|
For me dua-dua infact semuanya (lagi di wisma merdeka, sembulan and dongongan) sama aje and kena bayar tax 5%. Restoren Sri Keningau (owner orang Semenanjung - banting) pun ok juga masakannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3713 uda's post
uit uda kat wisma merdeka ada seri sempelang ek? kat mana tu.... oooo yang food court yg campur ngan stall cina tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau soc lak, lebih suka makan kat malindo kat wisma merdeka..... malindo kat api2 centre tak pernah cuba lagi ok ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
da duduk jauh kat belakang lak thread ni... kasih up sikit |
|
|
|
|
|
|
|
My KK Trip with TIPS!!!
I left my heart at KK.....hahahaha...
Yana telah pegi ke KK pada 30hb and balik pada 2 hb...
Hopefully Yana bleh bagi tips pada org yg akan pegi kemudian supaya tak buat same mistake as me...hehehe...Yana takde niat nak menunjuk ke apa, and kalau korang rasa Yana dah over pay utk barang2 yang Yana beli, please boleh komen so that org lain tak ditipu macam Yana....hehehe...
Arrive at KK airport at 1.40 pm. Taxi ke bandar standard price RM20. Radius International terletak di tingkat 7 at Warisan Square. Pada Yana, Warisan Square is too elite lah untuk the average tourist. The shops are the high - ish end punya range and kalau gi sana untuk cuci2 mata aje la...
hubby kat Warisan Square
Radius punya bilik quite nice. Yana amik superior room yg ada partial sea view, mengadap le meridien and pasar buah/pasar mlm kat Jln Tun Fuad Stephen. Bilik dia kecik la, untuk family, Yana tak advise sgt melainkan anak sorang and bleh letak atas katil tido sekali. Yana bayar RM130 untuk bilik Yana, govt rate.
view from our room
Cuaca, hujan renyai so kitorg round2 Warisan Square aje. Nice architecture. Shops include Times Bookstore, Starbucks, Secret Recipe, Soda and kedai2 lain yg agak high class.
Mlm tu jalan ke Anjung Senja. Tapi, pada Yana tempat tu more tourist oriented la. Depan anjung senja is Promenade Hotel, Marina Court. Kat anjung senja, chicken wing was selling at rm1.40 each...padahal kat pasar mlm, seringgit je satu... seafood wise, hmm, so so lah....Yana rasa takleh lawan org siam kat kelantan masak and makanan dia tak pedas sgt. Tapi it was okay la.
gerai2 kat anjung senja
view at anjung senja
But later on kitorg discover makanan yg lebih sedap.
Anyway, selepas call byk tempat, kitorg sewa kereta ngn Miss Celeste Tan - we got a Viva manual (850cc) - untuk rm130 (XETTE, kereta akan kena insuran rm18 sehari tau) - and because the next day nak pulangkan kereta by tghari, dia bagi rm100 for the second day.
to be continued....
[ Last edited by DocYana at 3-11-2007 10:09 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SECOND DAY
The next day, sebelum kitorg dpt kereta, (Miss Tan hantar ke hotel at 7.30pagi) - kitorg jalan2 kat area Sinsuran. Kat Block H, ada satu kedai makan yg siap pasang kanopi depan kedai dia, i think nama kedai dia is Restoran Happy Muslim (tak sure sebab tertutup ngn kanopi) - kitorg perati semuaorg makan mee/meehun sup ayam/daging/perut/urat - so kitorg pun try. Sedapppppp! just rm3 je untuk semangkuk yg agak byk jugak la lauk tapi sup dia mmg sedap - ada rasa la.
kedai restoran happy muslim
mee sup ayam yg sedap giler..
Jamilah Jewellery is satu baris dgn kedai makan nie - nie depan kedai. Dlm kedai tak leh amik gambar...
Lepas kereta sampai, kitorg pun drive ke Kundasang. Senang je nak pergi - carik Jalan Tuaran and korg ikut je direction ke TUARAN. Sebelum sampai bandar Tuaran, korang akan sampai ke satu roundabout (KK sgt byk roundabout!! hehehe) - and korg kena amik plak arah ke Tamparuli. Just before turning untuk masuk pekan Tamparuli, korang kena pulak ikut signboard ke Ranau/Kundasang - lepas tu korg ikutttttt je jln tu (naik bukit dah nie) and after about 45 mins akan sampai pekan Kundasang.
