CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kEk_KeL@d|

SEPET dari Yasmin Ahmad

[Copy link]
Post time 14-3-2005 09:26 AM | Show all posts

:: SEPET ::

:: SEPET ::

Semalam aku tgk citer SEPET....aku terus jatuh cinta dgn. citer ni.....BEST...10 markah aku kasi....suke tgk lakonan lelaki tu...selamber..walaupun ni 1st time dia berlakon....and Sh. Amani...realy like dia punyer style...baju kurung and sneakers....Tahniah to Yasmin and team...keep it up...:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2005 09:29 AM | Show all posts
aku dah tgk dah sepet yg tak potong (yg kena potong pun aku dah tgk).. sumer skali lapan scene kan yg potong utk tayangan wayang. aku jumpa tujuh jer la.... ni aku list. tapi tak ikut order, aku taip aper yang aku ingat dulu..

1. harith iskandar lari pakai spender kat ruang tamu rumah dia (lepas menari ngan ida nerina)
2. gambar yang orked ngan jason ambik kat kedai gambar. ader beberapa cara diorang posing dipotong. posing yg kena potong tu, posing mcm naik motor. orked selak kain sampai lutut.
3. si orked kata "all malay are lazy". ni lepas keong kata "not every chinese mana are cheat, not every malay are lazy".
4. si jason kata kat leong, "just buy the ****** mosquito repellant". something like that lah.. ****** tu kena potong..
5. pastu masa kat hospital, masa si keong kata, "hang tuah, hang jebat, hang "ci*bai""... ci*bai tu kena potong..
6. pastu masa si jason kat kelab malam.. kan ader gro cina nak duduk atas pangku dia kan... masa pompuan tu marah sbb jason tak nak kat dia, dia tunjuk finger kat jason. tp bukan middle fingerla.. dia tunjuk jari kelingking. aku rasa dia referring kat anu jason yg kecik kot.
7. masa kat atas katil, scene mak ngan ayah orked... lepas mak dia kata, "they nak kahwin next week, kita sambung main esok la sayang.. (aku lupa dialog".. pastu bapak orked geletek mak dia. mcm nak start romen la... (aku rasa adengan ni patut dipotong. rasa mcm tak patut plak org islam berlakon cam tuh. pas tu adengan tu takderla mencacatkan filem.)

tu jer la yg aku jumpa. sesaper jumpa, btahulah aku.. nanti aku tgk vcd sepet second round. kesimpulannya aku rasa, takderla bnyk sgt dan yg kena potong tu tak penting. infact yg kena potong tu aku rasa mmg patut kena potong dan unnecessary scene. maksudnya in the first place tak buat pun takper...

oklah.. adios..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by MAF14 at 14-3-2005 09:26 AM:
:: SEPET ::

Semalam aku tgk citer SEPET....aku terus jatuh cinta dgn. citer ni.....BEST...10 markah aku kasi....suke tgk lakonan lelaki tu...selamber..walaupun ni 1st time dia berlakon....and Sh ...



dua2 hero dan heroin tu very the cute person.... sapa lagi dah tnegok citer tu? :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by MAF14 at 14-3-2005 09:26:
:: SEPET ::

Semalam aku tgk citer SEPET....aku terus jatuh cinta dgn. citer ni.....BEST...10 markah aku kasi....suke tgk lakonan lelaki tu...selamber..walaupun ni 1st time dia berlakon....and Sh ...


citer ni mmg best.....
tawa terbahak2...... hilang aku nak maintain diri.. hahahahaa

yes...... lakonan watak orkid tu pun selamba..
tapi tak leh angkat lakonan mak & pak & makcik si orkid tu..
adehhhhh... best best
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 09:47 AM | Show all posts
haku nk tgk citer nih tp malas nyer nk turun midvali.....apsal ler tmpt aku x tayang....budus tul...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 09:54 AM | Show all posts
ketawa sampe keluar air mata... sedih kuar air mata... very schweet story... :ah: tgh carik vcd original nak buat koleksi... :cak: muzik latar pun berjaya mengusik jiwa aku... huhu...

semalam gi tgk... tiket sellin fast... kesannya... buat aku dok antara baris yang terdepan... bila masuk panggung... nampak cam kosong... tapi... bila dah mula cerita... panggung tiba-tiba penuh... yang menariknya... Melayu... Cina... India... semua ada... very-very trully Malaysian laa... :ah: terasa jugak aku cam tgk cerita wayang cina... sebab sebelah-sebelah aku kouple2 cina... :lol

tahniah buat Yasmin Ahmad... buat cerita dari sudut pandangan yang berbeza... :clap: very touchy....

