macam makhluk yang tersesat masuk ke kawasan perumahan hero (akibat pembalakan / penerokaan hutan) dan mula mengganas dengan menculik warga-warga emas (termasuk nenek hero). Tapi filem ni macam berubah di tengah jalan cerita bila Mosien ni di'olah' pula sebagai 'gangguan' akibat rasa bersalah heroin yang pernah menggugurkan anak. Atau maybe 'mereka' bergabung kot?



Apapun, jalan cerita filem ni macam kita dengar dalam cerita orang2 kena culik dengan makhluk halus a.k.a dengar orang panggil nama dan bila menoleh ada di tempat lain, diberi makanan yang sebenarnya benda kotor, dan orang tak nampak sedangkan kita ada dekat dengan orang tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 12:31 AM | Show all posts
Belligerent replied at 27-11-2016 01:02 PM
Kisah tu berkenaan dengan hantu "Mosien" / "Mo-xin" / "Mo-xin-a". Sebab ada filem pasal hantu ni - ...

Cool. Thank you Belligerent.

ai jumpa bideo nih, tak tahulah kalo ia makhluk yg sama.


https://www.youtube.com/watch?v=71xXpZPBri8


cc @fairy_fairy
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 27-11-2016 11:31 PM
Cool. Thank you Belligerent.

ai jumpa bideo nih, tak tahulah kalo ia makhluk yg sama.
...

Budak pakai baju merah tu tiba2 muncul belakang van...creepy
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 28-11-2016 01:03 PM
Budak pakai baju merah tu tiba2 muncul belakang van...creepy

Creepy weh. Ada tak org debunk or ckp vid ni hoax je?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2016 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Keledek.kepam replied at 28-11-2016 12:42 PM
Creepy weh. Ada tak org debunk or ckp vid ni hoax je?

Not sure..kalau tengok pada reaksi lelaki bertopi tu, dia macam rasa ada sesuatu memerhati menyebabkan dia seperti menoleh ke kiri dua kali.
Mungkin ia hanya satu babak utk filem or mungkin juga ia betul2 dari footage cctv..
Tapi nampak real

@dani-rox
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 10:29 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-11-2016 02:12 PM
Not sure..kalau tengok pada reaksi lelaki bertopi tu, dia macam rasa ada sesuatu memerhati menyeba ...

ada jah komen2 kat YT cakap bideo tu hoax tp tak pulak bg explanation.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2016 09:09 AM | Show all posts
Congrats TT sbb bkk trid ni.. mmg aku suke sgt baca cite2 camgini... x sabar nak baca cite lain.. pat2 update ye TT.. TQVM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2016 01:00 AM | Show all posts
PEMBUNUHAN BERKEMBAR 157 TAHUN

Tyburn House, Erdington

Erdington adalah sebuah bandar kecil di pinggiran Birmingham, England yg mula dibuka pada abad ke-9. Komuniti Inggeris lama di situ sudah pasti telah melalui pelbagai peristiwa bersejarah bermula dari kawasan perkampungan terpencil hingga menjadi tempat laluan popular di antara Chester dan London pd abad ke-18 dan ke-19. Namun ada sekelumit peristiwa hitam dlm sejarah Erdington yg berterusan menghantui penduduknya sehingga kini – pembunuhan dua org wanita muda dgn persamaan dr segi fakta dan butiran, serta tarikh kematian mereka sekali.

Bahagian yg menggerunkan? Kedua2 insiden ini berlaku dlm jarak 157 tahun.



Pada pkl 6.30 pagi, 27 Mei 1817, seorg pekerja buruh George Jackson menemui gumpalan pakaian, topi dan kasut berdekatan dgn lubang yg dipenuhi dgn air. Dia terus memanggil org2 kpg dan mereka menarik mayat Mary Ashford keluar dari lubang itu. Terdapat kesan lebam pd kedua2 lengan wanita tersebut, dan dia juga didapati telah diperkosa sebelum kematiannya. Pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan menamakan Abraham Thornton sbg suspek utama.


Lubang air tempat mayat Mary ditemui

Mangsa merupakan seorg gadis cantik berusia 20thn, dan mempunyai ramai peminat. Pada pagi Isnin perayaan Whit 26 Mei, dia berjalan kaki dari Langley Heath ke tempat kerjanya di Birmingham, dan sempat singgah di rumah Pn. Butler yg juga tempat kawannya Hannah Cox tinggal. Di situ, Mary meninggalkan sebungkus pakaian utk dipakainya semasa majlis tari menari petang nanti.