Okay, sekrg nie musim hujan so jalan Tamparuli - Ranau nie agak dangerous la. Mmg a few places yang nampak kesan tanah runtuh. Agak scary la. Tapi the view mmg best sgt.
Before sampai Kundasang, (about 10-12km before reaching Kundasang, akan sampai satu pekan, called Nabalu. Memang takkan miss punya - dia ada dlm 10 gerai kiri dan kanan jual barang2 souvenir. Gerai belah kanan ada toilet - sekali masuk 20sen - tapi bersih jugak la. Nak kata murah sgt, hmm, boleh la - tapi jgn lupa BARGAIN macam gila! I think diorg mmg take advantage of tourists.
Pekan Kundasang itself pun agak kecik. Kalau nak cari makan, lebih baik ke Ranau, tapi itupun kalau korg ada kereta. Kalau tak, hmm, mmg takde choice sgt lah....my sis yg pernah kerja kat Tuaran, kata sayur kat kundasang agak mahal - di Kota Belud lebih byk choice and agak murah. Tapi Yana tak beli apa2 pun.
Because kitorg sampai awal, kitorg pun ke Ranau. Ada pasar and byk kedai. Kedai ala2 nama mamak/muslim pun ada. Apa2 pun, jgn la makan kat kedai nasi ayam nabalu (i think) - tak sedapppp....
For lunch, kitorg gi Strawberry garden cafe - kenapa pilih tempat nie? Sebab malas nak cari tempat lain and dia kat tepi jalan je.
to be continued......
[ Last edited by DocYana at 3-11-2007 10:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kinabalu Pine Resort
-tempat nie mmmmmmggggggggg cantik!!!
Basically dia ada 2 types of room. Standard (yg bangunan coklat tu) and Deluxe (yg korg tgk dlm gambar warna putih tu adalah deluxe chalet). Yana amik deluxe kat block yang tinggi sekali - block S - mengah jugak nak naik dari reception dia...hehehe.
Yana ada amik gambar yg menunjukkan location of each block, manalah tau korg nak booking chalet block mana2....masa kitorg round2 tu kitorg ada gak take note block mana yg view dia cantik and yg mana tak berapa cantik. Org yg pernah pegi mungkin tau la. Tapi seingat yana, chalet coklat standard tu, i think block P mmg cantik view dia. Yana tak ingat yg mana tak cantik sgt.
nie map of kinabalu pine resort. Gunung lebih kurang kat bottom right hand corner of the map, lebih kurang aa...
hehe hubby jadi model - di beranda chalet kitorg.
view dlm bilik
lagi view dlm bilik
view of gunung...
Basically, Yana bayar 135 untuk bilik. for an additional 40, bleh dpt package breakfast and dinner. Because kundasang takde choice, i think better amik la package nie. agak berbaloi la.
KPR is very quiet. TV reception almost non existant. Bring a book!!!!! Yana personally rasa it's nice for people yg nak relax2 borak2 - macam Yana and hubby, it was a nice time to catch up on things, borak2 kosong - sebab kalau masa tak cuti, mungkin takde masa nak borak2 macam masa bercouple dulu....tapi masa rasa begitu lama berlalu.......
untuk honeymooners - hmm, sebab chalet2 dia very close together and yg deluxe pun, kongsi beranda - so Yana tak advise sgt la... bilik dia very basic, ada kettle and water heater, that's it.
untuk yg amik package dinner + breakfast >>
dinner basically ada 2 choice - steamboat or style nasi + lauk.