ps:- aku highly recommended tgk wayang nie... :hatdown: A++ buat SEPET... at last i found my true love... :bgrin:

[ Last edited by takato on 14-3-2005 at 09:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2005 09:57 AM | Show all posts
citer ni walaupun tak pakai pelakon yg ramai + popular, still best...

tp aku pelik, nape tak sume cinema yg tayang citer ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 10:29 AM | Show all posts
MAF 14...lu ni owner keta plat no tu ke? kawan wa je yg pakai plat no tu?
kalu lu ni mmg owner keta tu...salam rindu beb..lama tak jumpa lu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2005 10:37 AM | Show all posts
x banyak promosi tentang filem SEPET, byk tahupun dari review dan promosi mulut-ke-mulut... filem SEPET perlu ada penaja untuk memacu penjualan tiketnya... :ah: tp kebanyakan panggung wayang dok diam dan masih dok tgk sambutan org ramai terhadap filem nie... :hmm:

korang rasa SEPET boleh dapat catatan jualan RM1 juta tak? ataupun box-office... aku harap SEPET boleh... :pray: biar suma orang bukak mata sikit... nf: filem ini ada 'value'...

'"mungkin benda/orang yang kita sayang, kasihi dan yang kita tunggu hampir dengan kita, cuma kita tak perasaan, mengetahui dan menghargainya... "  :hug:
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 10:48 AM | Show all posts
aku recommend beli VCD original.
semlm aku beli VCD sepet kat MAIDIN, harga rm14.90 je dan part yg paling best.
VCD version takde potong mcm kat wayang!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 10:51 AM | Show all posts
setahu aku filem ni hanya ditayangkan di 8 pawagam je...maybe nak cut cost copy film. ye lah budget buat filem ni ciput je..tak sampai 1 million pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 11:13 AM | Show all posts
Kalau korang cakap pilem nie best. aku akan beli VCD ori punya. Thank you.:hug:
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 14-3-2005 11:18 AM | Show all posts
ish
tak larat dah aku nak taip komen psl crite ni
best sebest bestnya

:lol
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 11:37 AM | Show all posts
tak der masa nak pegi midvalley... tp bila tahu sume kata besttt....
mlm nie jugak aku pegi....!!


http://www.sepet.com.my/

kalo tak leh bokak, sori ek
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 11:44 AM | Show all posts
aku rase klau buat promosi besar2an and sume cinema tayang citer ni...sure box office punyer.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 12:15 PM | Show all posts
eee...geram.. ingat kan nak pi tengok kat city square jb sabtu lepas.. tapi tinggal kul 11.45 je, satu tayangan je hari tu.. terpaksalah tunggu vcd gak.. nak kena beli yang ori nih..:bgrin::bgrin: excited giler gue..:nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2005 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by buiscasey at 2005-3-14 09:29 AM:
aku dah tgk dah sepet yg tak potong (yg kena potong pun aku dah tgk).. sumer skali lapan scene kan yg potong utk tayangan wayang. aku jumpa tujuh jer la.... ni aku list. tapi tak ikut order, aku ta ...


yes...VCD Sepet tak potong..pi lah beli kepada sesapa yang tak berkesempatan utk tgk wayang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 12:31 PM | Show all posts
aku rekemen tgk wayang.. baru feeling skit...
tgk kat umah kurang jiwangnye...
gi lah tgk wayang. kalo nak beli vcd sgt, beli yg ori ok!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 12:32 PM | Show all posts

surat pembaca

Sepet filem Malaysia tidak memperbodohkan penonton
SURAT PERTAMA
Saudara Pengarang,
RASANYA penantian untuk melihat sebuah filem Malaysia yang benar-benar mempunyai nuansa emosi yang mampu membuai setiap penonton telah berakhir dengan kemunculan filem Sepet karya Yasmin Ahmad.

Setelah meneliti ulasan demi ulasan yang diberikan terhadap filem ini, tidak keterlaluan semua memuji filem ini dengan meletakkannya dalam satu kedudukan yang sangat-sangat jarang diperoleh oleh pengarah lain di negara ini.

