CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 1-2-2009 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 1-2-2009 09:52 PM

salam rumah nie mungkin boleh bg ketenangan kot...


Sain,

Ibu baru lepas tengok Recap Jemputan Umrah.  Turut sebak bila ditunjukan semasa penerima jemputan tu (lupa pulak namanya) berada di tanah suci, pihak Astro dengan dibantu oleh anggota tentera dan dermawan, berusaha menyiapkan Madrasah Tahfiz Nurul Huda tu. Bila beliau kembali, telah tersergam bangunan madrasah  tersebut dengan segala kelengkapan baru semuanya

Rezeki kurniaan Allah yang memang tiada batasannya.

[ Last edited by  Rosputih at 1-2-2009 11:19 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2009 11:32 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 1-2-2009 11:17 PM


Sain,

Ibu baru lepas tengok Recap Jemputan Umrah.  Turut sebak bila ditunjukan semasa penerima jemputan tu (lupa pulak namanya) berada di tanah suci, pihak Astro dengan dibantu oleh anggot ...

saya sangat terharu tgk pengorbanan ummi ini....kalaulah saya dapat bersama dalam perjuangannya..betuahnya..

disaat dunia ini melihat ramai manusia brlumba-lumba membesarkan rumah..mencari kekayaan..saling cemburu-mencemburui kerana harta dunia

ada juga manusia yg berusaha keras utk memenuhi niat nya mengabdikan diri kepada ALLAH dan agama..

sangat indah...

manusia yg berjaya ialah manusia yg meletakkan dirinya untuk usaha akhirat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 12:00 AM | Show all posts
salam takziah ...tabahkan hati..
Originally posted by haziq_97 at 1-2-2009 08:24 PM
Salam kengkawan.. baru ari ni dp intai forum ni.. baru kehilangan ayahanda tersayang...ayahanda telah mengikuti bonda yg genap 3 bulan pemergiannya.. alfatehah wat meraka berdua... ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 12:19 AM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 1-2-2009 08:24 PM
Salam kengkawan.. baru ari ni dp intai forum ni.. baru kehilangan ayahanda tersayang...ayahanda telah mengikuti bonda yg genap 3 bulan pemergiannya.. alfatehah wat meraka berdua... ...

Takziah haziq.....byk bersabar yer.....moga Allah tempatkan rohnya dikalangan orang2 yg mendapat rahmat Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 12:23 AM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 1-2-2009 08:24 PM
Salam kengkawan.. baru ari ni dp intai forum ni.. baru kehilangan ayahanda tersayang...ayahanda telah mengikuti bonda yg genap 3 bulan pemergiannya.. alfatehah wat meraka berdua... ...


Walaikumsalam...
Innalillahwainnalillahirokiunn..
Patutlah lama haziq tak de..
Ingat kat bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina..
Takziah dari saya..
Moga Allah merahmati roh Ayahanda haziq nak menempatkannnya dikalangan Para solihin .
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 01:25 AM | Show all posts
Apa khabar tuan haji?  
Azizi Hj Abdullah, Azmi Abd Hamid, Mohd Ridzuan Mohamad dan Zarinah Osman
Wed | Jan 21, 09 | 3:35:46 am MYT  

Dari seramai 26,000 jemaah haji tahun lalu, iaitu 0.1 peratus dari 26 juta rakyat Malaysia
yang dibenarkan oleh Arab Saudi mengerjakan haji, pastinya pulang dengan satu kepuasan dan kelegaan
kerana rukun kelima sudah pun tertunai.
   
CERITA 1
"Aku puas. Setiap kali aku tawaf, aku dapat kucup Hajar Aswad. Aku tak kira, aku tembi sigung Tok Arab.
Mana boleh bagi can," kata seorang lelaki sebaya 40-an, berbadan tegap sasa ketika sebaik-baik saja dipeluk oleh
seorang rakannya di rumahnya di Taman X, sekembali dari Makkah.