Pada pkl 6 petang, Mary kembali ke bilik Hannah dan menukar pakaian. Kedua2 gadis itu terus menuju ke sebuah majlis di Tyburn House. Mereka menikmati malam itu dgn gembiranya dan menghabiskan masa di situ dgn menari bersama Benjamin Carter dan Abraham Thornton.


Mary Ashford; Abraham Thornton.

Keempat2 mereka meninggalkan majlis tarian pd tengah malam dgn berjalan kaki melalui jalan utama Chester Road. Hannah Cox pulang ke rumah Pn Butler berseorangan, Benjamin Carter pula bertukar fikiran dan berpatah balik kembali ke majlis tersebut, manakala Mary dan Abraham meneruskan perjalanan menuju ke rumah datuk Mary. Pada pkl 4 pagi, Mary muncul di rumah Hannah utk menyalin pakaian kerjanya. Hannah pun bertanyakan jika ada perkara istimewa telah berlaku di antara Mary dan teman lelaki barunya itu. Mary yg kelihatan tenang dan dlm mood ceria; memberitahu kawannya itu yg dia sempat menghabiskan berdua2an dgn Thornton sebelum lelaki itu pulang. Menurut beberapa org saksi, mereka telah melihat Mary berjalan kaki berseorangan dlm pkl 4 pagi.


Rumah cottage Mary Ashford pd thn 1892


Beberapa jam kemudian, Mary ditemui mati. Pada pkl 8 pagi berikutnya, Abraham Thornton yg dlm keadaan keliru ditangkap atas pembunuhan gadis itu. Berdasarkan peryataan yg diberikan oleh Thornton kpd polis; “Saya tidak percaya yg dia telah dibunuh; sedangkan saya telah bersamanya hingga pkl 4 pagi ini.” Semasa disoal siasat, Abraham memberitahu detektif yg dia dan Mary telah mengadakan hubungan seks pd mlm itu di sebuah padang. Kemudian mereka berbual dan merenung ke langit hingga pkl 3 pagi, sebelum Abraham bersetuju utk menemaninya balik ke rumah Hannah. Dia menunggu Mary di luar, namun memutuskan utk pulang saja apabila gadis itu mengambil masa terlalu lama di rumah tersebut.

Itulah kali terakhir Abraham melihat Mary.

Perbicaraan Abraham Thornton bermula pd 8 Ogos. Org awam yakin yg lelaki itu bersalah. Walau bagaimanapun, 3 org saksi telah menyokong alibi Abraham. Dengan pernyataan ketiga2nya serta kekurangan bukti kukuh, pihak juri pun memberikan keputusan ‘tidak bersalah’.

Abang Mary, William Ashford enggan menerima keputusan juri itu, lantas mengemukakan rayuan bg perbicaraan kedua. Apa yg berlaku seterusnya sgt aneh bg zaman moden, tetapi perkara biasa dlm cara perundangan UK lama – Lord Ellenborough yg menghakimi kes tersebut membenarkan Abraham mempertahankan keputusan tidak bersalahnya melalui ‘Trial by Battel’, yakni pertarungan fizikal yg berakhir apabila salah seorg kehilangan nyawa.
.
Abraham yg bersetuju dgn cadangan itu, melemparkan sarung tangan kulitnya sbg tanda yg dia bersedia utk bertarung. Namun, abang Mary tidak membalas provokasi itu. Akhirnya kes itu ditutup, dan Abraham dibebaskan. Orang awam tetap percaya yg Abraham adalah pembunuh walaupun bertahun selepas perbicaraan itu berlangsung. Lelaki tersebut yg tertekan dgn pertuduhan dan pandangan masyarakat, melarikan diri ke Amerika Syarikat dan tinggal di situ hingga ke akhir hayatnya.


Kubur Mary

Pembunuhan Mary Ashford yg tidak dpt diselesaikan meninggalkan luka yg mendalam bg komuniti Erdington. Tepat 157 thn kemudian, luka itu berdarah semula apabila satu lg kes yg sama berlaku.




Polis menyiasat tempat mayat Barbara dijumpai

Pada 27 Mei 1974, seorg lg gadis 20thn telah dibunuh dan ditinggalkan di dlm sebuah parit berdekatan Chester Road di Erdington. Mayatnya – yg menunjukkan tanda2 dirogol dan dicekik — ditemui beberapa hari selepas kematiannya. Gadis itu dikenali sbg Barbara Forrest, bekerja sbg jururawat di Pype Hayes Children’s Home. Dia juga hilang pd Isnin perayaan Whit. Laporan polis mengatakan pd petang kematiannya, Barbara telah dilihat bersama teman lelaki Simon Belcher, menari di beberapa buah bar. Belcher memberitahu yg dia menemani gadis itu ke perhentian bas pd pkl 1 pagi dan itulah kali terakhir dia melihat Barbara.