Walaupun Sepet bukanlah satu karya yang benar-benar sempurna, tetapi ia mampu menjadi sumber rujukan kepada pengamal dan pemerhati filem.

Sepet bukanlah filem yang bodoh lagi memperbodohkan penonton, tetapi mengajak penonton untuk berfikir dan terus berfikir.

Watak-watak yang ditonjolkan oleh Yasmin dalam filem ini adalah gambaran kepada realiti yang mungkin jarang kita perhatikan tetapi memang terjadi dalam masyarakat kita. Namun sayang kita tidak berani mengakui realiti tersebut dek kejumudan yang masih menghambat akal fikiran kita.

Kenapa kita perlu merasa geli melihat adegan senda gurau ibu bapa Orked sedangkan hakikatnya masih ada di kalangan ibu bapa yang masih memperlihatkan kemesraan mereka sama seperti masa bercinta dulu-dulu. Buktinya, Yasmin sendiri mengakui iaitu adalah gambaran yang benar-benar terjadi kepada kedua-dua ibu bapanya. Bukankah itu maknanya keutuhan kasih sayang?

Seperti yang dinyatakan oleh pengarah sendiri terhadap tindakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang telah merosakkan keindahan filem ini dengan melakukan lapan potongan, saya sendiri berasa tidak sedap hati apabila menonton filem ini kerana keinginan untuk melihatnya secara total.

Beruntung orang Singapura kerana melihat filem ini tanpa sebarang potongan. Ironinya adakah penonton di Malaysia ini masih tidak mampu menilai apa yang mereka tonton.

Penulis telah menonton filem Sepet sebanyak tiga kali dan mungkin selepas ini akan menonton lagi. Ini bukanlah satu `kegilaan' yang pernah saya alami sepanjang menonton filem-filem Melayu (maaf cakap, jarang sebenarnya filem-filem Melayu menarik perhatian saya).

Sesuatu yang menarik setiap kali saya pergi menonton filem ini, penonton yang lain seakan-akan susah untuk berdiri dan terasa berat untuk meninggalkan panggung sekalipun filem ini sudah berakhir. Itulah penangan hebat Sepet dan ia adalah petunjuk bahawa pengarah berwibawa seperti Yasmin Ahmad amat dialu-alukan dalam industri filem negara ini. Terasa tidak sabar untuk melihat karya seterusnya dari Yasmin. - CELIK FILEM, Kuala Lumpur.

SURAT KEDUA
Saudara Pengarang,
SAYA gembira kerana berjaya memujuk tiga rakan untuk menonton filem Sepet. Gembira kerana Sepet adalah filem yang memenuhi harapan saya.

Sepet mengingatkan saya kepada sebuah slot siaran saluran negara jiran yang menyiarkan filem-filem seni dan kadangkala absurd dari seluruh dunia. Filem yang mengangkat pemikiran penonton.

Saya menyarankan agar bangsa Malaysia menonton filem ini. Sepet bukan filem kosong. Ia mengajak penonton berfikir secara kritis sebagai bangsa Malaysia.

Penonton akan ketawa sehingga mengalir air mata dan dalam tawaan itu, audien sebenarnya turut diseret rasa untuk menangis.

Begitu saya kagum kerana setiap babak dibumbui maksud tersirat dan sinis. Walaupun hanya dalam babak-babak ringkas, ia tetap berjaya digarap dengan indah.

Dari aspek lain yang positif, watak Orked (malah jalan cerita cinta) yang tidak hanyut dibuai dan ketegasan Orked mempertahankan kegadisannya adalah nasihat tersirat untuk remaja perempuan yang sedang bercinta.

Syabas Yasmin Ahad dan krew Sepet! Untuk makluman anda, penonton tidak mahu berganjak dari tempat duduk panggung walaupun lampu sudah dinyalakan, malah memberi tepukan gemuruh untuk filem anda. - SHIUJI KIMURA, Johor.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 12:38 PM | Show all posts

utusan m'sia

Sepet oh Sepet
``Filem ini lahir dari hati saya dan terus ke hati penonton. Jika anda mahu menonton filem Sepet anda harus menontonnya dengan hati yang jujur. Sebabnya hanya dengan hati yang jujur anda akan dapat menghayati dan menilai cerita yang saya ilhamkan.''

Begitu kata pengarah filem Sepet, Yasmin Ahmad pada malam tayangan perdana filem itu Selasa lalu.