CERITA 2
"Tak banyak. Serban dua puluh helai. Kopiah putih dua puluh. Jubah Duffah lima helai.
Minyak wangi Malikussubuh adalah sepuluh kotak. Air zam-zam 10 liter.
Hajah aku tu, sempat juga beli paun emas sebesar syiling lima kupang," beritahu Haji Kasa dari Sungai Mas
kepada Haji Dahaman yang ke Makkah lima tahun yang lalu.

CERITA 3
"Lima kali dah aku ke Makkah, tak macam tahun ni.
Tahun ni kedai jualan habis kena runtuh. Hiii, susah orang nak beli-belah.
Aku berkelahi dengan Tok Arab yang cuba nak tipu aku.
Kalau tak sebab dekat Makam Ibrahim, aku tentu sepak!" Haji Husin yang sudah lima kali ke Makkah bercerita
kesamsengannya sewaktu bergeser dengan Arab Badawi ketika tawaf

Kenduri kesyukuran
Tiga cerita di atas adalah lumrah setiap tahun bagi jemaah haji yang baru pulang.

Selalunya ketika membuat kenduri kesyukuran kerana pulang dengan selamat, cerita-cerita begini didedah

untuk membuktikan seseorang itu bukan 'jakun sangat' berada di Makkah.
Itu tidak lagi cerita bagaimana mereka bertolak-tolak ketika tawaf, mencium Hajarul Aswad.
Tidak bercerita lagi bagaimana marahnya, dengan maki hamun, kerana hanya hilang sepasang kasut di Masjidil Haram

dan marahkan kepada pengawal masjid kerana tidur di tingkat atas.

Itu tidak dicerita lagi bagaimana berebut tolak-menolak hendak berada di Raudah.
Tak seorang pun yang pulang yang kita dengar bagaimana dia menangis, bermunajat di Arafah atau ketika di Jabal Rahmah memohon

kepada Allah agar memberi kemenangan kepada umat Islam yang tertindas di Palestin.
Tak ada seorang pun yang bercerita bagaimana ada satu kegiatan menginfakkan wang ringgit

bagi menolong umat Islam yang jadi mangsa kekejaman Zionis.

Makkah, bagi mereka, adalah kesempatan yang perlu dilakukan ialah amalan khusus untuk diri sendiri.

Hal-hal umat Islam di seluruh dunia dinyahkan begitu saja.
Malah ribuan yang bertalbiah, hanya sekadar bertalbiah untuk mendapat ribuan pahala dan lain-lain amalan khusus

dalam bentuk kepentingan peribadi. Tidak ada amalan dalam bentuk kepentingan umat Islam.



Mohon keampunan
Ketika mereka menadah tangan berdoa, kebanyakannya menadah meminta keampunan, kebahagiaan diri dan keluarga.

Kalimah Muslimin-Muslimat hanya terucap kerana kalimah itu ada dalam doa.

Ia bukan bacaan yang penuh dengan penghayatan. Bagi mereka, biar mereka saja masuk syurga.

Pedulikan sangsara dan nasib buruk umat Islam yang lain.
Yang demikian, ketika berada di lapangan terbang Jeddah atau dari Madinah atau ketika tawaf wida',

meledaklah apapun berita tentang Palestin, di Gaza atau di Mindanao, mereka tidak peduli.

Yang penting air zam-zam mesti sampai ke tanah air untuk diberi kepada jiran-jiran disamping menjadi penawar

untuk anak-anak lulus peperiksaan.
Hal-hal di atas bukanlah satu gambaran buruk atau satu sangka buruk.

Ia adalah tradisi yang sukar diubah.

Haji bagi mereka yang digambarkan di atas adalah ibadah yang sangat penting
tetapi penuh dengan kepentingan diri
dan peribadi

sedangkan falsafah mengerja haji lebih jauh daripada tujuan itu.