Kalau steamboat, basically, dpt meehun / mee kuning + dua biji telur.
then sayur2 sawi, kobis, chinese cabbage, spring onion. lauk dia ada 4 medium prawn, ikan sikit, ayam sikit, some dim sum like thing, fishball, tauhu and a few other things - lupa amik gambar.
kalau menu nasi, pilih satu soup, dua lauk and satu sayur.
lepas makan, balik bilik, tido.
pukul 5 stgh bangun - tunggu kemunculan puncak gunung, tak nampak jugak walaupun kabus tak sebyk masa petang.
package breakfast - ada tiga choice - either
i) western - telur, campur satu sausage and baked beans, 2 keping roti with butter and jam and pilih kopi atau tea.
ii) porridge - minimum 2 org
iii) oriental breakfast - pilih mee atau mee hun goreng atau sup then campur coffee or tea. Hubby pilih mee apa tah tapi dia kata habis, ada meehun goreng je tapi kitorg suspect mmg itu je yg dia masak sebab kebetulan masa tu ada kursus motivasi kat situ and they all makan meehun je.
ada Dr Fadilah Kamsah, okeyyyyy......hahahaha.....
lepas breakfast, drive balik - siap singgah tamparuli and naik jambatan gantung dia - dlm hujan...kelakar giler...
to be continued....
[ Last edited by DocYana at 3-11-2007 10:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Third day in KK
Masa drive turun dari kundasang, hujan tak berhenti2.....just after Tuaran, kitorg tgk kereta banyak berenti tepi jalan. Rupanya2 banjirrrr...... kitorg cuak dah. macam mana nak balik KK?? Kiotrg turun tgk air, and some of the bas drivers ckp air dalam jugak. Kitorg tanya ada jalan lain tak balik ke KK?
Dia kata masuk Tuaran, then masuk Pantai Dalit then bleh masuk balik ke KK. So kitorg pun pegi la - bypass about 45 mins gak tapi sampai jugak akhirnya ke KK.
sebab masih ada kereta, kitorg pun jln2 kat Observatory Point, masuk Muzium Sabah (rm2 untuk malaysians) - dpt tgk rangka ikan paus then kitorg pun ke KK Plaza. Ronda2 sampai la time untuk check in semula ke radius.
to be continued... |
|
|
|
|
|
|
|
petang tu, kitorg ke Jamilah Jewellery. Okay, the thing is, dia ada letak price tag tapi bila tanya, dia akan kata harga is fifty percent off the price of the price tag.
However, butang baju melayu mutiara yg set dlm suasa, dia letak rega 45 tapi harga sebenar dia rm30. Yana tak tawar pun....sebab Yana dok dgr2 org lain menanya, tak dpt pun kurang lagi....
TETAPI......ha, yg nie korang kena tau. there is a concept of member's price kat Jamilah. Basically, kena spend rm800 dlm satu receipt then korang leh jadi member. bila dah jadi member, korang boleh dpt special price on further purchases.
For example, ada seutas mutiara (yg belum ikat), dlm 50 biji, harga dia rm180, tapi kalau members, dpt rm120. Kalau sebiji kristal swarovski 8mm (i think) rm1.80, kalau members, dpt rega rm1.28. Macam tu la....tapi cashier dia tak plak ckp kat kitorg yg ada concept macam tu.....i mean, setgh2 org mungkin beli ribu2 - so they all bleh la beli 800 dulu, then bleh dpt special price untuk yg lain2 plak kan.......so tak tau la ada trick apa macam tu.
dari segi brg, mmg cantik. byk sgt set2 kerongsang yg jenis juntai2 tu - dlm rm19. gelang mutiara kecik2, dlm 20 and loket mutiara, rm7. Mmg cantik sgt.
loket nie rm7
kerongsang nie rasanya 15 kot..?
yg nie tak ingat...lebih kurang 19 kot
yg nie rm5 je
Yana beli mutiara and then suruh dia ikat dgn kristal with spacer - ada byk jenis, bleh pilih - harga mengikut pattern spacer. Upah ikat dgn cangkuk is rm5 and dgn getah rm2.
to be continued...
[ Last edited by DocYana at 7-11-2007 08:20 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yana,
thanks for the info... very maklumatif.. |
|
|
|
|
|
|
|
pasar malam....
lepas dah penat shopping kat jamilah - mlm tu kitorg gi merayau kat pasar mlm kat area pasar filipina. memula tu org jual sayur, lepas tu bahagian org jual buah, - kalau korang jalan lagi, akan sampai area org jual chiken wings and bontot ayam madu (yum yum). kalau korang jalan lagi hingga ke bahagian betul2 belakang pasar filipina - akan ada section yg ala2 org makan. basically dia susun meja panjang2 and kat hujung meja tu bleh pilih sotong, udang, ikan, ketam. lepas pilih, dia akan bakar kejap and korang bleh makan kat meja tu. bleh makan saja atau makan ngan nasi cicah ngan air belacan.