Maka dengan hati yang jujur, tulus dan ikhlas, Kak Tim menontonnya hingga selesai.

Kak Tim tidak berniat untuk memperkatakan filem ini sebagai seorang pengkritik yang layak bercakap tentang sudut kamera dan sebagainya. Tapi sebagai penonton biasa yang menonton dengan hati jujur, Kak Tim masih tidak faham, apa perlunya adegan keluarga seisi rumah berkemban dipertontonkan.

Bukan sekali tapi banyak kali.

Bayangkan pada satu sudut sebuah tangga di ruang tamu, duduk bertingkat sipembantu rumah (Adibah Nor) menyikat rambut puannya, Mak Inom (Ida Nerina). Pada masa yang sama, Mak Inom menyikat rambut anak gadisnya, Orked (Sharifah Amani), yang duduk pada anak tangga di bawah kakinya. Kemudian datang suami Mak Inom, Pak Atan (Harith Iskandar), duduk pada anak tangga di bawah kaki anak gadisnya, Orked.

Mungkin pengarah mahu menggambarkan kemesraan sebuah keluarga. Tapi Kak Tim tertanya, kenapa mesti dalam keadaan berkemban? Si pembantu rumah, Mak Inom, Orked dan Pak Atan, kesemuanya berkemban. Dan pada akhir adegan ini, Orked memeluk Pak Atan dari belakang dalam keadaan kedua-duanya berkemban.

Begitu juga pada adegan pasangan suami isteri, Mak Inom dan Pak Atan menari berpelukan di ruang tamu rumah. Si isteri berkemban batik dan si suami berpelikat tanpa baju. Tiba-tiba pelikat Pak Atan terlondeh. Penonton dapat menyaksikan keadaan Pak Atan hanya berseluar dalam.

Ada penonton yang ketawa. Mungkin merasa lucu. Tapi di saat itu Kak Tim sebenarnya sudah tidak mampu untuk tersenyum.

Begitu juga pada adegan Mak Inom yang berkemban tidur berpelukan di bawah ketiak Pak Atan yang hanya berpelikat.

Keluarga berkemban ini bukan sembarangan keluarga. Tapi keluarga guru bersara. Pak Atan adalah seorang guru bersara.

Filem kita wajah kita. Lalu Kak Tim tertanya sendiri apakah ada sebuah keluarga guru bersara melalui gaya hidup seperti itu?

Kata Yasmin, berkemban dalam rumah dan kemesraan suami isteri dalam Sepet adalah perlakuan biasa ibu bapanya. Betullah tu! Tapi perlukah dipertontonkan kepada khalayak?

Tapi keluarga Cina yang dipaparkan dalam Sepet, semuanya berpakaian lengkap. Wanita dewasa dalam keluarga ini dari keturunan nyonya Melaka. Lalu digambarkan pakaiannya siap berkebaya dan berbatik sarung. Sopan sehingga di akhir cerita. Begitu juga suami dan anak-anaknya. Tidak seorang pun wanita dalam keluarga ini digambarkan memakai seluar pendek seperti yang sering kita lihat pada dunia realiti kehidupan orang Cina.

Filem itu sebenarnya sudah ditayangkan di Singapura. Bagaimana agaknya penilaian masyarakat luar di saat menonton filem yang memaparkan gaya hidup seperti itu oleh sebuah keluarga Melayu dari sebuah negara di mana pemimpinnya sedang gigih memperkenalkan Islam Hadhari untuk memartabatkan Islam di mata dunia.

Memanglah filem Melayu melalui pembaharuan di tangan Yasmin. Kak Tim tidak mempertikaikan itu. Kita mungkin sudah jemu menonton filem cinta terhalang kerana berbezaan agama, bangsa dan darjat tapi Sepet merestuinya.

Begitu juga pada awal filem ini ditayangkan. Penonton diperlihatkan tulisan ayat Bismillah dalam tulisan jawi sebesar skrin. Kak Tim kira itu suatu daya kreatif yang belum pernah dilakukan oleh penerbit tempatan lain.

Yasmin mengetengahkan Sepet dalam tiga bahasa. Pelakonnya berdialog dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Satu perubahan yang berani diketengahkan oleh Yasmin bagi mengambarkan Sepet adalah filem Malaysia.

Kak Tim - Tabik hormat pada keberanian luar biasa Yasmin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.147952 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list