Lima kali mengerjakan haji dengan wang yang direngkuh mengumpulnya, mereka tetap beranggapan belanja ke Makkah

tetap mendapat berkat Kaabah dan Makam Nabi

walaupun di sisinya ada seorang Palestin yang kudung kakinya atau jiran di rumahnya ketandusan wang

hendak menghantar anaknya belajar ke Azhar.

[ Last edited by  aziefa at 2-2-2009 05:58 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2009 01:28 AM | Show all posts
Sumbat pisang

Apakah 0.1 peratus jemaah haji kita dari 26 juta rakyat Malaysia yang baru pulang sedar tentang punggung King Saudi disumbat pisang oleh Amerika atau
pendapatan berjuta atau berbilion pound hasil dari cukai jemaah haji sedunia,
tidak pernah mengalir ke daerah Palestin yang sangsara?


Apa khabar tuan haji?

Ketika soalan ini dilontar, kebanyakannya akan menjawab, baik dan
insya-Allah lambaian Kaabah akan berulang,
sedang lambaian tangan anak-anak Palestin yang kudung dan
kibaran bendera Hamas tidak pernah ada dalam kehangatan udara Makkah ketika itu.


Sesunggunnya ibadah haji memiliki banyak dimensi dan ia sangat mencabar.
Ada banyak perkara yang dilupakan dan para tuan guru sering mengabaikan huraian ini
kerana kalut dengan doa-doa mustajab di makam Ibrahim.


Apa khabar tuan haji?

[ Last edited by  aziefa at 2-2-2009 06:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 01:28 AM | Show all posts
Tolak taghut

Sayang pertanyaan ini tidak dijawab oleh agen-agen dan pemimpin yang memiliki pengetahuan agama. Tidak pernah timbul bahawa haji adalah satu perjalanan dalam mematuhi serta kesedaran tindakan keingkaran politik terhadap taghut, penjenayah kemanusiaan dan bendera agama yang dikoyak.

Tidak pernah disedari ketika mengusung air zam-zam atau karpet dari Iran bahawa haji adalah perjuangan berterusan terhadap godaan kebendaan. Tidak ada dua dari sepuluh jemaah kita rasanya yang bertemu dengan jemaah Palestin atau Afghanistan bertanya khabar berapa batang tubuh yang telah direbahkan oleh Amerika di Afghanistan, di Iraq atau kebuluran di Sudan.

Talbiah hanya sekadar laungan memenuhi perjalanan dan bukan satu laungan kesedaran. Ehram hanya sekadar dipakai kerana itu syarat dan bukan satu sentakan kesedaran bagaimana yang sepatutnya ada di dalam hati.

Apa lagi apabila berada di Arafah, di Mina. Satu perhimpunan raksaksa yang tidak ada taranya. Tetapi untuk apa perhimpunan seperti itu? Lalu masing-masing mencebik mulut apabila kembali ke tanah air bilamana ada kawan mengajak sama-sama demonstrasi membantah kedurjanaan kuffar.

[ Last edited by  aziefa at 2-2-2009 01:30 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2009 01:30 AM | Show all posts
Tiada falsafah

Bagi mereka, perhimpunan di Arafah hanya perintah,
tidak ada falsafah atau hikmah daripada perhimpunan itu.


Bagi mereka perhimpunan bererti menentang kerajaan.

Pernah adakah ingatan di dalam kepala ketika bertalbiah
betapa seorang Yahudi menembak seorang budak atau
sebuah kereta perisai memusnahkan sebuah masjid?


Apa khabar tuan haji?

Tuan haji akan bercerita, di Masjidil Haram solat tidak pernah susut setiap waktu.
Di Masjid Nabawi setiap waktu tidak punya ruang kosong.
Jemaah Malaysia pun berdoa dengan lenangan air mata.
Tetapi tak seorang pun sedar bagaimana
Sayed Hasan Nasrallah merayu Muslim sedunia berdoa menyelamatkan umat Islam
yang dizalimi oleh Israel, umat Islam yang ditindas.