nie yang yana maksudkan, rows of table dgn tiap2 hujung meja ada seafood bakar untuk kita pilih..
nie typical seafood yg kita bleh pilih..
view of pembakar ciken wing berlatar belakangkan Le Meridien
hmm, mungkin stgh org tak selesa kot makan situ, sebab kebersihan dia tu.....ye lah, agak gelap jugak kat situ tapi Yana beres je, beli2 and makan kat bilik hotel....heheh....tersandar kekenyangan makan ikan besar dua lengan, sotong and ciken wings....
to be continued...
[ Last edited by DocYana at 3-11-2007 09:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Final day...
pagi2 lagi dah bangun - kitorg nak cari ikan bilis and udang kering.
Basically, lepas gerai buah, akan jumpa pasar filipina and then pasar ikan kering - this is basically for tourists. diorg akan pack siap2 and jual. Yana tak pegi pun situ. tapi, dia ada jual ikan kering yg pelik2 la - termasuk la scallop kering.
anyway, yana gi ronda dlm pasar besar KK - lepas menanya merata, kitorg beli la udang kering besar yg merah2 tu, for 32 sekilo then udang kering yg biasa tu dpt 22 sekilo. then ikan bilis halus jepun yg putih (ada dua jenis, yg kuning2 sikit and yg putih) - dpt 21 sekilo. and ikan bilis medium yg dah kopek, dpt 12 sekilo.
Yana dah goreng dah ikan bilis putih tu - sedapppp....
selepas tu, kitorg pun menjenguk kepala ke Filipino market. Yana punya tip, jgn pergi la Jamilah Enterprise punya booth yang dlm market nie. Harga dia beza sgt dgn Jamilah kat sinsuran. For instance, Yana berkenan dgn loket mutiara kecik bentuk anggur (hopefully dpt letak gambar) - dia letak rm40. tanya best price, dia kata 15. tawar punya tawar, dia bagi 12. (masa nie Yana ingat kat Jamilah sinsuran takde design nie) - bila Yana gi semula ke Jamilah kat sinsuran, Yana tgk the same design, only rm8 je!!! Bengang jugak la tapi silap Yana jugak...kan....hehehe....
nie ler loket anggur yg Yana bayar rm4 lebih dari kedai kat sinsuran
then Yana beli kain batik Indonesia, brand Lenom Rumpi - cantik sgt - tanya seluruh pasar, dpt rm12 sepsg. konon2nya 'HARGA PAGI' or 'HARGA PEMBUKAAN' (dlm loghat kelantan, 'buat gori'...heheh)
singgah lagi restoran happy muslim - kali nie makan rojak ayam and minum kitcai
to be continued...
[ Last edited by DocYana at 3-11-2007 10:28 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
and then, benda lain Yana beli, tiga utas mutiara - dua yg putih and satu yang hitam. Yang putih tu dpt 2 utas untuk rm85 and yg hitam tu seutas rm50.
masa mula2 tanya, yg putih tu dia nak bagi 60 seutas. lepas tu dia kata harga pagi, 2 utas 100. Yana tawar2, dapat la 2 utas 85. Tak tau la kena con ke, good bargain ke, tak reti sgt nak tgk kualiti ke tak...
yana ada beli gak gelang2 kristal - design diorg kiut sgt. kalau ikat dgn suasa akan lebih mahal sikit. penjual tu ada kata, kristal sebenarnya lebih murah di semenanjung. yg nie Yana tak reti nak komen..
beli gak kotak tisu yg dibuat dari lidi. dia letak harga rm35. best price rm25. Tawar punya tawar, rm20 dia nak bagi. Yana pun kata, macam nie, I nak dua biji, I bayar you rm30. Dia pun pegi tanya boss dia, balik semula ckp boss dia kata dia bagi rm18 seketul. so Yana pun kata, 'macam nie lah, dua untuk rm35' - alih2 dgn pantas sekali dia kata, okey bleh. chehhhh, nyesal aku tak tawar rendah lagi..heheh....mmg la takde skill tawar menawar langsung!
then kitorg pun balik ke hotel and packing and then ke airport. tambang dia rm20 - logiknya should be cheaper tapi malas dah nak kecoh2 sebab dah penat....heheh...
the end......