Pihak berkuasa mengadakan siasatan secara besar2an dgn melibatkan lebih drpd 100 org detektif. Dan sekali lg, polis mengesyaki seorg lelaki bernama Thornton.


Detektif melekatkan poster berkaitan dgn pembunuhan Barbara


Barbara Forrest; Michael Thornton

Michael Ian Thornton tinggal di Chester Road dan merupakan rakan sekerja Barbara Forrest. Apabila pihak berkuasa menemui kesan darah pd seluar Thornton dan mendapati ibunya memberikan alibi palsu, mereka menahan lelaki itu dan mendakwanya atas pembunuhan Barbara.

Si suspek dihadapkan ke mahkamah. Dan sama spt perbicaraan Thornton dlm kes Mary Ashford 157thn sebelumnya, Thornton yg ini juga dibebaskan kerana kekurangan bukti kukuh. Satu lg persamaan adalah kakak Barbara, Erika tidak dpt menerima keputusan juri itu. Pd thn 2012, dia meminta agar kes pembunuhan adiknya dibuka semula dan bukti DNA dikaji semula.

Selain itu, apa yg pelik juga adalah kedua2 gadis itu sama2 mempunyai perasaan tidak sedap hati beberapa hari sebelum kematian mereka. Mary Ashford dikatakan memberitahu ibu Hannah Cox yg “dia merasakan sesuatu buruk bakal berlaku dlm masa seminggu.” Barbara Forrest pula berkongsi firasat dgn rakan sekerjanya 10 hari sebelum dia dibunuh; “Bulan ini akan jd bulan paling malang buat diriku. Aku dpt rasakannya. Jgn tanya aku kenapa.”

Kedua2 pembunuhan kekal misteri sehinggalah ke hari ini. Ada yg melihat kes2 ini sbg kebetulan, tidak kurang juga yg berpendapat ia adalah perbuatan sesuatu yg paranormal dan tidak dpt dijelaskan. Apa yg pasti, penduduk Erdington masih meneruskan pencarian jawapan atas kedua2 kes berkembar ini.



Sumber 1/2/3

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2016 01:08 AM | Show all posts
RinIna replied at 29-11-2016 09:09 AM
Congrats TT sbb bkk trid ni.. mmg aku suke sgt baca cite2 camgini... x sabar nak baca cite lain.. pa ...

Thanks dear. Terima kasih jugak sbb sudi layan thread nih
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 09:12 AM | Show all posts
best lah TT!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 09:51 AM | Show all posts
dani-rox replied at 30-11-2016 01:08 AM
Thanks dear. Terima kasih jugak sbb sudi layan thread nih

Ofkoz...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:23 AM | Show all posts
dani-rox replied at 29-11-2016 05:00 PM
PEMBUNUHAN BERKEMBAR 157 TAHUN

Tyburn House, Erdington

suratan atau kebetulan hmmm

anyway tq tt for update new story..keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:25 AM | Show all posts
dani-rox replied at 30-11-2016 01:00 AM
PEMBUNUHAN BERKEMBAR 157 TAHUN

Tyburn House, Erdington

Pernah baca pasal ni. Mary dgn Barbara ni ade family r/ship ke? Kesian dorang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:28 AM | Show all posts
dani-rox replied at 30-11-2016 01:00 AM
PEMBUNUHAN BERKEMBAR 157 TAHUN

Tyburn House, Erdington

uitt seram pulak kes ni...

tp menarik.... adakah tahun 2131 akan ada kes yg sama???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2016 10:33 AM | Show all posts
Aku rasa, masa zaman Mary dibunuh, pembunuh tu still ada kat  Edington tu
dan ia berulang pada Barbara, pembunuh baru tu cuba adapt daripada apa yang pembunuh di zaman Mary tu buat.

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 12:18 PM | Show all posts
Best TT, Keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 30-11-2016 10:33 AM
Aku rasa, masa zaman Mary dibunuh, pembunuh tu still ada kat  Edington tu
dan ia berulang pada Barb ...

Yeah, i pun fikir mcm u. Mgkin yg recent case tu try nak tiru style pembunuhan old case.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 11:28 AM | Show all posts
i think the latest case pnya murderer ni byk membaca.
dia xnak ada unique MO; so dia tiru kes lama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.505661 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list