Tidak pernah tersedar ketika berdiri sesak, serentak bertakbiratul ehram,
dengan sentuhan bahu-bahu dan berlaga siku,
umat Islam sebenarnya telah membuat kenyataan politik; kita semuanya sama.
Kita semuanya berkewajipan.
Kita semuanya bersaudara.
Dan kita sama-sama berikrar hidup mati hanya kerana Allah.
Tapi apa yang berlaku, sekilo kurma atau sebotol minyak Atar bagi mereka
lebih mahal daripada sebiji peluru Israel.


[ Last edited by  aziefa at 2-2-2009 06:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 01:32 AM | Show all posts
Kacang cerdik

Apa khabar tuan haji?

Lebih jauh untuk menjawabnya, rombongan yang pulang tetap dengan jamuan syukur
bersama kurma Madinah, kismis, buah ara lepong dan kacang cerdik.
Pedulikan rayuan derma, seringgit dan boikot barangan Amerika.
Tidak tersedar pun, ketika menjadi tetamu Allah di hadapan Kaabah,
sesungguhnya ada halangan secara tidak langsung terhadap umat Islam yang lain
untuk menjadi tetamu Allah.


Sebahagian umat Islam yang lain sebenarnya telah dihalang oleh penjaga Haramain -
keluarga yang sekian lama menjadi pembodek Amerika.
Lalu merekalah yang menghadkan, membuat kuota.
Alasan mereka mudah.
Mereka tidak mampu membenarkan semua umat Islam menjadi tetamu Allah kerana
mereka tuan punya bumi Makkah dan berhak membuka atau menutup pintu Haramain.


Tetapi dalam masa yang sama, mereka membenarkan Zionis dan pembelasah kemanusiaan masuk dengan sikap kurang ajar di setiap penjuru tanah umat Islam dan membiarkan kaki kuffar menginjak masjid-masjid. Mereka tidak merasa apa-apa betapapun Al-Aqsa dilontar najis.

Mereka memiliki sempadan tetapi menutup pintu.
Mereka tidak berkata 'jangan masuk' tetapi mereka mengunci pintu itu rapat-rapat.


Tak seorang pun sedar apa yang dilakukan
oleh Husni Mubarak dan tidak pula pernah marah tentang diamnya King Abdullah di Saudi.
Yang pulang setelah bergelar haji, masih mendewa-dewa
itulah Raja Mekah yang penuh barakah yang mengsedekahkan syafaat mereka.
Mereka gelisah apabila air zam-zam hilang di terminal atau serban tidak cukup untuk sedekah
dari nama Obama. Mereka tidak tahu pun siapa betina Rice atau Olmert.


[ Last edited by  aziefa at 2-2-2009 06:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 01:34 AM | Show all posts
Sanggup dibakar

Apa khabar tuan haji?

Jawapan memang sedap didengar. Tetapi tidak ramai yang sedar haji yang bermula dengan sejarah para Nabi-Nabi termasuk Ibrahim. Tak tersedar pun tentang Ibrahim ketika di makamnya, betapa Ibrahim merengkuh tenaga dan perjuangannya menentang taghut sehingga dia dibakar. Tak terdengar pun sebahagian yang pulang bersedia menentang taghut seperti Ibrahim.

Apa khabar tuan haji?

Kami tidak pernah doa di Multazam atau di Safa atau di Raudah untuk memenangan perjuangan Islam. Kami memang berdoa tetapi untuk kebahagiaan kami sendiri. Kami mahu masuk syurga dan balik nanti kami mahu 24 jam di penjuru masjid. Kami tak mahu lagi sertai pergerakan massa. Kami tidak mahu lagi berjuang. Kami mesti wirid banyak-banyak.