[ Last edited by DocYana at 3-11-2007 10:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kundasang paling aku suka dkt kaki gunung kinabalu udaranya fresh amat. boleh hilang segala stress yg ada dlm kepala petang dgn kabus nya indah dan nyaman sekali pastu makan jagung rebus yg manis dan lemak rasanya kat semenanjung mmg tak boleh jumpa. |
|
|
|
|
|
|
|
aaa...best best...jeles bace citer korang...aku mesti pegi sabah next year |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3724 DocYana's post
veri informatic yana...... happy dengar hati yana terpaut dengan KK.... so ada masa ada rezeki datang2 la ke sabah lagi. selain kk, byk lagi tempat2 menarik di sabah |
|
|
|
|
|
|
|
Xette.....
mmg best giler laaa.....rasa macam tak nak balik....
nanti Yana carik no Ms Tan tu, rasanya hubby ada simpan business card dia...dia very nice and friendly...kitorg call a few numbers gak la....ada sorang tu, memula dia kata dia ada viva, lepas tu dia kata dia akan call balik - bila call balik kata takde viva plak tapi nak offer wira - i mean, kitorg travel 2 org je, malas la nak amik kereta besar, kan...
dari radius, kalau korg turun lift dia, korang kena turn kanan and keluar bangunan. Depan pintu tu, is Centrepoint - kalau korang masuk centrepoint, korang akan lalu kedai2 phone la, kedai gunting rambut la, Yana tak sure this part is centrepoint jugak ke tak....tapi kalau jln masuk lagi, baru sampai area yg macam shopping mall - anchor dia is Ngiu Kee. Kalau naik tingkat empat, akan sampai Palm Terrace (i think) yang agak cantik sikit dari the rest of centrepoint. According to my mum, masa dia lawat KK about 10 years ago, centre point ada 4 tingkat je so Yana rasa Palm Terrace nie tambahan later on - and naik lepas Palm Terrace tu ada Popular Book Store (mana la tau kan, nak cari buku citer ke alang2 nak ke Kinabalu Pine Resort.... ) Centrepoint byk ATM untuk amik duit....(penting tuuu)
Anyway, kalau korang kuar dari pintu Warisan Square (belah kanan tu kedai roti) and mengadap Centrepoint - korang turn kiri. Jalan sampai ke jalan besar (4 lane) - across the street is sinsuran area. kalau turn kiri lagi (jln di sebelah Le Meridien) and cross jln lagi sekali dah sampai ke tepi laut. Basically that is Jln Tun Fuad Stephen. Kalau nampak gerai byk2, tu gerai buah - jln depan lagi Pasar Kraftangan a.k.a pasar filipina (bangunan dia warna kuning hijau). dekat sangatttttttttttttttttt..... jalan pun tak berpeluh...!
Xette,
Kalau tgk map yg Yana bagi yg menunjukkan peta location chalet2 Kinabalu Pine Resort - basically Block R and P ada view yg cantik la sebab beranda dia mengadap gunung. Block G, J, L mengadap jalan, so tak dpt full view of the gunung. Tapi hari tu Dr Fadilah Kamsah dia gi letak block M, agaknya bilik lain dah takde kot...Make sure mintak bilik tingkat atas tau....sebab chalet standard tu dua tingkat. kalau duduk tingkat bawah, view tu ada gak tapi kdg2 block ngan pokok pine dia aa... |
|
|
|
|
|
|
|
Restoran Happy Muslim tu restoran melayu rasanya - tgk semua pekerja dia pakai tudung - tapi agak susah nak ckp la... tawakal je la.. tapi kedai tu sentiasa ramai org...and location dia pun dekat sgt ngan radius and Jamilah...so kalau hubby xette dah boring tunggu, suruh je dia lepak kat restoran tu...kalau Xette mengadap kedai tu, Jamilah is about 10 pintu kedai ke kanan restoran tu...Block H, alamat dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
saya ada plan nak ke KK awal tahun depan..thinking of staying at the likas business square center..ada sape2 tak yang penah duduk situ..ok tak that place.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|