Ada tong-tong derma untuk membantu perjuangan umat Islam tidak perlu diendah. Yang penting duit mesti dikumpul untuk haji dua tahun lagi. Buat apa pedulikan tentang pergerakan ummah bagi mempertahankan umat Islam di tempat lain. Haji kami tidak ada sangkut paut dengan penduduk Palestin, tidak ada kaitan dengan Zionis. Haji kami pedulikan Iraq, Afghanistan, Khasmir. Haji kami bukan penggerak umah.

Apa khabar tuan haji?

Tahun depan kami akan pergi sekali lagi dan Alhamdulillah jika dapat mengucup Hajarul Aswad. Pedulikan martabat agama yang diperjuangkan. Pedulikan bahasa dan masalah PPSMI. Anak kami sudah besar, masakan mahu sibuk dengan PPSMI sekolah rendah dan menengah._

[ Last edited by  aziefa at 2-2-2009 06:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 06:13 AM | Show all posts
Fikir Fikirkanlah..
Dan
Renung Renungkanlah...
Selamat Beramal...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 07:04 AM | Show all posts
Salam untuk sume forumer benang ni...terima kasih x terhingga pd klian sume as wat Sain tuliskan mmg d forum nielah mmg dapat rasakan satu ketenangan...SUBHANALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 07:46 AM | Show all posts
takziah haziq.........sabar ek......take care dear nnti klo me dapat daftar haji kita p sesame ek
Originally posted by haziq_97 at 1-2-2009 08:24 PM
Salam kengkawan.. baru ari ni dp intai forum ni.. baru kehilangan ayahanda tersayang...ayahanda telah mengikuti bonda yg genap 3 bulan pemergiannya.. alfatehah wat meraka berdua... ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 07:57 AM | Show all posts

Reply #3645 emiliahani's post

Insyaallah...kalau x ada halangan ..dan kalau rezeki kita ..kita akan g menjadi tetamu ALLAH besama2...2020 ye???
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 08:04 AM | Show all posts
Originally posted by emiliahani at 2-2-2009 07:46 AM
takziah haziq.........sabar ek......take care dear nnti klo me dapat daftar haji kita p sesame ek  

emi belum daftar lagi ke..hehehe..2024 emi hehehe..

takpe banyakkan doa insya ALLAH dapat pergi awal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2009 08:15 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 2-2-2009 06:13 AM
Fikir Fikirkanlah..
Dan
Renung Renungkanlah...
Selamat Beramal...


Assalamualaikum azie, dan semua
Terima kasih zie,
sangat bagus untuk direnungkan  sambil memikiran di manakah  letaknya diriku ini? ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 08:18 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 2-2-2009 08:15 AM


Assalamualaikum azie, dan semua
Terima kasih zie,
sangat bagus untuk direnungkan  sambil memikiran di manakah  letaknya diriku ini? ....

wsalam..

manusia lemah seperti saya hanya membenci dalam hati...tiada daya upaya mahu menengakkan kebenaran..

Ya ALLAH berilah kami kekuatan bagi mengakkan kebenaran..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 08:37 AM | Show all posts
belum la sbb rasenye tau knpe takleh dftr...sbb pakai ic abah...buat buku TH mse kecik2 lagi....so mebe tindih ngan ic abah.....hehe...so ape2 pon kne balik amik buku n tukar name pewaris tuh....heheh....hipotesis 1
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 2-2-2009 08:04 AM

emi belum daftar lagi ke..hehehe..2024 emi hehehe..

takpe banyakkan doa insya ALLAH dapat pergi awal
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 08:55 AM | Show all posts
kaka emil 2024.......lom dftr lagi........kne p balik umah dulu
Originally posted by haziq_97 at 2-2-2009 07:57 AM
Insyaallah...kalau x ada halangan ..dan kalau rezeki kita ..kita akan g menjadi tetamu ALLAH besama2...2020 ye???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.079626 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list